Oleh Khalil Jibril
Islam Menolak Keganasan
Penegasan Islam menolak menolak sifat melampau dan keganasan dalam lihat pada ayat al-Quran
‘Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu kepada kebinasaan’ [Surah al-Baqarah: 195]
Islam sendiri bermaksud selamat dan sejahtera.
Kemunculan Pelampau Dalam Beragama
Terdapat tiga faktor utama kemunculan fenomena pelampau iaitu [1] faktor dalaman, [2] faktor luar dan [3] sifat manusia. Fenomena pelampau inilah yang mencetuskan keganasan.
Faktor dalaman ialah [1] faktor pemikiran, [2] faktor politik, [3] faktor sosial, dan [4] faktor pendidikan.
Prof. Madya Dr. Basri Ibrahim (diolah dan disadur oleh penulis) menyatakan,
1. Faktor Pemikiran
a. Dunia Islam pada hari ini berdepan pelbagai aliran pemikiran yang merosakkan, sekaligus membentuk pengikut berdasarkan kepelbagaian pemikiran tersebut.
b. Cara beragama sesetengah orang Islam membuka jalan mengambarkan keburukan Islam dan fitnah kepada Islam.
c. kegagalan bagi mewujudkan pemikiran kritis dan dialog.
d. Salah faham dan pentafsiran yang salah terhadap perkara-perkara yang berkaitan syariat.
2. Faktor ekonomi
a. Kegagalan mewujudkan kerjasama ekonomi. Jurang ekonomi semakin membesarkan. Kemiskinan dan kesusahan membentuk kejahilan ilmu dan iman yang membawa kepada sifat pelampau.
3. Faktor politik
a. Perbalahan politik antara parti, ideologi dan tokoh.
b. . Pemimpin politik yang palsu.
4. Faktor Sosial
a. Kegagalan menghayati ajaran Islam yang sebenar
b. Kerosakan aqidah dan akhlak
c. Krisis taqwa dimana umat Islam tidak lagi takut dan menipis keyakinan kepada Allah
d. Perpecahan keluarga
e. Kehilangan peranan ulama
5. Faktor Pendidikan
a. Aliran, manhaj, guru dan tempat pendidikan yang berbeza
b. Krisis taqwa dan akhlak kalangan pelajar Islam.
Faktor luaran adalah tekanan kuasa asing, serangan ke atas negara Islam, serangan pemikiran asing, penindasan ke atas umat Islam dan kehadiran proksi Barat ke negara-negara umat Islam.
Sifat manusia yang beragama Islam yang terlampau sayang kepada Islam sehingga melanggari batasan yang ditentukan oleh Islam. Akhirnya mereka mengambil keputusan tanpa hikmah membawa diri ke lembah keganasan dan bersenjata.
Desakkan yang menyebabkan umat Islam terpaksa bertindas balas menggunakan senjata dan keganasan.
Konflik Syria bertambah parah apabila munculnya kumpulan ISIS/ISIL/IS/DAESH yang bersifat pelampau dengan membawa pendekatan takfir dan keganasan. Kemunculan kelompok ini menambah lagi fitnah ke atas Islam.
Konflik Syria berpunca daripada Arab Springs setelah beribu-ribu rakyat Syria dibunuh di Dar’ oleh tentera rejim Bashar. Rakyat bangkit secara kekerasan dan bersenjata setelah sejumlah tentera berpaling tadah membantu rakyat Syria. Mereka ini tentera pembebasan Syria (FSA).
Daesh mengkafirkan semua pihak termasuk FSA dan kumpulan mujahidin yang tidak bersama mereka. Kemuncaknya, pemimpin utama mereka, Abu Bakr al Baghdadi telah mengisytiharkan Daulah Islam berteraskan khalifah Islam semas berkhutbah di Masjid an Nouri wilayah Mosul pada 5 Julai 2014.
Prinsip Demokrasi Ikhwanul Muslimin Dibawah Imam Hassan al Banna.
1. Berikrar bahawa rakyat adalah sumber kepada semua kuasa. Ini bermakna tiada individu atau parti atau kumpulan atau badan yang mendakwa berhak menduduki kuasa pemerintahan atau memegang kuasa ini secara berterusan. Tindakan tersebut adalah bercanggah dengan kehendak rakyat yang bebas dan sah.
2. Patuh dan hormat kepada prinsip peralihan kuasa melalui pilihanraya umum yang bersih dan bebas.
3. Menjamin hak invididu memilih agama
4. Menjamin hak untuk mengadakan upacara agama kepada semua agama langit yang diiktiraf
PAS Pro-Demokrasi
Entah pernah atau tidak, Dr Maszlee Malik menyindir persamaan warna pakaian Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dnegan warna pakaian Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Dato Seri Haji Mohd Najib Tun Abdul Razak sewaktu Multaqa Alumni Universiti al-Azhar pada bulan Disember 2015. Ini kerana para pembangkang dan sarjana anti-PAS hampir semuanya menyindir Presiden PAS dan Presiden UMNO. Maszlee Malik memuji penegasan Abdul Hadi bahawa demokrasi adalah sistem yang paling hampir dengan syariat. Penegasan Abdul Hadi bukanlah asing dalam gerakan Islam atau gerakan politik Islam kerana ia juga ditegaskan juga oleh tokoh besar gerakan Islam, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi.
PAS sepanjang sejarah perjuangannya adalah pro-demokrasi. Ia terbukti dengan penyertaan PAS dalam pilihanraya. Beberapa ketika PAS terpaksa bertindak keras ekoran provokasi pihak lawan terutamanya Era Pemuda Tahan Lasak UMNO. PAS juga terpaksa mengemukakan hujah antara iman dan kufur apabila sesetengah pemimpin parti UMNO berfikir, bercakap dan bertindak melampaui batas yang dibenarkan oleh Islam. Hujah pembatas antara iman dan kufur inilah yang disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai fenomena takfiri dalam PAS. Perubahan zaman dan keluarnya tokoh-tokoh yang bergelumang dalam takfiri daripada PAS hampir menyifarkan radikalisme kalangan ahlinya.
Haji Hadi: Contoh Tauladan Islamis yang Demokrat
Kelebihan paling utama Haji Hadi ialah kepakaran dan kemahiran beliau dalam membuat ijtihad berdasarkan nas-nas al-Quran dan as Sunnah. Beliau membuatkan agama Islam itu hidup sebagai sistem kehidupan dalam masyarakat.
Dalam pendekatan politik, Haji Hadi bersifat dinamis. Beliau pernah menyokong kerjasama politik dengan bukan Islam. Seingat penulis, beliau antara penyokong Perdana Menteri kalangan bukan orang Melayu pada tahun 1980an.
Haji Hadi banyak mengemukakan alternatif dalam politik. Antara yang tersohor ialah konsep Kerajaan Perpaduan (UG) yang dijadikan modal perbalahan dalaman PAS dan konsep Kerajaan Teknokrat. Beliau juga menekankan peranan pembangkang sebagai penasihat kerajaan.
No comments:
Post a Comment