Tasawuf Tanpa Tareqat?
Mohamad Ridhwan Bin Alias
tokawang_sufi@yahoo.com
Prawacana
Tasawuf bukannya pada zikir, bukannya pada salasilah, bukannya pada ibadah yang banyak, bukannya suluk, bukannya mujahadah, tetapi hakikat tasauf ialah hidupnya jarum hati memandang hakikat KeTuhanan dalam setiap masa. Pandanglah segala dari Allah, dengan Allah dan kepada Allah, berpegang teguh dengan syariat dan hakikat serta memelihara diri dari yang haram, syubhat dan makruh.
Orang selalu membicarakan kehidupan ahli tasawuf atau sufi mestilah bertareqat kerana khalifah tareqat akan memimpin mereka ke arah kebenaran. Kita tidak menolak tasawuf tetapi kita mesti berhati-hati kerana ramai pemimpin tareqat sekarang menyalahi syariat dan etika tasawuf. Jalan paling selamat ialah tasawuf tanpa tareqat.
Tasawuf tanpa tareqat membolehkan diri kita menjadi manusia tasawuf yang neutral daripada pengaruh kumpulan-kumpulan tareqat. Dan ini bermakna kita menghilangkan taksub terhadap kepada kumpulan tareqat tertentu. Jangan sesekali menjadikan syeikh sebagai objek ketaksuban atau berhala hidup sehingga menolak cara hidup Rasulullah SAW. Siapakah lebih utama Rasulullah SAW atau pemimpin tareqat anda?. Kita mestilah memilih yang terbaik menepati syariat dan menjauhi bidaah.
Imam Hasan al Banna telah menyediakan aurad yang bagus untuk semua pengamal tasawuf. Amalan ini boleh diamalkan secara individu dan berkumpulan tanpa berkiblatkan kepada kumpulan tareqat dan khalifah sesebuah tareqat.
Perhatikan bicara seorang Tuan Guru berpasak tasawuf tanpa tareqat. Tasawuf bukannya pada zikir, bukannya pada salasilah, bukannya pada ibadah yang banyak, bukannya suluk, bukannya mujahadah, tetapi hakikat tasauf ialah hidupnya jarum hati memandang hakikat KeTuhanan dalam setiap masa. Pandanglah segala dari Allah, dengan Allah dan kepada Allah, berpegang teguh dengan syariat dan hakikat serta memelihara diri dari yang haram, syubhat dan makruh.
Amalan tasawuf akan berkesan apabila akhlak kita mempunyai sifat mahmudah yang istiqamah dan membersihi hati daripada sifat mazmumah. Begitu penjagaan lidah dan kelakuan serta hati perlu dibentengi akhlak tasawuf.
Tasawuf bukan dilihat daripada kuantiti amalan tetapi pengaruh amalan dalam kehidupan pengamal, setiap saat dalam berbicara, kelakuan dan bisikan hati.
Setiap kejadian yang berlaku mestilah berlandaskan dari Allah, dengan Allah dan kepada Allah. Permasalahannya sekarang, lazimnya disebabkan oleh bencana alam, ataupun penggunaan perkataan ‘kalau’. Kalau macam ini pasti tidak berlaku. Ini adalah satu penafian terhadap takdir Allah.
Setiap pengamal tasawuf wajib menjadi pengamal syariat yang taat. Pengamalan Islam secara syumul baik dari segi politik, social dan ekonomi. Pemisahan antara dunia dan akhirat adalah sesuatu yang janggal dan jahil. Setiap kelakuan dan tutur bicara dunia mesti seiring dan sejalan dengan pemikiran akhirat.
Para pejuang mujahidin di Afghanistan dan Chechenya mengunakan amalan tasawuf sebagai azimat dalam melawan musuh. Amalan tasawuf dijadikan penampan utuh dalam menghadapi penjajah bersenjata canggih dan terkini. Berkat doa dan amalan tasawuf, pihak mujahidin boleh mendepani musuh dengan baik.
Pengamal tasawuf harus menjauhi amalan keramat dan magis. Ada orang mengamal amalan tasawuf kerana inginkan keramat. Niat sebegini adalah salah dan sesat. Jika keramat itu diberikan oleh Allah SWT, itulah bonus tetapi jangan sesekali kita ingankan perkara yang mendekati syirik tersebut.
Keramat seseorang pemimpin tasawuf janganlah dipercayai atau diagungkan sangat. Jika pemimpin tasawuf ini mempunyai kekeramatan tetapi amalannya bertentangan dengan syariat, contoh mereka boleh berjalan di atas air tetapi tidak solat subuh atau membenarkan zina. Maka jauhilah mereka kerana mereka sesat lagi menyesatkan. Itu bantuan jin atau syaitan. Cari pemimpin tasawuf yang benar syariatnya dan amalannya tidak bertentangan dengan al quran dan hadith.
DASAR PENGAMAL TASAWUF
Mengikut seorang ulama tasawuf, Al Salh ibn Abdullah al Tustari, terdapat 7 dasar asas.
1. Berpegang pada al Quran
2. Mengikut sunnah Rasulullah SAW
3. Makan makanan yang halal
4. meninggalkan kezaliman
5. menjauhi maksiat
6. melazimi taubat
7. menunaikan segala hak kewajipan
Dasar di atas menjadi panduan bagi kita dalam mencari guru atau pemimpin tasawuf yang tulen dan benar.
Selain itu, niat mengamalkan tasawuf dan bertareqat juga penting. Jangan berniat untuk mendapat keramat atau ilmu perbomohan. Niatlah untuk mendapat keredhaan Allah SWT melalui amalan-amalan yang boleh mendekatkan diri hamba dengan Tuhannya.
KEPENTINGAN ILMU DALAM BERTAREQAT DAN TASAWUF
Asas kepada pencerahan pengamal tasawuf dan pengikut tareqat ialah kefahaman terhadap agama dan kemantapan ilmunya. Kita harus mempunyai ilmu yang benar dan sohih daripada al Quran dan sunnah sebelum mengamalkan tasawuf atau bertareqat supaya kita tidak tersesat.
Syeikh Muhammad Fuad al Maliki mengingatkan, pengamal tasawuf dan pengikut tareqat tidak boleh memandang mudah terhadap urusan syariat dan tanggungjawab keluarga. Tiada berguna seseorang pengamal tasawuf dan tareqat jika meninggalkan tanggungjawab wajib tersebut.
Setiap pengamal tasawuf dan pengikut tareqat harus menjalani tahap keilmuan dan kefahaman yang sohih. Jika kita terleka, kita akan tertipu dengan godaan dan helah syaitan. Perjalanan tareqat dan tasawuf perlu dengan santapan ilmu dengan menghadiri majlis ilmu.
Kepelbagaian majlis ilmu juga harus digalakkan selain daripada pembimbing tareqat. Ini penting bagi menambah ilmu daripada pelbagai sumber.
Seorang pengamal tasawuf dan tareqat juga harus membaiki ilmu al Quran mereka bagi memantapkan bacaan.
Ilmu penting agar pengamal tasawuf dan tareqat tidak tersesat dalam mencari keredhaan Allah SWT. Jika tiada ilmu, kita hanya mengikut tareqat dan tasawuf dalam keadaan jahil dan sesat.
TASAWUF MENDEPANI ZAMAN KINI
Tasawuf tetap sesuai sepanjang zaman. Zaman moden penuh pancaroba dunia ini sangat relevan jika hati dibentengi oleh amalan tasawuf.
Pengamal tasawuf bukanlah seorang yang membuang kelazatan dunia, meninggalkan keluarga, berbaju buruk, memakan ikan goreng, berkurung dalam rumah dan menolak muamalat dengan masyarakat.
Pengamal tasawuf harus meneruskan kehidupan biasa dengan penuh kesabaran dalam melaksanakan syariat Allah dan mengharapkan serta yakin kepada hidayah Allah. Badannya mengauli masyarakat tetapi hatinya beruzlah kepada Allah SWT.
Dalam merawat penyakit mazmumah semasa mengauli masyarakat, tasawuf boleh dilakukan melalui amalan dan aurad. Aurad membentengi hati manakala amalan tasawuf mencerminkan kejernihan jiwa dan akhlak.
Pengamal tasawuf harus mencintai solat berjemaah dan mengawali waktu solat. Dalam bergaul pula, pengamal tasawuf harus menjaga percakapan, kelakuan dan hati mereka.
Percakapan harus terkawal dengan bercakap perkara yang bermanfaat atau lebih baik kita diam. Perkataan haruslah sopan dan bergurau tidak melampaui batas.
Dalam pengaulan, batas lelaki dengan perempuan harus dijaga. Segala kelakuan harus ke arah makruf dan menjauhi perbuatan mungkar.
Hatinya juga selalui dibisik dengan kalimah Allah dan sifat mahmudah seperti berbaik sangka dan sabar. Jika terlintas perkara yang negatif, terus kita beristigfar dan memohon keampunan daripada Allah.
Bagi amalan aurad pula, wujudkan satu waktu yang tenang dan khusus untuk kita mengamalkan aurad tertentu. Biarkan aurad ini sebati dengan diri kita. Paling kurang sehari dalam seminggu kita mengamalkan aurad yang dipilih. Penulis syorkan aurad yang disusun oleh Imam Hasan al Banna, Manzil keluarga Maulana Ilyas pengasas Jemaah Tabligh atau Ratib al Haddad dari Hadramaut, Yaman. Paling baik jika aurad ini diambil sanadnya daripada guru yang mempelajari daripada guru yang sebelumnya.
ANTI TAREQAT
Penulis tidak antitareqat. Tareqat dan tasawuf sangat rapat hubungannya. Tareqat adalah salah satu jalan tasawuf. Seumpama sebuah kereta ‘tasawuf’ memerlukan jalan ‘tareqat’ untuk mencapai destinasinya iaitu keredhaan Allah SWT. Kereta tanpa adanya jalan tidak akan ke mana juga.
Walaubagaimanapun, pencarian tareqat yang benar pada zaman ini sangat sukar. Puncanya adalah kesesatan sesebuah tareqat. Kesesatan ini kita boleh lihat;
1. Guru pembimbing tareqat
2. Amalan tareqat yang sesat menyalahi syariat
3. Aqidah yang sesat ekoran kepercayaan syirik dalam tareqat
Perkara inilah yang merosakkan kebolehpercayaan terhadap sesebuah tareqat.
Menurut Syeikh Muhammad Fuad al maliki, prinsip tareqat dan tasawuf perlu diikat kemas dengan tali al Quran dan sunnah. Tambah beliau, perjalanan tareqat meliputi setiap perkara dari amal ibadah, muamalah, pekerjaan, mencari nafkah dan sebagainya.
Pilihlah tareqat yang benar dan sohih agar kita tidak tersalah langkah. Jika guru tareqat mengamalkan amalan yang bertentangan dengan al Quran dan sunnah, sila beredar dari tareqat tersebut. Jangan terlalu fanatik terhadap pembimbing tareqat kerana kefanatikkan itu boleh menyelubungi pelita kebenaran.
Kesimpulannya
Saya lebih menyantuni amalan tasawuf tanpa tareqat jika sukarnya mendapat tareqat yang benar dan sohih. Walau bagaimanapun, tasawuf memerlukan guru yang mursyid dan menepati ajaran al Quran dan sunnah dalam mendidik diri kita. Jika tidak, amalan tasawuf adalah kosong dan sekadar amalan biasa tanpa inti rahsia amalan tersebut.
Sumber;
Syeikh Muhammad Fuad al Maliki
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat
Tuan Guru Ibrahim Pulau Manis Terengganu
Sayyid Abdullah ibn Muhammad al Ghumari
11/10/08
8.38 PM
Sandakan, Sabah.
Sila lawati blog
FIQH SIRAH hannanfarhana.blogspot.com
MALFUZAT cheguridhwan.blogspot.com
Sunday, October 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sebab-Akibat
Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...
-
Parti Islah Yaman ditubuhkan pada tahun 1990 setahun selepas penyatuan Yaman Utara dengan Yaman Selatan. Kongres Rakyat Umum (GPC) dari U...
-
BAB 2: ROH PERJUANGAN GMI ‘Islam bukan agama teori dan ritual sahaja tetapi Islam adalah agama praktikal yang perlu diterjemah sebagai satu ...
-
Tak sangka, Jemaah Tabligh (JT) yang suci itu juga mengalami krisis. Itulah qada’ dan qadar yang ditentukan oleh Allah SWT yang mempunyai...
No comments:
Post a Comment