Malaysia kerugian sebanyak 2.4 billion sehari
sepanjang PKP. Kerugian yang dahsyat.
1.
Rangkaian bekalan akan bersifat
tempatan dan bukannya global. COVID menghilangkan keyakinan syarikat tempatan
terhadap syarikat luar. Dunia mungkin berfikir mahu mengamalkan Dasar Ekonomi
Tertutup dan Separa Tertutup. Negara Besar seperti China dan AS mampu
menjalankan ekonomi tertutup kerana mereka memiliki wilayah yang luas, pasaran
yang luas dan penduduk yang ramai. Malaysia terpaksa fikir balik bagaimana
menyelesaikan masalah ekonomi pasca covid. Pengangguran, kemusnahan industri
pelancongan, pelaburan asing, eksport-import barangan dan lain-lain.
2.
Kebangkitan Neo-Nasionalis.
Anti-Imigran. Pendatang tanpa izin perlu dikeluarkan. Keutamaan dan kedaulatan negara
pada tempat pertama.Negara Itali dan Sepanyol mungkin memikirkan semula
kehadiran mereka dalam EU.
3.
E-Dagang. Berbelanja, bekerja, dan
berhibur dalam talian. Para peniaga dan pelanggan menjalankan urusan perniagaan
dalam talian. Tidak mustahil budaya ini berterusan sementara menunggu COVID
benar-benar berakhir. Premis kedai fizikal, komplek membeli belah dan industri
hartanah mengalami krisis besar untuk pulih dalam masa yang singkat.
4.
Jurang digital menjadi isu besar.
Jurang digital mempengaruhi keberkesanan e-dagang, e-kerajaan, e-pentadbiran
dan e-pembelajaran. Kelajuan internet dan peralatan menjadi isu. Kehadiran 5G cuba
membawa ‘revolusi’ dalam pendigitalan ini. Kerajaan boleh memperkenal baucar
pembelian komputer sebanyak RM 1000.00 bagi setiap pelajar atau keluarga.
5.
E-Pembelajaran. Saiz guru
dikurangkan. Perbelanjaan kerajaan bagi fasiliti pendidikan semakin
berkurangan. Kehadiran COVID di luar jangka menyebabkan KPM tidak bersedia
sepenuhnya. Pasca COVID, isi kandungan PdPC dimantapkan. TV Pendidikan
diwujudkan kembali. PdPc boleh diadakan daripada rumah terutamanya bagi kelas
bukan peperiksaan. Universiti secara fizikal terutamanya dalam pengkhususan
Sains Sosial semakin kurang relevan
6.
Budaya Kerja dari rumah. Proses
penstrukturan prosedur dan SOP bekerja semula mungkin berlaku. Ia mungkin
bermula dengan kakitangan kerajaan. Saiz kakitangan kerajaan/awam akan terus
dikurangkan. Pekerjaan berasaskan pentadbiran akan dilakukan daripada rumah.
Ini mengurangkan perbelanjaan kerajaan bagi fasiliti tertentu seperti bil
elektrik, penyaman udara dan baik pulih peralatan.
7.
Sistem kesihatan Awam perlu
diperkemaskan dari segi data, bekalan dan peralatan perubatan.
8.
Peningkatan pengangguran.
Pengangguran bukan hanya untuk orang yang malas. Kerajaan perlu menyediakan
satu skim kebajikan pekerja (untuk penganggur) disamping BSH dan skim yang
lain. Kursus-kursus jangka pendek untuk menambah kemahiran rakyat perlu
disediakan
9.
Percukaian. Selain GST yang
dikenakan kepada semua orang, cukai khas perlu diwujudkan untuk kelas elit yang
mempunyai harta lebih daripada 1 juta.
10.
Kehilangan kepercayaan akan
memakan masa untuk pulih. Sektor penerbangan, perhotelan dan pelancongan akan
mengalami krisis kepercayaan yang agak lama untuk dipulihkan. Paling kurang 2
tahun.
11.
Insurans menjadi tumpuan utama.
Insuran nyawa mungkin menjadi tumpuan orang ramai. My Salam perlu diperkemaskan
bagi meningkatkan perlindungan kepada rakyat.
12.
Ekonomi Gig berkembang pesat.
Syarikat penghantaran dan penghantar ‘indie’ akan tumbuh secara pesat.
13.
Usahawan startup berasaskan
kualiti diri seseorang akan berkembang. Ia bersifat ‘perniagaan sara-diri’.
14.
Revolusi Pertanian. Negara
Malaysia mesti keluar daripada kebergantungan mengimport pertanian. Kita
memiliki tanah yang subur. Agak malang kita masih mengimport bekalan makanan
seperti beras. Hub pengumpulan hasil pertanian, penternakan dan perikanan perlu
diwujudkan di setiap kawasan atau daerah. Setiap daerah ada kawasan pertanian.
Hasil pertanian akan dihantar ke hub pengumpulan pertanian. Dari sana, produk
pertanian dihantar kepada pembeli melalui e FAMA, e PASAR, e-Peladang, e LKIM
dan bagai. Ia boleh berperanan sebagaimana LAZADA dan SHOPEE atau FoodPanda.
15.
Era Sino Sentris. Selepas COVID,
China meneruskan OBOR yang mengambarkan China adalah Hero dalam menyaingi AS.
Pengkaji menyifatkan program penghantaran pakar perubatan dan bekalan peralatan
seperti topeng muka sebagai Diplomasi COVID. Selain, perdagangan, tidak
mustahil China mengunakan kaedah perang dalam menyelesaikan masalah mereka jika
COVID 2.0 tercetus kembali di China.
16.
Data Besar. Pengumpulan data
kesihatan seseorang boleh menyebabkan kebebasan seorang manusia tercabar.
Ketirisan data suatu yang membimbangkan. Penanaman cip dalam tubuh manusia juga
menjadi kebebasan manusia tergadai.
No comments:
Post a Comment