Zaman Muda adalah anyaman daripada idealistik, semangat melangit, suka memberontak-melawan, anti-penguasa, penegak keadilan, jurubicara rakyat, pendek akal-bodoh dan ‘gila-gila’-berbuat baru berfikir. Kita muda teruja dan kagum tokoh-tokoh yang hebat pidato dan kaya pengetahuan. Kita mudah diasyik dan dikhayalikan oleh ideologi dan aliran pemikiran. Kita aktif dalam pelbagai aktiviti, program dan organisasi.
Ulil Abshar Abdalla salah seorang sosok Islam Liberal yang terkenal. Anak muda NU ini pernah mengidap penyakit Qutbisme pada zaman mudanya. Dia terpengaruh dengan buku Sayyid Qutb, ‘Ma’alim fi al-Thariq’ yang ditulis dalam bahasa Arab yang indah. Ketika itu, Ulil berusia 19 tahun. Buku ini mendorong anak muda menjadi fundamentalis-radikal dan terpengaruh dengan gejala takfir (mudah mengkafir orang lain).
Dalam beberapa saat membaca buku Sayyid Qutb, Ulil akan tenggelam dalam kemabukan denganmengatakan masyarakat disekeliling dia adalah jahiliah yang berada dalam kegelapan akidah. Kita sahaja yang betul dan akidah paling benar. Ia membawa kepada totaliter--kemutlakan. Ulil bernasib baik kerana ia hanya merasa dan tidak pernah mengutarakan secara lisan dan tindakan.
Ulil juga menulis bahawa dia juga terpengaruh dengan pemikiran santisme melalui buku-buku Richard Dawkins, Lawrence Krauss, Stephen Hawking, Carl Sagan, Richard Feynman, Steven Weinberg, E. O. Wilson, Steven Pinker, Peter Atkins, Victor Stenger. Jebakan kegelapan ini diubati oleh pemikiran Cak Nur dan Gus Dur.
Ulil Abshar Abdalla sebagai koordinator Jaringan Islam Liberal. Jaringan Islam Liberal merupakan penjenamaan semula liberalisme sebelum itu. JIL awalnya digerakkan oleh intelektual muda dari ISAI (Institut Studi Arus Informasi;.. Pertemuan pertama, mereka telah mewacanakan tajuk Akar-Akar Liberalisme Islam: Pengalaman Timur Tengah (The Roots of Islamic Liberalism: The Middle East Experience) yang dibentangkan oleh intelektual muda progresif, Luthfi Assyaukanie (pensyarah Universiti Paramadina (diasaskan oleh Cak Nur) dan penyelidik di Freedom Institute. Luthfi lulusan Universiti Jordan, MA (ISTAC UIA) dan Phd University of Melbourne, Australia.
Nama JIL meletup apabila Ulil Abshar Abdalla menulis artikel Menyegarkan Kembali Pemahaman Islam.(Kompas, 18 November 2002). Idea Islam Liberal mencabar pemikiran Islam tradisional.
Pada tahun 2007, Ulil menyambung MA di Boston University. Pada tahun 2010, dia sedang menyambung PhD. Ketika itu dia masuk bertanding jawatan Pengerusi UN semasa Muktamar NU di Makasar tetapi tewas. Setelah gagal masuk ke dalam kelompok elit NU, dia aktif dalam Parti Demokrat sekitar tahun 2010 hingga 2015. Dia tidak sekses dalam dunia politik.
Kejutan berlaku pada tahun 2016, dia kembali menjadi tradisonalis-Sufi dengan meneliti, menekuni dan mengajar kitab Ihya Ulumiddin karya Imam al Ghazali. Ia bagaikan mengulangi fasa kehidupan Abu Al-Hasan Al-Asyari daripada muktazillah kepada ASWJ. Begitu Pak Harun Nasution kembali kepada Sufisme.
II
Tarbiyyah dan asuhan daripada latar belakang keluarga beragama, persekitaran Islam dan proses pentarbiyyahan atau kaderisasi Jemaah Islam yang KERAS akhirnya melahirkan sebilangan anak-anak muda yang ANTI-TESIS--memberontak, mahu bebas bukan terikat atau dikawal oleh kelompok tua dalam jemaah, cabar ideologi atau pemikiran lama. Ini adalah lumrah dalam perkembangan mencari makna kehidupan dan identiti diri seorang anak muda.
Ulil Abshar Abdalla, dari tradisionalis NU--Qutbisme--Liberalisme-Politik-Tradisonalisme+Sufisme. Ramai lagi anak muda senasib dengan Ulil Abshar Abadalla.
III
Lazimnya, tradisionalisme yang menang. Akarnya ialah institusi pendidikan (madrasah dan pondok), institusi masjid dan institusi kekuasaan dipegang oleh kelompok tradisional. Di Malaysia, Institusi Raja dan Institusi Birokrat Agama dipegang oleh tradisionalis.
No comments:
Post a Comment