1. Pandanglah daripada mata helang di angkasa bukan daripada mata lalat agar lebih jelas kebenaran tanpa prejudis.
2. Kita mesti melihat sesuatu daripada konteks situasi, masa, keadaan dan zaman. Barulah lebih adil dalam menilai. sudah tertentu setiap sesuatu ada sebab.
3. Kenapa idea Kerajaan Teknorat dan UG dikemukakan oleh TGHH? Lihat konteks waktu dan situasinya.
4.Kerajaan Teknorat dan UG dikemukakan ketika negera mengalami masalah dari segi ketegangan politik. Ia idea untuk mengatasi dan selesaikan masalah.
5. KT dan UG itu bersifat sementara dan hendak selesaikan masalah. Setelah selesai, ia kembali kepada parti yang memenangi pilihan raya.
6. Antara tujuan KT ialah mengurangkan masalah politiking, mengurang sentimen politik kepartian dan ketegangan politik, pentadbiran tanpa bias politik dan ditadbir oleh pakar dan mengikut merit.
7. Kerajaan PN hari melantik Menteri Kewangan dan Menteri Agama dibawah ciri-ciri KT. Sepanjang 22 bulan pemerintahan, Menteri Kewangan dan Menteri Agama banyak dirudum kontroversi. Kerajaan PN bijak memilih kalangan teknorat bagi mengelak perkara pada NO 6. Sebenarnya teknorat itu tak semestinya Menteri. Ia boleh diletak sebagai timbalan menteri.
8. Keutamaan kerajaan ini mengukuh kerajaan, sudah tentu kerajaan memposisikan ahli politik kepada jawatan tertentu. Jika tidak, kerajaan ini mudah runtuh ekoran pencaturan nombor dan ini bakal menyusahkan rakyat.
9. Secara normalnya,setiap kementerian dilaksanakan oleh jentera pentadbiran dan pelaksana dalam kalangan pegawai perkhidmatan awam. Mereka adalah penasihat menteri. Menteri diperlukan dalam kalangan orang yang amanah, mampu, bertaqwa, warak dan berakhlak untuk memantau dan mengurus tadbir kementerian mereka.
10.Dulu kita ada menteri lulusan pengajian BM yang ditugaskan menjaga kewangan. Tiada orang persoalkan pun. Orang ini melaungkan kehebatan rekod 7 tahun dia. Dia pandai ke? Dia ada kelulusan akademik dalam bidang tu ke? Kejayaan beliau adalah kejayaan KOLEKTIF bersama penasihat dan kakitangan kementerian. kejayaan dia disebabkan situasi ekonomi ketika itu baik. Jika waktu sekarang, belum terjamin dia terbaik kecuali banyak komen di FB macam netizen yang lain.
11. Baca Nasihat Tun M, Wabak COVID-19 ini sedang dihadapi oleh seluruh dunia. Di Malaysia, kita sedang berdepan dengan krisis kesihatan dan ekonomi terburuk dalam sejarah. Kita perlu usaha bagaimana hendak tangani masalah ini dan bukan untuk cari siapa yang lebih popular. Kita seharusnya berusaha mendepani dan menangani krisis ini secara bersama.
Kita bukan sahaja perlu ucap terima kasih kepada barisan hadapan, bahkan kita perlu sama-sama tunjuk sokongan dan beri perhatian dengan menyahut nasihat-nasihat yang diberikan oleh mereka yang benar-benar pakar dalam bidang ini.
No comments:
Post a Comment