Thursday, June 19, 2008

Memori Mahasiswa 1960an: Apa Khabar Penduduk Teluk Gong?

Isu Tanah di Teluk Gong.

Dalam bulan September 1967, PBMUM telah mengadakan Simposium ‘Masalah Penduduk Luar Bandar’ bertujuan membincangkan dan mengkaji masalah yang dihadapi oleh penduduk luar bandar. Permasalahan yang dibincang mencakupi persoalan pendidikan, nasib wanita, kemudahan dan ekonomi orang Melayu di luar bandar. PBMUM telah menggunakan platform simposium ini bagi menyuarakan pembelaan yang harus dilakukan ke atas rakyat miskin dan terbiar di desa.[1]

Walaupun perjuangan PBMUM dilihat dalam konteks positif, sesetengah pihak berpandangan PBMUM di bawah pimpinan Sanusi Osman terpengaruh dengan cita-cita fahaman Sosialis. Impak simposium ini, PBMUM bersama dengan PMUM[2] telah memperjuangkan isu Teluk Gong. Pada 10 Ogos 1967, Hamid Tuah[3] bersama pengikutnya telah membuka tanah haram untuk petempatan dan pertanian di Teluk Gong. Pada 21 Ogos 1967, seramai 530 petani telah menanam sayur-sayuran dan membina penempatan di atas tanah 1000 ekar.[4] Pada bulan September 1967, kerajaan memberi amaran supaya tanah tersebut dikosongkan dalam tempoh seminggu. Kerajaan telah bertindak menangkap Hamid Tuah[5] dan pengikutnya[6] yang enggan menurut perintah dan memusnahkan petempatan haram tersebut.

Pada 14 Oktober 1967, pelajar mengadakan sudut pidato membidas pihak kerajaan Selangor dan mendesak agar Hamid Tuah dan rakan-rakannya dibebaskan. Mereka telah berarak dan berpiket di depan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Perarakan itu dapat disuraikan oleh FRU setelah pihak PMUM melalui Setiausaha Agung PMUM, Syed Hamid Ali berjaya menghantar memorandum.

Pada 15 Oktober 1967, sudut pidato diadakan lagi dengan luahan isteri Hamid Tuah, Syarifah Aini dan Dam Huri(anak beliau) di hadapan kira-kira 200 orang pelajar. Pelajar telah mengutip derma sebanyak RM500, pakaian dan susu untuk diagihkan kepada pengikut Hamid Tuah.
[1] Mohamad Abu Bakar, Mahasiswa Menggugat, hlm. 57.
[2] PMUM dengan PBMUM dapat bekerjasama kerana pimpinan kedua-dua pertubuhan dikuasai oleh pemimpin Kelab Sosialis iaitu Sanusi Osman dan Syed Hamid Ali.
[3] Wira petani yang memperjuang isu tanah rakyat. Beliau adalah cucu Sheikh Abdul Wahab, guru agama Sultan Langkat yang berasal dari Babus Salam, Tanjung Pura, Langkat Sumatera Utara. Ramai murid Abdul Wahab berhijrah ke Selangor pada tahun 1930an telah meminta bantuan beliau dalam penyelesaian isu penerokaan tanah. Selain Teluk Gong, Hamid Tuah juga terlibat memimpin rakyat dalam isu tanah di Bukit Ceraka, Subang(1950an), Batu 5, Jalan Banting(1961) dan Merbau Berdarah(1969).
[4] Sanusi Osman, Kelaparan Tanah di Kalangan Kaum Tani Malaya, Latihan Ilmiah, Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya, 1968, hlm. 95.
[5] Utusan Malaysia. 27. 9. 1967.
[6] Pengikut Hamid Tuah ditahan selepas beberapa hari beliau ditahan. Lihat Utusan Malaysia. 12.10.1967. Antara ditahan adalah Yahya Zainuddin dan Dam Huri(anak Hamid Tuah).

2 comments:

Titi Wangsa said...

its sharifah mahani
not sharifah aini.

Clarakartini Bt A. Hamid said...

penduduk telok gong
orang2 kg hamid tuah
org2 kg baru tlk gong (apa yang baru apa yang lama??)

org tlk gong ramai yang senang
tapi ramai lagi yang susah
tanah dah terbentang
tunggu tangan nak bergerak
tunggu kaki nak melangkah

org telok gong
ramai dah kaya
ada jugakyang jual tanah...
ramai gak yg tak kaya2 walaupun tanah dah tergadai...
apa peduli pasal tanah perjuangan
"sebab bukan aku yg kena tahan!)
betul cakap mahathir
melayu mudah lupa

berjuang kerana Allah
bukan nama
bukan duit
bukan pangkat
bukan jugak tanah(hamid tuah tak de tanah seinci pun di tlk gong)

saat akhir meniti hidup
hamid tuah berpesan
berjuang kerana Allah
betulkan niat sucikan hati
takut kelak kecewa diri

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...