Saturday, September 13, 2025

IIFSO, AI dan IM

 Selepas tumbang Daulah Uthmaniyyah, muncul Ikhwanul al Muslimin antara gerakan Islam berpengaruh di dunia.

Semasa Ikhwanul Muslimin dibantai oleh rejim tentera Mesir ekoran kematian Gamal Abdul Nasser, anggota Ikhwan Mesir telah berhijrah ke negara lain termasuk negara Nigeria (Negeri Sakoto). Antara pemimpin Ikhwan yang berhijrah ke Nigeria ialah Kamal Helbawy yang mengerakkan IIFSO (International Islamic Federation of Student Organisations. Pada akhir tahun 1960an, barulah IIFSO dilancar secara rasmi di Jerman.

Sementara itu, ramai pemimpin Ikhwan Iraq berhijrah ke Amerika Syarikat ekoran dibantai oleh rejim Ba’ath. Antara pemimpin mereka ialah Dr Ahmad Totonji, Jamal Barzinji dan Hisham al Talib. Mereka menubuhkan jaringan Ikhwan di sana melalui MSA (Muslim Student Association) diikuti dengan NAIT (North American Islamic Trust)  dan ISNA (Islamic Society of North America).

Kamal Helbawy bersama pemimpin Ikhwan Iraq telah menubuhkan WAMY (World Association of Muslim Youth) sebagai lanjutan IIFSO.

 

Menurut Hassan Shukri, WAMY berpecah tiga kumpulan besar iaitu (1) kekal dengan fikrah Ikhwan, (2) liberal (Anwar Ibrahim, Dr Totonji dan Dr Taha Jabir) dan (3) aliran keras (Abdullah Azzam). Semua aliran bergerak mengikut waqi’ masing-masing.

 

Kelompok Liberal dalam WAMY seperti  Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Prof. Dr. Ismail Raji’ Al-Faruqi, Dr. Taha Jabir Al-Alwani, Dr. Jamal Al-Barzinji, Profesor Emititus Dato’ Dr. AbdulHamid Abu Sulayman dan Prof. Emiritus Dr. Ahmad Totonji membentuk IIIT (Institut Pemikiran Islam Antarabangsa) di Amerika Syarikat pada tahun 1981. IIIT telah berkembang ke seluruh dunia. Di Malaysia, tokoh-tokoh IIIT mendominasi Institut Kajian Tinggi Islam Antarabangsa  (IAIS).

 

Idea dan usaha  Anwar Ibrahim

1. Mengemukakan konsep demokrasi melalui acuan kemajmukan bangsa

 2. Demokrasi Liberal dalam Politik: Terikat dengan Perlembagaan dan Undang-Undang, menjamin hak dan kebebasan semua pihak, ada pilihanraya dan kuasa majoriti mengatasi minoriti.

3. Menggunakan Dialog Peradaban sebagai jambatan untuk merapatkan lagi jurang budaya Timur dengan Barat

 4.Kemajmukan berdasarkan Perlembagaan Negara- Raja Berperlembagaan Demokrasi Berparlimen, Negara Persekutuan, identiti kebangsaan dan hak asasi manusia. Perlembagaan Negara dan identiti kebangsaan menjamin Kedudukan Istimewa Orang Melayu, Agama Islam, Kedaulatan Raja dan Bahasa Melayu.

 

Masalah Anwar Ibrahim

1. Matlamat menghalalkan cara. Politik Kebinatangan. Beliau sanggup membuat apa sahaja untuk mencapai matlamat politik beliau.

2. Mengalih kesalahan kepada pihak lain, memutar belit maklumat, fakta, data dan memangsakan diri sendiri untuk menarik simpati.

3. Menokok tambah cerita sehingga menjadi separa benar dan membina persepsi buruk

4. Anwar Ibrahim bersahabat dengan ramai ulama dan banyak membaca tentang Islam. Tetapi beliau tiada kerangka ilmu dalam pengajian ilmu Islam dan tiada tradisi berguru. Pandangan agama beliau mudah terpesong dan terjerat dengan akal yang logik dan pentafsiran agama yang semberono.

5. Seorang populis yang boleh berubah watak dan berbicara bergantung kepada tempat dan khalayak.

No comments: