PKR dilihat lebih menghargai anak muda dan mahasiswa berbanding PAS. Ramai anak muda mendaki naik ke pun dalam politik bikinan PKR. Terbaru Siti Aisyah Sheikh Ahmad, Ketua Srikandi PKR dilantik sebagai senator. kalau dalam PAS, sukar nak jumpa kejadian seumpama ini.
Front mahasiswa pada mula diletakkan di bawah AMK iaitu Biro Mahasiiswa AMK. Kini mereka telah menjadi entiti sendiri yang dikenali sebagai Mahasiswa Keadilan Malaysia(MKM).
Beranikah PAS menubuhkan entiti tanpa sebalik tabir di kampus?
Meraikan anak muda dan mahasiswa menjadikan sesebuah organisasi semakin menarik
TENTANG MKM
PENGENALAN
Parti Keadilan Rakyat (PKR) memandang serius dan mengiktiraf
penglibatan golongan anak muda dalam menggerakkan parti secara aktif
untuk menyampaikan mesej dan dasar parti dengan lebih berkesan kepada
rakyat.
Idea dan pandangan yang disumbangkan oleh anak muda adalah sangat penting kerana hal ini merupakan gambaran kepada impian mereka terhadap masa depan negara.
Penubuhan Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) memfokuskan golongan mahasiswa. Golongan mahasiswa adalah satu golongan yang penting kerana mereka adalah pelapis kepada kepemimpinan negara pada masa akan datang.
Melengkapkan mahasiswa dengan pengetahuan yang meluas dan kemahiran yang tepat akan memastikan mahasiswa terus ke hadapan dalam membawakan isu-isu nasional dan pada masa yang sama menyumbang idea kepada pembangunan negara.
Oleh yang demikian, Mahasiswa Keadilan Malaysia berhasrat untuk menyediakan sebuah platform kepada mahasiswa untuk menyumbang kepada negara dengan idea-idea baru dan bersama-sama melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran agar mahasiswa menjadi insan yang serba boleh dan terus cemerlang.

MATLAMAT ORGANISASI
Mahasiswa Keadilan Malaysia berhasrat untuk melibatkan golongan
mahasiswa secara aktif dan matang dalam membincangkan isu-isu nasional
terutamanya yang membabitkan mahasiwa.
Kebelakangan ini, pelbagai isu telah timbul yang membabitkan mahasiswa seperti isu PTPTN, pendidikan percuma, pembabitan mahasiswa dalam politik, mahasiswa yang kurang kemahiran, kurang peluang pekerjaan dan sebagainya.
Isu-isu ini harus ditangani secara bersama dan bijak. Suara yang kuat dalam membawakan isu-isu besar ini harus datang daripada mahasiswa sendiri. Maka, Mahasiswa Keadilan Malaysia berhasrat untuk memperjuangkan isu-isu ini dengan matang dan rasional.