Kita biasa dengar atau baca ayat, “adab sebelum ilmu”. “Kehilangan Adab”- al-Attas. “Hati yang baik lebih berharga daripada ribuan kepala yang penuh ilmu”--Plato. “Ilmu tanpa hati yang baik ibarat pisau tajam tanpa pegangan”.
Akhlak dan Rasulullah SAW’. Ada yang bertanya, “Apakah itu agama?” Sabda Rasulullah SAW, “Akhlak yang mulia” . Sabda Rasulullah SAW, “sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”. Saidatina Aisyah pernah berkata, “akhlaknya (Rasulullah) adalah al-Quran”
Impak iman dan ilmu itu pada akhlak. Secara mudah, akhlak ialah budi pekerti, tabiat, perangai atau kelakuan seseorang yang sebati dengan jiwa yang mudah melakukan kebaikan dan bermanfaat kepada diri dan orang lain. Hati (jiwa) yang baik datang daripada iman, ilmu dan fitrah kemanusiaan dicerminkan dalam lisan, tulisan, keputusan dan tindakan. Manusia Tanpa akhlak bermakna seseorang itu ingkar iman dan ilmu.
Berakhlak adalah Orang Baik. Orang Baik ialah orang mempunyai (1) hubungan baik dengan Allah, (2) sesama manusia dan (3) alam. Terbaik ialah memiliki 1, 2 dan 3.
Manusia Barat seperti Greta Thunberg memiliki perkara 2 dan 3. Berjuang dalam isu kemanusiaan dan alam sekitar.
Perosak kepada akhlak yang baik ialah penyakit dengki, sifat melampau, buruk sangka, sombong dan tamak.
II
Islam adalah jalan penyelesaian masalah. Soalnya, bagaimana Islam menyelesaikan masalah?
Untuk menyelesaikan masalah, ia bukan sahaja terletak kepada ideologi, keyakinan, agama, strategi, pendekatan, kaedah atau sistem. Jauh lebih penting ialah tentang SIAPA?
Jawapannya ialah Orang BAIK yang LAYAK. ORANG BAIK yang LAYAK yang terbaik perlu diutamakan sudah tentu kalangan orang beriman daan bertaqwa (jika mereka ada). Ingat, orang baik yang layak tidak semestinya orang Islam.
III
Perubahan pemikiran dan pendekatan-strategi adalah satu proses perkembangan diri kita. Paling penting pengakhiran hidup yang baik.
Fasa awal , seseorang anak muda sudah tentu memiliki semangat berlebihan , tenaga-idea, sifat memberontak, keras dan mahu mengubah ‘dunia’. Anak muda dalam proses mencari indentiti dan jati-diri. Menyukai kepelbagaian, persamaan kelas dan gender, keadilan sosial dan menentang arus perdana/status quo serta anti-pemerintah. Maka, anak muda akan lebih mudah teruja dan kagum dengan pemikiran dan gaya pimpinan--berpidato dam retorik seperti Sayyid Qutb, Che Guevara, Sukarno, TGHH dan Anwar Ibrahim . Atau ideologi dan kumpulan seperti Komunisme, Sosialisme, Progresif, Hizbut Tahrir, EZLN, Ikhwanul Muslimin dan bagai.
Kemudian, ramai kalangan anak muda berubah teruja dan kagum dengan tokoh yang lebih intelektual dan moderat melalui pengaulan dan pembacaan (contoh, kes gerakan Islam tempatan) seperti Buya HAMKA, Muhammad Natsir dan Syed Muhammad Naquib al Attas. Ulil Abshar Abdalla seorang Qutbis mabuk dengan pemikiran Sayyid Qutb dillunak oleh pemikiran Gus Dur dan Cak Nur. Pemikiran ABIM daripada Sayyid Qutb kepada Muhammad Natsir.
Fasa seterus adalah ujian. Kita diuji dengan apa yang kita dokong. Kelangsungan hidup--kuasa, wang, popular, selesa, mewah, jawatan, kroni---kawan2, keuntungan/agenda peribadi, wanita dan anak-anak mempengaruhi kita. Disinilah, ramai yang tersangkut, terbabas dan tertewas serta ingkar ilmu dengan melanggar keyakinan, pegangan dan kepercayaan sendiri. Wirawan-Hero Rakyat setelah menjadi penguasa, menzalimi rakyat sebagaimana apa yang mereka lawan dahulu. Sosialis bertukar menjadi kapitalis-taikun besar yang menindas dengan manipulasi dan eksploitasi ke atas rakyat. (Nota: Tun Daim dan Tun Abdul Razak adalah sosialis ketika zaman muda)
Fasa ujian ini juga, adakah kita melaksanakan apa yang kita yakin, pegang dan dokong dalam posisi yang kita ada ada? Adakah idea kita sekadar pembacaan yang khayal dan palsu yang menyedapkan akal dan jiwa kemudian modal mengkritik dan menghentam orang lain dengan lagak terlebih suci, terlebih tahu dan terlebih bijak daripada orang lain? Bangga dengan wacana ilmu dan pengetahuan yang banyak. Akhirnya kita ada seminar, forum, pondcast dan Kuliah Umum yang mengasyik, utopia dan berkelas tinggi yang palsu dan tak berimpak kepada lingkaran diri dan realiti di lapangan.
Kematangan usia, keluasan dalam pengaulan, perkembangan ilmu (membaca) dan pengalaman mendewasakan kita tentang sesuatu. Baru kita kenal realiti sebenar, keutamaan dan kemampuan kita dalam mendepani kehidupan.. Baru kita kenal siapa kita.
IV
Ada pendapatan besar, kaya, ada jawatan, popular, berpendidikan tinggi, banyak membaca tidak berguna jika tidak beraklak. Kekuasaan dan tanggungjawab adalah ujian sebenarnya. Tulis-baca-wacana hanyalah berfungsi memberi kesedaran dan bersifat ideal. Akhlak menentukan siapa kita. Fungsi Akhlak dalam lingkaran kehidupan seharian--pesekitaran hidup kita sangat penting.
Kita tak mampu ubah dunia tetapi kita mampu ubah diri kita sendiri. Kemudian ubah keluarga dan persekitaran kerja serta masyarakat sekeliling kita. Ubah berdasarkan kemampuan, kekuasaan dan pengaruh yang kita ada. Kita sebagai ayah, guru, ketua keluarga dan pemimpin masyarakat setempat.
No comments:
Post a Comment