Muda kaya dengan semangat membara, mahu menegakkan keadilan dan kebenaran
Muda kaya dengan jiwa memberontak, idealis dan mahu meruntuh sistem
Muda selalunya jahil dan bodoh serta ikut perasaan.
Seorang pemuda radikal lahir daripada keluarga ternama dan berpendidikan dalam lingkungan kayangan bangkit dengan semangat nasionalis dan Islami melalui PBMUM dan PKPIM. Kemudian dia memimpin ABIM dan MBM.
Berada dalam era kebangkitan semula Islam, dia digelar pemimpin radikal kerana mahu meruntuhkan Sekularisme dan Nasionalisme. Pada waktu ini, gerakan Islam menggunakan pendekatan radikal kerana konteks-situasi ketika itu dimana pihak pemerintah menekan gerakan Islam.
Dia memimpin demonstrasi rakyat. Berpidato dengan lantang dan berapi-api. Pernah ditahan ISA.
Suara lunak dan pendirian berubah setelah Dr Mahathir menjemput dia masuk UMNO dan memanjakan dia dengan kekuasaan.
Didewasakan dan dibelai dengan kekuasaan, dia menikmati kuasa dengan rakus dan pantas mendaki ke puncak kuasa sebelum dihumban oleh Dr M. Dia kembali lantang, ‘memberontak’ dan ‘radikal’ dengan membangkitkan gerakan reformasi setelah tersungkur dipintu kekuasaan.
Seorang lagi anak muda, berasal dari kampung nelayan dan keluarga ulama. Belajar di Universiti Islam Madinah dan Universiti al Azhar. Mendapat tarbiah tokoh Ikhwanul Muslimin. Dipuji oleh Mufti Saudi dan ramai ulama. Diakui oleh Erbakan. Dianggap pemimpin senior dalam gerakan Islam.
Kedalaman ilmu, perwatakan ulama, suara lantang dan bersemangat berapi-api menjadikan dia sebagai ulama muda diikuti oleh ramai pengikut. Kaset-kaset dan kuliah dia banyak memberi kesedaran Islam kepada orang muda dan orang tua ketika itu.
Konteks zaman dan situasi ketika itu dimana lingkungan ganas rejim Sekularis-Nasionalis yang ‘jahil’ agama disokong oleh ‘ulama terompah kayu dan ulama bisu’menyebabkan reaksi gerakan Islam terhadap pemerintah agak keras.
Dia dikatakan wahabi, syiah dan pembangkit takfiri.
Setelah dewasa, dia memilih penyatuan ummah dan kerajaan perpaduan. Dia memilih politik penyatuan ummah termasuk menyatukan Sunni-Syiah berdasarkan keuntungan politik umat Islam.
Pengajaran daripada kisah Dua Pemuda Radikal:
1. Konteks-Zaman dan Situasi mempengaruhi pendekatan gerakan Islam dan tokoh mereka. Reaksi mereka berdasarkan apa yang mereka hadapi.
2. Muda sinonim dengan semangat berapi-api dan suara lantang. Jiwa memberontak dan melawan itu sesuai dengan usia muda.
3. Manusia berubah berdasarkan tahap kematangan, pengaulan, pengalaman, usia dan peristiwa tertentu.
No comments:
Post a Comment