Friday, May 15, 2015

Cerita satu: Pertembungan antara Tuan Guru Haji Abdul Hadi dengan Tuan Guru Haji Ahmad Awang.


1. Cukup menarik sejak kepimpinan ulama tiada orang mencabar Presiden.
2. Dari segi parti politik dan demokrasi, ia adalah perkembangan yang sihat bagi menamatkan pertikaian.
3. Dari segi jemaah, ia menanda kematian 'syura perundingan' dalam pemilihan PAS. dalam jemaah Islam, pemimpinnya boleh diletakkan pada mana-mana jawatan hatta turun kepada jawatan yang lebih rendah. ilhat sahaja Ustaz Razali Nawawi dalam ABIM, sekejap Presiden, kejap exco, sekejap timbalan presiden(tak berapa ingat). Lihat pula Dr Abbas menjadi exco selepas Dr Burhanuddin menjadi YDP
4. Di Malaysia, tradisi mencabar Presiden apabila Presiden tidak berkesan dan tak berguna. ia kemuncak kemelut dalaman. Di Malaysia, juga pertembungan bagi jawatan Presiden boleh menggugat kestabilan organisasi dan organisasi boleh berpecah..
5. dalam pertandingan, calon yang mendapat pencalonan yang selasa belum tentu menang sebagaimana pertembungan Dr Burhanuddin al Helmy melawan Prof Zulkifli Muhammad. Kenapa PAS tak berpecah ketika itu?. Antaranya, Zulkifli Muhammad juga bertanding jawatan YDP PAS.
6. Tradisi Malaysia, pertembungan jawatan tertinggi diakhiri dengan perpecahan. IPF, PS46, HAMIM dan lain-lain hasil daripada pengeseran tertinggi.
7. sistem kuota, undi bonus atau sistem permilihan parti seumpama PAS lebih memberi peluang kepada politik wang, politik popular dan politik tunjuk wajah/gambar/muka. Jika Johor sebagai contoh(ini contoh sahaja) mempunyai 26 bahagian yang mempunyai 1000 ahli setiap bahagian (kalau PAS mereka panggil kawasan)menewaskan Terengganu yang mempunyai 8 bahagian dengan keahlian 10000 setiap bahagian.
8. Kita boleh lihat bagaimana PAS mengurus khilaf dan pertembungan dalaman politik mereka pada bulan jun nanti

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...