“kejahatan bukan sesuatu yang dilahirkan tetapi ia diajar”
Dalam kehidupan seseorang manusia, kita diberi peluang untuk memilih bagi mencapai matlamat kita melalui kaedah tertentu.
Kalau kita lapar umpamanya, kita perlukan makanan untuk kenyang. Untuk menghilang lapar, kita diberi peluang untuk memilih sama ada ayam KFC dengan ayam yang sudah basi. Mana satu pilihan kita?. Sudah tentu kita memilih ayam KFC!.
Oleh sebab itu, apa jua perkara yang hendak kita lakukan mempunyai pilihan. Pilih yang terbaik untuk diri kita.
Begitulah juga agama, kita diberi peluang untuk memilih agama yang sesuai dengan diri kita.
Sebagai manusia yang dikurniakan akal, tidak cukup kita beragama secara baka sahaja. Kita perlu memilih agama melalui pencarian ilmu dan hujah yang sahih. Gunakan fikiran yang waras dalam memilih agama bukannya sentimen, habuan material dan lain-lain.
“Agama itu ialah akal. Dan tidak ada agama pada orang yang tidak berakal”
Islam itu Mudah
Islam itu mudah. Beramal yang mudah secara istiqamah.
Kafir Bukan Musuh dan Jahat.
Kita mahu meramaikan ahli syurga dan mengurangkan ahli neraka. Maka, ramah, berakhlak dan dialog dengan orang bukan Islam.
Jangan Kecewa Dengan Islam: Lihat Agama Islam Bukannya Umat Islam
Kalau mahu melihat umat Islam yang terbaik sepanjang zaman, lihatlah Nabi Muhammad SAW bukannya melihat umat Islam pada hari ini.
Jadi islam benarkan umatnya tukar agama?
Jawapannya ialah tidak.
Apabila kita sudah pakai kasut yang terbaik, agak malang kita pilih kasut yng sudah rosak. Jika sudah manganut agama islam atau sesudah menganuti agama islam, adakah kita mahu menolak kebenaran yang benar untuk mendapat palsu.
Adakah Kafir Masuk Neraka?
Ya, kafir memang masuk neraka. Jom kenali Islam agar kamu masuk syurga bersama kami
No comments:
Post a Comment