Sunday, June 29, 2008

GAMIS JADI NGO?

Perjuangan dan idealisme Gamis dikhuatiri hilang bila jadi NGO

Intan Abdullah Foto Nasir Sudin Wed Jun 25, 08 3:56:52 pm MYT

Hasrat front mahasiswa Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) untuk muncul sebagai sebuah organisasi bukan kerajaan atau NGO mungkin akan tercapai tidak lama lagi. -->
Namun, ada yang berpandangan bahawa Gamis masih perlu meneliti semula peruntukan di dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 yang melarang mahasiswa daripada terlibat atau memegang apa-apa jawatan di dalam mana-mana persatuan di luar universiti.
Ianya disuarakan oleh mantan Presiden Gamis, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman kepada Harakahdaily.

"Jika matlamat Gamis untuk menghimpunkan kesemua Persatuan Mahasiswa Islam seluruh Institusi pengajian Tinggi, maka setelah menjadi NGO gerakan mereka ternyata akan berbeza daripada Gamis sebelum ini," katanya.

Ini adalah disebabkan ujarnya, PMI hanya terhad kepada mahasiswa sahaja yang akan berakhir apabila mereka menamatkan pengajian di kampus.
"Bukan macam NGO yang akan kekal sehingga ke luar kampus kelak," ujarnya yang merupakan Presiden Gamis era reformasi, 1998/1999.

Sementara itu, seorang lagi mantan Presiden Gamis, Mohd Ramadhan Fitri berpendapat Gamis berpotensi menjadi kumpulan pendesak atau 'pressure group' kepada kerajaan yang ada.
"Namun semuanya bergantung kepada pendekatan yang dibawa kepimpinan Gamis selepas ini," katanya.

Ditanya mengenai pengaruh Gamis sebagai front politik di kalangan mahasiswa yang mungkin terhakis, Ramadhan yakin ianya tidak akan berlaku.
"Sepatutnya prinsip asas Gamis yang memperjuangkan agenda yang bersifat universal serta 'check and balance' tidak berubah," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, seorang lagi bekas aktivis mahasiswa era reformasi, Wan Nordin Wan Yaacob berkata mahasiswa perlu memiliki identiti serta jati diri yang tersendiri.
"Mereka sepatutnya mencontohi mahasiswa di Indonesia dan Korea yang berperanan sebagai golongan yang mampu menumbangkan kerajaan yang tidak menjalankan tanggung jawab membangunkan negara," katanya lagi.

Tegasnya, apa yang dibimbangi ialah gerakan mahasiswa tersebut kemungkinan kehilangan idealisme perjuangan yang dipegang selama ini.
"Gamis jangan jadi GPMS yang dipegang oleh orang-orang politik untuk kepentingan mereka," katanya lagi.

Tambahnya, tindakan yang diambil Gamis untuk menubuhkan NGO seolah-olah mencerminkan gerakan itu mahu membebaskan diri daripada konsep perjuangan asal mereka yang tidak hanya lantang menyuarakan isu-isu dalaman kampus sebaliknya juga isu negara.
"Kita telah melihat individu-individu yang hebat lahir daripada gerakan mahasiswa kini duduk di kerusi kerajaan pusat mahupun negeri.

"Bahkan hasil pemerhatian saya, gerakan mahasiswa kini terutamanya Gamis seperti telah kehilangan hala tuju perjuangan.
"Adakah ini mencerminkan bahawa Gamis yang suatu ketika dahulu digeruni kerajaan telah hilang kekuatan?" tegasnya.
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) telah menghantar permohonan sebagai sebuah Non-Governmental Organization (NGO) melalui satu perakuan Surat Ikatan Amanah yang telah disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah, Tuan Mohd Radzi Yasin di firmanya berhampiran bangunan PWTC 23 Jun lalu.

Setiausaha Gamis, Syaari Abdul Rahman dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Harakahdaily menjelaskan bahawa meskipun Gamis akan menjadi NGO, fungsi asas Gamis yang menghimpunkan kesemua Persatuan Mahasiswa Islam seluruh Institusi Pengajian Tinggi tidak berubah.
"Matlamat utama kami adalah untuk memastikan Gamis tidak hanya terus berpencak silat di dalam kampus ataupun di dada akhbar sahaja," katanya dalam kenyataan tersebut.
Harakahdaily dimaklumkan bahawa permohonan tersebut dibuat dengan nama "Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia" (Gamis).

Pada masa sama, Syaari menyatakan bahawa objektif penubuhan Gamis sebagai NGO akan memberikan ruang bergerak secara sah sebagaimana NGO?s lain di Malaysia.
Katanya, Gamis mensasarkan aktiviti berbentuk kebajikan khususnya berkaitan dengan peningkatan taraf, pendidikan, ekonomi, kesihatan, pembasmian kemiskinan, di samping mengadakan kegiatan dakwah dan pembangunan komuniti untuk memberi khidmat kebajikan.
Gamis juga katanya akan bekerjasama dengan badan-badan di peringkat negeri dan juga nasional.

"Semoga dengan "rebranding" ini, Gamis tidak lagi hanya popular di bibir aktivis-aktivis Persatuan Mahasiswa Islam IPT sahaja, bahkan boleh dikenali dan dinantikan kehadiran oleh masyarakat luar kampus melalui program-program 'dari kampus ke lapangan umat'," katanya.
Gamis telah diwakili oleh Timbalan Presiden, Setiausaha Agong, Timbalan Setiausaha serta dua lagi wakil aktivis selaku Pemegang-pemegang Amanah Pertama dalam Lembaga Pemegang Amanah Gamis. - mns_

Monday, June 23, 2008

Mahasiswa dan Pilihanraya 1969

Isu Penglibatan Pelajar Dalam Pilihanraya 1969.

Gerakan pelajar mengalami tranformasi secara radikal dalam politik apabila melibatkan diri dalam pilihanraya Umum 1969. Pada bulan April dan Mei, PMUM telah bersedia dengan membuat persiapan bagi menyertai kempen pilihan raya. PMUM cuba memberi gambaran sebenar tentang politik nasional dengan menggunakan pedekatan non racial. Pada 19 April 1969, PMUM telah mengeluarkan satu manifesto yang dikenali Manifesto Mahasiswa[36] sebagai asas perjuangan.PMUM telah menyediakan manifesto yang bebas daripada sifat perkauman yang diamalkan dalam politik nasional. Pembebasan daripada unsur perkauman dalam manifesto diakui oleh Jawatankuasa MAGERAN Mengkaji Kehidupan Penuntut-penuntut Di Kampus Universiti Malaya.[37]

PMUM dalam manifestonya memperjuangkan isu-isu masyarakat seperti hak-hak demokrasi, perpaduan nasional, reformasi pelajaran, kesihatan, gaji minimun, reformasi pertanian dan dasar luar.[38] Pelajar ingin melahirkan masyarakat yang adil dan seimbang dimana penindasan manusia ke atas manusia lain tidak kedapatan.PMUM telah turun padang dalam kempen pilihanraya 1969 dengan mengadakan rapat umum secara besar-besaran di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Klang, Ipoh dan Petaling Jaya.

Rapat umum mempamerkan bakat politik dari segi idealis dan karismatik pimpinan pelajar seperti Syed Hamid Ali, Khong Kim Hoong dan Yoong Suan.[39] Sebanyak 13 rapat umum diadakan dengan kehadiran 100,000 orang rakyat menunjukkan betapa besar pengaruh gerakan pelajar di kalangan rakyat sehingga pimpinan PMUM tidak dibenarkan ke negeri Pantai Timur.

siswa dan politik tidak boleh dipisahkan. perjuangan mereka tidak dinafikan kehebatannya. Di Malaysia penubuhan PMN adalah satu proses penting bagi siswa mengasah bakat dan terlibat dalam pembangunan negara. diharap PMN akan mengalami proses kematangan dan jangan hilang hala tuju?

apakah khabar BBMN, anda suarakah?

Sosialisme Adik Kepada Komunisme

sosialisme adalah suatu ideologi yang menarik tetapi berhati-hati dengannya. ia membawa pengharapan bagi orang tertindas. ia menarik bagi orang muda dan revolusioner. Tapi kata Nik Aziz, Sosialis adik kepada komunisme.betul ke?

Thursday, June 19, 2008

Memori Mahasiswa 1960an: Apa Khabar Penduduk Teluk Gong?

Isu Tanah di Teluk Gong.

Dalam bulan September 1967, PBMUM telah mengadakan Simposium ‘Masalah Penduduk Luar Bandar’ bertujuan membincangkan dan mengkaji masalah yang dihadapi oleh penduduk luar bandar. Permasalahan yang dibincang mencakupi persoalan pendidikan, nasib wanita, kemudahan dan ekonomi orang Melayu di luar bandar. PBMUM telah menggunakan platform simposium ini bagi menyuarakan pembelaan yang harus dilakukan ke atas rakyat miskin dan terbiar di desa.[1]

Walaupun perjuangan PBMUM dilihat dalam konteks positif, sesetengah pihak berpandangan PBMUM di bawah pimpinan Sanusi Osman terpengaruh dengan cita-cita fahaman Sosialis. Impak simposium ini, PBMUM bersama dengan PMUM[2] telah memperjuangkan isu Teluk Gong. Pada 10 Ogos 1967, Hamid Tuah[3] bersama pengikutnya telah membuka tanah haram untuk petempatan dan pertanian di Teluk Gong. Pada 21 Ogos 1967, seramai 530 petani telah menanam sayur-sayuran dan membina penempatan di atas tanah 1000 ekar.[4] Pada bulan September 1967, kerajaan memberi amaran supaya tanah tersebut dikosongkan dalam tempoh seminggu. Kerajaan telah bertindak menangkap Hamid Tuah[5] dan pengikutnya[6] yang enggan menurut perintah dan memusnahkan petempatan haram tersebut.

Pada 14 Oktober 1967, pelajar mengadakan sudut pidato membidas pihak kerajaan Selangor dan mendesak agar Hamid Tuah dan rakan-rakannya dibebaskan. Mereka telah berarak dan berpiket di depan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Perarakan itu dapat disuraikan oleh FRU setelah pihak PMUM melalui Setiausaha Agung PMUM, Syed Hamid Ali berjaya menghantar memorandum.

Pada 15 Oktober 1967, sudut pidato diadakan lagi dengan luahan isteri Hamid Tuah, Syarifah Aini dan Dam Huri(anak beliau) di hadapan kira-kira 200 orang pelajar. Pelajar telah mengutip derma sebanyak RM500, pakaian dan susu untuk diagihkan kepada pengikut Hamid Tuah.
[1] Mohamad Abu Bakar, Mahasiswa Menggugat, hlm. 57.
[2] PMUM dengan PBMUM dapat bekerjasama kerana pimpinan kedua-dua pertubuhan dikuasai oleh pemimpin Kelab Sosialis iaitu Sanusi Osman dan Syed Hamid Ali.
[3] Wira petani yang memperjuang isu tanah rakyat. Beliau adalah cucu Sheikh Abdul Wahab, guru agama Sultan Langkat yang berasal dari Babus Salam, Tanjung Pura, Langkat Sumatera Utara. Ramai murid Abdul Wahab berhijrah ke Selangor pada tahun 1930an telah meminta bantuan beliau dalam penyelesaian isu penerokaan tanah. Selain Teluk Gong, Hamid Tuah juga terlibat memimpin rakyat dalam isu tanah di Bukit Ceraka, Subang(1950an), Batu 5, Jalan Banting(1961) dan Merbau Berdarah(1969).
[4] Sanusi Osman, Kelaparan Tanah di Kalangan Kaum Tani Malaya, Latihan Ilmiah, Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya, 1968, hlm. 95.
[5] Utusan Malaysia. 27. 9. 1967.
[6] Pengikut Hamid Tuah ditahan selepas beberapa hari beliau ditahan. Lihat Utusan Malaysia. 12.10.1967. Antara ditahan adalah Yahya Zainuddin dan Dam Huri(anak Hamid Tuah).

Ketinggian yang dicari

"jika kita mahu ketinggian di dunia dan akhirat, jangan lupa bangun malam untuk beribadat"

Keganasan Global: Punca, Impak dan Langkah Mengatasinya

KEGANASAN GLOBAL:
PUNCA, IMPAK DAN LANGKAH MENGATASINYA
Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias *

PENDAHULUAN

Sejak zaman nabi Adam, dunia telah mengalami pelbagai peristiwa keganasan dan kekejaman manusia. Kisah Habil dengan Qabil yang berbunuhan demi seorang perempuan cukup mashyur untuk kita menjadikan satu iktibar ketika kita merentasi zaman depan yang belum tentu gelap atau cerah. Selepas perang dunia, zaman orde baru telah muncul dimana Amerika Syarikat telah menjadi kekuatan adiperkasa yang menguasai ekonomi, politik dan sosial dunia. Berakhirnya perang dingin di antara Soviet Union dengan Amerika Syarikat dan blok Barat, China dan Islam dianggap musuh utama dunia. Maka muncul negara musuh baru dunia seperti Cuba, Iran, Syria, Libya, Sudan dan Iraq.

Episod kedajalan ini bertambah teruk apabila berlakunya peristiwa pengeboman bangunan World Trade Centre (WTC) pada 11 September 2001. Bermula keganasan global tanpa institusi konkrit seperti negara dan pertubuhan berdaftar. Yang ada adalah al Qaeda dan Osama yang penuh misteri dan kabur dalam kabus kekeliruan. Semua fakta boleh diragui telah dijadikan alasan untuk membalas keganasan dan kekerasan dengan kekerasan. Inilah fasa baru keganasan global yang akan menggugat kedamaian dunia.

KEKERASAN DALAM SEJARAH: PERKEMBANGAN TEORI

Peperangan dan keganasan dalam sejarah boleh dirangkumi dalam beberapa teori contoh, teori kepincangan oleh Charles Tilly. Teori ini mendakwa bahawa rakyat merusuh (tertindas) apabila mereka mengalami sesuatu kepincangan atau perubahan besar dan mendadak dalam kehidupan mereka. G. Rude menyatakan pencetusan Revolusi Perancis akibat keperitan pihak yang ditindas semakin bertambah. Dalam fahaman Marxis, pihak berkuasa memang dianggap dianggap alat pemerasan atau penindasan golongan yang berkuasa ke atas rakyat biasa.

Kekuasaan pihak kuat ke atas pihak yang lemah menyebabkan rasa dendam yang membara di kalangan yang ditindas. Ia akan mewujudkan satu gerakan protes. Menurut Tilly, gerakan protes adalah satu tindakan bagi menyaingi kuasa pihak yang lebih berkuasa. D. G. H. Cole dan R. Postgate juga memberi contoh peristiwa rusuhan di England sebagai ‘jawapan daripada orang-orang yang sudah ditiadakan cara-cara lain untuk melawan’. Rusuhan atau unsur kekerasan terpaksa digunakan kerana alternatif yang bersifat aman dan harmonis telah ditiadakan oleh pihak yang lebih berkuasa.

Para revolusioner yang berpandukan sesuatu fahaman politik mungkin menganggap kekerasan yang mereka gunakan sebagai hasil daripada tuntutan ideologi yang mereka anuti. Pejuang agama sebagai contoh menggunakan alasan agama untuk mengiyakan tindakan ekstrem mereka. Jika dunia selalu diulit dengan mitos bahawa hanya Islam mengalakkan keganasan global tetapi dunia harus juga melihat tindakan ganas gerakan IRA di Ireland Utara dan pejuang Tamil Ealam di Utara Sri Lanka.

Kekerasan atau keganasan selalu dianggap sebagai ‘pelunjuran politik dengan cara lain’, kita mengandaikan bahawa mereka yang melaksanakan kekerasan itu telah membuat perhitungan secara rasional. Mereka telah bosan menggunakan pendekatan yang tertakluk dengan perundangan tetapi gagal memperolehi sesuatu, maka langkah terakhir mereka adalah menggunakan kekerasan. Bicara Anwar Ibrahim ‘jangan bicara tentang perjuangan jika takut mengambil risiko’ ada betulnya. Risiko inilah yang ditanggung oleh pejuang yang komited dengan janji perjuangan tetapi dipersendakan oleh pihak yang lain. Pertimbangan rasional ini menyebabkan mereka redha mengambil risiko walaupun tindakan itu di luar lingkaran sifat kemanusiaan.

Tindakan kekerasan di luar lingkaran rasional ini dianggap adil oleh pendukungnya. Mereka tidak bersedia melihat keadaan sekarang lebih buruk daripada sekarang. Mereka juga mengharapkan sasaran keganasan atau persepsi masyarakat berubah ke arah memahami kerasionalan tindakan mereka. Dengan itu, maka agak wajarlah mereka juga mengharapkan sesuatu reaksi positif daripada kaca mata mereka.

Malangnya, rasional tindakan keganasan atau kekerasan tidak dapat diterima oleh pihak lain. Rasional tersebut dipersoalkan dengan penegasan tindakan mereka adalah tidak bertanggungjawab. Pendeknya, adakah mungkin orang yang tidak rasional melakukan sesuatu yang rasional?. Sebab itulah perusuh makanan pada kurun ke 18 di England digelar pemabuk, sampah masyarakat dan penjenayah. C. Hibbert menyatakan golongan perusuh telah bangkit memprotes tidak tentu arah, tidak bersedia dan tidak menyuarakan kehendak mereka, malah mereka yakin tentang apa yang mereka mahu atau matlamat mereka.

Untuk mengatakan pihak perusuh dipimpin oleh orang tidak berpendidikan atau gila kuasa, kita telah tersilap. Mereka adalah “ahli masyarakat yang dihormati” dalam masyarakat. Gambaran semacam ini dianggap character assasination yakni satu tohmah yang bertujuan menjejaskan peribadi orang. Walaupun imej orang yang dianiayai berjaya dipulihkan, pembelaan in tidak semestinya diterima oleh semua orang. Jadi kita melihat semestinya golongan yang dihormati ini mempunyai alasan konkrit untuk melakukan tindakan keganasan dan kekerasan.

Manakala Max Beloff kesal dengan sikap kepimpinan perusuh, ‘nampaknya tidak pun menerima pandangan bahawa kemudaratan mereka hampir keseluruhannya adalah akibat daripada kelemahan moral mereka sendiri’. Bagi Beloff, mereka tidak layak dibela kerana mereka adalah ‘orang yang mempunyai pemikiran berlegar di atas landasan usang’.

Masalah rasional tindakan kekerasan atau keganasan sangat kompleks. Sukar untuk mencari kebenarannya. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik jika seseorang itu menerokai sebanyak mungkin persoalan di sebalik pencetusan kekerasan daripada hanya mengkesampingkan femonena tersebut sebagai penghasilan tidak rasional oleh mereka yang tidak rasional. Kajian terperinci harus dilakukan bagi mengetahui punca terjadi gejala ini dan penilaian yang adil perlu dilakukan. Adakah tindakan kekerasan dan keganasan yang dilakukan oleh perusuh (golongan ditindas) merupakan tindakan bermoral atau sebaliknya?.

PUNCA KEBANGKITAN RADIKALISME DALAM MASYARAKAT DUNIA

Setiap sesuatu yang berlaku sewajar ada indikatornya. Indikator terjadinya keradikalan di dunia akan dibicarakan dalam subtopik ini. Sebelum itu, kita harus mengetahui makna radikal. Radikal berasal daripada perkataan radix iaitu akar. Akar yang menguatkan pokoknya. Dalam kamus dewan edisi ketiga, radikal bermaksud menyeluruh manakala radikalisme ialah fahaman radikal dalam politik; fahaman yang menginginkan perubahan mendadak dalam arena politik dan sosial. Menurut Shahnon Ahmad, radikalisme adalah satu gerakan perubahan yang baik untuk masyarakat dan harus dibedakan dengan surealisme yang bersifat destruktif. Oleh sebab itu radikalisme harus difahami dan dihadami falsafahnya. Walau bagaimanapun, dalam konteks perbincangan ini radikalisme mungkin dipandang negatif di kalangan penelaah.

Sekarang kita akan membicarakan tentang punca kebangkitan radikalisme seantero dunia. Antara punca kebangkitan radikalisme:

a. Politik

Politik adalah sumber utama kepada kekacauan dunia. Jika bicara tentang politik, ia selalunya melibatkan percubaan kuasa dan gila kuasa sehingga berlaku keganasan. Perkara ini telah terjadi apabila gerakan Islam seperti Barisan Penyelamat Islam (FIS) telah memenangi pilihanraya Algeria telah dinafikan kemenangannya apabila pihak tentera membatalkan keputusan pilihanraya. Natijahnya, FIS bangkit menentang secara bersenjata dan pengemboman. Di Chechenya, Rusia telah menyerang kerajaan Chechenya di bawah pimpinan Dzokhtar Dudayev untuk telah menuntut kemerdekaan. Sekali lagi trajedi berdarah berlaku. Tindakan keras pemerintah atau penjajah menyebabkan kebangkitan radikalisme di kalangan rakyat lokal. Akibat kurang sifat demokratik dan toleransi, rakyat telah mengambil tindakan drastik dengan melakukan aktiviti keganasan.

b. Agama

Agama juga menjadi sumber aspirasi kepada tindakan kekerasan. Sebenarnya, semua agama mengajar erti kedamaian bergantung kepada persepsi masing-masing. Tindakan kekerasan terjadi apabila agama digunakan sebagai sumber kekuatan menentang musuh. Sebagai contoh, agama Buddha digunakan oleh Dalai Lama untuk menentang Kerajaan Komunis China di Tibet dan gerila IRA Katolik menentang kerajaan Britain Anglican Protestan di Ireland Utara. Persoalan yang timbul, Islam telah dikambing hitamkan oleh Amerika Syarikat sebagai agama penganjur keganasan.

AS pasca 11 September telah melancarkan new crusade ke atas umat Islam. Penentangan Barat terhadap Islam bermula secara aktif sejak zaman Perang Salib lagi. Akibat pembantaian dan diskriminasi inilah lahirlah Osama Ben Ladin yang mengetuai al Qaeda yang di dakwa melakukan keganasan global. Di peringkat Asia Tenggara, Jamaah Islamiah telah didakwa mendalangi pengeboman di Jakarta dan Bali. Menariknya, pengeboman ini didakwa dirancang oleh Dr.Azahari Husin dan Nordin Mohamed Top, profesional dari Malaysia. Terfikirkah kita kenapa golongan profesional yang mempunyai gaji tinggi dan kehidupan selesa sanggup menyertai aktiviti keganasan?. Bahkan Osama sendiri seorang jutawan.

Semangat keagamaan didorong oleh kezaliman rejim Barat dan sejarah lampau yang mengakibatkan bara dendam senantiasa ada. Barat selalu mencipta musuh, pada mulanya komunisme dan selepas itu Islam. Semangat jihad dalam agama Islam selalu didefinisikan sebagai galakan agama islam terhadap umatnya untuk melakukan keganasan. Dengan semangat jihad inilah Taliban ditubuhkan oleh ejen CIA dan perisikan Pakistan untuk menentang Mujahidin Afghanistan. Bantuan Amerika telah melahirkan Osama yang memainkan semangat jihad melawan balik Amerika. Eksplotasi jihad secara silap oleh gerakan Islam yang mudah terperangkap dengan muslihat musuh menyebabkan jihad disilap tafsir.

c. Ideologi.

Ideologi telah terbukti antara sumber keganasan gobal. Komunisme telah dimulakan dengan ganas semasa Revolusi Rusia oleh Lenin. Komunisme telah mencipta pemerintahan baru di China di bawah pimpinan Mao Zedong. Ideologi ini telah diimport ke negara dunia ketiga. Malaysia juga tidak terlepas daripada pengaruh komunisme sehingga kerajaan mengisytihar darurat. Komunisisme yang dipelopori oleh Parti Komunis Malaya (PKM) telah menggunakan keganasan bagi menubuhkan Republik Soviet Tanah Malaya. Keganasan fahaman komunis juga di lakukan oleh pendokong komunis di Filipina dan Thailand. Ideologi Fasis juga mengalakkan keganasan seperti pemerintahan Hitler di Jerman. Selepas Perang Dunia Kedua, timbul golongan Neo Nazi yang mendukungi fahaman Fasis yang mengagungkan nasionalisme lokal. Golongan ini juga melakukan keganasan dan bersifat perkauman.

d. Ekonomi dan Sosial

Dasar ekonomi dan sosial antara punca kemunculan radikalisme dalam masyarakat dunia. Kebiasaanya dasar ekonomi dan sosial yang tidak adil menyebabkan sifat perkauman semakin menebal dan api dendam mula membara. Perkara ini bertambah hangat apabila digauli dengan faktor agama dan politik. Keganasan di Thailand Selatan disebabkan oleh dasar ekonomi dan sosial Kerajaan Thailand. Kerajaan Thai selalu menganggap penduduk Islam di Selatan Thailand sebagai warganegara kelas dua. Kekayaan ekonomi selalunya diagihkan di kawasan utara negara tersebut. Kemudahan sosial rakyat yang tidak terbela dan dilatari sejarah permusuhan Melayu-Islam dengan Thai-Buddha menyebabkan keadaan semakin tidak terkawal. Akibatnya berlaku demonstrasi berdarah di Tak Bai dan pengeboman di Sungai Golok.

KESAN KEGANASAN GLOBAL

a. Politik

Keganasan dan tindakan kekerasan mengakibatkan pemulihan sistem dan struktur politik sesebuah negara akan terbantut. Lihatlah sistem politik Afghanistan kucar-kacir akibat tiada pemerintahan berpusat selepas kejatuhan Kerajaan pro-Rusia pimpinan Najibullah. Afghanistan dibahagi-bahagikan dan ditadbir oleh panglima perang. Begitu di Somalia dan Iraq. Tindakan kekerasan oleh pejuang terutamanya pengeboman berani mati dan peperangan gerila bandar telah menggugat pilihanraya dan kerajaan baru Iraq.


b. Ekonomi dan Sosial

Ketidakadilan ekonomi dan sosial menyebabkan permusuhan antara kaum akan berlaku secara berpanjangan. Tuntutan Gerakan Aceh Merdeka, Barisan Pembebasan Mindanao dan Pertubuhan Pembebasan Rakyat Patani juga menyatakan hak-hak sosial dan ekonomi ke atas wilayah tuntutan mereka. Tuntutan sukar diterima oleh pihak pemerintah menyebabkan peperangan terus berlaku. Walaubagaimanapun, kes Timor-Timur atau Timor Leste antara contoh kejayaan pihak ‘pemberontak’ dengan bantuan kuasa asing menuntut hak mereka daripada Indonesia.

c. Agama Islam

Agama Islam menghadapi kesan paling teruk dikala keganasan global semakin membiak pesat. Islam melalui seruan jihadnya dianggap punca radikalisme. Media massa Barat selalu menuding setiap keganasan didalangi oleh pejuang Islam. Perkara ini menjejaskan kredibiliti agama Islam di mata dunia.

LANGKAH MENGATASI

Secara realitinya, amat sukar mengatasi masalah keganasan global hatta dengan penangkapan Osama sendiri. Walau bagaimanapun, satu plan alternatif perlu dipapar sekurang-kurangnya membendung kejadian keganasan dan tindakan kekerasan dalam jangka masa pendek dan panjang.

a. Dialog Peradaban

Secara mudahnya, dialog peradaban ialah satu proses pemahaman di antara tamadun yang berlainan bagi memahami dan menjalin ukhwah dengan semangat toleransi. Dalam dialog ini, titik kesepakatan dicari dalam suasana muhibbah dengan bersikap inklusif. Seperti bicara Iman Hasan al Banna “kita boleh bersama dengan perkara yang kita sepakati dan menghormati jika perkara berlainan”. Dialog Peradaban dapat merapat jurang dan membuka peluang untuk mengenali sesuatu bangsa dan agama.

b. Autonomi.

Sebenarnya sukar untuk memperolehi autonomi daripada pihak berkuasa kerana keegoan mereka yang tidak mahu tunduk kepada pihak yang lemah. Autonomi disini bermaksud memberi ruang kepada pihak bertentangan menikmati kemerdekaan dalam politik ekonomi dan sosial di bawah pemerintahan sesebuah negara. Contoh, wilayah autonomi Serb di Bosnia, Kosovo di Serbia dan wilayah Aceh di Indonesia. Sedikit kekuasaan jika dikongsi bersama lebih berharga daripada peperangan.

c. Perkongsian Pintar

Perkongsian pintar adalah satu proses pemuafakatan bagi mewujudkan suasana ‘menang-menang’ di antara yang pihak berinteraksi. Pihak yang mempunyai kekuatan membantu pihak yang lemah begitulah sebaliknya. Perkongsian pintar mewujudkan sifat saling percaya mempercayai dan mengeratkan ukhwah dengan pengurangan persaingan. Contoh, Amerika Syarikat oleh membantu negara miskin daripada segi ekonomi dan sosial.

d. Sukan

Sukan adalah wahana untuk meningkat perpaduan antara sesebuah negara dengan negara lain. Sukan Olimpik sebagai contoh membawa pertemuan antara negara musuh seperti perlawanan bola sepak antara Iran dengan Amerika Syarikat. Perlawanan ini boleh mengeratkan perhubungan positif dengan negara yang bermusuhan.

ANALISA DILEMA KONFLIK

Konflik
Apakah dilemanya?
(sosial, politik, kumpulan, personal)


Pilihan tindakan
Apakah alternatif tindakan yang boleh kita ambil?


Kesan
Apakah akibat yang dihasilkan daripada kesan ini? Apak buktinnya?

Akibat
Pada setiap alternatif, apakah kesan yang mungkin terjadi?


Pertimbangan
Akibat manakah lebih baik?. Apakah kriterianya?


Keputusan
tindakan
Apakah keputusan atas tindakan yang diambil? Adakah perbuatan tersebut benar-benar tepat.

Pendekatan Fraenkel

Pendekatan Fraenkel diasaskan oleh Fraenkel J.R., Dalam pendekatan ini kita akan mengkaji fakta-fakta yang relevan dalam menyelesaikan permasalahan. Kita juga meneliti pro dan kontra atas setiap tindakan yang diambil. Model ini menekankan cara menangani konflik secara analitikal dengan mengesan unsur-unsur nilai dan konflik terlebih dahulu. Bagi mengalakkan penyelesaian konflik, model ini haruslah dilaksanakan. Jika diamalkan oleh pihak yang bertentangan, mereka akan memikir secara logik dan terbuka. Semangat muhibbah akan dapat disemai dalam setiap permasalahan. Nilai moral yang murni harus diterapkan dalam pemikiran, tingkah laku dan emosi manusia agar tiada lagi tindakan kekerasan yang menyebabkan berlakunya lebih banyak tindakan kekerasan dan keganasan daripada pihak yang bertentangan. Semua pihak harus menerima setiap fakta sebagai jalan penyelesaian bukannya berlagak dengan sifat ego masing-masing. Sifat kenapa dan mengapa mereka melakukan keganasan haruslah diselongkar agar setiap penilaian dapat dibuat dengan adil.

KESIMPULAN

Keganasan global adalah isu paling hangat pada ketika ini. Apa yang menjadi persoalan adakah bermoral jika pihak tertindas mengunakan pendekatan kekerasan dan keganasan dalam tindakan mereka?. Adakah bermoral kelakuan ini?. Secara umunnya, kita menganggap tindakan kekerasan adalah tidak relevan dan di luar lingkaran sifat kemanusiaan. Walau bagaimanapun, pihak tertindas menganggap tindakan mereka adalah bermoral kerana mereka tidak dipernah diberi ruang atau alternatif secara aman dan selalu dikotak-katik dan dikhianati. Bahkan pihak pendokong keamanan, keadilan dan demokrasi sendiri yang dikatakan terlalu sakral itu sendiri dilihat tidak bermoral seperti menyerang Iraq dan melakukan pembunuhan pelarian Palestin di Shatila dan Sabra, Lebonan. Penilaian tindakan moral tentang kekerasan dan keganasan terlalu subjektif dan bergantung kepada persepsi seseorang yang menilai.



* Seorang pendidik yang mendapat pendidikan di Universiti Malaya dalam bidang, Sejarah, Sosiologi dan Antropologi.

Khabar Dari Pejabat Pos: KJ Merangkul Rakyat Malaysia?

Untuk kenaikan harga minyak kali ini. Penstrukturan subsidi yg dibayar menggunakan wang pos. Tahukah anda, Pos Malaysia adalah milik ECM-LIBRA, dan ECM-Libra adalah milik Khairi Jamaluddin menantu Pak Lah. Perancang strategik Pak Lah dari tingkat 4.

Bayangkan duit yg masuk ke dalam poket Khairy, setiap RM10 yg dibayar sbg subsidi.. 10 sen akan masuk ke poket sebagai komisen wang pos. Maknanya ada 6 juta kenderaan di malaysia dan setiap kenderaan akan dapat subsidi Rm 620, iaitu RM 6.20 komisen kepada Khairi. Untuk setiap kenderaan RM 6.20 X 6 Juta kenderaan = RM 37 200 000 setiap tahun.

Itu tidak termasuk bayaran setiap bulan terhadap VESEL dan Nelayan, juga menggunakan wang pos.

" Bayaran tunai sebanyak RM200 setiap bulan bagi setiap pemilik dan pekerja vesel rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan. Bayaran insentif kepada pemilik vesel pada kadar 10 sen sekilogram hasil tangkapan ikan yang didaratkan oleh vesel perikanan berdaftar di pusat pendaratan ikan di dalam negara. "Pembayaran akan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia . Kabinet juga telah memutuskan pengusaha bot penumpang sungai akan diberi bayaran tunai sebanyak 10 sen seliter berdasarkan kuota yang diluluskan," kata Abdullah."

Figure2 di atas tidak termasuk "Berapa bilion wang kerajaan akan menjadi simpanan tetap di Pos Malaysia dan berapa untung Pos Malaysia memperniagakan wang itu dengan keuntungan yang didepositkan ke tempat lain."

"Untuk kenaikan harga minyak kali ini. Penstrukturan subsidi yg dibayar menggunakan wang pos. Tahukah anda, Pos Malaysia adalah milik ECM-LIBRA, dan ECM-Libra adalah milik Khairi Jamaluddin menantu Pak Lah. Perancang strategik Pak Lah dari tingkat 4.

Bayangkan duit yg masuk ke dalam poket Khairy, setiap RM10 yg dibayar sbg subsidi.. 10 sen akan masuk ke poket sebagai komisen wang pos. Maknanya ada 6 juta kenderaan di malaysia dan setiap kenderaan akan dapat subsidi Rm 620, iaitu RM 6.20 komisen kepada Khairi. Untuk setiap kenderaan RM 6.20 X 6 Juta kenderaan = RM 37 200 000 setiap tahun.

Itu tidak termasuk bayaran setiap bulan terhadap VESEL dan Nelayan, juga menggunakan wang pos.

" Bayaran tunai sebanyak RM200 setiap bulan bagi setiap pemilik dan pekerja vesel rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan. Bayaran insentif kepada pemilik vesel pada kadar 10 sen sekilogram hasil tangkapan ikan yang didaratkan oleh vesel perikanan berdaftar di pusat pendaratan ikan di dalam negara. "Pembayaran akan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia . Kabinet juga telah memutuskan pengusaha bot penumpang sungai akan diberi bayaran tunai sebanyak 10 sen seliter berdasarkan kuota yang diluluskan," kata Abdullah."

Figure2 di atas tidak termasuk "Berapa bilion wang kerajaan akan menjadi simpanan tetap di Pos Malaysia dan berapa untung Pos Malaysia memperniagakan wang itu dengan keuntungan yang didepositkan ke tempat lain."

sumber:email

Wednesday, June 18, 2008

GERAKAN PELAJAR DAN POLITIK

GERAKAN PELAJAR DAN POLITIK

Politik melibatkan satu keadaan perebutan kuasa, satu sistem bagi mengadakan peraturan asas, penglibatan pemerintah dan pembangkang dalam usaha mewujudkan masyarakat yang sempurna.[1] Gerakan protes adalah satu tindakan politik bagi menyaingi kekuasaan kerajaan.[2] Sifat intrinsiknya sukar dinyatakan tetapi ia harus ditangani dengan penuh bijaksana. Walau bagaimanapun, kondisi masyarakat tempatan antara alasan bagi organisasi pelajar mendesak untuk melakukan perlawanan sosial.[3]

Gerakan pelajar dan politik mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain. Keterlibatan gerakan pelajar dalam politik terbahagi dua iaitu tahap dalaman kampus dan politik luar terutamanya politik nasional. Menurut Khong Kim Hoong, pelajar mesti aktif dalam politik supaya terlibat secara langsung dalam proses pembinaan bangsa dimana pelajar perlu berupaya menganalisis tentang persoalan demokrasi, kebebasan dan equality.[4] Beberapa pertubuhan pelajar mempunyai jalinan ideologi yang rapat dengan pertubuhan politik dan pertubuhan bukan kerajaan. Perkara ini terbukti kumpulan Republik Islam yang pro-PAS mengalahkan kumpulan PKPIM-ABIM dalam pemilihan tampuk kuasa PMIUM pada tahun 1983.[5] Politik juga merangsang kematangan para pelajar dalam memperjuangkan permasalahan rakyat dan membentuk bakat kepimpinan.

Isu politik dan penyertaan dalam parti politik merupakan unsur yang berbeza. Bagi mengelakkan para pelajar terlibat secara langsung dalam parti politik, pihak universiti wajar menubuhkan Current Affair Club iaitu kelab perbincangan politik.[6] Dalam kelab perbincangan ini digalakkan perbezaan pendapat. Kritikan dan perbezaan dalam memberi pendapat akan memugarkan demokrasi yang berasaskan kebebasan bersuara dan pengetahuan hak asasi manusia.[7] Secara idealnya, kezahiran Kelab Sosialis boleh mempertingkatkan kesedaran politik di kalangan pelajar tetapi momentum kesedaran politik masih terhad pada lingkaran pelajar berjiwa kiri sahaja.[8]

Kewujudan arena politik kampus mewujudkan fenomena persaingan dalam mencari pengaruh demi kepentingan pertubuhan pelajar yang diwakili. Menurut Maurice Duverger,[9] proses ini dikenali sebagai ideological decentalization. Penyebaran ideologi merangsang suasana diskusi, persaingan intelektual, perdebatan dan kemahiran berpolitik. Pertubuhan pelajar yang berpengaruh sering menghangatkan suasana politik kampus Universiti Malaya ialah Kelab Sosialis(1960an-1974), PBMUM(1960an-1974), PMIUM(1971-2003), Barisan Mahasiswa Bersatu(1990an), Gagasan Mahasiswa(1997-2003).
[1] “Mahasiswa dan Politik”, Kongres Kepimpinan Perdana Kebangsaan, 16-17 Oktober 1996, Jitra: Persatuan Sains Politik UUM.
[2] Qasim Ahmad, Kekerasan Dalam Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, hlm. 9.
[3] Ernest Mandels, “Gerakan Mahasiswa Revolusioner”, http://idealismahasiswa.com.my.
[4] Khong Kim Hoong adalah Presiden PMUM sesi 1969. Lihat Mariam Lim(ed.), Union Perspective 1969, hlm. 4.
[5] Zainah Anwar, Kebangkitan Islam di Kalangan Pelajar, Petaling Jaya: IBS Buku, 1990, hlm. 69.
[6] Laporan Jawatankuasa Majlis Gerakan Negara Mengkaji Kehidupan Penuntut-penuntut di Kampus Universiti Malaya 1971, hlm. 58.
[7] F. H. T. Rhodes, ‘The University and its Critics’ dlm. W.G. Brow & H.T. Shapiraled(ed.), University and Their Leadership, New Jersey: Princeton University Press, 1998, hlm. 4.
[8] Temuramah Mohamad Abu Bakar, 2.1.2003. Pelajar harus bebas membicarakan tentang ideologi dan mengkritik. Lihat, Majalah Varsity, 1965, hlm. 13.
[9] Maurice Duverger, Political Parties: Their Organization and Activity in the Modern State, London: Methuen, 1967, hlm. 54.

PERKEMBANGAN PERSATUAN PELAJAR DI MALAYSIA

PERKEMBANGAN PERSATUAN PELAJAR DI MALAYSIA.

Gerakan pelajar bermula seiring dengan perkembangan pendidikan di negara ini. Pada tahun 1816, sekolah pertama dibina oleh British iaitu Penang Free School. Pada tahun 1937, dunia pendidikan Tanah Melayu dikejutkan kelulusan pertama graduan Melayu dalam Senior Cambridge dan beliau adalah Abdul Wahab Mohd. Ariff. Beliau telah dianugerah Penang Free School Centenary Gold Medal pada tahun 1938 atas kecemerlangan pertama anak Melayu. Kejayaan Abdul Wahab mendorong rakan-rakan mendesak beliau memberi nasihat agar mereka turut cemerlang. Hasilnya Abdul Wahab menubuhkan pertubuhan pertama pelajar Melayu iaitu Malay Boys League yang bertujuan melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang tetapi terpaksa dibubar kerana larangan pengetua.

Semasa menuntut di Singapura, Abdul Wahab telah menjadi Presiden Mahasiswa Islam Kolej Raffles dan Perubatan Singapura iaitu sebuah pertubuhan Melayu Islam. Pertubuhan pelajar Melayu penting bagi menyatukan pelajar Melayu.[1] Jumlah pelajar yang kecil menyebabkan Abdul Wahab menyeru agar pelajar Melayu bersatu demi pelajaran.[2] Persatuan Mahasiswa Islam Kolej di Singapura juga mendesak agar kerajaan menubuhkan Majlis Pelajaran Tinggi yang diletakkan di bawah penyeliaan seorang pegawai Melayu sebagai Ketua Pengarah Pendidikan.

Pada bulan April 1946, Aminuddin Baki seorang pelajar menengah atas Sekolah Anderson, Ipoh menubuhkan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu Insaf(PERMI). Pada bulan Ogos 1947 PERMI cawangan Perak ditubuhkan. Perkembangan gerakan pelajar semakin pesat dengan penubuhan Kesatuan Persuratan Penuntut Melayu Selangor(KPPMS) pada tahun 1946 dan Kesatuan Penuntut Melayu Pahang pada tahun 1947. Kesatuan Penuntut Melayu berkembang pesat pada tahun 1949 dengan penubuhan cawangan di negeri seperti Kelantan, Negeri Sembilan, Kedah, Melaka dan Johor. Abdul Wahab telah mengetuai Jawatankuasa Persiapan Kongres Pelajar bagi menyatukan seluruh gerakan pelajar di Malaya.

Kongres Pelajar Melayu berlangsung di Maktab Teknik, Kuala Lumpur pada 14 dan 15 Ogos 1949. Pertubuhan yang hadir dalam kongres ini adalah Persatuan Penuntut-penuntut Muslim Maktab Teknik, PERMI(Perak), Persatuan Penuntut Melayu(Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Kajang) dan Persatuan Penuntut-penuntut Melayu Maktab Tanam-tanaman. Mereka membincangkan permasalahan pelajar Melayu dan bagaimana untuk bekerjasama. Pada jam 12 tengah hari, 15 Ogos 1949, kongres bersetuju menubuhkan Gabungan Penuntut-penuntut Melayu Semenanjung(GPMS) yang diketuai oleh Abdul Wahab.[3] Apabila Universiti Malaya ditubuhkan di Singapura, GPMS mendesak agar Dr. G.V. Allen sebagai Naib Canselor kerana beliau bersimpati dengan orang Melayu. Tampuk pimpinan GPMS dikuasai oleh pelajar Universiti Malaya seperti Lokman Musa, Musa Hitam dan Abdullah Ahmad Badawi.

Kewujudan kampus Universiti Malaya di Kuala Lumpur telah mengalakkan perkembangan gerakan pelajar. Sebenarnya banyak persatuan yang telah ditubuhkan tetapi penulis menumpukan kepada persatuan yang berpengaruh di Universiti Malaya iaitu PMUM, PBMUM dan PMIUM. Semua pelajar di Universiti Malaya bernaung di bawah PMUM atau UMSU mula ditubuh pada 1 Januari 1962 seiring dengan hari penubuhan Universiti Malaya yang ditubuh di bawah Akta Universiti Malaya. Maka Persatuan Mahasiswa yang ditubuh pada 15 Januari 1959 telah berakhir pada penghujung 1961.[4]

Tujuan PMUM ialah memupuk kebajikan am badan mahasiswa, memajukan kegiatan sosial, kebudayaan dan mengadakan hubungan rasmi dengan badan lain.[5] PMUM adalah badan pelajar yang diberikan kuasa untuk mewakili mahasiswa dalam semua perkara yang menyentuh kepentingan mahasiswa. PMUM[6] diakui sebagai suara rasmi pelajar oleh pihak Universiti Malaya. PMUM adalah pertubuhan yang lantang bersuara memperjuangkan isu kampus, antarabangsa dan nasional.

PMUM mempunyai kuasa menjalinkan hubungan rasmi dengan badan pelajar yang lain sama ada di dalam atau di luar negara. PMUM menyertai Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia(PKPM) yang merupakan wakil badan pelajar Malaysia dalam arena antarabangsa. PKPM telah ditubuhkan pada tahun 1958 dengan nama National Union of Federation Student(PKPPTM) dan ditukar nama kepada PKPM pada tahun 1962.[7] PKPM yang didominasi oleh tokoh PMUM juga bergabung di bawah International Student’ Council yang berpusat di London dan menyambut 17 November setiap tahun sebagai Hari Pelajar Antarabangsa.

PBMUM pula ditubuhkan pada 29 Januari 1955 di Singapura dengan ahli seramai 27 orang semasa tahap awal. Di Singapura, PBMUM dikenali Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya dan perkataan persekutuan diganti dengan persatuan pada tahun 1969.[8] Penubuhan PBMUM adalah hasil usaha pensyarah dan pelajar fakulti Sastera seperti Lokman Musa, Noh Abdullah, Tahir Abdul Rahman dan Fatimah Hasyim. Walau bagaimanapun, idea penubuhan PBMUM telah dicetuskan oleh Ungku Aziz dan Za’ba sejak tahun 1954 lagi.[9] Pada tahun 1956, keahlian PBMUM seramai 202 meningkat kepada 721 orang pada tahun 1965. Pada sesi 1970/1971, keahlian PBMUM adalah 3123 orang[10] menjadi antara persatuan berpengaruh di Universiti Malaya.

PBMUM tidak bergabung dengan PMUM kerana hala tuju PMUM tidak selaras dengan perjuangan bahasa dan kebudayaan Melayu.[11] Pengabungan akan membatasi peranan PBMUM. Teras perjuangan PBMUM berdasarkan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu pada tahun 1954 yang mendesak Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Hasrat ini bertambah kukuh apabila Majlis Undangan Persekutuan Tanah Melayu yang bersidang pada 31 Mei 1955 bersetuju menjadi Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Pada tahun 1969, PBMUM meminda perlembagaan dengan menambah isu perjuangan iaitu mengambil berat dan memperjuangkan pelajaran dalam Bahasa Melayu dan berusaha memperjuangkan keadaan bangsa dan negara. PBMUM mendakwa mereka adalah penyambung lidah rakyat bukanlah perjuangan perkauman tetapi perjuangan nasional.[12] Menurut Kochiko Mazilo, pendekatan PBMUM bukan emosional dan radikal tetapi bagi batu timbang setiap pergerakan yang menyeleweng daripada aspirasi nasional. Bahasa Melayu dan dasar pelajaran adalah cita-cita rakyat yang taat kerana bahasa bukan soal politik dan pelajaran bukan persoalan ekonomi.[13]

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya(PMIUM) diwujudkan pada pertengahan tahun 1950an hasil inisiatif Syed Muhamad Naquib al Attas, seorang pelajar Islam di Universiti Malaya, Singapura. Walau bagaimanapun, peranan PMIUM mula menonjol dan rancak apabila Universti Malaya berpindah dari Singapura ke Kuala Lumpur. Pada tahun 1960, PMIUM di bawah pimpinan Hussein Ahmad berjaya mendapat tanah untuk Masjid ar-Rahman yang dibina pada tahun 1963. Pada tahun 1962, PMIUM bergabung di bawah PKPIM dengan menubuhkan Badan al Rahmaniah atau Badan Dakwah dan Kebajikan Islam SeMalaysia.

Pada tahun 1964, Syed Naquib pulang ke Tanah Air dan menjadi pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu. Kepulangan Syed Naquib merancakkan lagi kegiatan PMIUM apabila beliau cuba menyerap idea ‘faham Islam’ ke dalam pemikiran pelajar. Beliau telah berjaya menangkis hujah yang dikemukakan oleh golongan Sosialis dan Nasionalis. PMIUM cuba melahirkan mahasiswa yang memahami al Quran dan Sunnah yang melaksanakan prinsip Islam dan menyatukan persaudaraan Islam. Pejuangan PMIUM tersebar melalui makalah seperti Suara PMIUM dan Jurnal Sejahtera.

[1] Jumlah Pelajar Melayu
Kolej Perubatan 25 orang daripada 312 orang pelajar
Kolej Raffles 33 orang daripada 300 orang pelajar
United Kingdom 38 orang
Maklumat ini dirujuk daripada; M.A. Fawzi Basri, “1948 GPMS Sebagai Badan Pelajar Kebangsaan” dlm. Cenderamata Jubli Perak GPMS, 1973, hlm. 59.
[2] The Sunday Tribune, 30.5.1948. Dirujuk daripada karya; Mohd Tajuddin, Aminuddin Baki, Petaling Jaya: Pelanduk Publication, 1987, hlm. 11.
[3] Mohd Tajuddin, Aminuddin Baki, hlm. 14.
[4] Buku Panduan PMUM 1974, Kuala Lumpur: PMUM, 1974, hlm. 8.
[5] “Satu Pengenalan: Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya”, dlm. Majalah Varsity 1970, hlm. 8.
[6] Sebanyak 32 pertubuhan pelajar yang bergabung dengan PMUM dan 13 lagi pertubuhan pelajar tidak bergabung termasuk sebuah kelab politik pelajar(Kelab Sosialis). Lihat, Laporan Jawatankuasa Majlis Gerakan Negara Mengkaji Kehidupan Penuntut-penuntut di Kampus Universiti Malaya 1971, Kuala Lumpur: MAGERAN, 1971, hlm. 17.
[7] Mariam Lim(ed.), Union Perspective 1969, Kuala Lumpur: PMUM, 1969, hlm. 72.
[8] Noordin Razak, PBMUM: Satu Kajian tentang Perubahan Sikap Mahasiswa Melayu, Latihan Ilmiah, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1971, hlm. 7.
[9] Adnan Nawang, Za’ba: Patriot dan Pendeta Melayu, Kuala Lumpur: Yayasan Penataran Ilmu, 1994, hlm. 167.
[10] Lapuran Tahunan PBMUM 1970/1971. Kenaikan keahlian PBMUM disebabkan peningkatan jumlah kemasukkan pelajar Melayu ke Universiti. Lihat juga Laporan Jawatankuasa Majlis Gerakan Negara Mengkaji Kehidupan Penuntut-penuntut di Kampus Universiti Malaya 1971, hlm. 46-47.
[11] Laporan Jawatankuasa Majlis Gerakan Negara Mengkaji Kehidupan Penuntut-penuntut di Kampus Universiti Malaya 1971, Kuala Lumpur: MAGERAN, 1971, hlm. 16.
[12] Berita PBMUM. 28. Mei. 1971.
[13] Kochiko Mazilo, “Bahasa Bukan Soal Politik, Pelajaran Bukan Soal Ekonomi”, Utusan Malaysia, 23.10.1970.

Thursday, May 22, 2008

WAKIL SEKOLAH: DI MANA PERANAN GAMIS?

WAKIL SEKOLAH: DI MANA PERANAN GAMIS?

Pencarian pemimpin berbakat adalah satu proses sukar. Bagi PMIUM dan WUFI, API Nilam Puri dan Pusat ASASI UIA, PJ merupakan markaz utama pertarbiyyahan tetapi bagaimana nasib bakat pimpinan PMIUPM, PMIUSM atau ISIUKM. Adakah pelajar di kolej matrikulasi kuat Islam atau kuat laghanya?. Atau mengharapkan kealiman bekas pelajar sekolah agama di tingkatan 6?

Sepatutnya GAMIS mengambil berat tentang pentarbiyyahan di sekolah dengan mewujudkan jawatan wakil sekolah. Wakil sekolah ini mesti mempunyai organisasi tersendiri dan diketuai oleh pendidik di sekolah berkenaan. Tumpuan utama wakil sekolah ini boleh dilakukan di sekolah seperti SBP, MRSM dan SMKA berasrama penuh serta sekolah agama kerajaan negeri.

Saya cukup tertarik dengan seorang sahabat adik saya yang menginap di rumah saya mengatakan terdapat pimpinan kampus pergi menziarah ke maktab mahmud, kedah. Perkara ini harus dipergiatkan lagi. Selama ini, KISAS, SMKA Labu, Maktab Mahmud atau SMKA al Masyhur menjadi tumpuan GMI. Sekarang apa kata jika GAMIS memperluaskan lagi usaha pertarbiyyahan dengan memperkasakan organisasi wakil sekolah atau kolej matrikulasi.

ALUMNI PIMPINAN GMI SELEPAS KAMPUS

ALUMNI PIMPINAN GMI SELEPAS KAMPUS
Oleh ahli biasa PMIUM berkad ahli: PMI 0179/01

Ramai pimpinan GMI tidak berminat untuk aktif dalam PAS selepas alam kampus. Bukan mereka tidak menyokong gerakan Islam tetapi banyak keuzuran untuk mereka aktif. Jadi yang mampu lakukan adalah dari segi kewangan dan undi sahaja. Ada beberapa faktor;

bekerja dengan kerajaan
keluarga
kesibukan kerja
tempat tinggal

Ada juga pimpinan GMI terasa amat bebas apabila keluar kampus kerana jawatan dalam GMI membuat mereka terkongkong. Ada juga yang aktif dalam GMI untuk mencipta sejarah tersendiri. Selepas kampus menjauhi gerakan Islam.

Sebenarnya, Saya tak nak masuk dalam rumahtangga dalaman GMI terutamanya PMIUM tetapi sebagai ahli PMI 0179/01 saya rasa bertanggungjawab juga memberi respon walaupun saya adalah ahli PMIUM yang hina-dina dan bukan AU yang unggul itu. Ada tiga yang penting selepas alam kampus bagi pimpinan GMI:

ukhwah sesama pimpinan dan ahli GMI serta keluarga mereka. Setiap peringkat atau batch perlu ada buku maklumat yang disertai gambar dan alamat hubungan bagi ahli kenali mengenali dan berhubungan. Ini tidak, generasi A tidak mengenali generasi X. Akibatnya ukhwah longgar dan terbiar.
membantu atau menyertai gerakan Islam
dakwah ke dalam masyarakat sekeliling termasuk dalam persekitaran tempat kerja. Ini tidak, ramai pimpinan GMI hilang budaya keGMIannya setelah berada di luar kampus. Sepatutnya kalian mentarbiah umat bukannya mengikut persekitaran umat yang terbiar akhlaknya ini.

Underground atau NGO?

Dalam membawa sesuatu misi untuk umat kita boleh menggunakan dakwah secara underground dan terbuka. Di Malaysia, suasana di sini membolehkan kita melakukan dakwah dan usaha penerusan gerakan Islam secara terbuka dengan menjadikan ahli GMI menyertai NGO. Jangan terlalu bersembunyi sangat dalam ruangan yang sempit itu. Keluar berbakti, beramal dan bermanfaat untuk umat.

Walau bagaimanapun, keahlian mesti bersifat terhad dan teliti. Kualiti harus diutamakan bukannya kuantiti. Jika kita ingin memasuki JIM sebagai contoh, kita perlu meminta sokongan daripada seorang ahli JIM. Maknanya, kita mesti minta sokongan daripada ahli IRC. Barulah kita jadi ahli JIM. Teliti dan ada kualiti; sebab itu ahlinya adalah yang terpilih sahaja.

Di UKM, NGO bagi unit dalaman ISIUKM iaitu Islam Penyelamat Ummah(IPU) adalah JASA. Seeloknya para pimpinan JASA membuka keahlian kepada semua ahli ISIUKM. Cadangan PMIUM untuk mewujudkan alumni PMIUM selepas makan malam PMIUM pun masih berdebu tanpa pelan pelaksanaan.

Ya, jika kita nak ahli NGO berkualiti semestinya ahli dalaman lebih berkualiti. Tetapi adakah kita yakin kualiti masa persekitaran kampus masih segar selepas berjauhan dengan kampus?. Masa duit ada dan berkerjaya, tidakkah faktor ini mempengaruhi ahli unit dalaman tersebut?.

Jadi pimpinan NGO kampus boleh pilih sama ada nak jadi macam ABIM atau JIM. JIM asasnya adalah ahli dalaman yang dikenali IRC. Manakala ABIM dianggotai oleh PKPIM dan sekutunya yang pelbagai lebih terbuka daripada IRC.

Keahlian NGO terbuka atau tidak?

Keahlian adalah terbahagi dua. Satu keahlian automatik bagi AU yang unggul itu dan keahlian bertapis bagi orang awam(termasuk suami atau isteri AU yang unggul itu). Orang awam mesti dikaji dahulu latar belakang dan memerlukan dua sokongan ahli persatuan termasuk seorang di kalangan AU yang unggul itu.

Angkatan Alumni Mahasiswa Islam Malaysia(AMIM)

Sejak dulu lagi penulis mencadangkan agar mantan pimpinan GMI mengadakan alumni pimpinan GMI bagi kesinambungan kewujudan GAMIS. Ia boleh memperkukuhkan perjuangan Islam, membantu adik-adik mahasiswa dan mengeratkan ukhwah kekeluargaan.

Contoh alumni GMI yang baik ialah JIM, ABIM, ISMA dan HALUAN. Saya mengharapkan pimpinan GAMIS boleh mewujudkan AMIM dengan menyatukan semua alumni PMI-PMI kampus di bawah satu organisasi pusat.

Alumni GMI perlu dipimpin oleh Orang yang berpengalaman?

Ya, lihat HALUAN dipimpin oleh Abdullah Sudin dan JIM dulunya dipimpin oleh Saari Sungib. Jadi, alumni GMI perlu dipimpin oleh orang yang berpengalaman dan disokong oleh adik lepasan kampus yang bersemangat. Biar pimpinan yang akan dilantik berduit dan berkerjaya ‘besar’ supaya organisasi ini tidak mengemis.

Untuk alumni PMIUM sebagai contoh:

Presiden: Muhammad Husien(ahli parlimen Pasir puteh)
Tim Presiden: Dr Zulkifli(APIUM)
Naib Pres 1: Nasir Zakaria
Naib Pres 2: Zuhdi Marzuki
Naib Pres 3: UZAR
S/U Agung: Misbahul Munir
Tim S/U Agung: Nazri Chik
AJK: Annual Bakri(S/U Politik Ustaz Nik Aziz dan bekas Presiden PMUM)
Huzairi Husein(Presiden PMIUM/pelopor GAGASAN)
Faisal Abdul Rahman
Borhan Che Daud
Jamaludin Ramli
Izwan Yusof


Sayap Remaja
Ketua:Ramadhan Fitri
Timb;Tuan Kamarul
Naib :Hanif Baderun

Sayap Wanita
Ketua: Ustzh Naemah


Ini adalah gabungan nama impian agar alumni GMI tajaan GAMIS atau PMIUM mampu bersaing dan maju umpama HALUAN atau ISMA untuk berbakti kepada umat.

Jadi alumni GMI bersifat NGO seperti Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina, UKP UM dan JASA UKM (IPU atau MAMPU) mesti mengambleng tenaga memajukan alumni kalian. Bagi pimpinan muda yang ada sekarang pujuk pimpinan hebat kalian untuk memimpin alumni kalian. Jangan masa zaman mahasiswa sahaja berkobar-kobar, selepas itu habuk pun tiada.

Maafkan saya menyibuk. Tetapi saya adalah ahli biasa PMIUM berkod PMI 0179/01. dan saya tak pernah pecat diri saya sebagai ahli PMIUM. Macam che det pula..


17/5/08

TM MARKAZ GAMIS?

TAMAN MELEWAR MARKAZ GAMIS?
Oleh mantan ahli PMIUM(PMI 0179/01)

Taman Melewar adalah markaz PAS yang paling nostalgia. Di sini PAS beraliran kepimpinan ulama bangkit menentang rejim sekular. Usaha Hasan shukri, Nakhaie dan lain-lain membina kubu di TM telah membawa banyak jasa kepada rejim ulama dalam PAS. Menurut seorang blogger, TM semakin terbiar walaupun saya pernah baca bahawa Idris ahmad sedang mengaktifkannya.

Saya mencadangkan GAMIS diberi peluang mempunyai pejabat pengurusannya di sini. Kewujudan pejabat GAMIS di TM membolehkan mereka mengkoordinasikan program-program mereka. GAMIS bukan PAS?. GAMIS adalah PAS kampus. Itu realitinya.

Ibu pejabat NISA dan Yayasan Amal serta Unit Amal juga boleh diwujudkan di TM. Ia akan memudahkan para pimpinan mahasiswa bermesra dengan NGO di bawah seliaan PAS selepas mereka meninggalkan kampus.

PENGARUH IKHWAN DALAM PAS

PENGARUH GERAKAN IKHWAN DALAM POLITIK PAS[1]
Oleh mamat.com

Ikhwanul Muslimin ditubuhkan oleh al imam Hasan al Banna di Kaherah pada tahun 1928. Perkembangan Ikhwan yang pesat telah mengancam rejim sekular Mesir. Pada 12 Februari 1949, seluruh alam ini telah berdukacita ekoran pembunuhan terhadap imam Hasan. Pembunuhan ini membawa episod baru bagi gerakan ini apabila tokoh-tokoh Ikhwan yang terbuang terus berjuang di negara baru yang mereka jelajahi.

Gerakan Ikhwan selepas pembantaian 1948 boleh terbahagi dua iaitu bersifat setempat dan alami. Di Syria, Palestin, Sudan dan Iraq, Gerakan Ikhwan bersifat setempat tanpa mengharapkan arahan dari Ikhwan Mesir. Walau bagaimanapun ia masih ada hubungan longgar dengan Ikhwan Mesir. Ikhwan Alami mula dipelopori oleh Musthafa al Masyhur dan said ramadan al bouti di Jerman.

Pengaruh Ikhwan Dalam PAS

Bagi penulis, penubuhan parti PAS itu sendiri bersumber pembacaan tokoh-tokoh pengasas di kalangan pimpinan Hizbul Muslimin dan Biro Ulama Umno terhadap idea-idea ikhwan walaupun mereka tidak mendapat tarbiah secara langsung daripada Gerakan Ikhwan.

Kemantapan pengaruh ikhwan dalam PAS boleh dilihat pada akhir 1970an apabila kaum muda dan ulama bergabung tenaga menjatuhkan puak nasionalis Islam dalam PAS. Pada penulis, Ketua Dewan Ulama, Ustaz Nik Aziz terpengaruh dengan idea ikhwan kerana pernah belajar di Mesir. Dikatakan beliau pernah terlibat dalam pasukan pejuang Ikhwan di perbatasan Mesir-Israel.[2] selain itu, penyertaan kumpulan 10 pelajar agama tajaan PAS ke Iraq seperti Hasan Shukri dan Mohamad Daud Iraqi telah membantu kebangkitan ulama ini. Kumpulan 10 ini mendapat tarbiah daripada Ikhwan Iraq.

Kepulangan ulama muda seperti ustaz Fadzil Nor, ustaz Abdul Hadi, Ustaz Haron Taib menyemarak lagi gelombang ikhwan dalam PAS. Ustaz Fadzil Nor dan Abdul Hadi menyertai ABIM yang berfikrah Ikhwan.[3] ABIM telah menghantar ulama muda ke dalam PAS sebagai misi pemulihan agar PAS kembali kepada perjuangan asali Islam.

Di England, pelajar Malaysia mula belajar berusrah. Kebanyakan mereka terpengaruh dengan idea Jamaati Islami dan Ikhwan. Selepas tamat belajar mereka telah menyertai PAS. Tokoh profesional ini seperti Khalid Samad dan Dzulkifli.

Penerangan ini menunjukkan variasi kedatangan pengaruh Ikhwan dalam PAS. Pengaruh Ikhwan datang melalui ulama tua, ulama muda dan profesional muda.

Abdul Hadi Awang adalah Produk Ikhwan

UAHA adalah produk gerakan ikhwan. Ia diasuh melalui usrah Said Hawwa, tokoh terulung Ikhwan Syria selepas Musthafa al Sibai. Asuhan berlaku di Madinah. Kemudian UAHA melanjutkan pelajaran ke Mesir.

Penulis mempunyai pandangan bahawa ustaz hadi adalah produk ikhwan. Jika masa muda mungkin pandangannya agak keras tetapi kini semakin liberal ekoran kematangan usia dan persekitaran politik kini. Masa muda Ustaz Hadi di Mesir adalah zaman pembantaian Ikhwan secara kejam. Ramai pemuda Ikhwan pada itu terpengaruh dengan semangat syed Qutb yang syahid.

Orang selalu membicarakan ustaz nik aziz seorang lembut pendirian, sebenarnya kita silap. Semasa mudanya ustaz nik aziz radikal juga pendapatnya. Tak mungkin beliau berani melawan Dato Asri jika beliau tidak radikal. Orang Kelantan menganggap tanpa Dato Asri, PAS tidak akan memerintah Kelantan. Dato Asri adalah ‘sukarno PAS’. Dan ketiadaan Asri, PAS hanya menang satu kerusi di Kelantan.


Di bawah adalah tokoh berfikrah ikhwan dalam PAS

Abdul hadi Awang
Fadzil Nor
Nik Aziz Nik Mat
Haron Taib
Yahya Uthman (tokoh tarbiah, berasal dari Kelantan)
Daud Iraqi
Hasan Shukri

Ini hanyalah sebahagian daripada tokoh berfikrah ikhwan.

Jadi PAS adalah Ikhwan Malaysia. Betul tak?
[1] Tulisan hanyalah berdasar ingatan penulis yang tumpul. Huraian bukanlah secara ilmiah.
[2] Khabar ini tidak pernah dipastikan. Mungkin betul atau omongan pengikut fanatic Tuan Guru.
[3] ABIM cuba berlagak Ikhwan Malaysia.

NASIB PRESIDEN UMNO

NASIB PRESIDEN UMNO: APA KHABAR TUN MAHATHIR?

UMNO adalah parti berpuaka. Perbalahan kerana kuasa menyebabkan bangsa Melayu tak ke mana. Masa memerintah Pulau Pinang senyap tanpa bicara tentang pembangunan orang Melayu di sana. Merempatlah orang Melayu Pulau Pinang. Selepas kejatuhannya, UMNO mula bising. 62 tahun rakyat beri peluang tetapi kalian sibuk mencari harta dan projek memenuhkan kantung masing-masing. Jauhi daripada parti berpuaka ini wahai anak muda.

Paling malang dalam parti ini ialah Presiden dan timbalan Presidennya. Presidennya mati bukan sebagai ahli UMNO kecuali Razak yang mati mengejut. Tunku dan Husein mati dengan menyokong Parti Semangat 46. Onn pula mati dalam parti lain. Kesian. Pada hari ini(19/5/08), Mahathir pula keluar daripada UMNO. Bertambah lagi rekod.

Kesian Mahathir, katanya tidak lagi disokong oleh ayam tambatannya Najib. Najib dalam delima kerana terperangkap dalam kes altantuya menyebabkan kata Pak Lah adalah katanya. Akibat kecewa dengan najib, dia lari meninggalkan UMNO. Saya bimbang mahathir menerima nasib seperti suharto di indonesia. Mati dalam penuh penderitaan dan cemuhan.

Mahathir, jika zaman mudamu anda mengkritik Tunku dengan pelbagai cara. Kini, anda sendiri menerima balasan. Dulu, anda mengatakan tunku nyanyuk, kini orang mengatakan anda nyanyuk. Kesian.

Isu-isu seperti kes pemecatan hakim Tun Salleh Abas dan isu lingam adalah serangan balas rejim Pak Lah terhadap Mahathir. Ia dilakukan oleh Zaid Ibrahim proksi majlis penguam yang pro Islam Liberal. Kospirasi besar orang Pak Lah sebelum pertempuran pusingan terakhir dalam perhimpunan agung UMNO yang akan datang. Adakah Mahathir tersungkur? Sama-sama kita tunggu.

MELAYU TIKAM MELAYU

MELAYU TIKAM MELAYU

Saya hairan dengan sikap UMNO, jika parti ini lemah barulah mereka bercakap tentang perpaduan Melayu. Jika umno lemah, mereka akan menyemarakkan semangat ketuanan Melayu untuk membangkitkan sifat ‘amuk’ orang Melayu. Jikalau kita menyoroti sejarah negara ini, parti inilah yang merosakkan bangsanya sendiri. Dosa paling besar umno memperbodohkan orang Melayu. Mereka tikam bangsa mereka sendiri.

Kerajaan Islam Kelantan dan Kerajaan Islam Terengganu pernah dilambatkan geran pembangunan bahkan Terengganu yang mempunyai 98% orang Melayu ditarik balik royalti minyak. UMNO tikam Kerajaan Orang Melayu Terengganu.

Di kampus, pimpinan universiti mempersiakan kebolehan orang Melayu kerana fahaman politik sempit mereka. Pimpinan universiti berkelulusan PHD ini bagaikan seorang pengerusi JKKK sebuah kampung. Mereka tidak boleh bersikap profesional di antara bakat dan politik. Inilah satu kebodohan pimpinan universiti berbangsa Melayu apabila menarik balik pemberian SLAB saudara Muhd Ramadhan Fitri.

Inilah pimpinan UMNO, melayu tikam melayu. Mahu ke mana bangsa kita?. Terus hanyut bersama ketuanan Melayu yang palsu itu.

19/5/08

POLITIK PERKAUMAN

BERAKHIRNYA POLITIK PERKAUMAN DI NEGARA INI?

Semasa penulis kecil dahulu, penulis selalu membaca Harakah ‘merah’ di rumah Pak Saudara penulis, seorang penyokong PAS. Penulis anak orang UMNO dan ayah penulis adalah orang kuat persatuan belia MAYC dan JKKK. Banyak kali penulis tersenyum melihat gelagat politik. Antara cadangan kelakar daripada orang yang bernama Mat Sabu yang mencabar BN menjadi sebuah parti tunggal.

Baru sekarang, penulis lebih memahami apa rasional cadangan Mat Sabu. Dalam suasana sekarang, jurang politik perkauman harus dikurangkan bahkan dihapuskan. Saya pasti jurang ini tetap ada tetapi demi kebaikan generasi muka diharapkan kita minima politik perkauman ini. Gelombang politik berbagai kaum dicadangkan oleh pengasas UMNO, Dato Onn tetapi tidak diterima oleh orang UMNO. Sebelum itu, tokoh Islam seperti Burhanudin Helmi pernah mengabungkan PUTERA-ACMJA.

Kewujudan parti GERAKAN pada peringkat awal adalah untuk menghapuskan jurang perkauman.GERAKAN ditubuhkan oleh Syed Husein al Attas dan adiknya Syed Naquib al Attas bersama rakan-rakan Cina mereka. Terbaru Parti Keadilan Rakyat yang dipelopori Anwar Ibrahim.

PAS juga ke arah parti berbagai kaum dengan penubuhan kelab penyokong mengikut kaum. Ini adalah satu permulaan bagi membuka keahlian PAS kepada semua kaum. Semestinya teras parti ini adalah orang Islam sama ada orang cina, india atau murut.

Parti berbagai kaum mesti mempunyai terasnya iaitu kaum Melayu yang majoriti di negara ini. Jika semua ahli parti mengambil pakai semangat perlembagaan negara ini, parti pelbagai kaum negara ini akan menjadi lebih baik di mana perlembagaan negara telah menentukan hak orang bukan Melayu, agama Islam, keistimewaan Bumiputera, Bahasa Melayu dan kedaulatan institusi sultan.

Parti berbagai kaum harus berjuang berdasarkan prinsip kebajikan dan keadilan. Slogan parti ini ialah ketuanan rakyat. Perjuangan mereka haruslah untuk rakyat dan rakyat harus diberi ruang bicara untuk meluahkan permasalahan mereka. Di setiap Parlimen seharusnya ada sudut pidato untuk memberi ruang kepada rakyat meluahkan pendapat kepada pimpinan mereka.

Jadi parti di Malaysia harus membuang semangat perkauman sempit mereka. Kita bina satu wadah baru melalui dialog peradaban bangsa Malaysia yang baru.

Thursday, May 08, 2008

MAHASISWA ADALAH ORANG BESAR?

'Jangan layan mahasiswa dan pensyarah seperti budak sekolah' - Salahuddin
Azamin Amin Thu May 08, 08 2:22:12 pm MYT
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Hrkh) - Kerajaan khususnya Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) diberi 'amaran' supaya tidak melayan secara sambil lewa segala tuntutan dan permintaan mahasiswa dan ahli akademik seperti pensyarah yang mahukan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dimansuhkan. -->-->
Salahudiin Ayub (PAS -Kubang Kerian) berkata kerajaan sewajarnya mengambil serius suara hati mahasiswa yang tidak mahu lagi dikongkong dan dibelengggu oleh Auku yang secara langsung 'membantut' usaha meningkatkan kecemerlangan mereka di menara gading.
"Jangan hanya bersifat 'exam oriented' semata-mata manakala sudut demokrasi dan politik di kesampingkan kerana itu adalah aspek yang juga ditekankan dalam pembelajaran di Universiti," katanya yang juga Ketua Pemuda PAS.
Beliau berkata demikian ketika bertemu dan beramah mesra dengan perwakilan daripada Gerakan Mahasiswa Mansuhkan Auku (GMMA) di luar Lobi Parlimen pagi tadi.
"Jangan melayan suara hati mahasiswa dna pensayarah seperti melayan budak sekolah rendah.Mereka ini adalah genarasi masa depan dan bakal pemimpin negara," katanya.
Dalam pada itu, Ahli Malis GMMA, Shazni Munir kesal dengan pihak kerajaan yang seringkali mengabaikan segala permasalahan yang dihadapi oleh mahasiswa khususnya yang melibatkan Auku yang menyekat kebebasan bersuara mereka selama ini.
"Kami merasa serik dengan janji-janji Kementerian yang ingin mengkaji semula AUKU yang sehinga kini tidak mendapat respon dan tindakan selanjutnya.
"Dan kami berharap agar isu ini di ketengah oleh ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat supaya matlamat mahasiswa."
Kata Salahuddin, kerajaan yang sentiasa mengutamakan asas demokrasi agar kekal terpelihara namun saranan itu mestilah disuburkan di tempat-tempat yang berprestij seperti Universti dan Kolej.
"Kita berajanji dengan mahasiswa bahawa ahli parlimen Pakatan Rakyat akan terus memperjuangkan isu Auku ini sehinggalah ianya dimansuhkan oleh kerajaan," katanya kepada tiga orang perwakilan terbabit./wann.

sumber:harakaddaily

ulasan

perjuangan nak menjadi mahasiswa sebagai orang dewasa dan warganegara yang dijamin haknya akan berterusan. kembalikan hak autonomi sebelum AUKU. betul tak mahasiswa?

AMY: HARAP DISIMBAHI HIDAYAH




Amy terharu dikunjungi Mursyidul Am

Intan Abdullah Foto Nasir Sudin Mon May 05, 08 3:55:21 pm MYT
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Hrkh) - Kerajaan Pakatan Rakyat sedang berusaha untuk memperhalusi strategi bersama dalam rangka memperkembangkan kuasa politik ke peringkat nasional.



Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata setakat ini beliau sedang menguruskan untuk mengadakan pertemuan antara kelima-lima negeri Pakatan Rakyat bagi membincangkan mengenai agenda tersebut.
"Selepas pertemuan yang diadakan bersama penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, sekarang ini saya sedang berbincang untuk menangani hal pertemuan dengan ketua-ketua di lima negeri yang diterajui Pakatan Rakyat," ujarnya ketika ditemui di Restoran Cheng Ho, dekat sini, semalam.


Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menjelaskan bahawa pertemuan tersebut dijangka akan dibuat dalam tempoh terdekat memandangkan beliau akan mengerjakan ibadah umrah hujung bulan ini.


"Saya juga sedang dalam proses untuk membuat kertas kerja mengenai isi kandungan perbincangan tersebut," katanya lagi.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz ditemui ketika menjamu selera di Restoran Cheng Ho milik penyanyi terkemuka, Amy Search yang terletak di Wangsa Maju.
Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman,50 melahirkan rasa terharu dengan kehadiran Menteri Besar tersebut yang disifatkan sebagai seorang tokoh yang begitu disegani oleh semua pihak.


"Saya sangat terharu kerana beliau sudi hadir menjamu selera di Restoran saya ini kerana sememangnya saya meminati personaliti beliau yang sangat karismatik dan low-profile," katanya.
Ditanya mengenai label yang mungkin akan diletakkan kepada beliau apabila menyanjungi seorang tokoh politik, Amy menegaskan bahawa itu adalah hak individu kerana beliau berhak untuk meminati sesiapa.


"Saya meminati tok guru dengan imej dan personaliti beliau sebagai seorang tokoh agama serta pemimpin yang hebat, kenapa harus takut dengan label-label yang berbau politik.
"Masyarakat yang ada pada hari ini telah dapat menilai sesuatu dengan lebih baik dan kita tidak perlu bimbang kepada elemen label-melabel kerana ianya tidak sepatutnya berlaku," katanya lagi.
Ustaz Nik Aziz menghabiskan masa lebih kurang dua jam menikmati hidangan masakan Cina Muslim di restoran tersebut sebaik selesai merasmikan pembukaan kedai buku Sarjana Media yang terletak di Pasaraya Carrefour Wangsa Maju.


Pada majlis yang sama, beliau telah menandatangani plak perasmian, serta menandatangani buku-buku terbaru karangan beliau yang turut dijual di kedai tersebut.
Pemilik kedai buku tersebut, Tajudin Senafi berkata beliau telah lama berhasrat menjemput Tuan Guru Nik Abdul Aziz merasmikan pembukaan cawangan baru kedai buku miliknya.
"Kemunculan cawangan ini merupakan yang ketiga di tengah-tengah ibukota Kuala Lumpur, dengan tujuan kami untuk menyampaikan mesej dakwah kepada masyarakat di sini," katanya.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub, penulis Hj Subky Latif serta ayahanda kepada bekas permaisuri Puan Seri Aishah, Dato' Seri Abdul Rahman.
Menurut Tajudin, Puan Seri Aishah sememangnya meminati buku-buku karangan Ustaz Nik Aziz sehingga tidak melepaskan peluang mendapatkannya setiap kali terdapat karya terbaru.
Orang ramai berpusu-pusu memenuhi kedai buku tersebut sejam lebih awal yang kemudian semakin sesak semasa sesi tandatangan buku dijalankan di kedai tersebut.
Masing-masing tidak melepaskan peluang merakamkan kenangan bersama Ustaz Nik Abdul Aziz sambil mendapatkan tandatangan beliau.


Majlis turut diserikan dengan persembahan bacaan salawat oleh anak-anak yatim daripada Rumah Anak-anak Yatim Baitul Ummah yang berusia tujuh hingga 14 tahun.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Nik Abdul Aziz serta penyampaian cenderamata kenangan daripada pihak penganjur.- tajdid


sumber:harakahdaily

Monday, May 05, 2008

Kongsi Gelap Di Sekolah

Kongsi gelap dalam sekolah

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Syarifah Dayana Syed

Bakriam@hmetro.com.my
PETALING JAYA: Mahu digeruni rakan sebaya mendorong segelintir pelajar sebuah sekolah menengah di sini, menganggotai kumpulan samseng digelar ‘Geng Cobra’ yang dipercayai direkrut pihak luar sebelum diperalatkan mengedar pil khayal Ecstasy. Setiap pelajar yang menganggotai kumpulan berkenaan diberikan kad keahlian khas mirip kad Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) selain mendapat keistimewaan khas memiliki pistol.Pelajar yang ingin menganggotai kumpulan terbabit turut disyaratkan membayar yuran keahlian RM50 selain diwajibkan melindungi dan merahsiakan aktiviti kumpulan berkenaan daripada pengetahuan guru.Gerakan sulit kumpulan terbabit yang kini dikatakan dianggotai hampir 50 pelajar termasuk perempuan, mencetuskan kebimbangan ibu bapa yang terlebih dahulu berjaya menghidu aktiviti haram berkenaan.

Seorang penduduk Kota Damansara, Mohamad Salleh Abdullah, 49, berkata gerakan sulit remaja terbabit terbongkar selepas seorang bapa pelajar musykil terhadap perubahan sikap anaknya yang sering ponteng sekolah sejak seminggu lalu.

Menurutnya, selepas diselidiki, pelajar tingkatan satu itu mendakwa dia diugut pukul sekumpulan pelajar samseng di sekolahnya berikutan keengganannya menyertai kumpulan haram berkenaan.“Berikutan maklumat awal itu, kami sebagai penduduk dan ibu bapa cuba membongkar kegiatan geng samseng terbabit lebih terperinci dan mengenal pasti pelajar yang menjadi ‘kepala’ kumpulan itu yang tinggal di kawasan ini.

“Selepas disoal siasat di hadapan keluarganya, remaja terbabit mendakwa Geng Cobra yang baru ditubuhkan tiga bulan lalu, dipimpin seorang ketua dari setiap tingkatan bergelar ‘Ayahanda’ dengan dibantu pembantu dipanggil ‘Abang Long’ dan ‘Abang Ngah’,” katanya.Menurutnya, gelaran hierarki itu mengejutkan penduduk berikutan ia dicedok daripada Pekida, malah siasatan mendapati kumpulan terbabit bakal mengeluarkan kad keahlian khas dengan warna sama seperti kad keahlian Pekida.

Muhammad Salleh berkata, ‘kepala’ kumpulan samseng yang disoal siasat itu turut mendakwa ada ‘orang luar’ membantu mengasaskan kumpulan itu memberitahu bakal menghantar bekalan pil Ecstasy kepada mereka tidak lama lagi.“Agak lucu apabila kebanyakan pelajar itu sendiri tidak mengetahui bahaya Ecstacy, sebaliknya ghairah menyebut dadah berkenaan.“Malah lebih memeranjatkan apabila orang luar terbabit memberitahu kumpulan pelajar yang menyertai Geng Cobra akan memperoleh keistimewaan memiliki pistol tidak lama lagi,” katanya.Menurutnya, dalam kes ugutan pelajar berkenaan, mangsa mendakwa bimbang mendedahkan perkara itu kerana kumpulan samseng terbabit mengugut menyerang rumah mangsa, memukul ayah dan ibunya selain merogol adik-beradik perempuannya.“Menyedari aktiviti samseng sekolah itu bukan perkara main-main, beberapa ibu bapa membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara dan Balai Polis Mutiara Damansara,” katanya.

Menurutnya, tindakan kumpulan samseng sekolah terbabit yang cuba meniru imej Pekida boleh menyebabkan orang ramai keliru dan salah faham serta menyangka jenayah itu ada kaitan dengan Pekida.Mohamad Salleh yang juga Ketua Penerangan Pekida Daerah Petaling menasihatkan ibu bapa memandang serius gejala negatif itu dengan menyiasat aktiviti anak masing-masing.Seorang lagi penduduk, Irwandy Zulkefly Rosli, 31, berkata hasil siasatan dilakukan, penduduk di sini percaya orang luar yang dimaksudkan itu cuba merekrut ahli baru di kalangan pelajar sekolah menengah untuk dijadikan pengedar dadah kecil-kecilan terutama di kawasan Kota Damansara.“Golongan remaja ini masih terlalu mentah dan tidak tahu bahaya menanti. Mereka mungkin cuba diperalatkan sebagai budak penghantar bagi mengedar dadah berkenaan.

“Berdasarkan maklumat dikumpul, setiap ahli Geng Cobra diwajibkan membayar yuran RM50. Bagaimanapun mereka perlu membayar RM30 selain mengerat tiga jari jika mahu keluar daripada kumpulan itu,” katanya. Menurutnya, beberapa ahli Geng Cobra yang ditahan penduduk turut menunjukkan simbol khas ketika bersalam sesama ahli selain kod rahsia menggunakan jari tangan yang dicantumkan bagi membuktikan keanggotaan kumpulan itu. Dalam pertemuan hampir empat jam semalam, lebih 10 ibu bapa dan penduduk kawasan Seksyen 7, Kota Damansara, meminta gejala berkenaan dibendung segera pihak polis selain mesyuarat Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) dilakukan segera.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Muhamad yang dihubungi semalam berkata, pihaknya akan menyiasat laporan berkenaan sebelum tindakan sewajarnya diambil

sumber: harian metro

Thursday, May 01, 2008

BLOK GMI MENANG DI TEBING BARAT

Isnin, 28/4/2008 -HAMAS menyatakan pada Rabu lalu bahawa kemenangan yang diperolehi di politeknik Al-Khalil dalam pilihanraya universiti tersebut adalah tanda kuat bahawa pergerakan itu masih meningkat sokongannya di Tebing Barat meskipun menghadapi tentangan Rejim Zionis-PA.

Blok Islami Bersatu (United Islamic Bloc), sebuah pertubuhan akademik di bawah sayap Hamas dan Jihad Islami di universiti tersebut memenangi pilihanraya kampus walaupun terdapat percubaan di Shabiba dari kumpulan Fatah untuk menggagalkan kemenangan itu."Ini adalah bukti jelas bahawa Hamas masih kuat, dan segala percubaan untuk menidakkannya di kawasan rakyat Palestin khususnya di Tebing Barat telah gagal seluruhnya.

" kata pergerakan ituFawzi Barhoum, jurucakap Hamas di Tebing Gaza, menegaskan bahawa Hamas dan program politiknya tidak dapat dihapuskan daripada hati rakyat Palestin, tidak sebagaimana yang diingini oleh Fatah.Keputusan pilihanraya kampus itu juga menunjukkan bahawa kader-kader dan penyokong Hamas di Tebing Barat tetap setia dengan pergerakan mereka.Pergerakan HAMAS telah berdepan dengan beberapa kempen penahanan penyokong mereka di mana pihak Rejim Zionis dan PA telah menghumbankan mereka ke dalam penjara Israel dan kerajaan tempatan.

Note: sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/ penterjemah : WeWR