Monday, September 15, 2025

Anti-Takfiri (2)


Kebiadapan pemimpin dan pengikut terhadap Islam dan para pendokongnya, apabila mereka membuat kenyataan terbuka begitu berani terhadap Allah, Rasulullah SAW dan hukum Islam, mereka menghina dan mempertikaikan hukum Islam. Mereka menghina dan memperlekehkan orang berjuang untuk Islam. Mereka menonjolkan kesilapan orang yang ada kaitan dengan agama. Mereka memburukkan agama dan pendokong Islam. Pada waktu yang sama, ulama mereka mengampu membela kebatilan dan berdalih serta mencari ribuan alasan.

Pemikiran dan gaya hidup mereka dipengaruhi oleh

1. Konteks zaman semasa itu

2. Pengaruh pendidikan menyebabkan kejahilan

3. Kekeliruan aqidah ekoran Ideologi. Sekularisasi-Sekularisme.

Maka, muncullah kenyataan seperti

1. Hukum Hudud tidak relevan. Menghina, menyindir dan menidakkan hukum hudud dengan logik akal.

2. Menyatakan ‘politik suku, agama suku’. Politik tiada dalam Islam.

3. Negara Islam tidak wujud.

Oleh sebab itu, gerakan Islam cuba menyelamatkan aqidah umat Islam dengan menyatakan batas iman dan kufur secara ilmu dan beradab. Sepatutnya, kita semua berterima kasih kepada mereka.

Impaknya pada hari ini, pakaian semakin menutup aurat. Tiada lagi kenyataan mengatakan Politik tiada dalam Islam. Tiada lagi menghina hukum hudud. Hukum hudud diterima tetapi situasi sekarang menyebabkan hukum hudud ditangguh terlebih dahulu. Bukan tolak tetapi tangguh. Tiada lagi menghina konsep negara Islam, bahkan mengisytihar Malaysia sebuah Negara Islam.

Kita tidak nafi, ada sesetengah pengikut gerakan Islam melampau dan terbabas dalam menyatakan batas iman dan kufur. Ia bukan pendirian rasmi gerakan Islam tetapi ia tentang semangat, emosi, perangai-sikap dan kejahilan individu.

 

II

Antara sebab politik diletak dibawah perkara aqidah:

1. Serangan pemikiran Barat yang cuba merosakkan aqidah. Konteks zaman ketika itu ialah Aqidah vs Pemikiran. Ideologi Barat --Sekularism, Sosialisme dan Nasionalisme merosakkan keyakinan beragama, pemikiran dan akhlak umat Islam.

2. Sestiap suatu perkara sememangnya berakarkan aqidah Islam. Islam sebagai Aqidah perjuangan gerakan Islam. Perjuangan gerakan Islam berkaitan dengan alam akhirat, syurga-neraka, pahala-dosa dan halal-haram.

3. Istilah-konsep dalam gerakan Islam merujuk falsafah ilmu dan pandangan alam Islam sahaja bukannya mengkafirkan orang tidak bersama gerakan Islam. Tanggungjawab anggota gerakan Islam membawa umat Islam ke arah Islam yang sebenar.

 

III

Dari segi keilmuan, Syed Muhammad Naquib al-Attas cuba mengembalikan pandangan alam Islami melalui pendidikan dan konsep ilmu serta penekanan terhadap Islamisasi Ilmu. Ilmu yang melahirkan pemimpin yang benar bukan palsu. Pemimpin yang benar akan memimpin umat ke arah gaya hidup yang Islami.

No comments: