Thursday, June 21, 2018

Politik Islam



“Ya Akhi..bersihkan hati dari syahwatul Khafiyyah ( keinginan yang tersembunyi), jika hak kita, tiada siapa yang dapat merampasnya dan jika sememang hak orang, tidak akan jadi milik kita, walau bagaimana sekalipun kita berusaha untuk memilikinya. Allah bersama dengan orang yang diberi Allah jawatan kepadanya, dan Allah berlepas diri dari orang yang berkehendakkan jawatan untuk dirinya”
Allahyarham Tuan Guru Yahya Osman

Kedaulatan Islam dan Kembali Kepada Fitrah
Rahsia kepimpinan yang sebenar ialah sabar, istiqamah dan taat. Ramai pemimpin hanyut dengan kegeniusan peribadi kononnya aku lebih bijak yang akhirnya memakan diri sendiri dengan perancangan yang terlebih bijak. Sedarlah perancangan Allah dan keredhaan Allah itu lebih utama’

‘Kedaulatan’ Islam adalah keupayaan dan kemampuan seseorang pemerintah mentafsir dan melaksanakan arahan al Quran dan al Sunnah dalam pentadbiran dan pemerintahan kerajaan secara keseluruhan.

Kedaulatan Islam boleh dilakukan secara individu dalam sebuah wilayah minoriti Islam, dimana pemimpin Islam bekerjasama dengan pemimpin bukan Islam tanpa mengadaikan prinsip Islam. Bagi wilayah majoriti Islam, perjuangan menegakkan Islam sebagai asas pemerintahan perlu dilaksanakan secara hikmah dan tegas. Pelaksanaan Islam dilakukan secara berperingkat dan berterusan sehingga Islam benar-benar mentadbir.

Semua manusia mempunyai fitrah kemanusiaan yang sifatnya adalah sama. Ada sifat cinta, sayang, keraguan, kebajikan dan pelbagai. Manusia juga berminat dalam ekonomi, politik dan pelbagai perihal sosial. Dalam diri manusia, secara fitrahnya mempunyai sifat-sifat seorang liberalis, sosialis, komunis, kapitalis, pluralis dan lain-lain. Fitrah kemanusiaan yang sebenar ialah serasi dengan al-Quran dan as-Sunnah. Fitrah kemanusiaan mesti tunduk dan patuh  mengikuti jalan yang ditunjuki oleh suluhan al-Quran dan as-Sunnah dalam kehidupan seharian agar tidak tersesat dan hanyut dengan keseronokan khayali ciptaan aqal dan nafsu sendiri. Kemuncak kesesatan fitrah kemanusiaan apabila ia menjadi ‘isme’ atau ‘agama’ bagi sesetengah individu dan kelompok sehingga tidak mengenali Allah SWT dan menolak Islam sebagai  Adden.

Kedaulatan Islam atau lebih tepat kedaulatan Allah (al hakimiyyah) dalam ekonomi, politik dan sosial (lebih tepat dalam kehidupan manusia) adalah pengembalian kepada fitrah kemanusiaan yang sebenar. Pengembalian kepada fitrah kemanusiaan sebenar ini menjadi satu kewajiban dalam penunaian janji  dalam Perjanjian Asali Manusia dengan Allah SWT dalam Alam Roh. Penunaian janji ini melibatkan syariat [Surah al-Jathiah: 18], hakikat dan makrifat.

Kedaulatan Islam (lebih tepat: Allah SWT) atau al-hakimiyyah ialah kekuasaan hukum tertinggi dalam alam semesta ini hanyalah milik Allah SWT. Allah menentukan segala hukum[Surah al-An’aam:57]. Konsep ini menunjukkan kepada manusia bahawa Allah sahaja sebagai sumber hukum. Manusia wajib patuh, taat dan tunduk kepada hukum Allah semata-mata [Surah al-An’aam: 62] bukannya pada pandangan akal dan nafsu manusia.

Isu besar pada hari ini dan sejak zaman berzaman, manusia dikhayalkan dengan kebijaksanaan pandangan akal dan nafsu sendiri.  Mereka merasakan diri mereka benar. Mereka bersifat pragmatis dan selektif dalam pandangan Islam. Sebab itu mereka senang dengan pemikiran pasca Islamisme dan Muslim Demokrat sebagaimana dicanang oleh Barat. Sejarah telah membuktikan bahawa kelompok ini tidak meninggalkan Islam sepenuhnya. Mereka mulanya beralasan dengan pelbagai alasan (termasuk dalil-dalil Islam) tidak melaksanakan Islam. Lama-kelamaan kelompok tidak mahu melaksanakan Islam, kemudian menyokong dan bersama-sama kelompok anti-Islam menyerang kelompok Islam dan akhirnya menjadi penentang Islam.

Politik Islam dan Kepimpinan Islam
Ramai sarjana Islam menyatakan istilah politik bukanlah istilah Islam. Asal usul istilah politik ialah daripada bahasa Yunani, ‘politikos’ atau bahasa Latin, ‘politica’. Dalam bahasa Perancis, ‘politique’ dan bahasa Belanda, ‘politiek’. Asal usul istilah ialah daripada ‘polis’ bermaksud negara kota. ‘Polis’ juga bermaksud kemajuan.

Sebahagian sarjana menyatakan politik dalam Bahasa Arab dinamakan siasah iaitu perintah, tegah, melakukan kebaikan dan mendidik. Dari segi istilah, siasah menurut Ibni Aqil ialah perbuatan yang membawa manusia lebih hampir kepada kebaikan dan menjauhkannya daripada kerosakan sekalipun tidak disyariatkan oleh Rasulullah SAW.

Pada pandangan penulis, siasah ditentukan oleh kualiti seorang pemimpin. Kualiti seorang pemimpin terletak pada akhlaknya yang disaluti oleh iman dan taqwa. Kualiti pemimpin mendahului kelebihan sistem.

Menurut Kamus Dewan, pimpin ialah dibimbing; dipandu; dituntun dan ditunjuk. Kepimpinan pula ialah keupayaan memimpin. Rumusan Prof. Dr. Shaharir Mohamad Zin menyatakan pimpin bermakna memegang tangan seseorang dengan tidak terlucutnya menuju ke arah yang dipersetujui bersama. Perkara ini menunjukkan seseorang pemimpin perlu memimpin dan memegang ‘tangan’ (kekuasaan-mentadbir) rakyat dengan amanah.
Teori kepimpinan Barat terutamanya Bahasa Inggeris menggunakan perkataan ‘lead’ bermakna menyebabkan (seorang atau seekor haiwan) mengikut seorang yang membawanya dengan tangan (membimbing), bakdul, tali dan lain-lain ketika maju ke hadapan. Lead berasal daripada perkataan Latin iaitu kaedan bermakna ‘menyebabkan perginya seseorang daripada Jermaik, laithan yang bermakna ‘kembara’.
Dalam tradisi peradaban Melayu-Islam, kepimpinan Melayu berasaskan persetujuan bersama antara pemimpin dengan rakyat. Perkara ini menandakan kepimpinan Melayu berasaskan kerjasama kolektif dan penyertaan rakyat dalam kerajaan Melayu.



Sifat Qawiyy-Ameen-Hafeez-Aleem datang Daripada Aqidah dan Akhlaq Islam.
Pemerintahan Islam dan seseorang pemimpin Islam perlu mempunyai ukuran pencapaian mereka dalam melaksanakan amanah Allah. Tanpa prestasi dan pencapaian yang baik dan berprestasi tinggi, pemerintahan dan pemimpin tersebut perlu ditolak dan digantikan dengan pemimpin dan parti politik yang lebih baik.

Penulis tertarik dengan tulisan Ustaz Harizal Jamil,

“Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah (Shuaib), ambilah dia (Musa) bekerja, Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang QAWIYY, lagi AMEEN” [al-Qasas 28: 26]

Ayat ini disyarahkan oleh Ustaz Hasrizal Jamil dengan penjelasan begini. “Penjelasan tentang kriteria Musa yang menjadikan beliau sebagai manusia yang paling berkelayakan untuk diupah bekerja diungkapkan sebagai Qawiyy dan Ameen. Pembahagian kualiti Musa kepada dua dimensi Qawiyy dan Ameen ini sangat berguna dalam memahamkan kepada kita apakah yang Allah Subhanahu wa Ta’aala kehendaki dari seorang hamba berkaitan dengan kelayakan dirinya.

Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah membahaskan perkara ini di dalam kitabnya, al-Siyasah al-Syar`iyyah fi Islah al-Ra`i wa al-Ra`iyyah sebagai memudahkan kita mengukur kelayakan.

QAWIYY itu bermaksud kekuatan, keupayaan, kemahiran dan segala yang diperlukan untuk sesuatu tugasan itu dilakukan mengikut spesifikasinya. Di dalam bahasa semasa, kalimah Qawiyy ini boleh difahami sebagai nilai KOMPETENSI.

AMEEN pula merujuk kepada sifat amanah, bertanggungjawab dan segala kualiti akhlaq seseorang yang mudah untuk difahami sebagai nilai INTEGRITI.

Sudah tentulah di dalam suatu pekerjaan, kelayakan tertinggi ialah pada seseorang yang memiliki nilai integriti dan kompetensi yang sama tinggi. Namun realitinya, manusia ada pasang surutnya pada kedua-dua dimensi kelayakan ini. Ada tugasan yang memerlukan keutamaan integriti, ada tugasan yang mesti mengutamakan kompetensi.

Bagi tugasan menguruskan gembala kambing seperti yang bakal dilakukan oleh Musa ‘alayhi al-Salaam, QAWIYY (kompetensi pada kekuatan fizikal dan kemahiran menggembala) disebut dahulu sebagai yang utama, berbanding sifat AMEEN (integriti).

Akan tetapi bagi tugasan yang bersangkutan dengan menguruskan harta dan wang, integriti dan kompetensi sama penting, dengan keutamaan diberikan kepada integriti berbanding kompetensi.”

Tambah Ustaz Hasrizal Jamil lagi, ‘ Lalu tatkala Nabi Yusuf  meminta agar dirinya diposisikan kepada pengurusan perbendaharaan negara, beliau berkata:

Yusuf berkata: “Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); Sesungguhnya aku adalah seorang yang teliti dalam penjagaan (HAFEEZ), lagi mengetahui cara mentadbirkannya (ALEEM)” [Yusuf 12: 55]”

Pada pandangan penulis, asas kualiti kepimpinan ialah aqidah dan akhlak (pemimpin yang berakhlak). Pemimpin berakhlak yang terbaik ialah akhlaknya mengikut dan tunduk kepada al-Quran dan as-Sunnah. Hanya pemimpin yang beraqidah dan berakhlak sahaja mampu memimpin negara yang sejahtera dan makmur. Dan hanya pemimpin beraqidah dan berakhlak al-Quran dan as-Sunnah sahaja yang mampu melahirkan negara yang sejahtera, makmur dan diredhai oleh Allah SWT.

Nabi Musa AS dan Nabi Yusuf AS, mereka adalah pemimpin beraqidah dan berakhlak beracuankan WAHYU Allah SWT. Mereka memiliki syarat Islam mendahului syarat HAFEEZ, ALEEM, QAWWIY dan AMEEN. Seseorang pemimpin mesti mempunyai akhlak dan iman. Sejarah telah membuktikan bahawa negara yang sejahtera, makmur dan diredhai oleh Allah SWT hanya mampu diperintah oleh orang berakhlak yang beriman dan bertaqwa.

Malaysia  berada dalam era terbaiknya pada zaman Tun Mahathir Mohammad (ketiga menjadi PM Keempat), seorang pemimpin yang genius dan bijak tetapi pada zaman beliau juga rasuah dan penyalahgunaan kuasa berleluasa.  Adakah kebijaksanaan tiada?. Adakah undang-undang tiada?. Adakah rakyat lapar dan kebuluran ketika pemerintahan Tun Mahathir?. Yang tiada ialah ketinggian  iman dan akhlak para pemimpinnya. Tun Mahathir tidak mengutamakan pembinaan iman dan akhlak dalam kalangan para pentadbirnya.

Pengaruh Islam Dalam Parlimen
Suka atau tidak, politik mementingkan kekuasaan, kekuatan dan berpengaruh. Di negara majoriti umat Islam, umat Islam wajib menjadikan mereka sebagai pihak yang berkuasa dan berpengaruh. Di negara minoriti Islam, umat Islam juga mesti menjadikan mereka pihak yang berpengaruh. Berpolitik, jangan sampai pengaruh pihak Islam merosot. Perpaduan ummah merentasi politik kepartian perlu diamalkan supaya pengaruh Islam tidak dihakis.

Dalam Pilihan Raya Umum ke 13, kerusi yang dimenangi oleh orang Islam ialah hanya 137 orang. Sebanyak 98 kerusi Islam daripada 133 kerusi disumbangkan oleh Barisan Nasional(133) sebanyak  UMNO (88) dan PBB (10) manakala Pakatan Rakyat (89 kerusi: PAS (21); PKR (30): DAP (38) mendapat 39 kerusi Islam iaitu PAS(21), PKR (16) dan DAP (2) daripada 89 kerusi yang diperolehi oleh PR.

Dalam PR sebanyak 39 kerusi Islam manakala 50 kerusi bukan Islam. Dalam BN terdapat 98 kerusi Islam manakala bukan Islam mendapat 35 kerusi. Didalam Parlimen Malaysia, jumlah kerusi Islam ialah 137 kerusi manakala jumlah kerusi bukan Islam ialah 85 buah kerusi.

Jumlah kerusi Islam daripada BN berjumlah 98 kerusi dan PKR+DAP sebanyak 18 kerusi itu boleh disangsikan tahap keIslaman mereka. Sudah tentu kebanyakan mereka bukan menganuti Islam secara adden kerana mereka adalah sekularis-liberalis-nasionalis yang totok dan memilik akhlak yang kurang Islami.

DAP memang tidak mampu memerintah Malaysia tetapi DAP boleh memerintah Malaysia dengan bantuan khadam atau boneka mereka. Dan yang lebih tepat ialah pengekalan kuasa berterusan daripada kelompok sekular nasionalis kepada sekular liberalis. Islam akan terus terpinggir.


Kepimpinan Dalam Islam dengan Kaedah Melantik Bukannya Pertandingan.
Dilantik sebagai pemimpin bukanlah menunjukkan diri kita mempunyai kelebihan atau kehebatan. Kepimpinan hanya taklif; amanah, tanggungjawab, berkemampuan; yang dipinjamkan kepada si pemimpin oleh rakyat. Sifatnya pada istilah pemimpin, ia bukan untuk semua orang. Ia hanya yang terpilih dan jumlahnya tidak ramai – terhad.

Kepimpinan bukanlah secara individu, kepimpinan adalah kolektif – syura rakyat. Pemimpin menunaikan amanah dan tanggungjawab sebagai pemimpin dan rakyatlah yang menjadi pembantu dan penasihat-penegur kepada pemimpin.

Syarat ketaatan rakyat kepada pemimpin selagi pemimpin taat kepada Allah dan RasulNya. Sekiranya, mereka tidak taat, maka rakyat boleh menurunkannya dengan pendekatan yang paling baik dan damai.

Kuasa pemimpin yang diberikan oleh Allah SWT melalui rakyat jangan dipergunakan untuk diri, keluarga dan kroni. Kuasa ini dikembalikan kepada rakyat melalui pemerintahan yang adil dan pembangunan dilaksanakan untuk rakyat dengan adil dan telus.

Ucapan Khalifah Saidina Abu Bakar As-Siddiq semasa pelantikan sebagai Khalifah,
“Wahai saudara-saudara semua, aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, dan aku bukanlah orang yang paling baik dari kalangan kamu. Sekiranya aku berbuat baik, maka tolonglah aku, sekiranya aku menyeleweng maka perbetulkanlah aku. Bercakap benar ini amanah dan berdusta itu khianat. Orang yang kuat di sisi kamu adalah lemah di sisiku kerana aku akan mengambil semula daripadanya hak yang diambil secara tidak benar. Orang yang lemah dikalangan kamu adalah kuat di sisiku kerana aku akan mengembalikan hak yang dirampas daripadanya. Tidak meninggalkan jihad oleh sesuatu kaum, melainkan Allah akan menimpakan ke atas mereka kemusnahan dan kehinaan. Taatlah kepada aku selagi aku taat kepada Allah dan rasulNya. Sekiranya aku tidak taat pada Allah dan rasulNya maka jangan lagi kamu taat pada aku

Ucapan Khalifah Abu Bakar menunjukkan keperluan penglibatan rakyat dalam mengawasi pemerintahan dan seseorang pemimpin. Pengawasan ini dilakukan dengan menegur dan menasihat kerajaan. Menegur dan menasihat kerajaan memerlukan sifat amanah bukannya mengampu. Perbetulkan kerajaan juga boleh dilakukan dengan menurunkan mereka dalam pilihanraya.

Kedaulatan Islam terlaksana apabila pemimpin istiqamah taat kepada Allah dan RasulNya dengan melaksanakan apa yang dijelaskan oleh al Quran dan  al Sunnah.

Politik Kesultanan Bukan Sekadar Pewarisan Takhta






Antara Urusan Aqidah dan Urus Tadbir Kerajaan Yang Baik
Mana yang lebih utama antara urusan aqidah atau urus tadbir kerajaan yang baik?
Hakikat kepada jawapan soalan ini ialah aqidahlah sumber keupayaan sebenar melahirkan urus tadbir kerajaan yang baik dan diredhai oleh Allah SWT. Urus tadbir kerajaan yang baik tanpa keredhaan Allah SWT adalah usaha yang ‘syok sendiri’. Keredhaan Allah SWT dihasilkan daripada kehambaan manusia yang mengenali, tunduk dan taat kepada Allah SWT dengan melaksanakan apa yang terkandung dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Pemerintahan, pentadbiran dan kepimpinan mesti bertunjangkan kepada kefahaman konsep khalifah (Surah al-Baqarah: 30). Ia bukan sekadar isu pembangunan, kemajuan dan pentadbiran yang baik sahaja.
Pemimpin Bukan Islam yang Adil?
"Sejelek-jelek Muslim, senakal-nakal Muslim, walaupun masuk penjara, akhirnya pasti masuk surga juga. Sebaliknya, seadil-adil kafir, sebaik-baik kafir, pasti akhirnya akan masuk neraka", KH. Hasan Abdullah Sahal
Kita tidak menafikan kebaikan dan prestasi yang dilakukan oleh pemimpin bukan Islam mengatasi pemimpin umat Islam. Cuma mengatakan pemimpin bukan Islam itu adil disisi Islam itu tidak tepat. Mereka mungkin adil dari segi fitrah kemanusiaan tetapi belum tentu adil disisi Allah SWT.
Dalam Islam, syarat Islam itu mendahului syarat keadilan. Pemimpin yang adil mesti beraqidah Islam dan meletakkan Islam pada posisi yang sebenar dalam pemerintahan dan pentadbiran kerajaan.
Di Barat, kerajaan mereka nampak adil disisi pandangan fitrah kemanusiaan. Hak asasi manusia dipelihara dengan baik. Tetapi pada masa yang sama, mereka menghalalkan pelacuran dan riba yang diharamkan oleh Allah SWT.

Pemimpin Islam yang Diktator, Korupsi dan Maksiat.
Kita tidak membela pemimpin umat Islam yang melakukan kesalahan, kesilapan dan dosa. Pemimpin Islam yang lemah prestasi, banyak maksiat, terjerumus dalam korupsi, kronisme dan nepotisme, kesilapan dan dosa perlu diturunkan. Pemimpin umat Islam adalah manusia biasa yang imannya berbolak-balik dan kaya dengan kelemahan, kekurangan, kesalahan dan kesilapan. Pemimpin umat Islam seperti ini perlu diganti dengan pemimpin Islam yang lebih Islamik dan berprestasi baik.
Ada pemimpin umat Islam yang kurang layak memimpin umat Islam dan Kerajaan Islam. Ada juga pemimpin umat Islam yang fasiq, sering melakukan maksiat dan melanggari perintah Allah dan Rasul-Nya. Umat Islam boleh menurunkan pemimpin ini atau mengekalkan pemimpin ini atas dasar mengekalkan mudharat kecil untuk mengelakkan mudharat yang lebih besar.
Dalam kitab ketatanegaraan Melayu seperti Kitab Nasihat Segala Raja-Raja menjelaskan bahawa taat setia terhadap raja dan terhadap perintah raja adalah wajib walaupun zalim. Para ulama termasuk Imam al-Ghazali, Imam al Juwaini, al- Asy’ari, al-Baqillani dan al Nawawi menyokong gagasan bahawa Imam (pemimpin) yang fasiq tidak boleh dipecat terutamanya itu boleh membawa kepada huru hara dan fitnah dalam masyarakat dan negara. Suatu hari yang huru-hara dan fitnah adalah lebih buruk daripada kezaliman sepanjang masa.
Dengan sistem demokrasi-pilihan raya, rakyat boleh menurunkan pemimpin umat Islam yang kurang layak, zalim dan fasiq. Jika pemerintahan diktaktor yang berkuasa dan tidak mampu ditewaskan oleh umat Islam, maka bersabar itu lebih baik. Pengalaman di Syria, penentangan umat Islam mengakibatkan musibah dan mudharat yang lebih besar.
Islam tidak ada kompromi dengan pelaku maksiat, rasuah dan penindasan yang dilakukan oleh pemimpin umat Islam. Dosa tetap dosa disisi Allah SWT walaupun pemimpin umat Islam itu seorang berjubah dan berserban. Peranan rakyatlah menilai prestasi pemimpin mereka dan menurun-menaikkan pemimpin mereka. Setiap undi rakyat juga ada nilai dosa dan pahala.
Pemimpin adalah cerminan masyarakatnya.

Politik Islam dan Demokrasi-Pilihanraya
Dalam demokrasi pilihan raya, umat Islam perlu memilih parti politik dan calon pilihan raya yang boleh membawa aspirasi Islam. Aspirasi Islam ialah perjuangan Islam sebagai adden, menegakkan Islam dalam pemerintahan termasuk dalam sosial, ekonomi, perundangan dan perlembagaan, dan menghalang berlakunya dosa-dosa besar dan kecil yang dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya.
Pemilihan parti politik dan calon bukan sekadar sentimen perkauman, kebencian, tawaran manifesto, prestasi kerajaan memerintah dan kelebihan calon sahaja. Lebih daripada itu, persoalan aqidah dari pelaksanaan dan pemeliharaan aqidah daripada dicemari oleh unsur-unsur SEPILIS.
Islam tidak akan ditegakkan tanpa Perlembagaan dan perundangan Islam. Persoalan pembangunan, kemajuan dan urus tadbir yang baik, semua parti politik mesti melakukannya. Persoalan menegakkan Islam, hanya parti yang bertunjangkan Islam sebagai adden sahaja yang mampu melakukannya.

Kitaran Tsunami Politik
Sesebuah parti politik yang terlalu lama berkuasa akan mengalami suasana kondusif dan sukar mengekalkan prestasi. Korupsi, rasuah, kronisme dan nepotisme mula merebak dalam kerajaan. Akibatnya, kerajaan lemah dan rakyat menderita-dizalimi. Justeru, beberapa pendekatan perlu dilaksanakan iaitu [1] penubuhan Suruhanjaya Hisbah yang bebas daripada penguasaan kerajaan dan parti politik, [2] jawatan dihadkan tempohnya, [3] dialog antara rakyat dengan kerajaan perlu diadakan dan [4] penjanaan Ekonomi Kerakyatan.
Jika gagal mendepani kitaran tsunami politik, rakyat yang bosan dengan prestasi sesebuah kerajaan boleh menumbangkan kerajaan dan mengantikan dengan parti politik yang dirasakan baik oleh rakyat.
Memilih Pemimpin Menurut Dr. Hamid Fahmi Zakarsyi
1. Pemimpin Cerminan Masyarakat
Pemimpin itu adalah produk dan cermin dari keadaan suatu masyarakat. Jika masyarakatnya korup maka pemimpinnya akan demikian pula; jika masyarakat tidak religious atau sekuler maka pemimpinnya juga demikian; jika pemimpinnya saleh maka pemimpin yang akan dihasilkan akan berasal dari orang yang saleh. Itu pemahaman saya dari sabda Nabi:"كيف تكون يول عليكم" (bagaimana keadaan kamu begitulah pemimpin yang akan memimpin kamu). Takwilnya: jika umat berpecah belah maka orang non-Muslim yang akan jadi pemimpin; jika umat Islam tidak kuat kaderisasinya maka yang lahir jadi pemimpin adalah kaum lain yang kuat kaderisasinya; jika Muslim tidak tegas dan kompak dalam bersikap terhadap korupsi maka pemimpin yang akan lahir pun demikian. Kalau "anteseden" (jika) itu semua tidak terjadi maka "preseden" nya (maka) boleh jadi salah, karena Allah berkehendak lain. Wallahu a'lam (FB 4 Mei 2016)

2. Pilih Pemimpin
Jika ada pertanyaan "pilih mana pemimpin kafir tapi tidak korupsi, atau Muslim tapi koruptor" maka harus dijawab begini 1) apakah pemimpin kafir itu hanya tidak korupsi, tapi menipu, memeras, menindas, berzina, berkata jorok, arogan, dsb. 2) Apakah pemimpin kafir itu dijamin pasti tidak korupsi atau tidak terbukti korupsi padahal korupsi 3) Apakah di dunia ini tidak pilihan lain, kecuali kedua pilihan itu, apakah tidak mungkin ada pilihan pemimpin Muslim yang bukan koruptor 4) Apakah kita tidak berfikir bahawa korupsi bagi orang kafir itu sah-sah saja asal tidak terjerat hukum, asal tidak ketahuan, asal dibahagi rata, dan asal pandai melobi semua pihak. 5) Kalau anda Muslim, seorang Muslim itu sudah berlaku adil pada diri sendiri, karena mengikuti fitrahnya bertuhan, sedang orang kafir itu sudah zalim pada diri sendiri, karena mencampur kekafirannya dengan fitrahnya. Bagaimana seorang kafir bisa bersikap adil pada orang lain pada diri sendiri saja sudah tidak adil. Jadi pilihan diatas bukan alternatif yang harus dipilih. befikir cerdaslah agar selamat dunia akherat. (FB 29 Mac 2016)

3. Kriteria Pemimpin Islam
Ketika umat Islam memimpin di Andalusia dan Palestina, umat agama lain (Yahudi dan Nasrani) hidup damai tidak diusir, tidak dicaci maki, tidak dipaksa masuk Islam dan bentuk kekerasan lainnya, namun setelah umat Islam tidak memimpin di Andalusia mereka diusir, dibunuh (Palestina), dipaksa masuk agama lain, kekayaan intelektualnya dicuri lalu di bakar; dan istana serta bangunan masjidnya disita, diusir. Ketika Sultan Turkey mendengan peristiwa di Andalusia seperti itu, dia akan membalas mengusir orang Katholik dari Turkey, namun karena kedekatannya dengan Ulama, ia mentaati nasehat ulama untuk tidak melalukan itu.
Jadi pemimpin Muslim itu bukan hanya beragama Islam, tapi memiliki kriteria-krireria Islami dalam berperilaku, berbicara, mengambil kebijakan, mengatur administrasi, dan sebagainya. Dia dikendalikan oleh agama dan dinasehati oleh ulama yang saleh. Jika dia salah dia tetap salah menurut Islam, jika dia korupsi dia tetap salah dalam kriteria Islam, jika ia tidak adil dia dihukumi zalim dalam Islam. Tapi seorang pemimpin kafir tidak punya kriteria itu, dia dapat melakukan apapun asal tidak bisa dijerat hukum. Jika Muslim harus memilih, pilihlah pemimpin Muslim, sebab apapun kekurangannya dia bertanggung jawab pada Allah, mendengar nasehat ulama dan mendengar nurani rakyatnya. (Ali Imran 28) (FB 29 Mac 2016)

Wasiat Syeikh Abdullah Fahim
Teks Nasihat Allamah Abdullah Fahim* kepada seluruh rakyat Melayu Malaya pada masa itu.
Bismilla’hir’Rahmani’r-rahim. Al-hamdulillah, wassolatu wassalam ala sayyidina Muhammadin wa ala alihi wa ashabih (Amma ba’du)
Tuan-tuan sedia maklum, beratus-ratus tahun bahawa orang-orang bangsa Melayu se Malaya ini dari peringkat ke bawah hingga peringkat ke atas, awam-awam, qadhi-qadhi, ulama-ulama, menteri-menteri, hingga raja-raja, sekalian mereka itu bermazhab dengan Mazhab al-Imam asy-Syafie ijma'an. Tiada seorang pun yang bermazhab lain daripada Mazhab Syafie ijma’an.
Tiada seorangpun yang bermazhab lain daripada mazhab Syafie (yahrumu kharqul ijma’)
Ambil mereka itu hukum-hukum fiqh Syafie daripada kitab Tuhfah, dan kitab Nihayah hingga kitab al-Umm dan mukhtasharatnya dan terjemahnya kepada bahasa Melayu seperti Sabil al-Muhtadin, Bughyah al-Tullab, dan Matla’ al-Badrain dan lainnya.
Usuluddin atas perjalanan Abi al-Hasan al-Asy'ari. Diambil dari syuruh dan hawasyi Umm al-Barahin, dan Jauharah dan sebagainya daripada kitab-kitab Melayu.
Ilmu tasawuf atas perjalanan al-Imam al-Ghazali diambilkan daripada Minhaj al-Abidin, Ihya' Ulumid Din dan terjemahnya kepada bahasa Melayu, seperti Siyar as-Salikin'.
Maka ini kitab-kitab dan seumpamanya, segala hukum dalamnya kesemuanya mengistinbat daripada al-Quran dan hadis yang dihalusi dan ditapis oleh ulama-ulama ajilla', diamal dengan dia sudah lebih daripada seribu tahun dan diterjemah kepada bahasa Melayu beratus-ratus tahun.'
*Allamah Abdullah Fahim adalah merupakan datuk kepada Perdana Menteri Malaysia kelima D.S. Abdullah Ahmad Badawi
Menilai PAS
Kekuatan PAS yang sebenarnya terletak kepada:
1. Perlembagaan PAS yang meletakkan Islam sebagai DASAR parti.
2. Peranan Ulamak dalam kepimpinan PAS
3. Cita-cita mendaulatkan Perundangan Islam
4. Semangat anggota dan para simpatis PAS.
Dalam sesebuah organisasi, tidak dapat lari daripada persaingan dalaman termasuk melibatkan perebutan jawatan. Pemenang sebenar dalam perebutan jawatan ialah mereka yang istiqamah dalam perjuangan. Persaingan dalaman muncul apabila berlakunya pertembungan dua kelompok dalam organisasi iaitu kelompok [1] konservatif dan kelompok [2] progresif. Kedua-dua kelompok ini mempunyai penyokong dalam kalangan anak muda. Kemuncak pertembungan ini ialah membiaknya budaya ekstrem sehingga menularkan virus dalam organisasi. Sesiapa yang tidak berjiwa besar, kurang sabar dan mudah merajuk, akan keluar organisasi. Sesiapa yang kuat sabar akan terus melawan dalam gelanggang yang betul. Dan sesiapa yang mencintai kedamaian dan ukhwah, mereka bertawaqquf daripada organisasi. Dalam kelompok konservatif dan progresif sendiri ada juga puak tertentu seperti mengikut alumni universiti, geng talaqi-turath-ruwaq, geng haraki-hizbi-usrah, jemaah-jemaah Islam dan lain-lain.
Sesetengah pihak menilai dan mengkritik kelemahan prestasi Kerajaan PAS Kelantan. Kita menghormati semua pandangan dan jujurnya kita tidak boleh menafikan setiap yang berkaitan dengan manusia ada kelemahannya. Suka atau tidak, gejala Korupsi, Kronisme dan Nepostisme (KKN) akan muncul dalam sesebuah organisasi apabila keselesaan dan kemewahan melanda organisasi tersebut. Wajib kita membanterasnya dan paling kurang berusaha meminimunkan gejala KKN dalam organisasi yang Islami. Walaupun mereka terlepas hukuman di dunia tetapi mereka tidak terlepas di mahkamah akhirat.
Dalam bab alam sekitar, PAS dikritik teruk disebabkan oleh pembalakan dan kes orang Asli. Setiap kerajaan ada kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah dan mempunyai alasan tersendiri dalam proses pembangunan dan kemajuan negeri. Negara Barat dan Jepun yang sangat dibanggakan Urus Tadbir yang Baik juga turut terpalit dengan pelbagai kelemahan termasuk dalam alam sekitar. Greenpeace banyak juga menghalang negara Barat dan Jepun dalam pelbagai kes termasuk isu pemburuan ikan paus dan isu buangan sisa radioaktif. Jika Kerajaan PAS Kelantan mengikut SOP yang betul, mereka perlu berdepan dengan pihak penentang mereka di mahkamah. Ini menunjukkan keterbukaan dan rakyat mempunyai hak bersuara dalam menentang kerajaan.
Aku Lebih Suci
Setiap manusia kaya kelemahan. Manusia tidak mampu menjadi manusia ‘suci’ sebagaimana Rasulullah SAW. Semaksum Rasulullah SAW turut dibenci oleh manusia yang lain. Kebencian dan kezaliman terhadap pendukung perjuangan Islam berlaku sepanjang zaman.
Pada akhir zaman, ikutilah dan pilihlah pemimpin bertaqwa sama ada kalangan ulamak atau pemimpin bertaqwa yang dinasihati dan disokong oleh para ulamak. Lihat siapa ulamak yang menjadi pemimpin ataupun ulamak yang menyokong pemimpin tersebut.
Dibawah dinukil nasihat Imam Syafie diambil daripada sebuah laman web;
Ulama apa yang harus diikuti pada akhir zaman? ini Jawaban Imam Syafi’i — nasehat Ketika murid Imam Syafi’i bertanya. . “Ulama seperti apa yang kami harus ikuti diakhir zaman wahai guru?” . Imam Syafi’i menjawab: “Ikutilah..ulama yang dibenci kaum kafir, kaum munafiq, dan kaum fasik…” . “Dan jauhilah ulama yang disenangi kaum kafir, kaum munafiq, dan kaum fasik…” . وسئل الإمام الشافعي رحمه الله تعالى: كيف تعرف أهل الحق في زمن الفتن؟! فقال: “اتبع سهام العدو فهي ترشدك إليهم. . PESAN IMAM SYAFE’I . Imam Syafe’i pernah berkata, . “Nanti di akhir zaman akan banyak Ulama yang membingungkan Umat, sehingga Umat bingung memilih mana Ulama Warosatul Anbiya dan mana Ulama Suu yang menyesatkan Umat”. . Maka Imam Syafe’i mengatakan, . “Carilah Ulama yang paling di benci oleh orang-orang KAFIR dan orang MUNAFIK, dan jadikanlah Ia sebagai Ulama yang membimbingmu, dan jauhilah Ulama yang dekat dengan orang KAFIR dan MUNAFIK karena ia akan menyesatkan mu, menjauhi mu dari Keridhoan Allah”. . Nah sekarang perkataan Imam Syafei itu terbukti, dan kita boleh MENILAInya sendiri mana Ulama yang di Musuhi oleh orang KAFIR dan MUNAFIK yang harus kita ikuti, dan mana Ulama yang selalu dekat dengan orang KAFIR dan MUNAFIK yang harus kita jauhi.










Saturday, June 09, 2018

Perjuangan Islam



I
Perjuangan Islam bukan hanya milik Ikhwanul Muslimin atau milik PAS. Perjuangan Islam milik sesiapa sahaja yang bersyahadah dengan memenuhi syarat ilmu-ilmu Islam.
Dalam satu wawancara Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyentuh beberapa perkara,
1. Seandainya ada semangat Islam sebesar zarah
2. Berada dalam PAS kerana Islam. Keluar PAS kerana Islam.
3. ‘Jangan segan dan malu’ mempertahankan dan memperjuangkan Islam dalam kelompok yang dikuasai oleh kelompok bukan pemikiran Islam.
Ketiga-tiga perkara  diatas mengambarkan bahawa perjuangan Islam bukan milik individu atau kumpulan tertentu. Perjuangan Islam juga bukan hanya milik PAS. Perjuangan milik individu yang mempunyai niat yang ikhlas memperjuangkan Islam sama ada secara individu atau kumpulan.
Maka tidak timbul, PAS itu agama, PAS itu lebih suci atau tak sokong PAS itu kafir kecuali yang mereka berniat jahat atau jahil.

II
Pemilihan PAS sebagai gerakan Islam yang terbaik berbanding gerakan Islam yang lain disebabkan oleh:
1. Dasar dalam Perlembagaan PAS adalah ISLAM.
2. Rujukan yang termaktub dalam Perlembagaan PAS adalah al-Quran, as Sunnah, Ijma’ Ulama dan Qiyas
3. Badan yang tertinggi dan berkuasa dalam PAS ialah Majlis Syura Ulamak dibantu oleh Dewan Ulamak.
4. Perjuangan PAS bersifat syumul meliputi semua aspek termasuk penegakkan masyarakat Islam dan perundangan Islam.
5. Disertai oleh semua lapisan masyarakat yang pelbagai latarbelakang ilmu. Ia bukan bersifat eksklusif dan elitis.

III
Kita semua adalah berjuang untuk Islam pada posisi masing-masing. Semuanya bergantung kepada NIAT masing-masing dengan cara mengikut ijtihad masing-masing. Paling penting menghormati antara satu sama lain. Ada secara jemaah. Ada juga secara individu. Berjemaah itu terbaik  berbanding secara individu.
Jemaah Islam itu penting tetapi kualiti diri dari segi iman, akhlak dan prestasi kerja menurut Islam lagi penting kerana kualiti ini menentukan kualiti perjuangan Islam oleh sesebuah jemaah Islam yang kita sertai.

GERAKAN MAHASISWA ISLAM PADA ERA MALAYSIA BARU




Lama tidak menulis tentang gerakan mahasiswa. Banyak perkara sudah lupa ekoran jurang usia dan zaman. Kemenangan  Pakatan Harapan yang dianggotai oleh ‘musuh’ lama dan ‘sahabat’ gerakan mahasiswa bakal mencorak ‘rupa-paras’ gerakan mahasiswa pada era Malaysia baru.

Dalam Pakatan Harapan (PH) terdapat ramai pemimpin pro gerakan mahasiswa sebagaimana Dato Saifudin Abdullah dan Dr Mazslee Malik. Pada masa yang sama, ia juga dipimpin oleh musuh gerakan mahasiswa termasuk pengasas Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Asas kepada pengupayaan Malaysia Baru terletak kepada:

1. Reformasi institusi
2. Pembanterasan amalan rasuah, kronisme dan nepotisme
3. Pengupayaan ekonomi yang lebih adil
4. Pengupayaan ruang kebebasan –kebebasan berorganisasi, kebebasan media dan kebebasan bersuara.
5. Nilai Budaya Baru

Kelima-lima perkara ini mesti berakar-umbikan Perlembagaan Malaysia.

II

Penulis beranggapan gerakan mahasiswa Islam perlu mengambil peluang Era Malaysia Baru secara optimun dengan fokus kepada:

1. Pembinaan silibus usrah yang memampu menghadapi cabaran pemikiran kelompok Sekular-Pluralis-Liberalis (SEPILIS).
2.  Mengupayakan sebuah gerakan mahasiswa yang berasaskan kebajikan masyarakat dan lapangan. Lazimkan aktiviti bersama OKU, kanak-kanak autisme, isu kepenggunaan dan isu alam sekitar. Biarkan para kader menguasai isu-isu dan memperjuangkan isu-isu tersebut.
3. Mengupayakan intelektualisme dengan menghidupkan majlis ilmu seperti forum, debat dan seminar secara aktif. Jadikan Wacana Sinar Harian dan Debat Agung Ekonomi sebagai model.
4. Penjenamaan semula GAMIS sebagai NGO Belia dengan nama Gabungan Anak Muda Islam SeMalaysia (GAMIS)

III

1. GAMIS wajar melahirkan kader yang boleh berbicara tentang persoalan isu-isu semasa berdasarkan perspektif Islam. Justeru, pemimpin GAMIS mesti banyak membaca dan membedah buku. Budayakan amalan membaca dalam gerakan mahasiswa Islam.

2. Pengajian aqidah secara berkitab turath dan diskusi buku pemikiran seperti buku Islam dan sekularisme (karangan Prof al Attas) sangat penting menguatkan jati diri Islam pemimpin dan kader gerakan mahasiswa Islam dalam mendepani kelompok SEPILIS.

3. Melatih pemimpin muda Islam yang mengutamakan aqidah, integriti dan kualiti kerja.



GAMIS adalah cerminan PAS masa depan perlu lebih dinamik dalam mendepani arus cabaran masa depan.

Saturday, April 28, 2018

Realiti Politik Kepartian dan Menolak PAN




[1]
Kita sering ulangi, “dalam organisasi ‘malaikat’ ada juga ‘syaitan’ dan ‘binatang’”

Kita juga sering ulangi, “dalam mana-mana kumpulan dan organisasi, kelompok opurtunis, pengejar ghanimah, pengkhianat, dan ekstrem tetap ada”

Kita TAHU realiti yang ada dalam  politik organisasi tidak seindah disangka. Apatah lagi dalam politik kepartian. Kita juga ada secangkir pengalaman membantu wadah-wadah Islam. Kita juga FAHAM tentang kegeraman, ketidak-puasan hati, rajuk, dendam, tikam belakang, perasaan idea ditolak, dicantas, dilabel, diperalat dan bagai juga terdapat dalam mana-mana wadah termasuk wadah Islam. Semua ini berlaku disebabkan iman, akhlak dan keperibadian kita berbeza. Kita diuji tahap kesabaran dan istiqamah kita dalam perjuangan berorganisasi.

Berada dalam dunia politik, cabaran dan ujiannya luar biasa. Perpecahan dan konflik, kawan bertukar lawan, lawan bertukar kawan bukanlah luar biasa. Sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang dididik, ditarbiah dan hidup bersama dengan Rasulullah SAW juga berkonflik sehingga berlaku peperangan ekoran politik kekuasaan, pendekatan yang berbeza dan FITNAH politik. Berbanding dengan iman kita, perpecahan dan pengaduhan politik bukanlah luar biasa.

Penulis seringkali menekankan persoalan:

1. Kita sebagai INDIVIDU yang BAIK. Kita tidak perlu bergayut kepada orang lain. Kita tidak perlu mempertahankan kesalahan atau menyerang orang lain kerana setiap lisan atau tulisan kita adalah TANGGUNGJAWAB kita sendiri di Mahkamah Allah SWT kelak. Jangan sampai kita menfitnah dan memburukkan  orang lain.

2. Kita mesti mendahului Islam, kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat merentasi politik kepartian yang sempit. Inilah ibrah besar disebalik perpecahan dan konflik pada zaman Khalifah Uthman, Ali dan Hassan. Kita tidak boleh sempitkan pendirian dan pandangan kita kepada politik kepartian yang sempit. Kita perlu membawa politik damai, politik santun dan politik sepakat untuk mendaulatkan Islam dan kesejahteraan rakyat.

Ada organisasi menghadapi pelbagai cabaran dalaman. Ada anggota yang suka meluahkan perasaan, ada yang membawa rahsia dan isi perasaan sehingga ke alam kubur. Berada dalam organisasi, banyak perkara yang perlu dirahsiakan. Bukanlah menyembunyi kesalahan tetapi mengelakkan mudharat dan fitnah yang lebih besar berlaku dalam organisasi dan terpalit kepada Islam. Cara mengatasi masalah ialah selesai secara dalaman, tidak menyertai perbalahan dalaman dan berdoa agar diampuni oleh Allah SWT. Moga Allah mengampuni kesalahan, kesilapan dan kelemahan kita. Semoga sahabat-sahabat memaafkan kelanjuran, kesalahan dan kesilapan kita.

Awas!!. Jika kita merasakan pengorbanan dan jasa mula rasa tidak dihargai. Kita mula merasakan diri banyak berjasa, rasa lebih mulia dan rasa dia seorang sahaja mahu menyelamat organisasi.

Ada yang mengundur diri dengan benci. Ada mengundur diri dan melawan dengan menyertai kumpulan lain. Ada mengundur diri dengan terus menyokong. Ada mengundur diri untuk tawaquf. Ada mengundur diri terus menyepi.
Berwaspadalah dengan tulisan-lisan kita. Jangan sampai orang yang menuding jari mengatakan orang lain sebagai khawarij, ekstrem, barua, jebon dan pelbagai labelan sendiri dihinggapi dengan apa yang dituding tadi.

[2]
Kita ada beberapa sebab menolak Parti Amanah Negara. Antaranya ialah
1. Pembocoran Rahsia Organisasi/Jemaah. Campurtangan Ir Khalid Samad dalam proses pertemuan PAS-UMNO, orang yang menghebohkan berita itu, pembocoran maklumat mesyuarat dan kenyataan terbuka Tuan Guru Ahmad Awang dalam muktamar dilihat banyak membuka pintu fitnah kepada PAS. Media sosial, orang luar dan ahli biasa serta pemimpin pelbagai peringkat mula berpecah.
2. Langgar Bai’ah merupakan kesalahan besar. Bai’ah, kita sumpah setia dengan nama Allah. Jika bai’ah kita berani langgar, apatah lagi janji lain atau perkara lain. Kes Bai’ah inilah menyebabkan Khalifah Ali bertempur dengan Muawiyyah, Az Zubair, Talhah dan Saidatina Aisyah.

3. Langgar Syarat Tahaluf Siyasi. Ramai bekas pemimpin progresif dalam PAS melanggar syarat Tahaluf Siyasi. Antara syarat yang dilanggar ialah (1)Tahaluf mestilah dijadikan wasilah untuk menegakkan Islam, memperkukuhkan kedudukan umat Islam serta membuka ruang untuk perlaksanaan Islam, (2)Tahaluf mestilah dipastikan dasar-dasar Islam dapat dipertahankan dan (3) Intima’ hendaklah diberikan kepada kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), bukan kepada Pakatan Tahaluf. Tindakan Ir Saari Sungip jelas melanggar syarat tahaluf siyasi. Orang seringkali membanding kes Saari Sungip dengan Kes Haji Hadi di Kota Damansara. Saari Sungip adalah pengikut yang  perlu akur arahan jemaah manakala haji hadi adalah ketua yang diberi kuasa untuk mengunakan kebijaksanaan pada saat tertentu yang kritikal dan perlu.
Dalam kes Tuan Guru Ahmad Awang menentang Haji Hadi dalam jawatan Presiden PAS, jelas dalam SinarTV dan buku Ahmad Lutfi, Parti Amanah Negara dinyatakan bahawa TGAA mendapat ‘restu’ Anwar Ibrahim bagi menentang Haji Hadi.

4. Pemikiran Islam Mengunakan Skema Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme. Banyak pemikiran Islam bersifat ‘Islam Amerika’ iaitu Islam dicampur-gaul dengan pemikiran Barat yang jelas bertentangan dengan Islam dari segi aqidah dan merugikan umat Islam. Penulis tertarik dengan komen Tuan Guru Fadzil Mohd Noor tentang Penerapan Islam sangat menarik. Beliau mengemukakan soalan “ … apa matlamatnya, apakah ia bertujuan menjangkau tahap pelaksanaan Islam yang syumul dan lengkap atau ia masih dalam skima sekularisme

5. Pemimpin yang melanggar Prinsip sendiri seperti Haji Mohamad Sabu dan Dr Dzulkefli Ahmad. Jika kita membaca tulisan Dr Dzulkefli berjudul “Autokrasi politik Tun Dr Mahathir” [15/06/2012], kita akan mengambarkan betapa teruknya ‘demokrasi’ dalam rangkulan politik Tun M.

[3]
Kita sendiri tidak mampu berada dalam dunia politik kepartian yang cukup mencabar itu. Kita hanya menyokong dan membantu mana-mana organisasi dan elemen Islam yang mempunyai ciri-ciri iaitu [1] ISLAM yang merujuk al-Quran, as Sunnah, Ijmak’ Ulamak dan Qiyas, [2] pemimpin yang bertaqwa, berakhlak Islami, berilmu dan istiqamah dengan amalan dan pemikiran Islam. Ulamak satu bonus [3] fahaman Islam sebagai Addin, Islam yang Syumul dan Islam sebagai Jalan Penyelesaian Masalah  [4] penubuhan daulah/masyarakat Islam, insan yang baik dan menegakkan perundangan Islam dan [5] menolak pencampuran dan penghujahan ilmu berdasarkan pemikiran atau ideologi manusia yang tidak berasaskan Islam. Konsep-istilah yang bukan Islami mempengaruhi pemikiran, tindakan dan keputusan seseorang manusia atau sesebuah kelompok adalah ditolak.

Kurang sabar, kurang istiqamah dan sukar untuk wala’ menyebabkan diri kita mengendur jiwa untuk menyertai mana-mana wadah Islam.

Maklumlah, kita mudah menjadi ‘HULK’ yang berjiwa kecil mengoyak sijil keahlian dengan menostalgiakan nama presidennya.

Surat Terbuka Untuk Para Pengundi




Tanggal 9 Mei 2018, Pilihan Raya Umum kali ke 14 akan berlangsung. Seperti biasa laungan ‘pilihan raya paling kotor’ dan ‘ibu segala pilihan raya’ sudah kedengaran. Apabila menang di Selangor dan Pulau Pinang, isu pilihan raya kotor tidak timbul pula.
Parti-parti yang bertanding ialah PAS-GAGASAN SEJAHTERA, Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.
GS diketuai oleh PAS dan disertai oleh BERJASA, IKATAN, NGO-NGO dan individu. Peranan PAS sebagai ‘abang long’ dapat menjaga perjuangan Islam tanpa digugat oleh pihak lain yang sekular dalam GS.
PH didalamnya ada para pemimpin yang menganuti pelbagai ideologi termasuklah nasionalisme, sekularisme, liberalisme dan pluralisme. Ada yang pro-hak asasi manusia termasuk LGBT. Ada juga Evangelis Kristian. Pemimpin yang berpengaruh dalam PH ialah DS Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir. Mantan pemimpin PH dalam BN pernah melakukan korupsi, kronisme dan nepotisme.
BN didalamnya ada  ideologi termasuk sekularisme, materialisme dan nasionalisme. Rekod urus tadbir BN dilihat ‘teruk’.
Untuk muhasabah diri dan para pengundi, surat terbuka ini ditulis agar seluruh rakyat mengundi dapat melaksanakan tanggungjawab tanpa merugikan Islam, rakyat dan negara kita.

A. Setiap Orang, Satu Undi.
Ada yang daripada awal  sudah bertekad menentu parti mana yang akan dipilih dalam PRU akan datang. Ada juga yang memilih berdasarkan TAWARAN sehingga saat akhir membuat keputusan.
Setiap undi sangat berharga kerana ia ‘tiket’ kita memilih pemimpin dan parti yang akan memerintah negara tercinta. Daripada tangan kita inilah akan melahirkan pemimpin yang memerintah negara. Kita kena pastikan pemimpin dan parti yang dipilih memenuhi aspirasi Islam dan rakyat Malaysia.
Mengundi, jangan sampai kita tersalah pilih pemimpin yang mengheretkan diri kita ke lembah maksiat dan kemungkaran.
Apapun pilihan pengundi, dalam demokrasi kita mesti menghormati dan meraikan pilihan setiap pengundi.

B. Membaca Politik
Dalam setiap perkara, kita mesti melihat dan memikirkan kedudukan Islam. Dalam politik, penulis meletakkan keutamaan ini iaitu [1] kedudukan Islam dari segi faham, usaha melaksanakan Islam dan amalan yang istiqamah. Sejauh mana sesuatu keputusan pilihan raya boleh memberi keuntungan atau rugi kepada Islam?. [2] Kestabilan politik umat Islam, rakyat dan negara. [3] Kebajikan dan kesejahteraan rakyat dan negara.

Bukanlah perkara lain dianggap sepele (remeh/tidak penting) tetapi ada lagi perkara paling penting, paling besar dan paling asas yang mesti kita tanggani terlebih dahulu. Politik [M1] bukan setakat turunkan Najib, benci Mahathir, benci Haji Hadi, kes liwat Anwar dan bagai. Politik [M2] juga bukan sekadar isu salah urus tadbir kerajaan, rasuah-korupsi, kronisme, nepotisme, 1 MDB, PERWAJA, FOREX dan bagai. Bukanlah menafikan kepentingan  M2 yang jelek, jijik dan hina tetapi perkara [1], [2] dan [3] lebih utama dan lebih penting daripada M1 dan M2. Perkara M2  adalah masalah/isu yang normal/biasa dalam mana-mana kerajaan dan ia perlu diselesaikan dengan cara yang tidak mengadai perkara [1], [2] dan [3] di atas.

Pada pandangan penulis, isu ‘faham’ (termasuk ideologi) yang membentuk keyakinan, kefahaman dan amalan seseorang INDIVIDU yang memimpin negara lebih utama daripada isu beban hidup rakyat kerana segala masalah/isu berpunca daripada ‘faham’ seorang pemimpin yang kurang sifat TAQWA . Jika ‘faham’ dalam kalangan pemimpin dirawat dengan ISLAM, maka pemimpin bertaqwa dapat dihasilkan dan negara diperintah dengan kaedah Islam. Insya Allah, isu beban hidup diselesaikan dengan kaedah Islam yang adil dan memenuhi kehendak syarak.
Kita mesti FAHAM bahawa Islam adalah jalan penyelesaian masalah manusia. Selama ini, kita memilih pemimpin yang tidak FAHAM Islam dan kurang merujuk al-Quran, as Sunnah, Ijma’ Ulamak dan Qiyas. Hanya pemimpin FAHAM Islam sahaja yang dapat mengurus tadbir negara dengan baik berdasarkan syarak dan akhlak Islam. Pemimpin FAHAM Islam akan membebaskan negara kita daripada Rasuah-Korupsi, Kronisme dan Nepotisme melalui kaedah Islam. Pemimpin FAHAM Islam meletakkan Islam mendahului segalanya. Dengan sifat taqwanya dan akhlaknya, permasalahan negara dapat diselesaikan dengan kaedah Islam.
Di Malaysia, antara Menteri Besar lama memerintah negeri yang boleh dicontohi ialah Nik Aziz Nik Mat. Nik Aziz Nik Mat dan penerus beliau, Ahmad Yaakob telah membuktikan pemimpin FAHAM Islam mampu memerintah Kelantan tanpa kes rasuah!. Walaupun mempunyai kekangan dari segi pembangunan dan masalah sosial yang telah menimpa Negeri Kelantan, urus tadbir yang baik dan bersih masih berjaya dipertahankan sehingga kini.
Kita menghormati para ulama dan pemimpin bertaqwa yang ada dalam pelbagai parti dalam komponen PH dan BN. Mereka tiada pengaruh besar dalam parti mereka. Mereka kurang tegas menegakkan Islam dalam PH dan BN. Justeru, agar sukar kita nak mengharapkan mereka menegakkan Islam dalam Kerajaan BN atau PH nanti. Dalam PAS, memang ada struktur Dewan Ulamak dan Majlis Syura Ulamak yang banyak mengawal PAS daripada terbabas ke lembah maksiat dan kemungkaran.

C. Keinsafan dan ‘Taubat’ Mahathir
Kita tidak menafikan keinsafan, kesedaran dan ‘taubat’ Tun Dr Mahathir ke atas kesalahan dan dosa beliau lakukan sepanjang pentadbiran yang lalu. Kita juga menghormati usaha ‘baik’ beliau membaiki kembali kesalahan yang beliau lakukan dan cuba membina kembali negara Malaysia. Siapa kita untuk menghukum Tun M apatah lagi membaca atau mengetahui niat sebenar beliau. Kita tidak tahu. Kita berserah kepada Allah SWT.
Ada yang menerima Tun M dengan berjiwa besar. Ada yang menerima dengan bersyarat dan waspada. Ada yang menolak Tun M apabila melihat sejarah dan rekod beliau sepanjang pemerintahan yang teruk dari segi nilai dan hak asasi manusia.
Penulis menolak Tun M disebabkan kefahaman Tun M terhadap perkara [1] dan faham Demokrasi beliau sangat mendukacitakan. Sekularisme mencengkam kuat dalam pemikiran Tun M.  Kita boleh membaca tulisan Tun M iaitu  ISLAM SAYA yang ditulis 31 Mac 2018 dalam blognya. Pemikiran beliau yang mempunyai persamaan dengan Pak Dr Kassim Ahmad menjelaskan bahawa Tun M tidak pernah berubah.
Tun Mahathir memang terbukti bijaksana dan berjasa. Tidak dinafikan. Tetapi kenapa Rasuah, Kronisme dan Nepotisme rancak berlaku pada zamannya?. Saddam Husein, Muammar Ghadafi, Hosni Mubarak, Suharto dan ramai pemimpin lain sangat bijaksana dan berjasa dalam pemerintahan mereka. Tetapi kenapa mereka bersifat diktator dan zalim? Mereka semua tidak berpegang kepada konsep ‘taqwa’ dan ‘adil’ yang dikemukakan oleh Islam. Mereka jauh daripada Islam dan mengetepikan ulamak. Ini persamaan antara Tun Mahathir dengan mereka. Dan perbezaan Tun Mahathir dan mereka dengan Nik Aziz Nik Mat.
Pada pandangan penulis, tanpa Islam sebagai jalan penyelesaian, masalah negara ini tidak selesai secara tuntas. Perkara [1] adalah perkara yang adipenting, Tun M telah pun gagal. ‘Taqwa’ dan akhlak Islam tidak menyerlah dalam pemikiran dan keputusan politik beliau. Tiada harapan untuk berubah melalui beliau. Pohon kemajuan yang ditanam oleh Tun M mempunyai akar yang rapuh. Najib antara buah ‘tak berapa menjadi’ yang berjaya dihasilkan oleh Tun M.
Jika tuan-puan dan saudara-saudari bersetuju dengan Tun M, sila teruskan. Tiada masalah. Cuma nasihat penulis, ‘jilat sayang’ jangan lebih-lebih. Kutuk-benci juga jangan lebih-lebih. Dibimbangi makan diri pada masa depan.

D. Anak Muda
Jiwa muda penuh bersemangat melawan, keberanian dan mahu perubahan perlu dialirkan melalui laluan yang betul.
Media sosial dan gajet mengubah cara berfikir dan sikap anak muda. Sifat populis dan pragmatis dalam sesuatu perkara sehingga melangkaui perkara [1], [2] dan [3] di atas boleh menjerumuskan Islam dan rakyat ke dalam kerugian.
Selain media sosial dan gajet, kaum muda terpelajar yang menganggur dan bekerja pada tahap kelayakan yang bukan sepatutnya membawa semangat kegeraman dan kemarahan ke dalam peti undi sehingga boleh mengetepikan perkara [1], [2] dan [3].

E. Siapa Lebih Islam?
PKR ada ulama. Dalam Parti Amanah ada ulama. Dalam ‘PPBM’ ada sarjana Islam. Dalam DAP ada lulusan pengajian Islam. Begitu juga dalam PAS dan UMNO, ada ramai ulamak dan lulusan pengajian Islam.
Setiap orang termasuk ulamak menyertai politik kepartian dengan niat masing-masing. Pahala-dosa diatas niat dan perbuatan mereka. Kita tak menafikan kesalehan, kealiman dan istiqamah mereka dalam beribadah mereka secara individu.
Sememangnya kita mesti memilih seorang pemimpin Muslim berdasarkan INDIVIDU yang meliputi ilmu, akhlak, amalan dan prestasi mereka. Satu lagi yang penting perlu dilihat ialah DASAR dan AGENDA perjuangan sesebuah parti yang disertai oleh INDIVIDU tadi.
Individu bertaqwa mudah tenggelam dalam DASAR dan AGENDA parti yang tidak bernuasakan Islam. Akhirnya parti dan kerajaan menjadi haru-biru ekoran percampuran antara yang haq dan batil.
Secara peribadi, penulis meletakkan Islam sebagai addin, Islam yang Syumul dan Islam sebagai jalan menyelesaikan masalah sebagai tanda aras perjuangan sesebuah organisasi ISLAM dan seseorang pemimpin. Penerimaan seseorang pemimpin dan sebuah parti terhadap PERUNDANGAN Islam menjadi TITIK perbezaan antara dua kelompok Islam yang berjuang melalui dua pendekatan yang berbeza.

F. Wahai Pengundi!

Pada zaman Tun Mahathir, Tun Abdullah dan sesiapa jua, kita sebagai pengundi masih hidup sederhana. Yang melarat ada terus melarat. Yang kaya terus kaya. Jarang sekali yang melarat dan miskin menjadi kaya. Kita adalah apa yang kita ditakdirkan.

Jangan jadikan diri kita bahagia dengan materialistik, kek ekonomi, duit, pangkat dan sebagainya. Bahagiakan diri kita dengan Islam walaupun siapa jua diri kita. Orang kaya, orang miskin, pemimpin atau rakyat biasa, berbahagialah dengan Islam. Antara kebahagiaan disisi Islam adalah berada dalam suasana pemerintahan Islam yakni dipimpin oleh pemimpin bertaqwa yang MAHU memimpin rakyatnya ke  SYURGA. Penulis tidak nampak pemimpin sekular, liberal, plural, nasionalis, pro-LGBT, pro-hak asasi manusia dan lain-lain mampu membawa kita ke arah Syurga.

Biarlah undi kita memberi saham akhirat kepada kita dalam usaha melahirkan pemerintahan Islam di muka bumi ini.  Bukannya undi kita mengheret diri kita ke neraka. [Surah Ghafir: 47-50. Surah al Ahzab:68-69. Surah Ibrahim: 21)

Pilihlah yang kurang mudharat daripada yang banyak mudharat. PAS memang ada mudharat dengan kelemahan dalam pentadbiran bukannya terlibat dalam rasuah. BN lebih banyak mudharat dari segi akhlak pemimpin dan urus tadbir negara serta penglibatan dalam rasuah, kronisme dan nepotisme. PH mempunyai pelbagai agenda dan pelbagai ideologi yang merapuhkan perpaduan dalam kerajaan. Ada ideologi yang bertentangan dengan aqidah Islam. Para pengundi boleh menilai dengan mata hati masing-masing.

Rakyat berhak menentukan pilihan mereka. Pilihan mereka adalah ketentuan masa depan negara kita.

 Pilihlah ISLAM sebagai pedoman memilih pemimpin dan parti memerintah negara.

Selamat Mengundi!


Monday, April 23, 2018

Membina Persepsi



[1]
Kadangkala pelik, kaum terpelajar juga terpengaruh dengan sifat buruk sangka dan malas berfikir. Lagi jelek, mereka terperangkap dengan sifat label-melabel, caci-mencaci dan bagai. politik sekitar hitam-putih antara kebencian UMNO-PAS-PH.
Kita biasa dengar orang mengunakan istilah Jebon, Munafik Haraki, Barua, Broker dan bagai. Kita juga biasa mendengar orang mengunakan istilah walaun, PAS totok, PAS Khawarij dan bagai.
2 X 5, 5 x2.

[2]
Dua-tiga tahun ini, Haji Hadi banyak mengunakan simpulan bahasa dan peribahasa.
Antaranya ‘bagai anjing menyalak bukit’. Kemudian Haji Hadi menambah apa yang disebalik bukit adalah babi. Kecoh mengatakan Haji Hadi menyatakan babi dan anjing pada musuh politik beliau. Padahal perkara yang dinyatakan oleh beliau adalah ‘seni’ dalam berbahasa.
Kesenian dalam bahasa diburukkan oleh orang didalam hatinya ada benci pada Haji Hadi.
Ayahanda Penulis pernah membela 10 ekor anjing. Memang tabiat anjing menyalak apabila menghidu bau anjing disebalik semak samun.

[3]
Ada yang dikata dan ditulis sesuai dengan perbuatannya.
Contoh istilah barua dan broker dilihat sesuai dengan orang melakukan ‘pengkhianatan’ dengan mengingkari keputusan dan arahan pemimpin sendiri dengan mengikuti pihak yang lain.
[4]
Kita seringkali menulis, kita sebagai INDIVIDU. Individu yang mempunyai pertimbangan dan pilihan dalam melakukan sesuatu (untuk ke syurga atau neraka). Individu yang bertanggungjawab ke atas setiap tutur-kata dan tulisan kita (pahala atau dosa).
Kita sebagai INDIVIDU, jangan ikut orang lain. Ikut dengan merujuk al-Quran dan Nabi Muhammad SAW, barulah selamat dunia akhirat.

Sunday, April 22, 2018

Ahli PAS Undi PH

Dalam PRU kali ini, ada beberapan 'faham' yang menarik. Antaranya
1. Sokong PAS adalah baik. Sokong PH lagi baik.
2. Ahli PAS sokong-UNDI PH
3. Undi rosak
Ambe tertarik dengan perkara [2] kerana ia dibicarakan oleh para ustaz dan ulama haraki yang otai. Ia suatu yang dikempen oleh sesetengah pemimpin harumanis seperti Dato Mahfuz Omar ketika berada dalam PAS dahulu.
Fahaman [2] ini banyak merosakkan PAS yang diistilahkan sebagai 'baju PAS tetapi hati PKR' pada suatu masa dulu. Ia terserlah dengan beberapa orang pemimpin progresif PAS dalam PAS mngutamakan PR berbanding PAS. Sedangkan ini sudah jelas melanggar syarat tahaluf siyasi yang ditentukan oleh Majlis Syura Ulamak.
Sebagai ustaz dan ulama haraki, sudah tentu lebih memahami konsep-istilah seperti baiah dan intima' yang menyatakan kesetiaan kepada jemaah dan keakuran/wala' kepada pemimpin itu sangat penting.
Perkara [2] kelihatan aneh dalam adab berjemaah.

Pengaruh


Tanpa menafikan betapa penting kegeniusan seseorang, tanpa pengaruh kegeniusan tidak ke mana. Kegeniusan juga bukan hanya dilihat pada 'sijil' akademik. Dalam politik, licik bermuslihat juga genius bukan sekadar analisis data dan idea sahaja.
Pengaruh dibina melalui jawatan, prestasi, kepetahan berpidato, bijak berinteraksi-komunikasi, agama, peranan media, duit dan lain-lain.
Orang Islam terutamanya Melayu-Islam sangat terpengaruh dengan insan berwatak 'TOK GURU'. Tok Guru bukan sekadar ada ilmu agama dan mengamal ilmunya tetapi berada di lapangan masyarakat.

Ketua


Kita tak perlu hairan kenapa seseorang menjadi tempat tumpuan utama untuk dipuji atau dihentam.
Dalam sejarah dunia, kehebatan atau kelemahan sesuatu kerajaan/tamadun/organisasi berfokus kepada keupayaan seseorang pemimpin utama atau ketua.
Pemimpin adalah 'otak', kepala, idea, kata pemutus, sumber arahan kepada sesebuah organisasi. Pendek kata, segalanya atas seseorang KETUA.
Kita biasa dengar:
1. 'Pemimpin cerminan rakyatnya'
2. 'baik pemimpin baiklah rakyat'
Perkara [1] dan [2] adalah hubungan timbal-balik diantara pemimpin dan umat yang mendokongnya(seseorang pemimpin).
Pilihlah KETUA yang baik. Semoga KETUA kita boleh memimpin kita ke syurga. Jika KETUA-KETUA yang dicalonkan banyak dosa, pilihlah KETUA yang paling kurang berdosa.

Yang Kita Ulang dan Ulang

Kita seringkali ulang:
1. Dalam gerakan Islam, jangan sangka didalamnya semuanya 'malaikat' dan 'wali', didalamnya ada juga kelompok 'durjana' yang beragenda, opurtunis dan pengejar ghanimah.
2. Setiap manusia ada kadar iman, kadar ilmu dan akhlak yang tertentu. Lihatlah pada orang-orang bukannya organisasi secara keseluruhan
3. Pertimbangan pahala-dosa dan syurga-neraka itu atas tanggungjawab diri individu bukannya organisasi.
4. Kritiklah dengan beradab. Tak payah hina orang. Tak payah serang karekter peribadi.
5. Buang politik fitnah, politik buruk sangka.

Alasan


Pelbagai isu menyelubungi atmosfera politik negara. PAS dapat dana/dedak UMNO umpamanya. Ada yang berhujah menyatakan bukti2 dan andaian. Ada yang mempertahankan. Ada yang menyerang.
1. Jika isu seperti dedak itu, ambe berlepas diri daripada isu-isu yang ambe tak tahu dan tidak faham. Ambe hanya boleh beri pandangan peribadi secara umum sahaja.
2. Kita boleh mengemukakan pelbagai hujah, dalil dan alasan dalam mempertahankan atau menyerang sesuatu perkara/isu. Yang pasti kita ada niat. Pastikan niat itu ikhlas dan baik. Pastikan kita bebas daripada agenda jahat.
3. Adillah dalam berhujah. Pastikan buktinya sahih dan benar. Ikut cara pembuktian secara Islam bukan sekadar dengar cakap sahabat kita dan memperolehi maklumat di alam maya serta didalam aplikasi gajet kita.
4. Fikir pertimbangan pahala dan dosa sebelum menyerang atau mempertahankan isu/perkara. Insya Allah, lebih selamat untuk kita ketika berada di 'sana' kelak

Biar Orang Awam Tahu Hasil Bukannya Prosesnya.


1. Kita kena beza antara orang awam sebagai pelajar ilmu dan orang awam yang jahil ilmu. Yang ramainya orang awam yang jahil ilmu
2. Kita bukannya menyembunyikan kebenaran ilmu tetapi mengelak fitnah yang lebih besar jika orang awam mengetahui proses atau disebalik tabir sesuatu keputusan.
3. Bukanlah niat memperbodohkan atau mengkastakan ilmu, cuma mengelak daripada ilmu terfitnah
baru baca tiga buku sudah berani buat fatwa, amboi2.

Perkara Rahsia yang Tak perlu didedahkan.


1. Pada ambe, ada perkara rahsia yang tidak perlu orang kebanyakan tahu seumpama pertemuan sulit, perundingan rahsia dan lain-lain kerana ia boleh mencetuskan fitnah dalam masyarakat. Perkara seperti perundingan PAS dengan Pak Lah dan kisah Dr Haron Din telefon TG Ahmad Awang dalam kes Perak tidak perlu didedahkan. Lihatlah natijah yang berlaku kepada PAS: fitnah sejak 2008 hingga 2015 dan perpecahan.
2. suatu kisah atau perkara sebalik tabir tidak perlu diberitahu atau didedahkan kepada umum bagi mengelak aib seseorang atau mencetuskan fitnah dalam masyarakat. Kemukakan kebaikan untuk orang awam, biar kepahitan dan keburukan disebalik tabir hanya kita sahaja yang telan. Barulah kita bermanfaat untuk umat dan pahala tidak berkurang.
3. Jangan nyatakan atau bincang perkara yang orang awam tak faham secara terbuka. Nik Aziz pada awal ditanya tentang bai'ah taklik, beliau menafikan adanya baiah taklik. Kenapa agaknya? Adah beliau berbohong?. Nik Aziz mungkin berbohong dan berdosa. Tetapi beliau mengelakkan dosa yang besar iaitu fitnah dalam masyarakat. Fitnah yang dibicarakan oleh orang tak berilmu (orang awam)tentang baiah taklik.
4. Kita hidup sebagai pendosa. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita.

Sokong PAS = Sokong Islam?


Sokong PAS = Sokong Islam?

Jawapannya ialah YA, jika seseorang INDIVIDU itu:
1. Yakin dan faham tentang Islam sebagai addin, syumul dan penyelesai masalah duniawi-akhirat. Keyakinan dan kefahaman ini menyebabkan individu tersebut menegakkan Islam dalam dirinya secara ikhlas dan istiqamah sehingga muncul keluarga Islam, masyarakat Islam, negara Islam dan tamadun Islam.
2. Menjaga akhlak dengan akhlak Islam. Berfikir cara Nabi Muhammad SAW dan mengikuti sifat Nabi.
3. Mendokong pemimpin bertaqwa dan beradab dengan ulama.
4. Memposisikan Islam dalam semua aspek kehidupan termasuk ekonomi, sosial, politik dan perundangan.
5. Mentarbiah diri dengan ilmu Islam. Menjaga diri dengan sifat ‘warak’ melalui suasana Islam.
“Sokong PAS adalah perkara baik. Sokong perkara baik diberi pahala. Dapat banyak pahala, insya Allah ke Syurga” Logiknya menyokong PAS adalah menyokong Islam. Menyokong Islam insya Allah ke syurga.

Jadi, tidak sokong PAS bermakna tidak sokong Islam?
Jawapan ialah Ya, jika INDIVIDU dalam parti selain PAS itu:
1. Orang beriman dan bertaqwa termasuk alim ulama yang berada dalam sesebuah parti tertentu gagal menegakkan Islam dalam parti tersebut. Paling malang orang beriman dan bertaqwa terpengaruh dengan pemikiran dan budaya parti tersebut yang bersalahan dengan Islam.
2. Tidak yakin dengan Islam sepenuhnya atau mempunyai keyakinan separuh-separuh. Islam ditenggelam dan ditelan oleh ideologi mengikut kehendak akal-nafsu semata-mata.
3. Gaya hidup termasuk akhlak dan cara fikir yang jauh daripada Islam.
4. Menyokong dan tenggelam dalam perkara maksiat dan perkara mungkar seperti sokong LGBT yang berdosa dan tidak menguntungkan Islam.
5. Gagal menjinak dan menambah kefahaman bukan Islam dengan Islam.

Sebenarnya Islam = diri kita.
1. Islam atau tidak, bergantung kepada keakuran individu dan keyakinan individu kepada kalimah syahadah yang dirangkum dalam Rukun Islam dan Rukun Iman.
2. Organisasi termasuk parti hanyalah medan perjuangan, wasilah untuk kita berbakti atau berkhidmat untuk Islam, jihad kita menambah pahala, alam tarbiah diri dalam menambah amal dan ‘penjaga’ sifat warak kita. Setiap individu boleh berada dimana-mana organisasi untuk menegakkan Islam mengikut posisi dan kemampuan masing-masing. Cuma yang terbaik ialah dalam organisasi Islam.
3. Entah siapa yang suka fitnah atau membuka pintu peluang fitnah yang menyatakan PAS adalah Islam dan mengkritik Haji Hadi adalah mengkritik Islam. Jangan membuka ruang fitnah.
4. Ikut al-Quran dan hadith. Belajar dengan pelbagai guru agama serta beradab dengan ulamak dan pemimpin Islam yang berjasa, insya Allah selamat daripada pegangan yang taksub, radikal, fanatik dan jumud.

Penafian
Tidak sokong Islam bukan bermakna mereka kafir. Tidak sokong makna tidak menyokong Islam sebagai addin, Islam yang syumul dan Islam sebagai jalan penyelesaian.

Friday, April 20, 2018

Politik Merentasi Kepartian


Walaupun nampak cenderung kepada 'cahaya bulan', ambe bukan orang bulan.
Ambe orang bumi yang suka kehijauan dan ketenangan sungai serta bayu laut.
Ambe juga manusia yang kaya dosa.
Ambe seorang yang menyukai ilmu sejarah politik dan seorang rakyat yang memerhati politik dan mencatat kisah politik sama ada ketika berada di kampus dan masyarakat sekitar.
Politik kepartaian dan terikat dengan organisasi tak berapa sesuai dengan jiwa. Berapa ramai yang hero di kampus bercakap tentang asolah, intima', menuding orang tidak jelas fikrah dan bagai pada zaman kampus menelan kembali ludahan mereka.
Dan yang suka berbalah sesama sendiri ini adalah yang makan setalam semasa tamrin dan men(t)ampan dulu, pernah baiah, mengusrah dan membaitul muslim semasa di kampus dulu. Dan ambe berada di luar lingkungan itu dan memerhati ke dalam itu dengan mengenyik sebelah mata.
Pada ambe, politik Islam itu bukan sekadar menjadi orang bulan, ambe meletak perkara di bawah menjadi asas sokongan yang merentasi politik kepartian:
1. Islam. Dari segi fahamnya, kedudukannya dan usaha pelaksanaannya.
2. Kestabilan politik untuk umat Islam, rakyat dan negara.
3. Kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
Benda/perkara lain hanyalah kepalsuan dan khayalan yang diulit oleh para politikus, elitis dan para taikun.
Berada dalam kelompok Islam sendiri pun, sifat waspada perlu ada kerana adanya kelompok beragenda, kelompok opurtunis, kelompok pengejar ghanimah dan penipu. Kita boleh ambil iktibar daripada kisah orang munafik ketika zaman Rasulullah SAW dan kelompok khawarij yang berada dalam kumpulan Sayyidina Ali.
Ingat pahala-dosa, syurga-neraka, alam kubur dan hari Akhirat, kita akan selamat dalam urusan dunia-akhirat kita. Inilah pertimbangan asas dalam fikiran dan tindakan kita terutamanya dalam politik.
Waspada kata-kata pemimpin kita. Yang betul hanyalah kata-kata Rasulullah SAW.
Akhirnya sekali, baca sehingga lumat Rukun Bai'ah Imam Hassan al Banna (terutamanya usul 20 dan 30 lebih sifat anggota IM) dan baca hingga lumat hadith 40 Imam an Nawawi, insya Allah kita berfikiran sederhana dan akhlak mulia dalam mendepani masalah.
Moga Allah mengampuni dosa ambe yang suka menulis ini dan mengampuni dosa kita semua.