Saturday, September 13, 2025

MENUTUP ISU AMANAT HAJI HADI, BUDAYA EKSTREM DAN RADIKAL DALAM PAS

Pertamanya, kewujudan kelompok ekstrem, pelampau, fanatik atau radikal ada dalam mana-mana kumpulan dan organisasi. Ia tidak dapat dielakkan. Keahlian yang ramai menyukarkan kepimpinan mengawal para pengikut mereka.  Mereka terdiri daripada (1) bertindak sebagai individu dan reaksi secara spontan, (2) kelompok tertentu yang menumpang kumpulan,  (3) satu set pemikiran yang didoktrinkan melalui pembacaan, pengaulan dan semangat. Dan (4) tindakan ejen musuh yang menyusup untuk sabotaj kumpulan daripada dalam. Tindakan mereka menyebabkan sesebuah kumpulan dilabel sebagai ekstrem, pelampau dan radikal sedangkan ia bertentangan dengan pendirian dan pegangan RASMI kumpulan tersebut. Kita perlu bezakan antara pandangan peribadi dan pendapat politik (melalui ceramah dan tulisan) seseorang tokoh dengan pendirian dan pegangan RASMI parti.

 

Seorang ulama muda (mewakili kelompok kononnya Jalur al Azhar bermentorkan Dr Ali Jumaah) dengan berani mengatakan PAS terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Sedarkah dia bahawa kenyataan dia bersifat menghukum yang mempunyai gejala takfir dan boleh melahirkan reaksi keras dan radikal daripada pendukung PAS? Ketinggian ilmu tidak menghalang penonjolan kebodohan dan kebebalan yang mengkagumkan.

 

Antara isu yang seringkali dikaitkan dengan PAS ialah

1. Amanat Haji Hadi (takfir)

2. Hakimiyyah dalam Tauhid

3. PAS adalah Agama

4. Wahabi-Salafi

5. Undi PAS masuk Syurga

6. Syiah

7. Trajedi Memali

8. Negara Islam

9. Hukum Hudud

10. Perlembagaan Malaysia

11. Perpecahan Umat

 

Isu-isu ini menyebabkan PAS dilabel sebagai ekstrem, pelampau dan radikal. Isu terpilih kita akan bincang selepas ini.

 

Sebelum kita meneruskan lagi perbincangan tentang isu-isu terkait dengan PAS, mari kita mengenali jenis ulama yang bakal kita ketemui dalam perjuangan menegakkan Islam. Antaranya ialah

 

1.Ulama terompah kayu, ulama bisu dan ulama pengampu

2. Ulama memimpin perjuangan Islam

3. Ulama akademik, kuliah ilmu dan institusi pengajian

4.Ulama jahat, ulama palsu, ulama parasit dan ulama perosak. Mereka ejen musuh

 

Kenapa kita perlu tahu tentang jenis ulama dalam perjuangan Islam? Ini disebabkan kita akan melihat bagaimana teruknya pertembungan pandangan para ulama tentang perjuangan Islam sehingga mengelirukan kita sebagai orang awam.

 

Pertama, kita menghormati dan meraikan semua pandangan ulama.Kita sayang ulama. Mereka bebas mengeluarkan pandangan yang berbeza dan bertentangan dengan pandangan kita.

 

Kedua, mendepani realiti politik yang dinamika dan pantas berubah, ia bukan hanya melibatkan hujah ilmu secara teori tetapi hikmah dan keberanian membuat keputusan yang berisiko pada yang tepat dan singkat.

 

Ketiga, sesetengah ulama membuat keputusan dan pendirian yang merugikan umat Islam. Ketiadaan pengaulan dan pengalaman politik menyebabkan mereka tumpul dalam bertindak dan bacaan politik walaupun ilmu mempunyai ilmu yang tinggi.

 

Keempat, pandangan ulama perlu melihat konteks-situasi semasa, setempat dan saat itu. Ia tidak semudah ABC. Dan ia tidak sama pandangan dan pengalaman ulama Mesir dan ulama Malaysia dalam isu tertentu. Bahkan pandangan ulama Mesir tentang politik Malaysia tidak semestinya betul.

 

Kelima, pandangan guru dan kitab belum tentu sesuai dan tepat dalam konteks tempatan, zaman ini dan situasi semasa. Ulama muda dan ulama tempatan perlu keluar daripada bersandar dan menunggang nama guru mereka dari luar lingkungan tempatan ketika mengulas isu tempatan kerana isu tempatan belum tentu difahami oleh guru mereka.

 

Keenam, tidak adil kita mengatakan mereka pelampau, ekstrem dan radikal jika mereka mengambil pandangan yang lain dan tak sama dengan kita. Mereka ada hujah, pendekatan dan strategi tersendiri melainkan ia JELAS bertentangan dengan al Quran dan as Sunnah serta pegangan ulama berwibawa.

 

Menurut Dr Yusuf al Qaradhawi, sifat ekstrem, pelampau, fanatik dan radikal mempunyai ciri-ciri dibawah:

 

1. Taksub (keras kepala) dengan pendapat sendiri. Pendapat dia sahaja yang betul, pendapat orang lain salah. Dia tidak melihat sasaran dan kepentingan yang lain.

2. Sukar berpegang kepada pandangan dan pedekatan yang berat, susah, sukar dan keras.

3. Bertindak keras bukan pada waktu dan tempatnya. Bertindak tidak kena pada masanya

4. Kekerasan dalam pandangan, hujah dan bicara. Kekasaran dalam tindakan.

5. Berburuk sangka dengan orang lain dengan pandangan kacamata hitam.

6. Berani menuduh orang lain KAFIR, MUNAFIK dan KHAWARIJ sehingga menumpahkan darah.

 

Kenapa Budaya Ekstrem, Pelampau dan Radikal berlaku?

 

1. Kebiadapan dan kejahilan pemimpin terhadap Islam dan para pendukung Islam. Mereka membuat kenyataan begitu berani terhadap Allah, Rasul dan hukum Allah dengan menghina dan menyindir. Mereka mempertikaikan hukum Allah dan amalan-Sunnah Rasulullah SAW. Mereka menghina ulama dan pendukung Islam.

 

2. Konteks Zaman-Situasi ketika itu. Era 1970an, 1980an dan awal 1990an dikenali zaman kebangkitan semula Islam. Gerakan Islam dilayan dengan keras, maka reaksi gerakan Islam juga keras dan radikal. Pada era ini juga, berlaku persaingan ideologi-- kapitalisme, komunisme, nasionalisme dan sekularisme. Zaman ini juga bersifat revolusioner dan anti-Barat. Negara Umat Islam pula diperintah oleh anak didik penjajah yang mempunyai pemikiran sekular dan budaya Barat.

 

3. Kejahilan mereka yang cintakan Islam yang tidak dapat mengawal perasaan marah terhadap kejahilan dan kebiadapan pemimpin palsu. Mereka bersemangat terlalu tinggi sehingga melenting kerana mempertahankan Islam yang dikasihi sehingga kadangkala menghilang kewarasan dan melampaui adb-adab dakwah, kaedah dan ilmunya. Kebanyakan mereka adalah anak muda yang bersemangat baru meruntuhkan sistem dan menghapuskan kezaliman.

 

Pandangan Ulama Muda Terhadap PAS

 

Perselisihan pandangan antara ulama. Dalam organisasi, pertembungan pandangan, hujah, pendekatan dan strategi adalah perkara biasa. Ia menguji keupayaan kita meraikan dan menerima pandangan orang lain. Disiplin organisasi/adab berjemaah dan budaya kepengikutan akan teruji dalam mentaati keputusan syura dan mengakuri arahan pemimpin. Dunia ulama antarabangsa pada hari ini terbahagi dua kumpulan besar iaitu Kesatuan Ulama Sedunia dibawah pengaruh arwah Dr Yusuf al Qaradhawi manakala sebuah lagi Majlis Hukuma’ Sedunia dipengaruh oleh ulama al Azhar seperti Dr Ahmad Tayyib dan Dr Ali Jumaah. Ulama muda yang suka dengan imej ulama lebih pro ulama al Azhar.

 

Terpinggir daripada saf kepimpinan. Sesetengah anak muda/mahasiswa dan ulama muda mudah terpaut dengan tokoh/ulama yang berada di luar saf kepimpinan. Ia seakan membentuk tanzim-tanzim baru dalam berjemaah berdasarkan keperibadian tokoh, pengaulan dan kumpulan tertentu.

 

 

Wahabi-Salafi. Ramai ulama muda terperangkap dengan politik sektarian. Kononnya atas nama ilmu dan aqidah, mereka menolak bersama saf kepimpinan kerana isu wahabi-salafi dan syiah. Politik dan geopolitik tidak boleh difahami dalam wacana sektarian. Wacana ilmu dan realiti politik melalui jurang yang getir untuk bersama. Parti politik adalah wadah penyatuan semua kelompok dan kem yang bermatlamat menegakkan perjuangan Islam dimuka bumi dengan kekuasaan. Segala tindakan mesti untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT, demi kelangsungan Islam dan menguntungkan umat Islam.

 

Kepimpinan Ulama cerminan model syiah. Sesetengah ulama muda mengkritik PAS kerana mengamalkan kepimpinan ulama ala Syiah Iran/waliquh faqih. Dalam PAS, terdapat institusi ulama melalui jawatan Mursyidul Aam PAS dan kewujudan Majlis Syura Ulama PAS. Bagi memperkasakan Kepimpinan Ulama, secara tradisi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipilih dalam kalangan ulama.

 

Pemikiran Sayyid Qutb

 

Perbicaraan dalam konteks wacana ilmu agama diluar pengetahuan dan ilmu penulis. Penulis lebih fokus kepada perkembangan pemikiran dan perjuangan Sayyid Qutb. Suka atau tidak, Sayyid Qutb sudah tentu ada kelebihan dan kekurangan, kebaikan dan keburukan, betul dan salah. Beliau ada jasa tersendiri dalam perjuangan Islam.

 

Terdapat 3 kelompok dalam membicarakan pemikiran Sayyid Qutb

 

1. Para pendukung pemikiran Sayyid Qutb yang tulen

2. Para pengkritik pemikiran Sayyid Qutb

3. Kelompok yang memahami pemikiran Sayyid Qutb secara salah

 

Kelompok pendukung pemikiran Sayyid Qutb pada awalnya menerima dan menghayati pemikiran dan pendekatan Sayyid Qutb secara holistik. Pada akhirnya, mereka menapis pemikiran Sayyid Qutb dengan menyisih beberapa pandangan dan pendekatan yang keras tak sesuai dengan konteks-situasi setempat dan zaman. ABIM terutamanya penganut tegar pemikiran Sayyid Qutb, Siddiq Fadzil mengemudi pemikiran dan pendekatan radikal, keras dan revolusioner. Hujung tahun1970an, ABIM mula mengendurkan menganuti pemikiran Sayyid Qutb dengan berpegang pemikiran Muhammad Natsir. Dalam PAS pula, Ustaz Fadzil Mohd Noor dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang pernah mengajar menggunakan buku karangan Sayyid Qutb.

 

Sesetengah pihak membawa isu batas iman dan kufur dengan menjelaskan kekufuran dan kemungkaran yang berlaku dalam masyarakat bukannya mengkafir secara individu.

 

Kelompok pengkritik pemikiran Sayyid Qutb terbahagi dua iaitu daripada dalam gerakan Islam dan luar gerakan Islam.  Daripada gerakan Islam ialah Maulana Abu Hassan Ali an Nadwi dan Hassan al Hudaybi. Dari luar gerakan Islam seperti Fahmi Huwaidi, Muhammad Husaini Haikal dan Dr Usamah Mahmoud.

 

Dr Usamah telah mencirikan perkara yang dikritik oleh beliau:

1. Pemikiran al-Hakimiyyah dan pengkafiran umat Islam

2. Konsep Jahiliah

3. Konsep Negara Kafir dan Negara Islam

4. Monopoli Janji Tuhan dan Kesombongan terhadap manusia

5. Konsep Jihad

6. Konsep al Tamkin

7. Konsep Negara/Tanah Air

 

Kelompok ketiga ialah memahami pemikiran Sayyid Qutb secara salah. Umar Tilmasani menyatakan; “Sayyid Qutb saudara kami, hidup bersama kami, dipenjara bersama kami, diazab dan seterusnya mati syahid. Kami tidak menolak pemikiran Sayyid Qutb tetapi menolak pemahaman separuh masak para pemuda yang membaca buku-bukunya lalu melahirkan isu takfir dan hijrah”.

 

Sekelompok pengikut terutamanya anak muda menggunakan pendekatan yang melampau dalam menterjemahkan atau merealisasikan pemikiran Sayyid Qutb didalam lapangan umat.  Kebanyakan mereka dengan bersemangat dan berani mengkafirkan individu dan sistem secara melampaui batas adab dan akhlak Islam. Paling berbahaya menggunakan pendekatan kekerasan dengan menghalalkan pertumpahan darah sesama umat Islam.

 

 

Amanat Haji Hadi

 

Apa pandangan Ustaz Fadzil Mohd Noor pada tahun-tahun akhir hidup beliau tentang Amanat Haji Hadi (4 April 2002):

 

’Amanat Haji Hadi’ merupakan sebahagian dari ucapan dalam konteks semasa ketika itu apabila pemimpin UMNO nyaring mengatakan agama suku, politik suku yakni memisahkan politik daripada agama. Ia cuba dibangkitkan semula setelah berbelas tahun, dengan tanpa sedar bahawa apa yang diucapkan (amanat) sebenarnya berlandaskan kebenaran”

 

Ustaz Fadzil Noor menyifatkan golongan desperado dan bangkrap dengan menggunakan isu lama Amanat Haji Hadi, Trajedi Memali dan barua untuk keuntungan politik dan mereka keadaan lemah.

 

 

 

Perundangan Islam

 

Perlembagaan Kafir, Hukum Hudud dan Negara Islam

 

Fasa Hudud, enakmen kerajaan negeri, RUU335, dalam kerajaan

 

PAS Bukan Agama

 

Tuan Guru Abdul Hadi Awang, “PAS bukan agama, manusia bukan agama, masjid juga bukan agama. Tetapi masjid didirikan atas tuntutan agama. Maka PAS juga didirikan atas tuntutan agama Islam.

 

Ust Khalil Abdul Hadi, walaupun PAS bukan agama tapi PAS adalah parti yang membawa agama.

 

PAS bukan agama tetapi PAS sebahagian daripada agama Islam kerana perjuangan PAS adalah Islam..

 

Begitu PAS bukan Aqidah tetapi Aqidah Perjuangan PAS adalah Islam. Kehidupan muslim berakarkan aqidah Islam.

 

Begitu juga isu undi PAS masuk Syurga. Semua yang bersyahadah akan masuk Syurga. PAS membawa perjuangan Islam dalam segmen politik, maka undi PAS untuk memperjuangkan Islam sebagai pemerintah atau demi kekuasaan Islam sudah tentu dapat pahala dan ke syurga.

 

 

 

Ke Mana Orang Yang Suka Mengkafirkan Orang Lain?

 

Setiap orang ada pandangan, perangai peribadi dan pendekatan tersendiri. Setelah ditegur dan dinasihati, ada yang tidak ikut dengan teguran dan nasihat.

 

Orang yang suka mengkafir terbahagi kepada beberapa kelompok

1. Kekal bersama parti dan berubah mengikut perkembangan ilmu dan peredaran usia-konteks-situasi-zaman.

2. Kekal bersama parti dan berpegang kepada pandangan lama. Kebanyakan generasi tua, bukan pemimpin utama dan semakin sedikit jumlahnya.

3. Keluar parti. Paling ajaib menyertai parti yang dikafirkannya demi kelangsungan hidup, keuntungan duniawi dan habuan tertentu.

 

Lihat juga orang atau kelompok yang suka mentohmah bahawa pihak A  mendakwa pihak B kafir. Mereka mentohmah pihak A sebagai radikal, ektremis, pelampau dan fanatik. Lihat mereka:

 

1. Pro kerajaan Sekularisme, Pluralisme, Liberalisme, Nasionalisme

2. Pro kerajaan diktator, anti-demokrasi dan pemerintahan tentera

3. Bersama kerajaan yang zalim

4. Mendapat dana daripada kerajaan. Makan gaji dengan kerajaan dan proksi

5. Mewujud puak bertentangan dengan kelompok gerakan Islam. Menambah perpecahan umat.

 

Kesimpulan

 

Kejahilan. Memahami pandangan secara salah

 

 

Ulama muda sangka ulama kebanggaan luar negara lebih berhikmah daripada ulama-ulama pondok dalam politik tempatan. Ramai ulama pondok tempatan mendukung PAS walaupun mengetahui dalam PAS ada wahabi-salafi dan syiah. Mereka merasakan mereka lebih betul dan lebih bijak daripada ulama pondok. Sepatutnya ulama muda inilah yang mempertahan dan menguasai institusi ulama dalam PAS.

 

Propaganda jahat pihak musuh

 

Bertindak tanpa pedoman pemimpin yang benar.

No comments: