Friday, February 20, 2009

Bogela

Aku mencari-cari foto Elizabeth Wong. Nak tengok, dia betul telanjang ke sebagaimana diberitahu. Email kepada aku jika yang memilikinya. kalian beruntung..

Keriuhan itu membuat orang akan mencari foto tersebut. Ini pun penyakit.

aku setuju dengan TG Nik Aziz, kita boleh telanjang dalam rumah sendiri. Rumah kita merupakan tempat yang paling bebas bagi kita. Elizebeth Wong nak telanjang, dia punya fasal. Dia bukan telanjang di depan pejabat kerajaan negeri Selangor. Ingat kes dr Chua berlaku di hotel, Wong berlaku di rumah. Mereka bukan Islam, lantaklah mereka nak lakukan hubungan seks dengan pasangan mereka selagi tidak mencemari agama mereka. jika tidak menyalahi agama mereka, silakan buat.

Kita tahu orang seperti Wong dan Tian Chua adalah seorang liberal-demokrat yang berpegang kepada hak asasi, persamaan manusia dan humanisme. Perkara seks bebas adalah lumrah bagi pengekor aliran ini.

Dunia sekarang tidak selamat lagi. Revolusi Video-Telefon-Internet ini akan menjadi sumber utama kefitnahan zaman. Zaman fitnah adalah zaman dajjal. Sistem komunikasi ini akan memudahkan misi 40 hari dajjal. jadi kita kena hati-hati. kita selalu diintip.

Cuma yang kita kesalkan dikhabarkan teman sekatilnya adalah orang Melayu-Islam. Ini keparat. Teringat dulu kes Noritta dimana dalam lubang anu dia dijumpai beberapa ekor sperma daripada beberapa orang lelaki. Kalau inilah yang berlaku pada umat kini, hancur luluh akhlaq umat Muhammad.

Thursday, February 19, 2009

Bahaya Internet!!

Melayari Internet Dengan Kebersamaan Allah !

Oleh: Al-Ustaz Dr Fathi Yakan (Lubnan)

Internet merupakan senjata bermata dua, satu pendekatan yang mempunyai dua wajah yang bertentangan; dalamnya ada unsur peruntuh dan membina, memati dan menghidup, petunjuk hidayah dan godaan. Dan cara bagaimana ia digunakan adalah garis pemisah antara keduannya. Saya harap tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa internet mempunyai daya tarikan, keberkesanan, mudah dicapai, dilayari dan bersifat intraktif yang menjadikan ia alat terkini dari segi kesan dan ruang cakupan. Ia melitupi bola bumi tanpa sekatan dan tandingan. Ia boleh dijadikan mimbar untuk orang Islam menegakkan hujjah keatas manusia dengan menyebarkan Islam dan menyampaikan dakwahnya kepada seluruh manusia diseluruh pelusuk alam.

Benarlah seperti firman Allah taala yang bermaksud:

Supaya tidak menjadi hujjah manusia terhadap Allah selepas kedatangan rasul-rasul. (an -Nisa’ 165)

Dan firman maksudnya:

dan begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi kepada manusia dan rasul menjadi saksi keatas kamu. (al Baqarah 143).

Walaubagaimana pun kita sepatutnya mengetahui bahawa internet dipenuhi dengan segala jenis unsur yang rosak dan merosakkan dan syaitan jin dan manusia memuatkan rangkaian ini dengan berjuta-juta laman yang canggih dan cekap dengan seni mempedaya dan menyesatkan satu perkara yang tidak diterima akal dan sukar digambarkan.


Satu kajian yang disiarkan oleh majalah Time menunjukkan bahawa bilangan laman seks mencecah angka 650 juta laman pada tahun 1998 dan dianggarkan akan sampai 8 bilion pada tahun 2002. Salah satu laman ini memiliki 300,000 gambar lucah dan telah dihantar sebanyak lebih satu bilion kali???.


Manakala dari sudut perniagaan, satu kajian menunjukan bahawa sejumlah pembelian bahan lucah melalui internet mencecah 18 bilion dolar. Ini mendorong pengkaji Steve Waters berkata dalam komentarnya terhadap betapa besarnya bencana ini: “biasanya pelayaran internet bermula dengan cuba-cuba, kemudian ia berlarutan menjadi penagihan dan disertai dengan kesudahan yang sangat merbahaya”.


Semua itu perlu diletakkan dalam perkiraan apabila berbicara tentang internet, melayarinya dan berintraksi dengannya.


1. Sesaorang yang ingin melayari internet wajar membersihkan niat dengan betul dengan menetapkan terlebih dahulu tujuan sebelum memasukinya.


2. Mereka yang melayari internet sebagai alat untuk berhibur akan lupa diri dan tanpa disedari terheret ke pada kamatianya dalam keadaan ia tidak menyedarinya.


3. Kemudian duduk dihadapan internet dalam tempoh yang lama akan mensia-siakan pusingan hidup seluruhnya. Mereka akan mengabaikan tugas dan tuntutan untuk mendapat kebahagiaan didunia dan akhirat. Inilah kerugian yang nyata. Disamping ia juga akan menyebabkan kehilangan daya tumpuan dan menyebabkan akal bercelaru.


Adapun apabila kita melayari gelombang internet yang ganas dalam laut yang gelap dan dalam keadaan ditemani Allah bererti kita hidup dengan kebersamaan ini dalam setiap suasana, urusan, kondisi dan setiap masa. Rasa kebersamaan ini bukan suatu yang boleh dipinjam-pinjam atau direka-reka… kerana itu, ia bukan datang dan pergi sebaliknya satu keadaan yang tetap terus berkembang tanpa kurang atau surut.


Merialisasikan kebersamaan ini sesaorang perlu mengekang nafsunya daripada hawa dan penyesatannya. Hawa harus ditolak dan nafsu sepatutnya dibimbing untuk menaiki tangga kesempurnaan, meninggalkan kealpaan, mengalahkan waswas dan mengatasi ajakan-ajakan syahwat. Kemudian dengan memelihara keberterusan “muraqabah” dan “muhasabah” serta mengekang nafsu dengan keazaman dan dipaksa dengan pekerti dan akhlak yang mulia, apa lagi dizaman yang penuh dengan fitnah dan keajaiban ini.


Seperti yang pernah diberi amaran dan ingatan oleh Rasulullah s.a.w secara khusus mengenai zaman tersebut dimana orang yang siuman menjadi bingun, perkara makruf menjadi mungkar dan mungkar menjadi makruf sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: apabila dunia hampir kiamat akan berlaku fitnah seperti potongan malam yang gelap, fitnah seperti kepulan asap, dalam situasi itu hati manusia akan mati seperti matinya tubuh badan mereka, mereka beriman pada pagi hari dan kufur pada waktu petang, beriman pada waktu petang dan kufur pada waktu pagi antara mereka ada puak yang menjual akhlak dan agama mereka dengan habuan dunia.(hadis riwayat Ahmad)


Kita berdoa kepada Allah supaya memberikan kita kesihatan dan berterusan dalam keadaan afiat serta bersyukur dengan afiat tersebut. Kita mohon dari Allah kebaikan masa dan kebaikan mereka yang hidup pada zaman ini. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan zaman dan kejahatan mereka yang hidup pada zaman ini. Allah maafkanlah kami, ampunkanlah kami, perelokkan kesudahan kami dan pastikan pada waktu kematian kami, kami sedang melakukan kebaikan dan amal soleh. Amin ya rabba al alamin.


sumber : http://www.dakwah.info

Nasihat untuk diri

1. layari internet jangan lebih dari 2 jam dalam sehari
2. Masa lapang itu lebih baik baca al Quran dan buku

Bila Ibrahim Ali bercakap tentang lompat

Dialah pendekar melayu no 1. Pembela melayu ini jadi YB kerana belas ihsan PAS. Pasti PAS menyesal dan tidak akan mencalonkan mat talam dua muka ini.

Dia brcakap tentang orang lompat parti. Tp si munafik politik ini tak sedar ke bahawa dia sendiri raja lompat

Cukuplah Ibrahim Ali,

kamu cuak
kami berpuluh ribu kali cuak
kamu boleh bye-bye la si munafik politik!!

Tuesday, February 17, 2009

Letih

Penat masa tangan menyentuh papan kekunci ini. Letih kerana bertugas di Melaka. Cadang nak menulis tentang elizabeth wong, awek cina yang cantik, kepala memberat dek kekurangan tidur. Saya minta...

Sunday, February 15, 2009

Dimana Malthurat?.Nasihat Tuan Guru Yahya Othman

antara nasihat TG Yahya Othman malthurat adalah bacaan wajib bagi daie. Dan ia wajib berada dalam poket baju seseorang daie. Ini menunjukkan jiwa rabani seseorang daie.Kalau begitu nasihat sang murabbi.
Aku gagal(dan banyak aku gagal).. Kalian?

Saturday, February 14, 2009

SIS Tunjuk Taring lagi?

Puak islam Liberal malaysia, SIS menyediakan tempat bagi pertemuan MUSAWAH. Satu tempat untuk menegak persamaan gender dalam Islam. Taniah SIS atas keberanian anda..

Daifnya pemikiran kaum wanita berfahaman Islib ini walaupun ramai dalam kalangan mereka BerPhd. Phd ini lambang kapitalisme bukan kebijakkan seseorang. Jika zaman jahiliah, layanan terhadap kaum hawa seperti hamba. Islam mentamadunkan bangsa Arab yang bengis dan kasar itu. Tudung cukup memelihara maruah wanita daripada pandangan mata durjana. Dan menutup aurat adalah hak wanita paling bermaruah berbandingkan kehalalan berpakaian seksi di muka depan akhbar dan majalah serta gadis litar motorsikal/F1. Cuba kita fikir sejenak adakah dengan menunjukkan keseksian lebih baik daripada menutup aurat?

Otak-otak mereka bervirus syyaitan berasaskan akal-logik manusia. Tuan-puan, tak akan tangan Allah kita nak sama dengan tangan manusia. Sebab apa?. Sebab kita berfikir dalam tempurung manusia bukan metafizik ketuhanan. Kita ingatkan tangan Allah macam tangan kita.

Justeru, ikutilah agama. agama meraikan akal. Tetapi akal kena ada petunjuk supaya tidak sesat. petunjuk itu adalah al Quran dan sunnah.

Bagi mahasiswa di kampus UM, kalian boleh menambah pegetahuan dengan memasuki kelas gender di fakulti sains sosial. walaupun tak ambil jam kredit, masuklah kuliah itu bagi menghadami masalah gender yang cuba ditangani dengan akal logik sahaja.

Ingat!! Tiada apa yang sama dalam dunia ini. Lelaki dengan perempuan. Bahkan perempuan sama prempuan pun berbeda. Daripada tunjuk kehebatan masing2, lebih baik lengkap-melengkapi antara satu sama lain..

Rakyat Ikut Pemerintah Mereka

Dalam tradisi Melayu sejak zaman purba kala, rakyat mengikut agama pemerintah mereka. Srivijaya diperintah oleh Melayu beragama Hindu. Maka seluruh rakyatnya menjadi Hindu.

Jadi, aliran anutan pemerintah akan menjadi anutan rakyatnya.

Kita lihat pemerintah negara kita menganut aliran/ideologi/agama apa?. Islam. Jawab ya. Tapi Islam yang tak sepenuhnya dan mereka tidak berusaha menyempurnakan Islam di negara kita. Satu beri kredit kepada Islam, 10 kali ganda lagi kredit untuk hedonisme dan sekularisme.

Islam Liberal mula menular dalam pemerintah negara. Lihat latar belakang pimpinan kita. Saya tak harap Najib mengembalikan maruah Islam. jika zaman Pak Lah, Endon dan Nuri pro SIS, zaman Najib, Rosmah apa kurangnya. Pada masa yang sama, Islam liberal juga menyerap dalam PR terutamanya dalam PKR. Saya cukup mengharapkan orang ABIM dan JIM dalam PKR seperti Dr Manuty dan Mustafa Kamil Ayub bertindak menghalanginya. Ingat, rakyat mengikut agama pemerintah mereka.

Para pemerintah harus mengamalkan ajaran agama dan akhlak yang tinggi dalam kehidupan awam dan peribadi mereka. ketaatan kepada ajaran agama dan berakhlak tinggi harus menjadi keutamaan disamping kepimpinan berkarisma dan profesionalisme. Jika pemerintah lingkup agamanya, rakyat lagi lingkup agamanya.

Pemerintah rasuah, rakyat lagi rasuah.

sumber; Wan Mohd nor Wan Daud

Saudara Bagus, Nuruddin SPAQ!

saya tidak kenal Nurudin Bashah semasa di universiti. Tapi saya tanya isteri dan tenung balik wajahnya, saya rasa pernah berjumpa dengannya. Masa itu tak kenal nama.

Walaupun namanya tak semashyur nama saudara Ramadhan Fitri dan Tuan Kamarul yang lincah berpidato tapi saya kagum dengan usaha beliau untuk hidupkan agama secara istiqamah. saya harap usaha beliau dan kawan2 diberkati Allah.

Sebenarnya aktiviti dakwah yang dipelopori oleh beliau sangat bersesuaian untuk belia dan mahasiswa. Daripada berpolitik, politik dan politik, marilah bersama-sama menjalan usaha yang digiatkan oleh saudara Nuruddin.

Saya mengimpikan agar GAMIS yang unggul itu berkerjasama dengan SPAQ. Alangkah cantik semangat istiqamah Nurudin dicampur dengan ilmu, pengaruh dan jentera yang dimiliki oleh Pak Alim. Gandingan ini akan menjadi gandingan mantop.

kalian boleh taip google dan hubungi beliau. Lihat SPAQ, landas, laman Munawwarah dan langkapsiasah. Aktivisme yang digerakkan oleh NGO di Pulau Pinang cukup menarik. GAMIS boleh berinteraksi inteletual dengan mereka. CAP, PUMCPP, SUARAM dan lain-lain.

Teruskan saudara Nuruddin..
Allah bersamamu...

Friday, February 13, 2009

Antara Syiah dan Komunis: Aku Pilih?

Terima kasih kepada sesiapa yang mengunjungi blog ini. Asalnya blog ini berperanan menyimpan sejarah gerakan mahasiswa. Cuma penulis cuba mengaktifkan blog ini dengan pendapat semasa penulis agar blog ini tidak basi dan kaku.

Malangnya ada juga yang menuduh penulis sebagai syiah dan komunis. penulis tersenyum je dengan penziarah yang lagak pendek akal tu.

Gambar tersebut oleh beri dua gambaran sama ada hanya perhiasan atau ada maksud tersembunyi.

Pemilihan gambar pimpinan syiah, bukan ajaran syiah yang kita mesti anuti tetapi sebagai gambaran keinginan kita di bawah kepimpinan ulama walaupun saya masih percaya pimpinan bukan semestinya ulama tetapi mesti berjiwa ulama. PAS sendiri pun mengambil roh kepimpinan ulama selepas revolusi iran. cuma gelaran Mursyidul Aam diciplak daripada Ikhwanul Muslimin tetapi konsep lebih kepada Iran.

Che Guevara ikon sosialis dan revolusi. seorang anak muda perlu berjiwa revolusi yang dimiliki oleh che. bukan sosialisme yang kita nak tetapi jiwa revolusinya.

harap penziarah yang pendek akal boleh memahami. buang ketololan sempit kalian. terima kasih..

Thursday, February 12, 2009

Antara Dua Lompat: Katak Baik dan Katak Jahat

Katak banyak spesis; ada yang beracun dan tidak beracun;

tertarik dengan mainan bahasa TG Nik Aziz, lompat masuk PR dibolehkan tetapi haram lompat masuk BN; Menarik betul mainan bahasa orang tua ni;

Seperti orang berhujah, tak perlu masuk Islam; semua agama sama mencintai kebaikan; Sedangkan kebaikan itu sendiri berbeda; Kebaikan dalam Islam mesti serasi dengan aqidah dan syariat Islam; kalau nak lompat, biar lompat dengan iman dan ke arah keimanan;

Jadi, jika YB BN nak lompat ke dalam PR dibenarkan tetapi lompat ke BN itu haram;

saudara-saudari macam mana?, setuju pendapat orang tua itu;;

Krisis Politik Perak: Kenapa tidak lihat Kelantan?

maka bergolak kerajaan Perak. Krisisnya di antara dua parti politik tetapi salah satunya disokong oleh puak raja. Puak Raja ini dikatakan antara simbol bangsa Melayu. Tuan bagi bangsa Melayu adalah rajanya.

Malang sungguh nasib PAS. MBnya PAS, pemdemontrasi ramainya ahli PAS. Kematian YB Bukit Gantang pun datang dari PAS. Kebetulan yang ditentukan oleh Allah ini adalah cabaran untuk pejuang PAS. Walaupun DAP dan PKR membuat onar, PAS pun tersepit sama.

Saya percaya tindakan politik nizar dan pakatan rakyat akan nampak 'benar'nya tetapi apabila karpal singh tak berserban berkokok dengan dua isu iaitu menentang raja dan mengkritik anwar serta kematian YB Bukit Gantang, mood rakyat lebih kepada sentimen tuannya iaitu raja.

Melayu ini jangan dihina rajanya. Marah melayu. Biarlah anak dan bini diratah oleh putera raja. Biarlah balak dirobek oleh kompeni raja. tak boleh menentang raja. Raja adalah tuan bangsa melayu.

Bila PR lawan raja. Mood orang melayu bertuan puak raja ni membuak untuk syahid demi raja. antara Islam dengan Melayu, pilih Melayu. Melayu tuannya raja.

Walaupun terlambat, kita harus mencontohi leluhur Raja Jembal a.k.a TG Nik Aziz menghadapi raja kelantan. Leluhur raja jembal ini menggunakan kebijakan dalam menghadapi puak raja. Walaupun puak raja dilihat bersama UMNO, PAS masih mendapat sokongan orang Melayu bertuankan raja. Mungkin lelehur raja lawannya raja.

PAS di Kelantan tidak menentang raja seperti di Perak sekarang. Wayang di Perak banyak dimainkan oleh DAP yang tidak memahami Melayu bertuankan raja.

Nak selesai masalah di Perak. teroponglah negeri Kelantan.

Wednesday, February 11, 2009

Karpal Singh: Singh Tidak Berserban

Maka bersatulah orang Melayu melanyak karpal singh. Satu yang kita jangan lupa bahawa singh yang tak berserban ini lebih pakar undang-undang daripada kita. Orang tua ini tidak akan berkokok jika dia salah. Kita tak perlu emosi kerana ia boleh memanaskan keadaan.

Orang paling malang dalam episod ini adalah Nizar. Bukit Gantang akan menjadi barometer sokongan rakyat terhadap krisis di Perak.

kita tunggu dan lihat kesudahannya...

Tuesday, February 10, 2009

Untuk Si Dia: Membakar Diri Tapi Jangan Beremosi (2)

"Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan penghinaan, menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan"

Wala' Oh wala'

Wala’ Oh Wala’: Meneropong Tumbangnya Kerajaan Rapuh di Perak

Apabila membicarakan tentang wala’ dan thiqah, buntut para pengekor jemaah Islam terasa hangat. Thiqah dan wala’ ini dilihat sebagai alat untuk mengongkong dan menjajah kebebasan akal dan fizikal. Lagi pun wala’ dan thiqah ini dijadikan alat mudah bagi kaum tua menghalalkan cara untuk menidakkan kehendak pengekor mereka terutamanya golongan kaum muda yang bersemangat pepsi-cola tersebut.

Aku secara peribadi kurang menyukai konsep wala’. Aku suka menyertai aktiviti luaran berbanding dalaman sesebuah jemaah. Aku tidak suka terikat dengan arahan pihak berkepentingan. Dengan kata mudah, wala’ aku hanya pada Allah dan RasulNya (aku yakin mereka berwala’ juga kerana Allah). Pun begitu aku mengkagumi pengekor konsep ini dan sudah pasti mereka ini terlebih baik daripada aku dan orang yang tidak mengekori konsep ini apatah lagi pihak yang mengkhianati wala’ mereka

Bagi aku, wala’ ialah kepatuhan dan ketaatan kepada para pimpinan yang berjiwa rabbani, berfikiran quranik dan akhlaq bertunjangkan sunnah Nabi demi Allah. Pimpinan yang lemah tetapi alim dan taat pada Allah SWT lebih aku sukai berbanding pemimpin yang bijak tetapi berakhlak syaitan. Dengan kata lain jika Anwar Ibrahim dengan Tok Guru Haji Hadi, aku tetap pilih Tok Guru walaupun ada mengatakan Anwar lebih berpengalaman, bijak, berkarisma dan luas jaringannya. Pimpinan yang lemah perlu disokong oleh para pengekor yang kuat dan professional. Walaupun wala’ ini ada pro dan kontra, tetapi ia masih penting bagi para pengekor jemaah Islam.

Di Perak, wala’ dan thiqah hanya tersemat kepada gerakan Islam, Pas. Dalam DAP dan PKR, wahana kesetiaan demi Allah ini tiada, Akibatnya, jiwa dan keputusan mereka boleh berbolak-balik. Ketaatan mereka kepada material dan keuntungan diri sahaja..

Di Perak, kerajaan rapuh dah tumbang, konspirasi akan terus melanda kerajaan PR. Ini cabaran bagi orang yang berwala’ sama ada terus sampai ke destinasi atau buat-buat sesat dalam perjalanan perjuangan.

GERAK, PRIBUMI dan Prowaris tunggu masa untuk melakukan serangan seterusnya.

Topeng-topeng syaitan, jom runtuh wala’ mereka.

Ke mana Kamu, Mahasiswa Penipu?

PELAJAR NAKAL AKTIF PAS: YANG BAIK TAK TAHU KE MANA
Dikirim pada Ogos 14, 2008 oleh idrisahmad





Pada 8/Ogos/2008 saya dijemput ceramah Isra' Mikraj di Surau AL-Irsyad Apt Vista Pinggiran Putra dekat pasar Borong Selangor. Program lepas maghrib sepatutnya, tangguh lepas Isyak. Jalan jam maklumlah daripada Kuala Lumpur hari jumaat pula. Lepas itu saya pula sesat jalan. Sembahyang maghrib di RR Air Hitam dekat tol LDP (Lebuh Raya Puchong).

Yang menariknya pada malam itu saya berjumpa bekas pelajar saya di UITM Melaka dahulu. Lepas ceramah dia bagi tau dekat saya, suara ustaz tak ubah macam dulu. Kebetulan ceramah Isra' Mikraj maka sudah tentu yang disentuh berkenaan dnegan kewajipan solat dan realiti yang berlaku pada hari ini, ramai yang tidak solat. Dia beritahu saya apabila ustaz cerita bab solat ini teringat sewaktu berada di ITM dulu, ustaz selalu bertanya siapa yang tidak solat subuh. Saya adalah salah seroang yang liat solat, sekarang ini tidaklah ustaz.

Memang saya terkenal di kalangan pelajar sebagai pensyarah yang tegas. Kalau ada di kalangan pelajar yang sedang berdua-duaan, apabila nampak kereta saya pakat lari lintang pukang. Di dalam kelas semua pelajar perempuan wajib bertudung, kena tutup sampai dada. Saya kata saya hanya berkuasa di dalam kelas ini sahaja. Sekurang-kurangnya 2 jam kamu tidak derhaka dengan tuhan dalam seminggu. Rupa-rupanya ada kesan, selepas dipaksa akhirnya mereka pakai dengan sukarela.

Saya masih ingat dia, biasalah di sekolah pelajar yang terkenal ialah yang baik atau yang nakal. Yang sederhana guru tidak ingat. Yang menariknya beliau sekarang orang kuat Pas dan menjadi tenaga penggerak penting di cawangan tersebut dalam kawasan Puchong. Saya bertanya beberapa orang yang semasa dengan beliau di ITM dulu, yang terkenal budak baik, maka dia sebut mereka join Umno dan ada yang tidak peduli perjuangan.

Tetapi inilah realiti yang berlaku dalam alam pelajar. Sebenarnya saya apabila pergi tamrin pelajar di pusat pengajian tinggi, saya kata saya datang ini hanya melepas kewajipan saya sebagai pimpinan jamaah sahaja. Saya bukan percaya sangat dengan kamu. Besok apabila sudah keluar apabila kerja, kahwin, dapat anak dan aktif dengan Pas, baru jumpa saya. Ini baru boleh bagi sijil, kalau tidak saya tidak percaya.
Saya teringat sewaktu menjadi pelajar dahulu Saudara Mohd Sabu yang sering berucap dalam tamrin pelajar. Dia kata dekat kami, saya hanya percaya 20% sahaja di kalangan kamu ini. Waktu itu dalam hati saya tercabar.

Gamak pimpinan Pas kata kami hanya boleh diharap 20% sahaja. Sedangkan kami begitu bersemangat, berani bergaduh dengan puak Umno kampus. Sanggup bertumbuk, dibuang asrama, kena tindakan disiplin. Rupa-rupanya betul, bukan 20% malahan 5% pun tidak saampai yang terlibat dengan Pas.

Saya kata, harap itu tidaklah sangat. Banyak abang dan kakak kamu dulu tipu kami, kerana lepas keluar takut hendak berjumpa dengan kami. Takut saya tanya cawangan mana yang awak aktif. Banyak bekas pimpinan jamaah duduk dekat dengan rumah saya, jumpa cabut lari. Hendak kata tidak faham tarbiah tak betul kerana regunya naqib dengan naqibah, akhirnya kedua-dua rebah dalam perjuangan.

Saya juga pernah di beritahu oleh pemandu YB Doktor Hamdan Mohd Khalid Exco Kerajaan kedah, namanya Nasron.

Beliau ini bekas sekolah agama. Dia kata payahlah ustaz , hendak cari ustaz untuk bimbing kami.

Saya kata fasal apa? Kawasan anta ini tidak ada orang mengaji agama ka.
Ada jawab dia. Tapi tidak mahu berjuang duduk peluk tubuh dan pemerhati komonwel kot jauh sahaja. Akhirnya hak yang hendak berjuang ini macam kami yang mengaji tidak tinggi, hak pandai tidak mahu berjuang.

Saya Tanya dia fasal apa jadi begitu.

Dia kata depa pandai kerana rajin mengaji tidak sempat hendak ambil tahu bab perjuangan, kami yang kurang dan nakal-nakal sikit ini rajin pergi dengar ceramah dan ikut kuliah Pas itu yang mengaji tidak berapa pandai.
Saya senyap sahaja apabila dengar penjelasan daripada beliau. Ada lojik juga. Pasal hak cerdik kalau tidak ada roh jihad dalam diri, dia takut macam tidak ada tuhan dalam hidup dia.

Dia tidak percaya rezki tangan tuhan, walaupun dia mengaji Usuluddin.
Apabila saya renung perbualan saudara Nasron tadi ada kebenaran juga. Macamlah bekas anak murid saya tadi.

Walau bagaimanapun saya bangga kerana beliau bekas anak murid saya yang aktif dalam Pas walaupun dulu nakal, tetapi sedikit kecewa anak murid dan aktivis yang hebat suatu ketika dahulu tenggelam dengan dunia yang fana' ini.

Untuk Si Dia: Membakar Diri Tapi Jangan Beremosi

1. Berjuanglah kamu, jangan mengharapkan pembalasan. Kelak kamu akan kecewa.

2. Kritikan adalah jalan membaiki diri

3. Komunikasi adalah adab penyelesaian bagi yang terherot usia

4. Mesyuarat adalah jalan penyelesaian

5. Perubahan perlu untuk mendepani zaman

Saya terdetik nak menyatakan sedemikian apabila membaca buku Tuan Guru Yahya Othman. Melihat situasi politik hodoh di Perak. Pertentangan akal dan ucapan antara parti dalam PR. Disamping berdepan dengan gergasi rasuah. Otak jadi herot...

akhirnya kepala saya mengukir lima pernyataan tadi. Tadi di tempat kerja, kebetulan hari ini tak sibuk, terbelek satu keratan artikel lama yang boleh kita hayati. nanti saya hantar ke blog ini

Saturday, February 07, 2009

Politik Lompat


Lompat.

Lompat.

Macam katak.

Aku tak setuju. Pasti Ibrahim Ali pun tak setuju. Mat Sabu pun tak setuju dengan 'politik lompat' Anwar Ibrahim. Bila Cikgu Pa komen, ramai melenting sampai TG Nik aziz kata Cikgu Pa sebagai lidah UMNO. berat panggilan tu.

Bila adun PKR lompat, baru tergadah.

Tun Mahathir senyum dan ketawa, he..he..

Kita harus bermain politik bersih. Jangan menghalalkan cara untuk mencapai matlamat. Biar rakyat yang tentukan, nak pilih PR atau BN.

Ini sibuk nak lompat.

Orang PAS kalau diikutkan hati memang tak nak bersama Anwar Ibrahim. Cuma apabila Majlis Syura berkeputusan sedemikian, mereka akur.

Jom, kita tunggu siapa lagi akan melompat.

lompat...lompat....lompat...

Manusia Berorientasikan Darah-keturunan, sampai Bila?

keturunan aku mulia, keturunan nabi. Aku digelar syed. tapi gadis kampus ramai sudah aku pancutkan.

Pergi lantak dengan gelaran syed kamu. Kamu memalukan keturunan nabi SAW. Nabi tak jamin semua keturunannya baik-baik semua jika aqidah dan akhlaq rosak, kamu boleh blah!.

Ingat, iman tidak boleh diwarisi.

Begitulah kisahnya orang berbangga dengan keturunan/darah mereka. Aku dari dulu membenci kebanggaan terhadap keturunan. Bagi aku, manusia sama sahaja. Cuma yang membezakan kita ialah akal, ilmu dan amal kita yang harus meningkat ke arah ketaqwaan.

Aku bukan membenci golongan raja, cuma sistem beraja telah rosak. dimanakah sumpah setia golongan raja seperti yang termeterai semasa perjanjian Demang Lebar daun dahulunya. dimana akhlaq golongan raja?. Bahkan ramai raja sekarang tidak mempunyai kekuasaan yang sah dan boleh dicabar.

Bukan aku yang kata tetapi ramai tokoh sejarah yang menyatakan. Tun Suzana(kak Aziz Osman) mencabar keabsahan kesultanan Pahang. Walaupun sultan Pahang bagus PROnya tetapi akhlaq dan balak di Pahang milik siapa?. Ini bukan aku yang cakap, aku tolong tulis saja.

Di terengganu, keabsahan dicabar oleh Tengku Ali.

Di Perak, Sultan Azlan melantik Raja Nazrin sebagai raja muda padahal beliau sepatutnya berada hierarki Raja Dihilir

Di Johor, keturunan Temenggung sekarang

Dan kebanyakkan bangsawan dan golongan raja menganggotai pertubuhan pro yahudi seperti Kelab Rotary.

Tak tahu lagi bila sistem beraja ini akan berakhir. Di Jawa, Nepal, Bhutan dan Iran, sistem ini dah berakhir.

Tun Mahathir pernah menjadi wira rakyat dalam menghapuskan kuasa imuniti raja. Jika nak kata PR menderhaka raja, UMNO dah mulakan dulu. Dimana Anuar Musa yang mentabalkan sultan kelantan yang baru?. Ini bukti pengkhianatan UMNO terhadap raja dan orang Melayu, jika anda menuding jari mengadakan PR menderhaka.

Dan Nizar mencipta sejarah menyatakan beliau mohon derhaka. Satu permintaan yang bersopan.

Apapun golongan raja, kembalilah kepada al Quran dan hadith. Cari ulama menasihati diri Tuanku(sedih dimanakah Tuan Mufti Perak). kami merindui suasana pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu yang dinasihati ulama Tokku Paloh.

Kami menyayangi Tuanku semua, tapi lebih menyayangi Islam. harap Tuanku Faham.

Aku rakyat biasa.

Kospirasi Perak, selepas ini dimana?

ada berita mengatakan perancang utama kospirasi tumbang kerajaan PR di Perak didalangi oleh Anuar Zaini dikhabarkan orang rapat Raja Nazrin. Aku tak tahu sama ada anuar zaini BERNAMA atau Anuar Zaini mantan NC UM yang dulunya NADI pro Anwar. Apa pun aku yakin hati manusia boleh berubah.

Mungkin selepas ini tumpuan beralih ke Kedah yang heboh dengan skandal perempuan dan di Selangor dengan lembunya. Serangan bertalu-talu dilakukan hampir serentak. GERAK bertugas di Selangor, sebuah NGO di Kedah dan Najib sendiri di Perak.

Bagi aku, ia berlaku untuk menambahkan kehebatan Najib sebagai bakal PM.

Kita tunggu dan lihat politik 'tamil' yang menarik dan memperbodohkan rakyat ini.

La Gi la Kisah Mahasiswa Selepas Alam Kampus

Suatu petang di Damansara Perdana
Fahri Abdullah al-Masri
Harakahdaily
Sat | Feb 07, 09 | 11:57:39 pm MYT

Pulang daripada Damansara Perdana petang tadi, melewati terowong Penchala Link, hati digerak ke Masjid Wilayah Persekutuan di Jalan Duta. Kebiasaannya begitulah, saya akan selalu mengikut gerak lintasan hati. Terkadang, motor kita dengan sendirinya masuk ke suatu lorong, lalu di sana kita akan bertembung pelajaran-pelajaran baru.


Adapun pelajaran-pelajaran baru yang dikutip tadi bolehlah dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu kuliah Agama dan kuliah Politik Kampus. Dalam nota kuliah kali ini, saya mungkin meringkaskan beberapa perkara yang boleh dikembangkan lagi di dalam nota-nota kuliah berikutnya.

Kuliah Agama
Di suatu ruang legar masjid, saya menemui beberapa orang pemuda yang menjual buku-buku agama bercorak tasawuf tarekat atau tasawuf falsafah. Tasawuf falsafah agak tinggi dan jika silap perhitungan, seseorang itu tersesat dan disesatkan dan dengan sebab itulah juga, sesetengah pihak mendakwa pengetahuan ini mendorong ke arah kesesatan.

Tak perlu ulas panjang-panjang dalam hal ini. Ilmu Tuhan sangat luas dan tidak terbatas. Mungkin kita boleh kembangkan dalam ruangan yang lain pula, insya Allah.

Buku yang dibeli dengan harga RM5 itu berjudul Meneroka Rahsia Diri, di mana penulis itu adalah seorang mudir di sebuah madrasah di Kg. Pulau Manis, Kuala Terengganu.

Nama Pulau Manis ini membawa kenangan sentimental dan pengalaman nostalgia ketika masih belajar di sekolah menengah. Antara banyak-banyak kitab tasawuf yang membuka pencerahan dalam ruh ialah Al-Hikam, karangan Syekh Ibnu 'Atha'illah al-Askandari.

Masjid Akar Peluru atau Masjid Al-Ghufran, yang terletak di Jalan Pegawai, Alur Setar adalah tempat di mana saya mula meneliti dan membaca mutiara hikmah al-Askandari di dalam bidang tasawuf ini. Pada saya, susunannya sungguh romantik tatkala menjelaskan hubungan kemanusiaan dengan Ketuhanan.

Dan..siapakah yang bertanggungjawab menterjemahkan Al-Hikam dalam bahasa Arab itu ke dalam bahasa Melayu? Insan itu bernama Tok Pulau Manis atau nama sebenarnya Syeikh Abdul Malik yang dilahirkan Kampung Pauh, Hulu Terengganu.

Syeikh Abdul Malik sangat meminati al-Hikam ini, dan beliau diminta oleh para sahabat untuk menterjemahkan isi kandungan kitab tersebut:-

"(Dan) sanya telah meminta akan daku setengah saudaraku yang salik bahawa menterjemakan aku akan dia dengan bahasa Jawi supaya memberi manfaat dengan dia segala orang yang mubtadi, maka kuperkenankan atas yang demikian itu dengan sekira-kira yang difahamkan Allah Taala akan daku (dan) adalah aku memanjangkan sedikit perkataannya kerana aku memasukkan perkataan sharahnya dengan sekadar kifayah bagi orang mubtadi mengetahui dia.."

Syahadan, dengan sebab itulah Hikam Melayu diangkat sebagai sebuah kitab tasawuf yang terbesar dan terawal yang ditulis dalam bahasa Melayu di Alam Melayu ini. Sekali gus, semua ini membuktikan bahawa bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa ilmu.

Keturunan mereka inilah yang telah membebaskan Trengganu daripada cengkaman kuasa British. Diriwayatkan bahawa, ketika British mahu berunding dengan ulamak Trengganu ini, mereka disindir dengan perkataan..

"Jika tuan-tuan mahu ambil tanah Terengganu, ambillah seberapa banyak guni sekali pun, tapi kalau mahu ambil pemerintahan, tak bolehlah.." kata mereka. Lebih kurang begitulah yang saya ingat. Tapi, yang paling penting, sikap mereka dilingkungi karamah.

British amat marah dengan sindiran itu. Dengan takdir Allah, ketika mereka ingin bangun dari kerusi itu, maka punggung mereka terlekat kepada kerusi itu.

Sekali lagi British terkena sindiran, "Lihat betapa tamaknya British itu. Bukan saja tanah kita mahu diambil, kerusi kita pun mahu diambilnya!"

Ulama-ulama perjuangan ini adalah ulama sufi juga. British juga yang bertanggungjawab menyerahkan Palestin kepada Yahudi Zionis pada 1948 setelah sekian lama tanah-tanah Palestin dijual kepada kapitalis Yahudi. Kalau kita tidak berhati-hati, tanah di Johor pun akan diangkut oleh Yahudi melalui Singapura. Sejarah akan berulang.

Setelah berbual banyak perkara dengan anak-anak muda di masjid itu berhubung tasawuf dan persoalan tentang hakikat diri, saya menyedari kelibat seorang lelaki yang semenjak tadi seperti ingin berbual-bual dengan saya.

Tamat ringkasan kuliah agama..

Kuliah Politik Kampus
Perlahan-lahan dia mendekati setelah habis bualan mengenali tajuk tasawuf itu. Sejak tadi dia tumpang mendengar dan mengikuti bualan saya dan para pemuda di masjid itu.

"Memang suka tasawuf ke?" tanya beliau. Saya mengangguk-angguk. Saya memang suka tapi ia sekadar teori dan sentiasa wujud halangan untuk melangkah masuk ke dalam pintu gerbang tasawuf secara serius. Risau dan gementar bergaul di dalam dada.

Kami berjalan perlahan-lahan mencari tempat yang sesuai berbual. Langkah kami terhenti di gigi tangga. Dan, akhirnya bualan itu terarah ke ruang politik kampus.

Biar saya namakan pemuda ini sebagai Hamdan. Dia mengaku bahawa dia aktif Umno di UM. Kini, dia makin menjauhkan diri daripada Umno kerana parti itu dikotori wang.

"Dengan PMI pun saya kawan, dengan Umno pun saya kawan," kata Hamdan. "Jadi, dua pihak ini berusaha nak tarik saya. Akhirnya, saya masuk Umno. Tapi, akhirnya saya lihat, ramai pula kawan-kawan Pas dulu akhirnya masuk Umno selepas tamat berkuliah."

"Sebab apa pelajar Pas masuk Umno?" tanya saya kerana didera rasa ingin tahu.

"Terus-terang mereka cakap.. mereka nak cari makan," katanya lagi. "Dalam Umno, saya sebenarnya boleh buat duit. Tapi, tak tahanlah.. kotor sangat."

Hamdan pernah ditangkap atau pun hampir-hampir ditahan di bawah ISA di Pagoh. Atas sebab apa, biarlah rahsia.. Tapi, memang biasalah mahasiswa UM ditahan ISA pada masa Reformasi 1998 itu. Memang ganas betul gerakan pelajar ketika itu.

Paling menarik, Hamdan meriwayatkan mengenai sikap Umno terhadap pelajar ini.

"Sebenarnya, Umno mendengar juga pandangan pelajar. Banyak kali kami diundang juga untuk mendengar pandangan kami. Tak keterlaluan jika dikatakan, ada dasar-dasar yang diperkenalkan kerajaan adalah hasil perbincangan tak rasmi bersama pelajar."

Saya terdiam sebentar.. Teringat pula bahawa saya pernah dijemput oleh PKPIM tatkala Idris Harun mahu bentangkan idea berhubung pindaan Auku. Jadi, memang ada kalangan menteri yang bertemu pelajar-pelajar ini secara diam-diam.

Bagaimanapun pertemuan saya bersama rakan-rakan PKPIM dengan Idris Harun itu tidak berlaku. Apa sebabnya, tidaklah saya ketahui pula.

"Tapi," sambung Hamdan, "Umno mudah ugut pelajar-pelajar universiti yang aktif dalam kampus atas nama Umno. Saya antara yang diugut untuk menyertai Umno selepas tamat belajar di universiti. Kalau tidak, saya sudah boleh bersenang-lenang."

Kata-kata Hamdan inilah yang menyebabkan saya teringat beberapa kenalan yang telah berkhidmat sebagai setiausaha sulit di kementerian-kementerian tertentu. Bukan saya tak kenal mereka. Mereka ini pun barangkali mengenali saya.

Alangkah mudah kehidupan ini bagi mereka yang mudah mengangguk serta mengiyakan segala-galanya. Dan Hamdan berterusan meriwayatkan kisah-kisahnya yang lalu. Hampir 80 peratus ceritanya terasa asing dalam pengetahuan saya.

"Cubalah tulis buku, novel kisah anda di kampus," saran saya. Kecewa juga kerana ramai aktivis kampus era Reformasi tidak meriwayatkan kisah-kisah mereka dahulu. Ekoran itu, tunas-tunas muda di universiti kini tidak tahu apakah yang berlaku dahulu.

Sirah amat penting. Dan, ketika tukang catatnya pupus, bererti pupuslah perjuangan.

11:00 p.m, 7 Februari
Sekolah Pemikiran Kg Baru

Pandangan dan maklumbalas boleh dimajukan lewat mel-e ibnuamir@yahoo.com.Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya _