Pelbagai isu menyelubungi atmosfera politik negara. PAS dapat dana/dedak UMNO umpamanya. Ada yang berhujah menyatakan bukti2 dan andaian. Ada yang mempertahankan. Ada yang menyerang.
1. Jika isu seperti dedak itu, ambe berlepas diri daripada isu-isu yang ambe tak tahu dan tidak faham. Ambe hanya boleh beri pandangan peribadi secara umum sahaja.
2. Kita boleh mengemukakan pelbagai hujah, dalil dan alasan dalam mempertahankan atau menyerang sesuatu perkara/isu. Yang pasti kita ada niat. Pastikan niat itu ikhlas dan baik. Pastikan kita bebas daripada agenda jahat.
3. Adillah dalam berhujah. Pastikan buktinya sahih dan benar. Ikut cara pembuktian secara Islam bukan sekadar dengar cakap sahabat kita dan memperolehi maklumat di alam maya serta didalam aplikasi gajet kita.
4. Fikir pertimbangan pahala dan dosa sebelum menyerang atau mempertahankan isu/perkara. Insya Allah, lebih selamat untuk kita ketika berada di 'sana' kelak
No comments:
Post a Comment