Monday, November 23, 2020

KENANG-KENANGAN POLITIK PAS-IRC-ABIM (Siri 2)

 

BAB 2

PAS ZAMAN BARISAN NASIONAL

 

Fatwa Mengenai Keharusan Kerjasama Pas-Umno 1973-1977[1]

Ada dibangkitkan oleh pihak tertentu mengenai kononnya tindakan PAS bekerjasama dengan UMNO di dalam Kerajaan Campuran Perikatan-PAS pada tahun 1973 dan didalam Barisan Nasional pada tahun 1974 telah tidak mendapat mandat daripada ulama’-ulama’ PAS dan kononnya dihukumkan sebagai haram oleh ulama’-ulama’ PAS tetapi ia dilakukan kerana “terpaksa”.

Sukacita dijelaskan bahawa tindakan PAS bekerjasama dengan UMNO di dalam Kerajaan Campuran Perikatan-PAS pada tahun 1973 sebenarnya telah mendapat mandat daripada majoriti ulama’-ulama’ PAS melalui Jawatankuasa Tarjih yang telah dibentuk oleh perjumpaan ulama'-ulama' PAS pada 14 Disember 1972.

Secara khususnya, 14 daripada 23 Ahli Jawatankuasa Tarjih ini telah bersetuju bahawa tindakan PAS bekerjasama dengan UMNO di dalam Kerajaan Campuran Perikatan-PAS ini adalah harus, di mana 14 ulama’ PAS ini adalah:

1. Nik Abdul Aziz Nik Mat,

2. Nik Mat Nik Man,

3. Faqih Ahmad,

4. Abdul Hakim Abdullah,

5. Kassim Ahmad,

6. Yahya Othman,

7. Zabidi Ali,

8. Tahir Daeng Mengati,

9. Mat Saad Ahmad,

10. Salleh Yusof,

11. Jamahir Idris,

12. Husin Besar,

13. Daud Yusof, dan

14. Abu Bakar Hamzah.

Pada masa yang sama, tidak dapat dinafikan bahawa 9 daripada 23 Ahli Jawatankuasa Tarjih ini telah bersetuju bahawa tindakan PAS bekerjasama dengan UMNO di dalam Kerajaan Campuran Perikatan-PAS ini adalah haram, di mana 9 ulama’ PAS ini adalah:

1. Othman al-Yunusi,

2. Abdul Samad Noh,

3. Ramli Senik,

4. Ahmad Long,

5. Yahya Junid,

6. Zakaria Mohd Dohor,

7. Abu Bakar Hanafiah,

8. Azhari Abdul Razak, dan

9. Mawardi Lebai Teh.

Nas-nas al-Qur'an yang telah digunakan oleh ulama'-ulama' PAS yang mengharuskan pembentukan Kerajaan Campuran Perikatan-PAS ini adalah:

1. Ayat 21 Surah al-Ahzab (yang bererti, "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat"),

2. Ayat 104 Surah Ali 'Imran (yang bererti, "Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji)", dan

3. Ayat 36-37 Surah al-Zumar (yang bererti, "Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya, dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan sebab pilihannya yang benar), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menyesatkannya").

Nas-nas al-Qur'an yang telah digunakan oleh ulama'-ulama' PAS yang mengharamkan pembentukan Kerajaan Campuran Perikatan-PAS ini pula adalah:

1. Ayat 21 Surah al-Ahzab (yang bererti, "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat"),

2. Ayat 113 Surah Hud (yang bererti, "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang melakukan kezaliman, maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun, yang lain dari Allah, kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan"),

3. Ayat 42 Surah al-Baqarah (yang bererti, "Dan janganlah kamu campur-adukkan yang benar itu dengan yang salah"),

4. Ayat 63 Surah al-Anfal (yang bererti, "Kalaulah engkau membelanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara (perasaan hati) mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (perasaan hati) mereka, sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"),

5. Ayat 59 Surah al-Nisa' (yang bererti, "Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Qur'an) dan (sunnah) Rasul-Nya"), dan

6. Ayat 26 Surah Nuh (yang bererti, "Wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan seorang pun dari orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi").

Sukacita juga dijelaskan bahawa tindakan PAS bekerjasama dengan UMNO di dalam Barisan Nasional pada tahun 1974 sebenarnya telah turut mendapat mandat daripada Muktamar Dewan Ulama' PAS Pusat Kali Ke-13 pada 13 Jun 1974.

Secara khususnya, ketetapan yang telah dipersetujui oleh Muktamar Dewan Ulama' PAS Pusat Kali Ke-13 pada 13 Jun 1974 ini adalah berbunyi:

“(Setelah) menimbangkan dengan penuh kesedaran dalam beragama akan bentuk 'Barisan Kebangsaan (Nasional)' dari sudut-sudut pembentukannya, tujuan-tujuannya dan (setelah) memerhati dengan jauh dan cermat keadaan suasana negara kita Malaysia ini serta perkembangan-perkembangan politiknya dan politik negara sekitarnya, dipadankan dengan petunjuk-petunjuk daripada nas al-Qur'an dan al-Sunnah serta berpandu kepada kaedah-kaedah fiqh, maka kesimpulan dari muzakarah (kami pada hari ini) sepakat dari ijtihad kami bahawa penyertaan PAS ke dalam 'Barisan Kebangsaan (Nasional)' itu adalah harus (mubah) jua adanya.”

Kedua-dua perkara ini tidak boleh ditakwilkan oleh sesiapa sekalipun kerana ia ada tercatat di dalam Minit Perjumpaan Ulama'-Ulama' PAS pada 14 Disember 1972 dan Minit Muktamar Dewan Ulama' PAS Pusat Kali Ke-13 pada 13 Jun 1974 yang ada dalam simpanan saya.

 

Sumber:

FB Dr Kamarul Yusof, 11.7.2020

 

 

 

Krisis Kerajaan Kelantan 1978

 

Krisis 1978 merupakan krisis paling besar dan paling rumit yang pernah dialami oleh PAS kerana ia melibatkan rakyat, parti, antara parti dan kerajaan.

 

Dato Muhammad Nasir dikatakan dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan atas restu Tun Abdul Razak, Perdana Menteri ketika itu.[2] Ia menimbulkan ketidakpuasan hati beberapa pihak dalam PAS. Usaha menyingkirkan Dato Muhammad Nasir pada bulan September 1977. Kumpulan 20 yang terdiri daripada ADUN memberi dua pilihan kepada Nasir sama ada meletak jawatan atau menghadapi undi tidak percaya dalam sidang DUN bulan Oktober 1977.

 

Dewan Ulama PAS Kelantan mengalami kemelut apabila Ustaz Mahmud Zuhdi, setiausaha Dewan Ulama Kelantan menyokong Nasir[3] manakala Naib Ketuanya Zakaria Ismail menafikan kenyataan Mahmud Zuhdi. Nasir semakin kuat apabila rakyat Kelantan berada teguh dibelakang kepimpinan beliau. Persatuan Pengajian Tinggi Nilam Puri, Badan Pengembangan Kebudayaan Malaysia (BABAK), mahasiswa Kelantan UKM (PERDANA) menyokong Nasir. Pada 24 September 1977, lebih 80000 orang berhimpun di Padang Merdeka untuk menyatakan sokongan kepada Nasir.

 

Nasir dipecat daripada PAS pada 29 September 1977 oleh Jawatankuasa Agung PAS.  Lapan yang menyokong pemecatan Nasir ialah Nik Abdul Aziz (Ketua Dewan Ulama PAS Pusat), Wan Ismail Wan Ibrahim (Timbalan Menteri Besar Kelantan), Zahari Awang, Khaidir Khatib, Sakinah Junid (Ketua Dewan Muslimat), Jamal Idris, Daud Samad, Hakim Abdullah dan Asri Muda (Yang Dipertua PAS Pusat). Mereka yang menentang pemecatan ialah Ali Taib dan Baharuddin Latiff.  Kelompok yang mengundi agar pemecatan tersebut ditangguhkan ialah Mustafa Ali (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat),  Salmah Husein, Ishak Rejab, Harun Din, Hassan Shukri (SUA PAS Pusat), Daeng Sanusi (Naib YDP), Wahab Yunus dan Suffian Mohamad. Walau bagaimanapun, keputusan ini dianggap ‘kesilapan teknik’ yang diumumkan pada 4 Oktober 1977. Satu rombongan telah dibawa ke Kelantan untuk memohon maaf kepada Nasir.

 

Pada 10 Oktober 1977, sekali lagi sidang Jawatankuasa Agung PAS Pusat memutuskan pemecatan Nasir. Mohd Asri Muda berkecuali dalam mesyuarat ini. Kelompok menyokong pemecatan ialah Abu Bakar Omar (Naib YDP),  Nik Abdul Aziz, Sakinah Junid, Wahab Yunus, Zahari Awang, Salmah Husein, Daud Abdul Samad, Wan Ismail Wan Ibrahim, Tengku Kamaruzaman Tengku Hamid, Khaidir Khatib, Zabidi Ali, Jamahir Idris dan Abdul Hakim Muhammad. Kelompok menentang pemecatan ialah Hassan Adli (Timbalan YDP PAS Pusat), Hassan Shukri (SUA Agung), Harun Din, Ishak Rejab, Abbas Alias (mantan YDP/AJK), Baharuddin Latiff dan Sufian Mohammad. Mustafa Ali dan Daeng Sanusi berkecuali.

 

Pada 15 Oktober 1977, dalam Dewan Undangan Negeri, kumpulan 20 telah mengadakan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Dato  Muhamad Nasir dan usul berkenaan diluluskan. Kerajaan Kelantan pimpinan Nasir digulingkan. Seramai 13 ADUN UMNO dan seorang anggota MCA serta Nasir meninggalkan DUN semasa pengundian diadakan.

 

Kemuncak pada 19 Oktober 1977, kacau bilau dan rusuhan melanda Kota Bharu. Beberapa siri rusuhan berlaku di Kelantan. Perintah berkurung 24 jam diadakan bagi menjamin keselamatan dan keamanan. Pada 8 November 1977, Rang Undang-undang Kuasa-kuasa Darurat dibentang dan diluluskan setelah 8 jam dibahaskan. PAS dan DAP menentang rang tersebut. Seramai 118 anggota Parlimen termasuk daripada PAS (Hassan Adli) manakala 18 menentang.

 

Kelulusan rang ini membawa krisis antara BN dengan PAS apabila PAS melalui Asri, dua timbalan menteri dan dua setiausaha parlimen daripada PAS meletak jawatan dalam kerajaan. Hassan Adli (Timbalan YDP PAS Pusat) ingkar arahan dan tidak mahu meletak jawatan akhirnya dipecat daripada PAS.

 

Darurat selama 95 hari. Nasir masih dikekalkan sebagai Menteri Besar tanpa kuasa. Pengarah Kerajaan berkuasa. Kerajaan ini dinamakan kerajaan MAGERAN.

 

Pada 5 Disember 1977, Dewan Majlis Tertinggi BN telah bersidang, 9 parti dalam BN mengundi PAS dipecat daripada BN, PPP berkecuali dan PAS menentang. Maka, tamatlah riwayat PAS dalam BN.

 

Nasir telah menubuhkan parti baru ialah Barisan Jamaah Islamiyyah SeMalaysia (BERJASA) pada  25 September 1977. Pada awalnya, Nasir nak menamakan parti baru sebagai Parti Progresif Islam atau Parti Tindakan Islam. Menurut sesetengah penulis politik, kelahiran BERJASA mempunyai kaitan dengan UMNO dalam menumbangkan PAS sebagaimana kelahiran BERJAYA menumbangkan USNO di Sabah.

 

Dalam BERJASA,  antara tokoh ternama dalamnya ialah Nasir (YDP), Ali Taib (Timbalan YDP), Hassan Adli (Naib YDP), Abu Bakar Hamzah (Naib YDP), Wan Hashim Wan Ahmad (AJK), Mahmud Zuhdi (SUA), Ibrahim Ali (Ketua Pemuda) dan Mohamad Che Wook (Ketua Dewan Ulama). Pada pilihanraya Umum 1978, BERJASA berjaya mendapat 11 kerusi manakala BN mendapat 23 kerusi.

 



[1] Oleh Dr Kamarul Yusuf

[2] Selepas PRU 1974, PAS mahu Wan Ismail dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan manakala UMNO mahukan Muhammad Nasir. Bagi menjaga perpaduan Barisan Nasional, PAS mengalah kepada kehendak UMNO.

[3] Nasir mendakwa kemelut berlaku akibat kes pembalakan dan tanah.

KENANG-KENANGAN POLITIK PAS-IRC-ABIM (Siri 1)

 

BAB 1

PENUBUHAN PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)

 

Mesyuarat Jawatankuasa Agung UMNO pada 16 Julai 1949 bersetuju menubuhkan jawatankuasa bahagian agama yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim. Beliau dibantu oleh Sheikh Abdul Jalil Hassan, Ustaz Salleh Osman, Tuan Guru Haji Mohamad bin Haji Hitam, Tuan Guru Ahmad Mahir, Tuan Guru Abdul Rahman Merbuk, Haji Mohamad Bin Sidin dan Haji Abdul Aziz bin Abdul Salam.

 

Pada tahun 1951, UMNO dikecohkan oleh kesanggupan Tunku Abdul Rahman menerima dana daripada hasil loteri. Sheikh Abdulllah Fahim dan anaknya, Ahmad Badawi menentang penerimaan tersebut.

 

Sebelum itu, Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan ilmuwan yang berasal dari Terengganu dan rapat dengan Dato Onn Jaafar tewas dalam pemilihan UMNO tahun 1951. Beliau selaku Pengerusi Badan Agama UMNO menetapkan loteri adalah haram. Pada November 1951, satu panitia penaja ‘kesatuan ulama’ diltubuhkan di Bangunan Kelab Melayu Bagan, Seberang Prai. Ahmad Badawi dan Tuan Guru Fuad Hassan antara yang turut terlibat.  Pada waktu itu, Ahmad Badawi merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO manakala Tuan Guru Fuad Hassan merupakan anggota Jawatakuasa Agung UMNO. Antara ulama lain yang terbabit ialah Tuan Guru Tuan Ahmad Tuan Husein, Tuan Guru Ahmad Maliki dan Tuan Guru Mansor.

 

Apabila Tuan Guru Ahmad Fuad Hassan  melepaskan jawatan sebagai Yang Dipertuan PAS, markaz PAS dipindahkan daripada madrasah Masriyah ke madrasah Daeratul maarif Wataniyah hasil cadangan Ahmad Badawi.

 

Pensejarahan diatas membuktikan bahawa PAS adalah sebuah parti berasaskan ulama. Kepimpinan ulama pada tahun 1981 merupakan proses pemugaran kembali ulama dalam PAS.

 

Ulama, Pondok dan Politik Kepartian

 

 

 

 

 

 

 

 


Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat (no. 2) menziarahi Almarhum Tuan Guru Hj Omar Zuhdi Pondok Lanai,Baling,Kedah (no. 1). Turut bersama antaranya adalah ulama' pondok Kedah yakni Almarhum Tuan Guru Hj Yahya Junid (no. 4),Tuan Guru Hj Salleh Musa Pondok Sik,Kedah (no. 3) & Tuan Guru Hj Abd Wahab Hassan/Tuan Guru Hj Awang Lanai (anak murid kepada Almarhum Tuan Guru Hj Omar Zuhdi/no. 5)

 

  1. Ulama dan politik kepartian tidak dapat dipisahkan. Sekitar tahun 1945, Tuan Guru Haji Husein Che Dol daripada Madrasah al Akhlak al Islamiyyah, Guar Chempedak, Kedah menjadi Presiden Kesatuan Melayu Kedah. KMK disertai oleh Haji Abdullah Abas Nasution (Tanjung Pauh) dan Haji Yahya Junid. Di Terengganu, Haji Wan Abdul Latif aktif dalam PKMM,
  2. Ulama Kedah sangat proaktif dalam organisasi. Mereka menubuhkan Persatuan Ulama Kedah pada 9 Februari 1946 yang berpusat di Maktab Mahmud, Alor Setar.
  3. Para ulama juga menentang Malayan Union. Di Kedah, Haji Abdul Rahman Merbok, Haji Husein Langgar, Haji Ahmad Kodiang,  Haji Idris Nor Alor Mengkudu, Haji Omar Langgar dan Haji Yahya Kupang. Di Pulau Pinang, Haji Abdullah Fahim manakala di Perak, Haji Abdul Samad Noh. Di Kelantan, Haji Ahmad Mahir.
  4. Apabila UMNO ditubuhkan, para ulama menjadi pendokong kuat UMNO. Antara ulama yang menyertai UMNO ialah Haji Abdullah Fahim, Haji Yahya Junid, Haji Ahmad Fuad, Haji Ahmad Maliki, Haji Ahmad Badawi, Haji Wan Abdul Latif.
  5. Ada ulama memilih tidak bersama UMNO seperti Haji Abu Bakar al Baqir. Beliau melahirkan organisasi Islam seperti Pusat Perekonomian Melayu Semalaya (PEPERMAS), Majlis Agama Tertinggi SeMalaya (MATA), Lembaga Pendidikan Rakyat (LEPIR) dan Hizbul Muslimin (Parti Islam Pertama di Malaya).
  6. Anggota penting MATA  ialah Abdullah Fahim, Abu Bakar al Baqir, Ahmad Hussein dan Hussein Che Dol.
  7. PEPERMAS merancang menubuhkan Bank Pertanian dan Bank Kebangsaan Melayu.
  8. PAS dilahirkan di ibupejabat UMNO Butterworth pada bulan Ogos 1951 ketika berlangsung Persidangan Alim Ulama UMNO ketiga. Ia bertujuan menyatupasukan ulama agar dapat membimbing UMNO ke arah cita-cita Islam disamping tempat kepada anggota PKMM dan Hizbul Muslimin yang dibubar. Persidangan ini dibuka oleg Abdullah Fahim. Ucapan pembukaan Yang Dipertua, Ahmad Badawi telah dibaca oleh Ahmad Maliki. Dalam persidangan ini, nama Persatuan Islam SeMalaya dipilih dan Jawatankuasa dilantik dengan Haji Ahmad Fuad selaku Yang Dipertua pertamanya.
  9. Banyak nama dicadangkan. Menurut TG Haji Mat Saman Kati, bekas Ketua Hizbul Muslimin Kelantan antara nama dicadangkan adalah Nahdatul Ulama Malaya (NA’AM). Nahdatul Ulama berada dalam gabungan parti MASYUMI. Ini menunjukkan betapa kuat pengaruh ulama pondok dan aliran tradisionalisme dalam PAS.
  10. Perlembagaan PAS yang merujuk kepada al Quran, as Sunnah, Ijma’Ulamak dan Qiyas itu berakarkan kepada Perlembagaan Nahdatul Ulama Indonesia. Ini menunjukkan PAS berpegang kuat pada Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah.
  11. Persidangan pertama PAS diadakan di Madrasah Dairatul Maarif, Kepala Batas. Ahmad Fuad dikekalkan sebagai YDP. Dalam Mesyuarat Agung Khas (1953) di Tanah Liat, Bukit Mertajam, Ahmad Fuad meletak jawatan sebagai YDP kerana PAS tidak mahu menyertai  National Conference anjuran Dato Onn. Disebaliknya PAS menyokong National Convention anjuran UMNO-MCA. National Convention turut disokong oleh Ahmad Badawi dan Ahmad Maliki.
  12. Pada Persidangan PAS Ketiga (1954), di Titi Serong, Krian, Perak, Dewan Ulama PAS ditubuhkan. Pada 15 Jun 1955, Persatuan Islam SeMalaya didaftar sebagai Parti Islam SeMelaya. Dalam Pilihan Raya Umum pertama Malaya, Haji Ahmad Hussein menang di Parlimen Krian, Perak mengalahkan Haji Sulaiman Palestin (UMNO)
  13. Abu Bakar al Baqir tidak menyertai PAS. Abdullah Fahim Mufti Pulau Pinang dan Seberang Prai (Sejak 1951) tidak aktif politik kepartian sebelum pilihan raya umum 1955 lagi. Walaubagaimanapun, kemenangan Ahmad Hussein di Krian dikatakan berpunca daripada fatwa Abdullah Fahim dimana dinyatakan haram memilih calon Bukan Islam. Ini menyebabkan UMNO marah. Tetapi Abdullah Fahim menafikan fatwa daripada beliau.
  14. Agak sukar memisahkan Ulama Pondok daripada politik kepartian. Daripada dulu, mereka  menyokong PAS atau UMNO.
  15. Kebanyakan ulama pondok yang mulanya menyokong UMNO berhijrah ke dalam PAS. Kebanyakan pimpinan PAS menganggotai lebih dari satu parti. Pada 14 Ogos 1954, PAS telah menetapkan supaya pimpinannya tidak boleh menjadi ahli parti lain serentak. Pada tahun 1954, Haji Yahya Junid Pondok Padang Lumat dan Haji Othman Yunus dari Madrasah an Nahdah, Bukit Besar meninggalkan UMNO dan menyertai PAS. Ada juga pimpinan PAS seperti Haji Ahmad Badawi dan Ahmad Maliki memilih untuk kekal bersama Umno.
  16. Tuan Guru Haji Daud Meranti Kelantan, Tuan Guru Haji Abdullah Tahir Bunut Payong (menantunya Tuan Guru Haji Hussein Rahimi) dan Tuan Guru Haji Abdul Ghani Kubang Bembam menyertai PAS.
  17. Haji Abdullah Tahir dikenali guru kepada para guru bagi kebanyakan para ulama di Kelantan. Beliau adalah murid tua Tok Kenali. Mesyuarat Agung PAS keempat pada tahun 1955 diadakan di Madrasah Ahmadiah Bunut Payung. Ini antara penyebab ramai ulama Kelantan tertarik dengan perjuangan PAS.
  18. Pondok terbesar di Kelantan rapat dengan PAS disebabkan pengasas pondok Tuan Guru Haji Mustafa dan Tuan Guru Abdul Aziz dalam kalangan pendokong PAS. Begitu juga Pondok Lubok Tapah dibawah Tuan Guru Haji Abdullah dan Pondok Sungai Durian, Kuala Krai dibawah Tuan Guru Abdul Rahman.
  19. Di Terengganu, TG haji Abdul Kadir Padang Midin, TG Haji Abdul Latif Besut, TG Haji Abbas Tok Jiring, Haji Zainal Abidin Sura, TG Mat Shafie Losong, TG Haji Umar Kampung Raja, TG Haji Shafie Durian Guling telah menyertai PAS.
  20. Jaringan Pondok seringkali dikaitkan dengan [1] hubungan perkahwinan antara keluarga para guru dan [2] hubungan guru dengan murid [3] hubungan Manhaj ASWJ, Asya’irah-Maturidiyyah, feqah Mazhab Shafie dan tasawuf Imam al Junaid al Baghdadi-Imam al Ghazali [4] mazhab politik ialah PAS.
  21. Parti Politik Islam perjuangan untuk umat termasuk bukan Islam. Maka, ia tidak boleh terikat dengan aliran tertentu. Secara perlembagaannya, PAS diikat dengan merujuk al Quran, as Sunnah, Ijma’ Ulama dan Qiyas. Walaupun elemen Ijma’ Ulama dan Qiyas dikatakan kurang dilazimi, secara hakikatnya ia masih wujud dalam perlembagaan. Dalam politik, kepelbagaian di luar konteks parti politik dan perbezaan aliran boleh memusnahkan politik umat Islam. Maka, pertembungan mestilah dalam konteks parti politik dan diselesaikan oleh Majlis Syura Ulama.
  22. Kita tidak nafi usaha baik organisasi baru seperti NA’ AM dan Ruwaq Jawi yang cuba memisahkan antara pengajian ilmu dengan politik kepartian. Usaha ini bukannya baru. Percayalah penubuhan  sesebuah organisasi baru tidak menyelesaikan masalah sebaliknya ia menambah ruang mewujudkan perpecahan dalam politik umat Islam. Lebih teruk, kelak berlaku pertembungan sesama sendiri dalam organisasi. Inilah yang berlaku dalam Jemaah Tabligh (antara Amir vs Syura Alami) dan Madrasah Darul Ulum Deoband.
  23. Kita risau melihat organisasi berasaskan pengajian ilmu sendiri akan menjadi organisasi berpolitik dan berpihak yang membentuk pengaruh, kecenderungan dan proksi politik baru. Ia membetulkan kenyataan kata orang tua, ‘yang kata tidak bermazhab itu juga adalah satu mazhab’. Yang kata tidak berpolitik itu juga adalah berpolitik. Sememang secara perlembagaan dan zahirnya bukan kelompok politik tetapi kelompok mereka boleh berpihak.
  24. Kehadiran kelompok-kelompok baru berasaskan pengajian ilmu sahaja menyebabkan mereka tertumpu kepada literal teks bukannya konteks. Mereka melihat dari segi kitab tetapi tidak mampu mendepani realiti situasi dan dinamika ijtihad politik yang ‘pragmatik’. Perbalahan mereka juga di luar lingkungan adab boleh menjerumus agama ke lembah fitnah. Akhirnya, perseteruan antara aliran pemikiran dan kelompok politik berterusan.

 

Bagaimana Menghadapi Politik Kepartian?

 

  1. Dalam politik kepartian berasaskan Islam seperti PAS, kita tidak boleh meletakkan satu manhaj atau aliran kelompok tertentu dalam perlembagaan atau agenda perjuangan parti kerana sesebuah parti Islam mengikut realiti Malaysia dianggotai oleh pelbagai kelompok berasaskan fikrah atau manhaj yang tersendiri. Setiap kelompok hanya perlu mendominasi parti melalui persaingan dalaman tetapi tidak boleh menguasai parti. Majoriti anggota parti perlu diberi penerangan bukannya menjadi penghukum kepada sesiapa dalam parti Islam.
  2. Setiap kelompok dalam parti Islam perlu faham bahawa tujuan parti politik Islam ialah menegakkan pemerintahan Islam (Negara atau Masyarakat Islam), menerapkan perundangan Islam dan memakmurkan wilayah agar lebih berkebajikan, sejahtera dan maju di bawah keredhaan Allah SWT. Parti Islam untuk umat Islam dan rakyat daripada pelbagai kaum dan kelompok bukannya kelompok atau aliran tertentu sahaja.
  3. Kita melihat tokoh-tokoh ulama ASWJ yang tegas dalam bab manhaj aqidah Asya’irah seperti Arwah Tuan Guru Haji Salleh Sik masih kekal dalam PAS kerana mereka tahu kelompok ASWJ Manhaj Asya’irah masih mendominasi PAS berbanding kelompok lain seperti Syiah, Wahabi-Salafi dan lain-lain.

 

 

 

Bagaimana Para Tuan Guru Menyelesaikan Masalah?

  1. [1]Mereka tsiqah, wala’ dan akur keputusan Syura Ulama. [2] Pertemuan peribadi antara ulama secara individu (selesai sendiri masalah sesama mereka. Ini dilakukan oleh TG Nik Abdul Aziz dan TG Haji Abdullah Lubuk Tapah jika mereka bertentangan pandangan ) dan [3] tawaquf (mereka berehat) serta [4] mereka keluar daripada parti Islam.
  2. Ulama-ulama Alam Melayu, mereka bukan sekadar ulama tetapi para pejuang politik di kawasan masing-masing. Syeikh Wan Ahmad al Fatani dan Syeikh Daud al Fatani adalah pejuang politik.
  3. PRU Pertama Malaya pada tahun 1955 di kerusi Parlimen Krian, TG Ahmad Hussein dicabar oleh murid beliau Haji Sulaiman Palestin. Semasa pemilihan YDP PAS (belum didaftar) kali pertama, berlaku pertembungan antara TG Abdullah Fahim dengan TG Ahmad Fuad. Haji Ahmad Fuad menang. Ini menunjukkan pertembungan antara para ulama dalam politik kepartian adalah perkara biasa.

 

Pertembungan ASWJ vs Wahabi-Salafi Dalam PAS

  1. Kehadiran kaum muda, kelompok Islah, kelompok wahabi dan kelompok salafi dapat dikesan daripada awal penubuhan PAS lagi. Antara tokoh awal tokoh Islah dalam PAS ialah Ustaz Abu Bakar  al Asy’ari, Sheikh Ibrahim Aqibi (1952) dan Ustaz Ahmad Long.
  2. Tahun 1952, Dewan Ulama PAS dibawah Abdullah Fahim menganjurkan Perjumpaan Sekolah Sekolah Agama Rakyat untuk menyatukan kedua-dua aliran. Usaha ini menampakkan positif tetapi dikhianati dengan melaga-laga isu isu khilaf seperti tahlil dan lain-lain.
  3. Kemudian Ahmad Fuad menganjur satu muzakarah (1953) tetapi gagal kerana kaum muda tidak hadir.  Muzakarah menetapkan pendirian PAS adalah bermazhab dan memutuskan ketetapan terhadap 16 masalah khilafiah. Begitulah juga  satu lagi muzakarah dianjurkan oleh Ibrahim Aqibi tetapi tidak dihadiri oleh kaum tua. Penyatuan kedua-dua aliran dilihat gagal sehingga muncul zaman Dr Burhanuddin al Helmy.
  4. Dr Burhanuddin menjadi Yang Dipertua PAS pada tahun 1956. Beliau merupakan tokoh islah dan kaum muda kerana pernah bersama Haji Wan Musa dan Haji Abbas Mohd Taha dalam isu talfiq pada tahun 1937 di Kelantan. Beliau dikatakan kembali kepada kelompok tradisionalisme setelah mengamalkan kembali tareqat. Timbalan YDP, Prof Zulkifli Muhammad pula mendapat tarbiah Ikhwan.
  5. Peralihan kepimpinan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat daripada TG Haji Husein Rahimi kepada Ustaz Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat pada tahun 1968 dan kembalinya pelajar lulusan agama lepasan universiti luar negara yang diasuh oleh ‘tarbiah Ikhwan’ mengukuhkan lagi pemikiran salafi dalam PAS.
  6. Penyatuan kedua-dua aliran boleh berlaku disebabkan oleh:

a)      Faktor pemimpin. Dr Burhanuddin al Helmy sendiri mempunyai hubungan rapat dengan kelompok Islah dan kelompok tradisionalisme. Tulisan bertajuk, ‘Bagaimana Islam Berpolitik’ dan ‘Ideologi Politik Islam’ dilihat satu regalia untuk menyatukan semua puak dalam PAS.

b)      Bermazhab Syafie dan Asya’irah yang dianuti oleh majoriti anggota PAS mengendurkan radikalisme salafi-kaum islah dalam PAS.  Tokoh besar kaum Islah, Ustaz Abu Bakar Ashaari yang dilantik sebagai Ketua Dewan Ulama Perlis dilihat semakin kurang radikal.

c)      Matlamat dan keutamaan kedua-dua kelompok ialah menegakkan masyarakat Islam dan perundangan Islam membolehkan kedua-dua meninggalkan perbezaan diantara mereka.

d)      Berpegang dan merujuk kepada sumber al Quran, As Sunnah, Ijma’ Ulamak dan Qiyas yang dijadikan hujah dan dalil mengukuhkan kesepakatan dan permuafakatan kedua-dua kelompok. Segala permasalahan dibawa ke dalam mesyuarat/muzakarah Dewan Ulama PAS untuk ditarjihkan.

  1. Al Banna menulis, ‘Sesungguhnya perselisihan faham umat Islam ini bukan lagi seperti perselisihan ahli falsafah dengan salafi dulu, Tiada guna lagi kita mencetuskan perselisihan faham tersebut. Tinggalkan perselisihan tersebut. Dan kembali kepada al Quran dan as Sunnah’.

  1. Perselisihan ‘kaum muda vs kaum tua’ mesti dihindari dan dihentikan. Perselisihan faham diantara kelompok Islam pada hari ini semakin ‘halus’ dan mengelirukan. Kita telah menghadapi era ‘Islam vs Sekularisme: Nasionalisme dan Materialisme’ dan ‘Islam vs Liberalisme dan Pluralisme’. Kini kita masuk era ‘Islam vs Islam’. Islamis vs Islamis maksudnya ialah semua mahu Islam tetapi perbezaan dari segi pelaksanaan dan pendekatan.

 

  1. Era ‘Islamis vs Islamis’  mengembalikan kita kepada zaman Khalifah Saidina Ali vs  Saidatina Aisyah-Talhah-Zubair. Zaman yang penuh fitnah yang mengelirukan dan mencelarukan pendirian politik umat Islam. Setiap kelompok mempunyai dalil dan hujah berdasarkan al Quran, as Sunnah, Ijma’ Ulama dan Qiyas. Dalam kedua-dua pihak Islam vs Islam ini bertempur sesama sendiri, kelompok ‘musuh’ Islam bertepuk tangan dan mengukuhkan kuasa.

 

  1. Kesepakatan dan permuafakatan dengan musuh musuh Islam dalam politik demi kesejahteraan dan kebaikan rakyat secara keseluruhan dibenarkan. Ia satu strategi ampuh bagi gerakan Islam. Tetapi mesti bersyarat. Asasnya jangan segan dan malu mengemukakan hujah Islam. Jangan segan dan malu mempertahankan Islam dalam perbincangan dengan musuh-musuh Islam tersebut.

 

Politik Takfir

  1. Pada tahun 1963, kerajaan Pusat menahan ulama pondok pro PAS dibawah ISA. Antara ulamak tersebut ialah Haji Che Hassan, TG Mohd Nor Teliar (didakwa pencetus fenomena takfir), Ustaz Nik Abdullah Arsyad, TG Omar Daud dan Haji Abu Bakar. Mereka ditahan berikutan pengeluaran fatwa mengkafirkan orang Islam yang melantik orang kafir sebagai pemimpin mereka atau bersubahat dengan orang kafir.

 

  1. Haji Mohd Nor But dan Haji Mustafa Pasir Tumboh berada dalam PAS.

 

  1. PRU 1959, UMNO membawa ulama pondok seperti Haji Idris Alor Mengkudu, Haji Omar Langgar dan Haji Tajudin Melaka untuk membantu kempen.

 

  1. Haji Abbas Tok Jiring dan Haji Abdul Kadir menyertai UMNO Terengganu.

 

  1. PRU 1964, Haji Wan Abdul Latif Besut dan Haji Muhammad Kuala Besut  masuk UMNO. Haji Mohd Nor Teliar dan Haji Omar Daud masuk UMNO setelah dibebaskan tahanan ISA.  Che Hussein dan Nik Abdullah dalam pilihanraya walaupun masih dalam tahanan.

 

Kesimpulannya

  1. Pengajian ilmu dan politik kepartian mesti seiring sejalan. Bukannya bersifat terpisah antara kedua-duanya. Ia saling kuat memperkuat bukannya saling lemah-melemahkan.
  2. Secara tradisinya, politik kepartian tidak dapat dielak oleh ulama pondok.
  3. Pertembungan mesti diselesaikan melalui majlis syura dan muzakarah para ulama.

 

Mencari Wajah Baru UMNO

UMNO hari penuh berkedut tua. Wajah UMNO perlu dirawat. Kepimpinan lama mesti ditukar. Beri ruang dan peluang kepada orang muda dan orang baru. Pemimpin lama bantu pemimpin baru.

 UMNO mesti bertanya kembali, Apakah tujuan ahli ahli UMNO berjuang?.

Untuk kemenangan pilihan raya, untuk menjadi wakil rakyat atau untuk menjadi menteri?. Pemimpin dan ahli UMNO mesti sedar dan insaf, mereka mesti berubah untuk mengembalikan kekuasaan. Integriti, tolak rasuah, buang budaya komisen dan lain-lain mesti dinyah daripada diri para pemimpin UMNO.

 

Berjuang untuk agama, bangsa dan negara.  Dalam konteks hari ini untuk mempertahankan hak keistimewaan Orang Melayu, kedudukan agama Islam dan Bahasa Melayu sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Ia bukan sekadar manis dibibir, beragenda politik atau muslihat politik. Ia mesti Nampak direalisasikan.

 

Dari segi politik kepartian, sememangnya DAP mendominasi pakatan parti pembangkang. Lebih jauh daripada itu, kebimbangan kita paling besar ialah dominasi kelompok evangelis dalam pakatan pembangkang dan kerajaan. Mereka menjadi kuasa pendesak dan kingmaker yang berkuasa. Selain itu, kerisauan kita juga terhadap kebangkitan kelompok ekstrem kaum Cina.

 

UMNO kena berubah untuk terus relevan.

UMNO Perlu Dibersihkan

Kesilapan terbesar UMNO selepas kekalahan dalam PRU 14 ialah tidak melakukan pembersihan secara besar-besaran ke atas kepimpinan UMNO. Mereka masih mengekalkan warlord-warlord lama. Akibatnya, kepimpinan UMNO tidak berubah, kelihatan tua dan diselubungi kekotoran ekoran pelbagai kes.

 

Tun Abdul Hamid menulis, “pemimpin-pemimpin yang menjadi liabiliti hendaklah disingkirkan dan digantikan  dengan muka-muka baru yang bersih. Sekarang (1 Jun 2018) adalah masa paling baik untuk berbuat demikian kerana pertama, terdapat kekosongan di atas dan tidak ada sesiapa yang Nampak jelas untuk mengantikan Dato Seri Mohd Najib. Kedua, tanpa kuasa, politik wang akan berkurangan

 

Kegagalan UMNO memberi ruang dan peluang kepada ‘muka baru’ menyebabkan UMNO berpecah kepada beberapa kabilah. Kabilah-kabilah ini mengundang perpecahan dalaman kepada UMNO. Penglibatan 19 anggota parlimen UMNO dalam komplot UMNO menyokong Anwar Ibrahim ketika ini (bermula beberapa hari sebelum PRN Sabah dan mungkin berakhir dengan pengundian Belajawan 2021) amat mendukacitakan.

Setakat hari ini, UMNO diselamatkan oleh keputusan Majlis Tertinggi UMNO iaitu:

1. Jika hendak menyokong sesuatu gabungan, ia mestilah dibuat secara en bloc,

bukan secara individu;

2. Sesiapa yang memberi sokongan secara individu akan dipecat dari parti;

3. Sokongan tidak akan diberi jika dalam gabungan itu ada DS Anwar atau DAP.

 

Percubaan pemimpin UMNO menggugat ketiga-tiga keputusan di atas boleh dianggap mengkhianati idealism perjuangan UMNO. Mereka perlu diberi surat amaran atau dipecat. Mesti bertegas hatta kepada Presiden UMNO dan mantan Preseiden sendiri.

 

Undi Belanjawan 2021: Medan Menurunkan PM?

Pihak pembangkang mengharapkan Belanjawan 2021 tidak diluluskan sebagai penunjuk TSMY mesti meletak jawatan PM. Seorang ahli parlimen yang mendapat majoriti sokongan dewan akan dilantik sebagai PM yang baru.

 

Sebelum PRN, DSAI telah membuat kenyataan media bahawa kerajaan PN telah tumbang. Beliau mempunyai nombor. Ketika itu, tersebar berita TS Mohd Zahid Hamidi menyatakan, "UMNO dan BN tidak dapat menghalang Ahli-ahli Parlimen yang mengambil keputusan untuk menyokong Anwar yang berhasrat untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan hasrat beliau.” Malangnya yang berlaku, ketika bertemu dengan Agong, beliau hanya mampu mengemukakan nombor tanpa menyatakan nama-nama yang menyokong.

 

Menurut Tun Abdul Hamid, mantan Ketua Hakim Negara, terdapat tiga kumpulan dalam UMNO berhubung isu ini:

1. Kumpulan yang menyokong DS Anwar untuk menggulingkan Kerajaan PN dan mahukan DS Anwar menjadi Perdana Menteri.

2. Kumpulan yang hendak menggulingkan Kerajaan PN tetapi mahukan pilihan raya diadakan.

3. Kumpulan yang menyokong Kerajaan PN dan TS Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Tun Abdul Hamid percaya kumpulan DS Zahid pada awalnya berada dalam kumpulan Pertama. Tetapi, mereka kemudiannya berundur seorang demi seorang apabila melihat ia tidak akan berjaya.

 

Pengundian Belanjawan 2021 dilihat ruang dan peluang sekali lagi UMNO menggugat kepimpinan TSMY.  Anggota BN seramai 43 orang sedia menyokong Belanjawan dengan syarat TSMY mempertimbangkan cadangan dibawah;

 

i) Melanjutkan tempoh moratorium untuk tempoh 6 bulan atau sebahagian daripadanya untuk mereka yang berkelayakan di bawah kumpulan B40 dan M40; dan

 

ii) Meluluskan untuk pengeluaran sejumlah wang daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mereka yang layak dan memenuhi syarat tententu.

 

Dua syarat atau cadangan ini menjadi batu lonjakan atau alasan bagi menurunkan TSMY daripada jawatan PM. Ia juga senjata yang baik sebagai ugutan kepada TSMY dan PPBM.

 

Sama-sama kita menunggu kesudahan drama belanjawan 2021 ini.

Peneka Angka dan Kelangsungan Politik.

Bertahun-tahun sudah

dia berteka dengan angka

dan bermain-main dengan 

impian dan angan-angan 

ramalan dan harapan

takdir masa depan

(T.Alias Taib)


Kesudahannya adalah hampa dan air mata. Begitulah nasib peneka angka. Ahli politik salah seorang peneka angka. Demi kelangsungan politik peribadi, setiap politikus perlu mencari kabilah (kem atau kartel) politik untuk bertaut. Apabila situasi politik negara tidak stabil, kabilah politik dalam semua parti politik tidak tenteram dan selamat. Mereka mencari sekutu politik.


Politik Malaysia berakar politik  nombor. Setiap kabilah atau parti politik perlu mencari sekutu untuk mencukupkan nombor (jumlah kerusi) dan menaikkan tokoh yang didokong. Tokoh ini ditampilkan sebagai watak berwibawa dan hero menyelamat keadaan. Untuk mencukupkan nombor, pelbagai tawaran politik dan janji dikemukakan. Jawatan dan nasib kes menjadi taruhan.


UMNO merupakan parti terbesar berpecah belah ekoran persengketaan para warlord dan kebilah-kabilah politik. Nasiblah tradisi setia kepada parti UMNO dan pemimpin semasa masih bertahan. Sejauh-manakah ia mampu bertahan, itu persoalan yang perlu dijawab oleh pimpinan UMNO.


Kita tidak menafikan, persoalan pada hari ini bukan lagi pertembungan antara Tun M dengan DSAI tetapi persoalan siapakah pemilik nombor yang paling banyak dan majoriti. Perpecahan PH dan pembangkang disebabkan oleh satu kelompok mahu bersekutu dengan UMNO manakala satu kelompok lagi menolak bersama dengan UMNO. Setakat hari ini, Tun M, Warisan, DAP dan Amanah kelihatan menolak bersama UMNO manakala DSAI dilihat bersedia menerima sokongan dan bersama UMNO. Ini menyebabkan berlaku ketidak-stabilan politik dalam Amanah dan membawa kemunculan semula pertembungan klasik antara Tun M dengan DSAI. Dalam UMNO sendiri, ada kelompok mahu bersama DSAI, ada pihak berpegang kepada prinsip 'No Anwar, No DAP'. Penentuan siapa berpihak kepada siapa atau mencari sekutu ini sangat rumit kerana ia boleh menyebabkan DAP, Amanah, PKR dan UMNO berpecah.


Kita sebagai orang awam tidak perlu tertipu dengan drama atau kenyataan politik. Ia hanyalah bersifat propanganda dan strategi politik. Orang politik berjuang demi kelangsungan politik peribadi mereka. Mereka sanggup menikam orang lain sebelum diri sendiri ditikam oleh orang lain. Tanpa waspada dan warak, kita akan ditikam oleh sahabat rapat sendiri. "Bukan kurang sayangku terhadap Julius Caesar kurang, melainkan sayangku kepada Rom lebih besar". Percayalah, politik ini hanyalah sekitar apa yang anda dapat melalui habuan material, kekuasaan dan jawatan.






Sunday, November 22, 2020

Krisis Kepercayaan Dalam Parti Amanah Negara.

 


Adun Meru, Fakhrulrazi dan Adun Sabak Ahmad Mustain Othman melompat masuk ke dalam PKR. Apa sudah jadi dengan Parti Amanah Negara?

Amanah mengalami krisis kepercayaan apabila pemimpin mereka berpecah kepada dua kelompok iaitu kelompok yang percaya bahawa kemenangan dapat dicapai dengan kekuatan Tun M manakala kelompok kedua percaya bahawa Anwar Ibrahim perlu memimpin PH dan sekaligus calon PM sekiranya menang dalam PRU 15.

Sebelum ini, Dato Husam Musa, Naib Presiden meletak jawatan dan menegaskan bahawa beliau mendokong Anwar Ibrahim sebagai  calon PM akan datang dan mengetuai PH dalam PRU 15.

Tindakan Fakhrulrazi itu disokong dan disyorkan oleh Saari Sungip. Namun Saari Sungip dan Adun Morib Hasnul Baharuddin tidak keluar parti.

Tindakan ini memberi petunjuk bahawa Amanah sedang bergolak dan retak. Kepimpinan Mohamad Sabu sedang dicabar dan diUGUT oleh satu kem dalam Amanah agar mengalih sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Saari dan Hasnul adalah manifestasi kekuatan IRC-JIM-IKRAM yang melata dalam Parti Amanah Negara. Mereka bersiap siaga menurunkan Mohamad sabu daripada kepimpinan. Kumpulan UM dalam Amanah kelihatan berpecah.

Ia mengulangi sejarah perpecahan PAS pada tahun 2015.


Monday, November 16, 2020

Anwar: Antara Nombor atau Nama?

Anwar mendakwa (setakat 16.11.2020), beliau ada 92 kerusi parlimen yang menyokongnya. Malangnya beliau tidak berani mengemukakan nama anggota parlimen yang menyokongnya.

Saat ini, Amanah dalam krisis keyakinan terhadap parti. Pejuang dan Warisan tidak menyokong Anwar. Justeru daripada Anwar mendapat nombor tersebut.

Walaupun Pejuang dan Warisan mungkin tidak sokong belanjawan 2021, belum tentu mereka menyokong Anwar Ibrahim.

Anwar Nak Menjadi PM?

 


“Ini bukan soal Anwar nak jadi PM, tidak. Saya dicalonkan oleh parti-parti dalam PH yang majoriti 92 sekarang”. Jelas DSAI.


DSAI, cari calon alternatif untuk menjawat jawatan PM. Rafizi, Nurul Izzah atau Ihsan pun ok.


Sunday, November 15, 2020

Ku Ajar Padamu

Ini kuajar padamu                                                                                                                            Daripada seorang guru biasa

Hasil kekayaan dan kesuburan tanah air ini diratah untuk membangunkan kota.


Ekonomi tanah air ini diramas dan dicabul oleh jari-jari besi yang ganas para taikun.


Anak bangsa dan anak desa dipanggil pemalas dikala sistem memenangkan anak-anak bangsawan dan anak orang elit yang mendiami petempatan kelas menengah di ibukota.


Politik menjadi tuanmu yang menyuruh kau setia dikala mereka memperbodohkan rakyat  dengan gula-gula habuan material yang sedikit.


Rakyat hanya alat permainan badut politik yang perutnya buncit dengan harta, komisen dan projek milik negara.


Rasuah politik melata dengan sokongan para taikun menjarah tanah air sehingga gersang.


Bangsawan bergelar yang tidak berjiwa rakyat terus mengikis harta tanah air dan bersubahat dengan para taikun dan badut politik secara senyap.


Cendikiawan dan ulama digantung 'anu' keberanian sehingga menjadi tukang baca doa dan tukang kipas dek kebimbangan kehilangan jawatan dan maruah.


Disebalik itu, sekumpulan mendakwa mereka adalah reformis, pejuang rakyat dan revolusioner bangkit menentang kezaliman dan penindasan. 


Mereka menyeru atas nama keadilan, kebebasan, kemanusiaan dan demi rakyat. Pemerintah mesti ditumbangkan demi perubahan dan keadilan.


Mereka memanipulasi penderitaan dan kesusahan rakyat untuk kelangsungan politik dan kepentingan diri mereka sendiri.


Setelah menang, mereka mula dibuai mimpi dengan kemasyhuran, jawatan, kemewahan dan harta. Mereka lalai dan alpa dengan mengulangi kembali kesilapan rejim lama.


Akhirnya, kepentingan diri, kroni dan keluarga diutamakan berbanding kehendak rakyat yang menderita dan dizalimi.


Rakyat tidak boleh mengharapkan badut politik. Rakyat sendiri mesti bangkit menentang kebodohan para badut politik dan para penjarah (taikun) dengan perubahan sikap, pemikiran dan keinsafan atas nasib yang menimpa ke atas anak bangsa ini.


Rakyat mesti bangkit dan berusaha sendiri bagi memajukan ekonomi keluarga dan komuniti demi kelangsungan politik


Rakyat mesti bangkit melawan korupsi-rasuah, kronisme dan nepotisme. Rakyat mesti bangkit melawan kemalasan, kebodohan dan ketamakkan harta benda.


Tiada lain, kita jaga kita. Badut politik tidak sempurna dalam menjaga kita. Rakyat pilih pemimpin yang paling berakhlak dan parti yang paling kurang mudarat. Tiada ketaksuban pada para badut politik dan parti mereka. Setia dengan kebenaran dengan sedia menolak mana-mana pemimpin yang tidak berakhlak.


16.11.2020

2.30 petang

Pekan, Pahang.


Wednesday, November 11, 2020

Ilmu 4 Tampil

 Tertarik dengan nasihat dalam telefilem Madu.


Kita perlu menjadi seperti lebah. Ada sengat tetapi kerja buat menghasilkan madu yang baik. [kerajinan dan kerja berkualiti]. Untuk menghasilkan madu yang baik perlu mencari bunga yang baik. Manusia yang bermanfaat perlu ilmu yang baik dan ilmu yang BERKAT.


Manusia perlu ada ilmu 4 tampil:

1. Ilmu agama. Ilmu jati diri.

2. Ilmu kepimpinan. Baru boleh jaga keluarga dan masyarakat.

3. Ilmu kesembuhan. Baik rukun zahir dan batin

4. simpan ilmu pertahanan. Untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air. Melawan kezaliman dan menjaga keluarga.


Kita semua suruhan Allah, suruhan Rasulullah. Kita ni, siapa diri kita?

Baru sempurna menjadi seorang lelaki. Jika tidak, kita nak tinggal apa untuk anak cucu kita nanti..


Paling Aku Takuti

 

“Paling ditakuti dan dibimbangi oleh diri ialah  iman berbolak-balik, pengakhiran yang tidak baik, dosa ketika bersendirian, tidak beramal dan tidak istiqamah dalam beramal. Kita berdoa agar Allah SWT mengampuni dosa kita dan mengekalkan hidayah serta rahmahNya kepada kita”

Sunday, April 26, 2020

PASCA COVID



Malaysia kerugian sebanyak 2.4 billion sehari sepanjang PKP. Kerugian yang dahsyat.


1.       Rangkaian bekalan akan bersifat tempatan dan bukannya global. COVID menghilangkan keyakinan syarikat tempatan terhadap syarikat luar. Dunia mungkin berfikir mahu mengamalkan Dasar Ekonomi Tertutup dan Separa Tertutup. Negara Besar seperti China dan AS mampu menjalankan ekonomi tertutup kerana mereka memiliki wilayah yang luas, pasaran yang luas dan penduduk yang ramai. Malaysia terpaksa fikir balik bagaimana menyelesaikan masalah ekonomi pasca covid. Pengangguran, kemusnahan industri pelancongan, pelaburan asing, eksport-import barangan dan lain-lain.

2.       Kebangkitan Neo-Nasionalis. Anti-Imigran. Pendatang tanpa izin perlu dikeluarkan. Keutamaan dan kedaulatan negara pada tempat pertama.Negara Itali dan Sepanyol mungkin memikirkan semula kehadiran mereka dalam EU.

3.       E-Dagang. Berbelanja, bekerja, dan berhibur dalam talian. Para peniaga dan pelanggan menjalankan urusan perniagaan dalam talian. Tidak mustahil budaya ini berterusan sementara menunggu COVID benar-benar berakhir. Premis kedai fizikal, komplek membeli belah dan industri hartanah mengalami krisis besar untuk pulih dalam masa yang singkat.

4.       Jurang digital menjadi isu besar. Jurang digital mempengaruhi keberkesanan e-dagang, e-kerajaan, e-pentadbiran dan e-pembelajaran. Kelajuan internet dan peralatan menjadi isu. Kehadiran 5G cuba membawa ‘revolusi’ dalam pendigitalan ini. Kerajaan boleh memperkenal baucar pembelian komputer sebanyak RM 1000.00 bagi setiap pelajar atau keluarga.

5.       E-Pembelajaran. Saiz guru dikurangkan. Perbelanjaan kerajaan bagi fasiliti pendidikan semakin berkurangan. Kehadiran COVID di luar jangka menyebabkan KPM tidak bersedia sepenuhnya. Pasca COVID, isi kandungan PdPC dimantapkan. TV Pendidikan diwujudkan kembali. PdPc boleh diadakan daripada rumah terutamanya bagi kelas bukan peperiksaan. Universiti secara fizikal terutamanya dalam pengkhususan Sains Sosial semakin kurang relevan

6.       Budaya Kerja dari rumah. Proses penstrukturan prosedur dan SOP bekerja semula mungkin berlaku. Ia mungkin bermula dengan kakitangan kerajaan. Saiz kakitangan kerajaan/awam akan terus dikurangkan. Pekerjaan berasaskan pentadbiran akan dilakukan daripada rumah. Ini mengurangkan perbelanjaan kerajaan bagi fasiliti tertentu seperti bil elektrik, penyaman udara dan baik pulih peralatan.


7.       Sistem kesihatan Awam perlu diperkemaskan dari segi data, bekalan dan peralatan perubatan.

8.       Peningkatan pengangguran. Pengangguran bukan hanya untuk orang yang malas. Kerajaan perlu menyediakan satu skim kebajikan pekerja (untuk penganggur) disamping BSH dan skim yang lain. Kursus-kursus jangka pendek untuk menambah kemahiran rakyat perlu disediakan

9.       Percukaian. Selain GST yang dikenakan kepada semua orang, cukai khas perlu diwujudkan untuk kelas elit yang mempunyai harta lebih daripada 1 juta.

10.   Kehilangan kepercayaan akan memakan masa untuk pulih. Sektor penerbangan, perhotelan dan pelancongan akan mengalami krisis kepercayaan yang agak lama untuk dipulihkan. Paling kurang 2 tahun.

11.   Insurans menjadi tumpuan utama. Insuran nyawa mungkin menjadi tumpuan orang ramai. My Salam perlu diperkemaskan bagi meningkatkan perlindungan kepada rakyat.

12.   Ekonomi Gig berkembang pesat. Syarikat penghantaran dan penghantar ‘indie’ akan tumbuh secara pesat.

13.   Usahawan startup berasaskan kualiti diri seseorang akan berkembang. Ia bersifat ‘perniagaan sara-diri’.

14.   Revolusi Pertanian. Negara Malaysia mesti keluar daripada kebergantungan mengimport pertanian. Kita memiliki tanah yang subur. Agak malang kita masih mengimport bekalan makanan seperti beras. Hub pengumpulan hasil pertanian, penternakan dan perikanan perlu diwujudkan di setiap kawasan atau daerah. Setiap daerah ada kawasan pertanian. Hasil pertanian akan dihantar ke hub pengumpulan pertanian. Dari sana, produk pertanian dihantar kepada pembeli melalui e FAMA, e PASAR, e-Peladang, e LKIM dan bagai. Ia boleh berperanan sebagaimana LAZADA dan SHOPEE atau FoodPanda.

15.   Era Sino Sentris. Selepas COVID, China meneruskan OBOR yang mengambarkan China adalah Hero dalam menyaingi AS. Pengkaji menyifatkan program penghantaran pakar perubatan dan bekalan peralatan seperti topeng muka sebagai Diplomasi COVID. Selain, perdagangan, tidak mustahil China mengunakan kaedah perang dalam menyelesaikan masalah mereka jika COVID 2.0 tercetus kembali di China.

16.   Data Besar. Pengumpulan data kesihatan seseorang boleh menyebabkan kebebasan seorang manusia tercabar. Ketirisan data suatu yang membimbangkan. Penanaman cip dalam tubuh manusia juga menjadi kebebasan manusia tergadai.

Monday, April 13, 2020

Kerajaan PN

I
Kerajaan PN tak terikat dengan konsep yang mahu diperkenal dan manifesto oleh PAS.Semasa PRU 14, PAS berjuang secara bersendirian. PN tak terikat dengan manifesto PAS atau perjuangan PAS. PAS berada dalam konteks PN, sudah tentu pendekatan dan strategi kena berbeza.
Ini kerajaan hasil pencaturan mencukupkan nombor. Ia tidak stabil. Kena melayani semua pihak, MN+BN+GS+GPS+Kartel+PPBM. Ghanimah politik diberi untuk kuatkan kerajaan agar tidak runtuh Kita tidak mampu menghadapi krisis politik dan PRU pada musim COVID dan pascanya. Nanti rakyat juga yang susah.
Ghanimah politik amalan biasa termasuk semasa PH. Ghanimah diberi kepada orang politik, ngo atau individu yang menyokong parti yang menang.
Isu lantikan politik itu isu PH yang dimungkiri. Itu janji PH. Kenapa nak dikaitkan dengan kerajaan hari ini.
II
Ada orang suka berpegang kepada kenyataan pemimpin bukannya pendirian atau keputusan parti
Pendirian sesebuah parti, itu pegangan rasmi.
Kerajaan teknorat jika PAS menang dalam PRU lepas. Kerajaan PN sendiri ada unsur teknorat sebagai pemula yang baik melalui jawatan menteri kewangan dan menteri agama.
III
Sebenarnya kita tak nak buat penerangan kerana bukan orang tak faham tetapi mereka tidak mahu terima pandangan kerana terlampau berpihak. Benci, marah dan dengki tertuang dalam diri bagai gunung pinatubo.
Ambe beri penerangan sebagai pelajar sejarah dan peminat politik terus dicop PAS dan pro PN.
Dalam memberi sokongan politik, kita pilih mudarat kecil daripada mudarat besar bukannya terikat keahlian atau kecenderungan kepada sesebuah parti dan orang tertentu.
Bebas diri daripada dunia berpihak yang menutupi kebenaran.

Peringatan

Dalam apa-apa perjuangan dan pekerjaan, sampai satu masa kita akan terfikir tentang habuan yang kita dapat dan jasa kita. Kemudian kita lihat mereka dapat dan kita tak dapat. Bangkit ketidakpuasan hati. Dengki.
Kan dah menang, aku dah lama bekerja tetapi tak dapat jawatan pun. Aku dah lama bekerja, jasa aku tak dikenang pun. Tak dapat APC pun.
Maka, percayalah ketika itu syaitan cuba menusuk jarum permusuhan, nak putus ukhwah dan nak persia siakan amalan berpahala kita selama ini. Itu ujian menguji tahap ikhlas dan istiqamah kita dalam membuat kebaikan.
Bersihkan hati.

Pertembungan Antara Kem dalam Sesebuah Kumpulan

Perbalahan antara kem-kem dalam sebuah organisasi banyak meruntuhkan organisasi. Ia perlu diuruskan dengan baik.
Kem kem ini muncul biasanya berasaskan pengaulan, sealiran, sekepala, sejemaah dulunya, seusrah, satu pandangan dan termakan budi.
Banyak keadaan perkara ini mengatasi kesetiaan kepada organisasi dan ketaatan kepada ketua. Akhirnya lahir kumpulan dalam kumpulan.
Perbalahan antara kem bukan berlaku dalam parti politik sahaja. Dalam NGO gelandangan juga dashyat, dalam kumpulan buku juga ada dan dalam jemaah sedamai jemaah tabligh juga ada. Justeru, jaga akhlak, jaga ukhwah, akur kepada ketua.
..
Taati ketua yang bertaqwa dan WARAK, insya Allah dia akan pimpin kita sehingga ke akhirat.
Di dunia, tuduhan boleh dilempar dengan pelbagai aneka tohmahan dan dakwaan. Kepetahan bicara dan kesedapan tulisan boleh mengelabui ramai manusia. Tetapi di mahkamah akhirat ia dibicara kira. Hadaplah sendiri.
Kita kena jalan terus dengan hujah.
..
"Bersama politikus itu adanya taikun-raikun dan pembodek', maka berwaspadalah kepada penikam belakang-brutus.
...
Perebutan kek ekonomi dan ghanimah jawatan politik sentiasa ada. Maka kena berprinsiplah, hidup biar berpahala, undur elak dosa.

Kerajaan Teknokrat dan Lantikan Politik


1. Pandanglah daripada mata helang di angkasa bukan daripada mata lalat agar lebih jelas kebenaran tanpa prejudis.
2. Kita mesti melihat sesuatu daripada konteks situasi, masa, keadaan dan zaman. Barulah lebih adil dalam menilai. sudah tertentu setiap sesuatu ada sebab.
3. Kenapa idea Kerajaan Teknorat dan UG dikemukakan oleh TGHH? Lihat konteks waktu dan situasinya.
4.Kerajaan Teknorat dan UG dikemukakan ketika negera mengalami masalah dari segi ketegangan politik. Ia idea untuk mengatasi dan selesaikan masalah.
5. KT dan UG itu bersifat sementara dan hendak selesaikan masalah. Setelah selesai, ia kembali kepada parti yang memenangi pilihan raya.
6. Antara tujuan KT ialah mengurangkan masalah politiking, mengurang sentimen politik kepartian dan ketegangan politik, pentadbiran tanpa bias politik dan ditadbir oleh pakar dan mengikut merit.
7. Kerajaan PN hari melantik Menteri Kewangan dan Menteri Agama dibawah ciri-ciri KT. Sepanjang 22 bulan pemerintahan, Menteri Kewangan dan Menteri Agama banyak dirudum kontroversi. Kerajaan PN bijak memilih kalangan teknorat bagi mengelak perkara pada NO 6. Sebenarnya teknorat itu tak semestinya Menteri. Ia boleh diletak sebagai timbalan menteri.
8. Keutamaan kerajaan ini mengukuh kerajaan, sudah tentu kerajaan memposisikan ahli politik kepada jawatan tertentu. Jika tidak, kerajaan ini mudah runtuh ekoran pencaturan nombor dan ini bakal menyusahkan rakyat.
9. Secara normalnya,setiap kementerian dilaksanakan oleh jentera pentadbiran dan pelaksana dalam kalangan pegawai perkhidmatan awam. Mereka adalah penasihat menteri. Menteri diperlukan dalam kalangan orang yang amanah, mampu, bertaqwa, warak dan berakhlak untuk memantau dan mengurus tadbir kementerian mereka.
10.Dulu kita ada menteri lulusan pengajian BM yang ditugaskan menjaga kewangan. Tiada orang persoalkan pun. Orang ini melaungkan kehebatan rekod 7 tahun dia. Dia pandai ke? Dia ada kelulusan akademik dalam bidang tu ke? Kejayaan beliau adalah kejayaan KOLEKTIF bersama penasihat dan kakitangan kementerian. kejayaan dia disebabkan situasi ekonomi ketika itu baik. Jika waktu sekarang, belum terjamin dia terbaik kecuali banyak komen di FB macam netizen yang lain.
11. Baca Nasihat Tun M, Wabak COVID-19 ini sedang dihadapi oleh seluruh dunia. Di Malaysia, kita sedang berdepan dengan krisis kesihatan dan ekonomi terburuk dalam sejarah. Kita perlu usaha bagaimana hendak tangani masalah ini dan bukan untuk cari siapa yang lebih popular. Kita seharusnya berusaha mendepani dan menangani krisis ini secara bersama.
Kita bukan sahaja perlu ucap terima kasih kepada barisan hadapan, bahkan kita perlu sama-sama tunjuk sokongan dan beri perhatian dengan menyahut nasihat-nasihat yang diberikan oleh mereka yang benar-benar pakar dalam bidang ini.