TGHH menyokong agar Dato Seri Mohd Najib tidak
berundur daripada jawatan Perdana Menteri ekoran diasak keras oleh bekas
Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.
Bacaan politik beliau cukup pintar dan telus.
TGHH menganggap menjatuhkan pemimpin melalui
desakan adalah melanggar lunas-lunas demokrasi.
“kaedah mendesak letak jawatan apabila
berlakunya sesuatu isu adalah budaya politik yang amat jijik dan memalukan
serta menampakkan ahli parti tidak patuh kepada amalan demokrasi”
Malaysia sebuah negara demokrasi, sewajar
rakyat dan anggota parti mengunakan kaedah menjatuhkan pimpinan secara baik dan
demokratik iaitu pemilihan parti dan pilihanraya.
Kaedah desakan dan kaedah demonstrasi serta
revolusi telah dibuktikan mewujudkan sebuah kerajaan atau parti yang tidak
mempunyai kestabilan, meluaskan jurang perpecahan dalaman bahkan meranapkan
kesejahteraan negara dan rakyat sendiri.
Selama ini, demonstrasi yang dilakukan
bukanlah untuk menumbangkan kerajaan tetapi sebagai simbol ketidaksetujuan dan
ketidakpuasan rakyat terhadap dasar atau tindakan pemerintah.
Pemimpin Malaysia bukannya mempunyai pemimpin diktator
yang zalim seumpama Bashar (Syria), Mubarak (Mesir) dan Saddam Husein (Iraq)
sehingga memerlukan revolusi, pemberontakan dan demonstrasi bagi menjatuhkan
pemimpin zalim. Pemimpin zalim di Malaysia perlu dijatuhkan dengan kaedah
demokrasi melalui pilihanraya nasional atau pemilihan parti.
Tun Mahathir kalau tidak berpuashati sewajarnya
kembali dalam arena politik negara dan UMNO untuk menentang Dato Seri Mohd
Najib bagi jawatan Presiden UMNO.
Sebab itu kehadiran Tuan Guru Ahmad Awang dan
YB Dato Husam yang dicalonkan melawan TGHH dalam jawatan Presiden PAS sangat
dialu-alukan. Selesaikan kemelut melalui demokrasi pemilihan bukannya fitnah
menfitnah satu sama lain.
“kalau kita nak rebut jawatan imam solat
berjemaah, jangan sampai ganggu imam semasa
mengimani solat tetapi rebutlah (bertandinglah) jawatan imam setelah tamatnya solat berjemaah untuk
memimpin solat berjemaah pada waktu yang lain.”
Sungguh menarik pendapat TGHH tersebut yang
mengambarkan beliau seorang demokrat muslim. Pendokong Islam melalui demokrasi pemilihan
dan pilihanraya. Pilihanraya bukannya jalan raya.
No comments:
Post a Comment