Wednesday, May 13, 2015

Siapa Rascid Ghannoushi Dalam PAS?



Perkembangan terkini dalam politik Malaysia, dua tokoh PAS seringkali melontarkan gagasan ala pemikiran Rascid Ghannoushi(RG) iaitu Dr Mujahid Yusuf dan Dr Dzulkefly Ahmad.

Kelompok intelektual pula, Dr Maszlee  Malik  acapkali mengutarakan pendapat RG.

Idea-idea RG lebih cenderung kepada kebebasan masyarakat awam, masyarakat sivil, penyertaan dalam kerajaan, demokrat  Muslim dan tatakelola Kerajaan yang Baik.

Sebenarnya, dalam PAS sudah lama idea-idea RG tercetus seperti penyertaan PAS dalam kerajaan campuran dan BN. Selain itu, tokoh-tokoh PAS seperti Tuan Guru Fadzil Noor, Tuan Guru Yusuf Rawa dan Ustaz Nakhaie Ahmad antara pelopor kebijaksanaan perpaduan dalam politik melalui tahaluf siasi dan hubungan baik antara agama dan kaum. Sebagai contoh penubuhan CCC,  Angkatan Perpaduan Ummah, GERAK dan Barisan Alternatif.

Jika ditanya soalan di atas, saya secara peribadi menyifatkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bukan sahaja RG dalam PAS tetapi tokoh politik Islam lebih tinggi daripada RG sendiri.

TGHH melahirkan fenomena anak muda bersama kepimpinan ulama, beliau juga Presiden Pas, bekas Menteri Besar Terengganu, bersama mengasaskan Pakatan Rakyat, Naib Ketua Ulama Muslim Sedunia bahkan beliau mengemukakan idea gagasan Kerajaan Perpaduan yang menyebabkan PAS terjerumus dalam konflik dalaman.  Idea Kerajaan Perpaduan yang mahu diwujudkan bagi mengurangkan ketegangan politik yang melampaui batas-batas bertuhan.

Keilmuan dan pengalaman politik beliau cukup luas selayaknya beliau lebih tinggi daripada taraf RG.

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...