Kita tertarik dengan kenyataan Dr Wan Ji. Beza ilmu ketimbang maklumat. Ilmu mempunyai metodelogi dan manhaj. Jika tiada metodelogi dan manhaj, itu hanyalah maklumat.
Dari segi teori ilmu sememangnya begitu.
Istilah maklumat atau ilmu, jauh lebih ialah
1. Bagaimana kita memahami ilmu
2. Beramal dengan ilmu/maklumat secara berterusan
3. Sejauhmana maklumat dan ilmu itu memberi manfaat kepada diri dan orang lain.
II
Kualiti atau darjah iman-taqwa
Kenapa seorang ustaz yang mengajar murid sanggup merogol atau melakukan amang seksual terhadap muridnya?
Pada masa yang masa, ustaz itu beristeri 3 orang dan ramai anaknya.
Logiknya, ilmu yang difahami akan meningkatkan kualiti/darjah iman-taqwa seseorang. Apabila perkara sebegini berlaku, ini bermakna ustaz itu belum memahami sebenar-sebenar ilmu yang dia pelajari. Ilmu yang tidak menambah iman-taqwa (keyakinan berTuhan).
Begitu juga Orientalis yang tinggi ilmu sehingga menghafaz al Quran tetapi masih kafir. Ini bermakna ilmu yang tinggi tidak memberi kefahaman kepada dia sendiri.
III
Jalan Hidayah
Orang hebat seperti Greta Thurberg sangat hebat dalam amal kebajikan, hak asasi dan alam sekitar. Usaha beliau mengatasi usaha aktivis dan pemimpin kalangan umat Islam.
Perbuatan beliau kita kagumi dan kita doakan orang Baik dalam kalangan bukan Islam mendapat hidayah
IV
Ingkar Ilmu
Tahu tetapi kita tak amal dan ikut ilmu yang kita tahu. Itulah ingkar ilmu. Ilmu perlu disertakan doa agar ilmu itu ada sentuhan hidayah.
No comments:
Post a Comment