Saturday, September 13, 2025

Mufti Baru

 Tahniah dan alhamdulillah diatas pelantikan jawatan Mufti Wilayah baru kepada Ustaz Fauwaz Fadzil. Tak sampai seminggu terdapat 3 perkara yang diperkatakan orang:

 

A. Penafian Islam Terancam

B. Isu Politik Bukan Perkara Aqidah

C.  Menyebut beberapa nama khusus seperti Sheikh Ali Qarahdaghi,Sheikh Fadlu Murad ,Sheikh Syed Syaltut dalam FB beliau.

 

 

Perkara A, B dan C boleh memberi gambaran awal hala tuju Mufti Wilayah yang baru.

 

I

 

Perkara B dalam dijelaskan lagi oleh Ustaz FF dalam petikan dibawah

 

"Politik adalah perkara maslahat yang bersifat ijtihadiyyah,ianya bukan termasuk dalam kerangka aqidah.

Tindakan sesetengah kelompok memasukkan politik dalam kerangka aqidah adalah sangat merbahaya kerana ia boleh menjurus kepada politik ghuluw (melampau) sehingga membentuk sikap taksub dan takfiri." (Ustaz Fauwaz Fadzil)

 

Kenyataan ini sangat digemari dan diperteguhkan oleh Parti Amanah Nasional.

 

Perkara B boleh diwacanakan dari perspektif seni permainan politik atau ilmu.

 

Berbicara Ilmu dalam kuliah pengajian, dalam buku dan wacana tidak sama dalam menghadapi seni permainan politik atau realiti politik. Berapa ramai kita melihat orang bijak berPhD dan sarjana politik tertewas dengan permainan politik. Pada kita, antara contoh sarjana politik Islam merangkap praktis politik dan melibat diri menghadapi realiti politik ialah TGHH. TGHH istiqamah dalam politik Islam. Kita bersyukur ada orang alim dan soleh seperti TGHH, TGNA, Ustaz Fadzil Nor dan lain-lain sanggup menghadapi sepak teranjang politik.

 

Isu politik perkara aqidah perlu dilihat dalam konteks zaman itu. Zaman itu zaman pertembungan ideologi dan pembulian-keganasan politik. Ada orang berani menghina dan menyindir politik dan perundangan Islam. Ada orang menolak politik dalam Islam dan memisah antara politik dengan Islam.

 

Maka,Kehidupan mesti berada dalam kawalan Syariah yang berakarkan aqidah.

 

II

 

Dalam mana-mana kumpulan, terdapat 4 kelompok seperti dibawah

1. Kelompok Opurtunis

2. Kelompok ekstrem/pelampau

3. Kelompok Kecewa

4. Kelompok traumatik

 

Kita tidak menafikan ada budaya ekstrem dalam kumpulan-kumpulan Islam tetapi ia bukanlah gambaran keseluruhan kumpulan tersebut. Kita juga tidak menafikan tiada kefahaman terhadap ilmu menyebabkan sifat melampau terbentuk. Tetapi kita percaya Ilmu dan akhlak serta kematangan usia dapat melenturkan sifat melampau tersebut. Banyak keadaan semangat muda dan rasa lebih berilmu serta lebih suci menyebabkan sifat ekstrem.

 

III

 

Mengadili sejarah memerlukan kita melihat perkara dibawah

1. Perubahan dalam perkembangan ilmu

2. Kematangan usia

3. Pengalaman yang lama

4. Pengaulan yang luas

5. Penyebaran maklumat

6. Konteks-situasi zaman dan ketika itu

 

Mengadili situasi semasa, kita perlu menjenguk perkara dibawah:

1. Ia tindakan terpinggir individu tertentu atau pegangan individu atau pendirian kumpulan

2. Kejahilan individu atau pihak tertentu dalam kumpulan

3. Sifat melampau orang yang terlalu sayang agama dan bangsanya

4. Semangat muda dan idealis

5. Reaksi spontan dan serta merta

6. Menolak keterujaan terhadap istilah-konsep dan promosi faham Barat yang menyebabkan kita apologetik

7. Perangkap musuh politik

 

Selain kefahaman terhadap ilmu, sifat ekstrem berpunca daripada reaksi pihak lawan. Antaranya pihak lawan bersifat zalim.  Pihak lawan menuduh mereka sebagai kelompok khawarij.

 

IV

Keluhuran ilmu diranapkan oleh agenda tertentu, demi kelangsungan hidup dan strategi-kaedah yang salah.

 

Maka, fikir kembali tentang usaha islah, ia membawa kepada penyatuan ummah atau perpecahan ummah? Atau memenuhi kehendak tuan politik atau majikan kamu?

 

Atas nama pengajian atau talaqi ilmu, ada sesetengah pihak menolak pendekatan politik Islam berasaskan politik kepartian sebaliknya sanggup menyokong dan menerima bantuan daripada kelompok atau parti sekular-nasionalis.

No comments: