Tuesday, February 10, 2009

Wala' Oh wala'

Wala’ Oh Wala’: Meneropong Tumbangnya Kerajaan Rapuh di Perak

Apabila membicarakan tentang wala’ dan thiqah, buntut para pengekor jemaah Islam terasa hangat. Thiqah dan wala’ ini dilihat sebagai alat untuk mengongkong dan menjajah kebebasan akal dan fizikal. Lagi pun wala’ dan thiqah ini dijadikan alat mudah bagi kaum tua menghalalkan cara untuk menidakkan kehendak pengekor mereka terutamanya golongan kaum muda yang bersemangat pepsi-cola tersebut.

Aku secara peribadi kurang menyukai konsep wala’. Aku suka menyertai aktiviti luaran berbanding dalaman sesebuah jemaah. Aku tidak suka terikat dengan arahan pihak berkepentingan. Dengan kata mudah, wala’ aku hanya pada Allah dan RasulNya (aku yakin mereka berwala’ juga kerana Allah). Pun begitu aku mengkagumi pengekor konsep ini dan sudah pasti mereka ini terlebih baik daripada aku dan orang yang tidak mengekori konsep ini apatah lagi pihak yang mengkhianati wala’ mereka

Bagi aku, wala’ ialah kepatuhan dan ketaatan kepada para pimpinan yang berjiwa rabbani, berfikiran quranik dan akhlaq bertunjangkan sunnah Nabi demi Allah. Pimpinan yang lemah tetapi alim dan taat pada Allah SWT lebih aku sukai berbanding pemimpin yang bijak tetapi berakhlak syaitan. Dengan kata lain jika Anwar Ibrahim dengan Tok Guru Haji Hadi, aku tetap pilih Tok Guru walaupun ada mengatakan Anwar lebih berpengalaman, bijak, berkarisma dan luas jaringannya. Pimpinan yang lemah perlu disokong oleh para pengekor yang kuat dan professional. Walaupun wala’ ini ada pro dan kontra, tetapi ia masih penting bagi para pengekor jemaah Islam.

Di Perak, wala’ dan thiqah hanya tersemat kepada gerakan Islam, Pas. Dalam DAP dan PKR, wahana kesetiaan demi Allah ini tiada, Akibatnya, jiwa dan keputusan mereka boleh berbolak-balik. Ketaatan mereka kepada material dan keuntungan diri sahaja..

Di Perak, kerajaan rapuh dah tumbang, konspirasi akan terus melanda kerajaan PR. Ini cabaran bagi orang yang berwala’ sama ada terus sampai ke destinasi atau buat-buat sesat dalam perjalanan perjuangan.

GERAK, PRIBUMI dan Prowaris tunggu masa untuk melakukan serangan seterusnya.

Topeng-topeng syaitan, jom runtuh wala’ mereka.

No comments:

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...