Perbualan ini berlaku pada 20/8/2018
Dr Mohamad Kamil, Para Ustaz dan AI
Saya (Mohamad Kamil Abdul MajidI kenal Anwar zaman belajar tahun 1969 lagi ketika dia Presiden PKPIM. Anwar seorang yang over confident kerana sejak zaman budak lagi sentiasa jadi leader. Dia pun tahu kemampuan ustaz2 sebab dia bergaul dengan ramai para ustaz. Ustaz yang dia malu alah hanya Ustaz fadhil Noor dan Ustaz Niamat Yusoff Kedah. Ustaz2 lain boleh masuk poket dia.
…..
Tentang kewujudan kertaskerja yang bertajuk “kenapa kemasukan Sdr Anwar Ibrahim ke dalam UMNO tidak syarie”
Adapun kertas tu ( kertaskerja yang bertajuk “kenapa kemasukan Sdr Anwar Ibrahim ke dalam UMNO tidak syarie” ) memang wujud dan tersebar hingga ke UK dan US. Sayangnya saya tak simpan. Mungkin Ustaz Dr Zawawi Ali (adik Mustafa Ali) ada simpan. Ustaz Nakhaie Ahmad juga terlibat menyiap kertas itu selain Ustaz Ilias Othman. Tetapi yang bertanggung jawab nama menulis adalah Ismail Mina. ZAWAWI ALI. Saya dan seorang dua ahli Abim Wilayah Persekutuan.
Mesyuarat Majlis Syura ABIM tentang Kemasukan AI ke dalam UMNO
Saya tak hadir syura hari tu. Tetapi menurut laporan first hand. Mesyuarat tak bersetuju dia masuk UMNO. Dia macam gila2 nak masuk UMNO kerana.dia yakin dapat ubah UMNO. Dia pun mungkin doh dapat pelawaan Mahathir AKHIRNYA SYURA.KATA...BERSEDIA MELEPASKAN ANWAR MASUK UMNO. PERKATAAN MELEPASKAN....
…
Kesan AI masuk UMNO
Akibat itu ABIM berpecah dua. ANWARIYYUN dan saya masuk kumpulan 2 menentang kemasukannya (ke dalam UMNO) yang boleh kata simpatisan kepada PAS.
Tetapi bila Anwar seamakin menaiki tangga UMNO dan kerajaan terutama selepas jadi menteri Pendidkan dan TPM orang ABIM semakin ramai sokong beliau dan membantu program Islamisasiterutamanya penubuhan UIA dan Bank Islam.
…..
IRC nak kuasai ABIM
Alias Othman. Zawawi Ali dan rakan IRC memang ada agenda nak kuasai ABIM tetapi gagal. Lalu mereka sebahagian dihantar ke dalam PAS.
….
Hujah AI Masuk UMNO
Hujah besar Anwar menghalalkan dia masuk UMNO (ialah) islah UMNO dan kerajaan melalui Islamisasi dan bangkangan kami pula islah kosmetik tak bawa ke mana dan orang PAS kata cuci tong taik dari dalam tak akan berjaya. Komen saya, “Apa yg berlaku ke atasnya adalah KIFARAT kemasukan dalam UMNO dan dia tak percaya Mahathir sanggup lenyek sampai ke situ. Dia yakin dia boleh mengatasi Mahathir sedang kejahatan Mahathir melampaui kepercayaan Anwar. Kesilapan paling besar doa dalam UMNO kerana mengenyahkan Ghafar Baba. Mulai peristiwa tu orang UMNO dapat (men)cium Anwar nak jatuhkan Mahathir
….
Tak Setuju Dengan AI
Antara yang sampai akhir tentang (tak setuju) Anwar masuk UMNO syekh Halim Kader bekas mufti Terengganu (Presiden PUM), Ustaz Najmi (KAGAT). Malah ahli ABIM yang cenderung kpd PAS.
….
Ibu segala Usrah al Jamaah
Kami pernah berusrah dengan Ustaz Hadi iaitu ustaz Alias, Zawawi Ali, Ustaz Rahim N9 (masuk PAS dan kalah), Dr PARID ikram dan Dr Hatta Ikram. ....
…..
Usrah Ikhwan
Kesimpulan, Ikhwan Iraq pernah minta USTAZ HASAN SYUKRI dan Ustaz Daud Iraqi dan rakan2 70an masuk PAS tetapi Ikhwan Mesir khususnya MUSTAFA MASYHUR berharap tak terlibat dalam politik praktis (kepartian) tetapi lebih kepada tarbiah umat. Bagi IRC peringkat awal menganggap Ustaz Hadi juga tak ikut arahan tak berparti. Ustaz Hadi pun peringkat awal cuba kuasai tarbiah ABIM tapi sama (ada) IRC dan Abim kepercayaan mereka kepada ustaz separuh2 saja kerana kemampuan ustaz terhad seperti Ustaz Ghani.Shamsuddin dalam ABIM dan PAS. Sepak terajang para asatizah adalah.tumpul.
….
Anak Muda PMIUM
Maklumat tambahan. Saya kenal HUSAM, TAQQIYUDDIN, FUAD ZARKASHI, SABRI CHIK. Malah aktivis PMUM dan PMIUM dan yakin masih ada sekelumit. Semangat Islam mereka. Tetapi sejauh mana mereka mampu bertahan. Cuma kadangkala kelemahan peribadi menjadikan mereka dimusuhi.
No comments:
Post a Comment