Wahai Anakku, jikalau dirimu seorang ulama atau agamawan
1. Jangan kamu jadikan agama Islam sebagai modal dan hujah perniagaan seperti umrah dan makanan sunnah.
2. Jauhi daripada mendengar bicara isteri atau ahli keluarga yang menyebabkan kamu jauh daripada agama.
3. Jika kamu mula berhujah dengan hujah mimpi, khabar angin dan mudah mempercayai sesuatu maklumat tanpa tapisan dan siasatan, semula ini adalah kunci menyesatkan kamu
4. Jauhi kamu daripada partai politik dan mewakili kumpulan-kumpulan tertentu termasuk kumpulan agama. Kamu boleh berpolitik tetapi elakkan berparti. Ikut pendekatan Maulana Abul Hassan an Nadwi dan Badiuzaman Said Nursi yang menjauhi parti politik.
5. Elak dan jauhi daripada perbalahan orang agama yang tiada kesudahan seperti an bash, wahabi dan lain-lain
6. Segala ilmu disampai dengan bahasa-bahasa semasa dan setiap pembacaan termasuk al Quran perlu difahami secara tematik dan perpektif semasa.
7. Boleh aktif dalam parti Islam atau NGO Islam tetapi jangan sesekali kamu merebut jawatan. Kepimpinan itu dengan cara meletak bukannya pertandingan. Jika ada pertandingan, kamu tarik diri sebab kamu masih tidak layak dan tidak mempunyai pengaruh yang kuat untuk jawatan tersebut.
No comments:
Post a Comment