Asas masyarakat dan jemaah itu di masjid di sekitar petempatan kita.
Barulah nak aktif mana2 jemaah Islam, jamah tabligh ke, abim ke, isma,
pas atau lain2. (Sekadar beberapa nama) atau aktif dalam elemen Islam
seperti pertubuhan anak yatim, alam sekitar dan lain2.
Jemaah-jemaah Islam hanyalah wasilah perjuangan Islam yang menjadi tempat kita berbakti untuk Islam dan rakyat. Paling penting ialah kualiti individu didalamnya yang bertaqwa
Asas baca kita adalah al-quran dan terjemahan, dan hadith2 terutamanya sahih bukhari dan muslim.
Asas2 ini memerlukan niat ikhlas dan amal beristiqamah.
Tanpa asas, kita hidup tanpa kaki. Dalam politik, asas politik di
kawasan, sebab itu kalah diperingkat pusat kembali ke kawasan. Tak mudah
merajuk
Friday, December 30, 2016
Pandangan Alam Islam
Pandangan alam Islam sebagai mukmin mesti bersumber al Quran dan as Sunnah.
Kerangka pemikiran berdasarkan kaedah2 dan metodelogi Ilmu Islam.
Niat dan tujuan mesti ikhlas bukannya batil.
Kerangka pemikiran berdasarkan kaedah2 dan metodelogi Ilmu Islam.
Niat dan tujuan mesti ikhlas bukannya batil.
Islam perlu diamal bukannya wacana wacana untuk disembang berpanjangan tanpa noktah.
Shaykh Nawawi Janggut Merah Mahaguru kepada ramai ulama Perak
Tercatat dalam lipatan sejarah, tokoh ulama yang paling berpengaruh di kalangan pemerintah negeri Perak tidak lain tidak bukan ialah Haji Nawawi bin Haji Mohd Tahir yang dikenali sebagai Tuan Haji Che’ Wi Janggut Merah atau Shaykh Nawawi Janggut Merah. Ini adalah kerana ia berkhidmat sebagai Penasihat Agama kepada lima orang Sultan Perak iaitu DYMM Almarhum Sultan Idris I, Almarhum Sultan Abdul Jalil, Almarhum Sultan Iskandar, Almarhum Sultan Abd Aziz dan Almarhum Sultan Yussuf Izzudin. Beliau dikenali Tuan Haji Che’ Wi Janggut Merah kerana ia selalu menginaikan janggut dan rambutnya.
Latar Belakang
Keturunannya ramai menjadi alim-ulama. Antara yang paling menonjol ialah bapa saudaranya iaitu Tuan Guru Haji Omar Merbok yang sangat terkenal di utara Semenanjung dan Tuan Guru Haji Shafie Losong yang masyhur namanya di sebelah pantai timur. Nasab Shaykh Nawawi adalah seperti berikut;
Haji Nawawi bin Haji Mohd Tahir bin Haji Mohd Amin bin Haji Abdul Rahman (Tok Suboh) bin Shaykh Ahmad al Zabidi al Yamani
Moyangnya, Shaykh Ahmad al Zabidi berhijrah ke Nusantara dari daerah Zabid yang terletak di Utara Yaman, tidak jauh dari Pelabuhan Hodeidah. Dalam satu riwayat lain, dikatakan bahawa Shaykh Ahmad al Zabidi setelah mendapat perintah dari kerajaan Turki Uthmaniyyah telah mengarahkan anaknya yang bernama Haji Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan nama Tok Suboh agar turun ke negeri Kedah bersama adiknya yang bernama Ismail untuk membantu kerajaan Islam Kedah menentang serangan bala tentera Siam dari arah laut. Tok Suboh dikatakan masuk ke negeri Kedah melalui jalan Nakhon Si Thammarat yang terletak di selatan Thailand pada hari ini. Selepas berjaya membantu kerajaan Kedah, Tok Suboh dikatakan berkahwin dengan gadis tempatan dan terus menetap di Kedah. Perkahwinan mereka menghasilkan anak tunggal yang diberi nama Mohamad Amin. Haji Mohamad Amin menetap di Alor Mengkudu dalam daerah Kota Setar, Kedah kemudiannya dianugerahkan 6 orang anak iaitu Mohamad Long (kemudian berhijrah ke Perak dan menetap di Batu 17 Pantai Remis), Saad (menetap di Jalan Seri, Alor Setar, Kedah), Halimah (menetap di Sungai Kedak, Kuala Muda), Mohd Tahir (berhijrah ke Perak dan menetap di Sungai Batu, Pantai Remis), Shafie (berhijrah ke Terengganu dan menetap di Losong, Kuala Terengganu) dan Omar (menetap di Merbok, Kedah). Haji Mohd Tahir dan abangnya Haji Mohd Long yang berhijrah ke Pantai Remis memulakan penempatan di dua seberang Sungai Beruas berhampiran pekan Pantai Remis hari ini. Haji Mohd Long membuka penempatan di seberang bahagian utara sungai (Kampung Batu 17 hari ini) dan Haji Mohd Tahir di seberang bahagian selatan sungai (kampung Pantai Remis dan kampung Sungai Batu hari ini). Perkembangan penempatan yang dibangunkan oleh dua beradik ini ditambah pula dengan kedatangan beberapa orang anak Haji Saad dari Lorong Seri, Alor Setar, Kedah (Haji Saad adalah abang Haji Mohd Tahir dan adik kepada Haji Mohd Long). Haji Mohd Tahir dikurniakan 8 orang cahaya mata iaitu Zabidi, Nawawi (tokoh yang dibincangkan dalam penulisan ini), Teh, Ahmad, Mahmud, Maryam, Aishah dan Abdul Hamid. Haji Mohd Long dikurniakan 9 orang cahaya mata iaitu Senawi, Aishah, Aminah, Ali, Taib, Hussain, Som, Saadiah dan Fatimah. Bolehlah dikatakan bahawa ayahanda Shaykh Nawawi iaitu Haji Mohd Tahir dianggap sebagai ayah 'besar' kepada sebahagian besar warga Kampung Sungai Batu, Pantai Remis pada hari ini. Ini adalah kerana semua anak-anak Haji Mohd Tahir menetap di Kampung Sungai Batu dan sekitarnya lalu membentuk sebuah keluarga yang sangat besar sehingga ke hari ini. Jumlah cucu Haji Mohd Tahir hasil perkahwinan anak-anaknya ialah seramai 49 orang manakalanya cicitnya berjumlah 247 orang. Pada masa ini beberapa orang cucu Haji Mohd Tahir masih tinggal di Kampung Sungai Batu dan telah lahir generasi ke 5 selepasnya (satu generasi selepas anak, cucu, cicit, piut).
Shaykh Nawawi bagaimanapun dilahirkan di Kampung Kuala Kangkong, Kedah pada tahun 1300 H bersamaan 1882 M iaitu sebelum ayahandanya Haji Mohd Tahir berhijrah ke Pantai Remis, Perak.
Pendidikan
Besar kemungkinan Shaykh Nawawi mendapat pendidikan asasnya di tempat tinggalnya iaitu di Sungai Batu, Pantai Remis. Kemudian ia berhijrah ke Terengganu untuk menimba ilmu kepada bapa saudaranya yang merupakan ulama terkemuka Alam Melayu pada ketika itu khususnya dalam ilmu tasawwuf iaitu Haji Mohd Shafie Losong. Bapa saudaranya itu telah berhijrah ke Terengganu dari Kedah untuk berguru dengan Syed Abdul Rahman Al Idrus (Tokku Paloh). Haji Mohd Shafie kemudiannya mendirikan pengajian pondok di sebuah kampung di Kuala Terengganu yang digelar sempena namanya iaitu Kampung Losong Hj Mohd Shafie. Selain berguru dengan bapa saudaranya, Shaykh Nawawi juga telah berguru dengan seorang lagi ulama tersohor Alam Melayu iaitu Tuan Hussain Kedah Al-Banjari.
Pengasas Madrasah
Tidak diketahui bila bermulanya hubungan Shaykh Nawawi dengan istana Perak namun Shaykh Nawawi telah dititahkan oleh Sultan Idris I Murshidul Adzam Shah untuk merencanakan pembinaan Madrasah Idrisiah. Shaykh Nawawi pada ketika itu menjadi Guru Besar Madrasah Mariah (mengambil nama sempena Permaisuri Uteh Mariah), Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Sultan Idris I Murshidul Adzam Shah mangkat pada tahun 1916 tanpa sempat melihat tertegaknya Idrisiah yang mula dibina dalam tahun 1917. Anakandanya, Sultan Iskandar Shah Kaddasallah meneruskan pembinaan Madrasah Idrisiah hingga Ogos 1921 di atas tanah Lot yang digazet khas seluas 3e.1r. 38pl. Dengan tertubuhnya Madrash Idrisiah, pendidikan Islam telah berkembang pesat pada zaman tersebut. Para ulama dari tanah Arab turut berkhidmat di Madrasah ini, antaranya Shaykh Hassan Yamani dan Shaykh Abdullah Maghribi. Malah Sultan Iskandar sendiri mempunyai minat yang mendalam terhadap ilmu agama sehingga baginda menghasilkan penulisan yang dinamakan Risalah Iskandariah. Risalah ini telah dihantar kepada semua qadhi di seluruh Perak sebagai panduan. Sultan Iskandar mempunyai hubungan yang erat dengan Shaykh Nawawi. Diriwayatkan bahawa Almarhum Sultan Iskandar sering berada di saf hadapan sewaktu pengajian di Masjid Ubudiah yang disampaikan oleh Haji Nawawi. Selain mengajar di Madrasah Idrisiah, Shaykh Nawawi turut mengajar di sekitar daerah Kuala Kangsar, Larut Matang, daerah Perak Tengah dan daerah Manjung. Shaykh bukan sahaja mengajar murid sekolah, tetapi juga orang dewasa. Malah Shaykh turut mengadakan kelas pengajian khusus untuk muslimat pada hari-hari tertentu.
Penubuhan Madrasah Idrisiah yang direncanakan Shaykh berjaya melahirkan ramai alim-ulama. Antaranya ialah seperti berikut;
1. Tuan Haji Ismail bin Haji Hamzah – Mufti Kerajaan Negeri Perak ke-2
2. Tuan Haji Muhammad Tahir Muhammad Saman - Mufti Kerajaan Negeri Perak ke-3
3. Tuan Haji Sha'aya bin Abdul Majid - Mufti Kerajaan Negeri Perak ke-4
4. Dato' Haji Abu Hassan bin Abdul Majid - Mufti Kerajaan Negeri Perak ke-5
5. Dato' Haji Muhammad Ghazali Abdullah - Mufti Kerajaan Negeri Perak ke-6 dan Selangor ke-3
6. Dato' Seri Haji Abdul Malek bin Haji Nordin - Mufti Kerajaan Negeri Perak ke-7
7. Dato' Seri Haji Harussani bin Haji Zakaria - Mufti Kerajaan Negeri Perak ke-8
8. Dato' Haji Md. Salleh bin Hassan Farid - Mufti Kerajaan Negeri Selangor ke-4
9. Tuan Haji Abu Bakar bin Mat Yasin - Mufti Kerajaan Negeri Pahang ke-4
10. Dato' Muhammad Yusuf Ismail - Mufti Wilayah Persekutuan ke-5
11. Shaykh Abu Bakar al-Baqir – Pejuang kemerdekaan dan Pengasas Maahad Ehya’ Asy Syarif Gunung Semanggol
12. Dato' Seri Muhammad Asri bin Hj Abdullah - Kadhi Besar dan Ketua Hakim Syarie Perak ke-7
13. Dato' Haji Sulaiman bin Abdul Kadir - Kadhi Besar dan Ketua Hakim Syar'ie Negeri Perak ke-6
14. Tuan Guru Haji Mohd Khair bin Taib - Pakar Ilmu Falak dan tenaga pengajar Madrasah Taufiqiyah
15. Tuan Guru Haji Ahmad Fuad - Pejuang kemerdekaan dan YDP PAS Tanah Melayu yang Pertama
16. Tuan Guru Haji Muhammad Saman - Khalifah Tasawwuf, Pelopor Tariqat Sammaniah di Tanah Melayu dan Pengasas Madrasah As-Sammaniah Taiping Perak
17. Profesor Zulkifli Muhammad - Pejuang kemerdekaan dan YDP PAS Tanah Melayu yang Kedua
18. Tuan Guru Haji Zakaria bin Haji Sulaiman - Pengasas Madrasah al Hidayah al Islamiyah dan Maahad al Mizan, Manong Perak
Kembali ke Rahmatullah
Shaykh Nawawi meninggal dunia pada 21 Julai 1969 pada usia 88 tahun. Beliau meninggalkan 24 orang zuriat daripada 3 orang isteri. Beliau telah dikebumikan di Perkuburan Islam Kampung Changkat Ning, Batu 8, Bendang Siam, Jalan Trong, Changkat Jering, Perak.
Karamah Shaykh Nawawi
Shaykh pernah ditangkap dan dimasukkan ke dalam guni untuk dibuang ke laut. Apabila semakin hampir ke laut, guni itu menjadi semakin berat. Bila dibuka, isinya bertukar menjadi batu. Dalam riwayat lain, sewaktu pemerintahan Bintang Tiga (selepas pengunduran Jepun) banyak ulama telah dibunuh. Beliau antara yang menjadi sasaran tetapi dipelihara Allah s.w.t.. Satu peristiwa berlaku di mana kebiasaannya komunis Bintang Tiga melarang orang-orang kampung untuk menghadiri pengajian agama di masjid atau surau. Pada suatu hari anak murid beliau ditanya komunis ke majlis siapa (di masjid) yang beliau hendak pergi. Maka dijawabnya; “Majlis Haji Janggut Merah”. Lalu komunis tersebut tidak jadi menghalang orang tersebut. Apabila ditanya mengapa beliau tidak melarang, maka komunis menjawab bahawa mereka pernah menangkap Shaykh dan dimasukkan ke dalam guni untuk dilemparkan ke dalam laut Pantai Remis. Namun akhirnya mereka mendapati beliau tidak ada, dan yang ada hanyalah batu (padahal pada waktu itu Shaykh berada di rumah). Peristiwa tersebut menimbulkan rasa gerun di hati mereka dan mereka tidak berani mengganggu lagi.
Pernah satu ketika askar Jepun menunggu ia habis kuliah agama dengan tujuan hendak membunuhnya. Malangnya askar Jepun tidak dapat melihatnya padahal ia dengan bersahaja berbasikal melintas askar-askar tersebut.
Daun pokok pisang dimana batangnya digunakan untuk melapik jenazahnya ketika proses mandi jenazah tidak layu hampir sebulan lamanya. Dalam versi lain, di hari kematian beliau, pelepah pisang yang dipotong untuk menutup kawah nasi tidak kering selama lebih kurang 40 hari, walaupun ketika itu musim kemarau
Ketika Shaykh sakit, tong beras sentiasa penuh bagi membolehkan beras dimasak untuk dihidang kepada tetamu yang menziarahinya.
Ketika ia menyampai kuliah agama dengan tiba-tiba ia berhenti memberi kuliah dan memaklumkan kepada hadirin bahawa isterinya telah selamat melahirkan anaknya. Bila ditanya bagaimana ia tahu, ia menjawab, “Burung yang hinggap di jendela masjid telah memberitahunya”.
Seorang penjual ikan membuat pengakuan kepada penulis bahawa beliau sewaktu kecil sangat nakal dan pernah menuang ikan dari raga (hasil menjala ikan Shaykh) ke atas pasir. Apa yang menghairankan beliau adalah ikan tersebut telah melompat masuk balik ke dalam raga tersebut. Peristiwa itu sedikit sebanyak telah menginsafkan penjual ikan tersebut
Menjadi kelaziman peniaga berebut-rebut ia memasuki kedai mereka apabila mendengar Shaykh berkunjung ke tempat mereka kerana menurut mereka perniagaan menjadi laris setelah dikunjungi Shaykh.
Peribadinya dikagumi masyarakat
Shaykh dikatakan tidur dengan beralaskan buah kelapa leper yang agak bujur. Tujuan ia menggunakan buah kelapa tersebut ialah supaya apabila buah itu bergolek ia akan mengejutkan Shaykh itu mengerjakan ibadah dan zikir pada malam itu.
Shaykh tidak pernah cerewet tentang makanan. Seandainya, kopi yang dihidangkan kepadanya itu terlalu pahit atau terlalu manis, ia tetap akan meminumnya tanpa mengadu tentangnya. Begitu juga jika sesuatu makanan itu terlalu masin atau tidak sedap, ia terus sahaja memakan yang dihidangkan kepadanya tanpa berkata apa-apa tentang hidangan tersebut. Prinsipnya ialah semua rezeki datang dari Allah dan kita perlu mensyukuri setiap rezeki yang dikurnia-Nya tanpa perlu banyak soal.
Shaykh hanya memiliki beberapa kain pelekat yang dipakainya saban hari. Jika ada yang terkoyak, ia akan menjahitnya dan memakainya semula.
Shaykh suka menggembirakan orang lain khususnya kanak-kanak. Tetapi dalam hal-hal yang melibatkan hukum-hakam agama, ia bertindak tegas tanpa mengira kedudukan atau pangkat orang yang berhadapan dengannya. Antara kisah tentang ketegasan Shaykh adalah seperti berikut;
Fatwa mengenai tegahan berkabung dengan melilit kain putih di kepala yang diamalkan oleh para kerabat di raja. Segolongan masyarakat telah mengadukan kepada Sultan Perak mengenai tegahan beliau terhadap perbuatan tersebut. Beliau dipanggil mengadap Sultan. Umum menganggap beliau akan dimurkai Sultan. Beliau telah datang ke istana dengan membawa kain putih (kain kafan) lalu ditanya Sultan untuk apa kain tersebut. Jawab beliau: “Kalau patik dihukum pancung pada hari ini kerana fatwa tersebut maka inilah kain kafannya”.
Sultan Perak (Sultan Iskandar) telah memanggil para ulama Perak untuk berbuka puasa di istana. Belum pun tiba waktu berbuka Sultan Iskandar menyeru kepada semua yang hadir supaya menjamah makanan. Semua mereka terdiam tidak berani membantah lalu Shaykh Nawawi bangun memberitahu Sultan dengan kata-kata: “Kalau tuanku hendak masuk neraka masuklah seorang”. Akhirnya Sultan memuji keberanian beliau menegur Sultan dan Baginda memarahi ulama-ulama yang membisu dengan kata-kata, “Nasib baiklah di negeri Perak masih ada orang yang berani menegur beta”.
Beliau pernah menunggu di tempat yang pernah dijadikan tempat semah jin dengan kepala kerbau secara tahunan. Bagi menghapuskan amalan tersebut beliau telah menunggu di tempat dan waktu yang pada tiap-tiap tahun diadakan acara menjamu kepala kerbau. Apabila tiba masanya jin tersebut telah datang dan menggegarkan suasana sekeliling. Keesokannya bomoh yang meminta supaya dijamu kepala kerbau telah meninggal dunia.
Shaykh Nawawi juga ulama yang pertama di Tanah Melayu yang telah mengeluarkan fatwa, bahawa orang perempuan haram memakai gincu bibir. Ada dua alasan yang telah dikemukakannya, iaitu:
i. Gincu bibir (yang baik pada zaman itu) dibuat di Itali, England dan negara-negara kuffar adalah dibuat dari lemak babi
ii. Perempuan yang memakai gincu bibir, selain daripada menarik nafsu berahi lelaki, mereka memperlihatkan gambaran bentuk bibir faraj mereka dan mengikut perempuan-perempuan kuffar yang termasuk dalam hukum tasyabbuh.
Shaykh tidak suka bercerita tentang hal orang malah beliau amat berhati-hati apabila berbicara agar tidak melukakan hati orang lain.
Beliau menguasai pelbagai bahasa seperti Arab, Urdu, Tamil, Cina, Inggeris, Aceh dan lain-lain.
Beliau juga mendalami ilmu perubatan Arab-Yunani (Greco-Arabic Medicine) dan berjaya menghasilkan beberapa jenis formulasi ubat berasas herba termasuk ma’jun.
Selain dari mempunyai ilmu pengetahuan agama Islam yang luas, Shaykh Nawawi mempunyai kebolehan menanam berbagai jenis pokok buah-buahan. Dia telah menanam berbagai jenis anak pokok buah-buahan atas tanahnya yang luasnya kira-kira lima ekar. Di antara pokok-pokok itu, ialah delima, arang para atau pulasan, duku, laici, mata kucing, ciku dan berbagai-bagai jenis limau yang berasal dari benua China.
(Artikel ini dan gambar - gambar, saya telah ambil dari Wikipedia, Insiklopedia bebas)

Sebahagian Nasihat Dakwah oleh HAMKA
cara Nabi bukan dengan cara sendiri
Thursday, December 29, 2016
Seni untuk pengkritik (3)
Jangan ada benci dalam perbezaan pandangan.
Setiap orang ada pandangan peribadi perlu dihormati tidak semesti pandangan rasmi organisasi yang disertai.
Setiap organisasi ada pandangan rasmi yang sudah tentu mengambil mengambil keputusan yang bersifat ummatik. Ada tepat dan ada kurang tepat.

Berlapang dada atau diam untuk mendiamkan fitnah dan mudharat lebih besar.
Seni untuk pengkritik (2)
Selepas nasihat atau lontar pandangan, kita berlepas diri daripada
keputusan yang diambil sesebuah organisasi yang kita sertai atau sokong.
Jadi kita sokong apa kesalahan yang organisasi buat?
Kita sokong organisasi kerana dasar dan ramai lagi orang saleh didalamnya dan berlepas diri daripada dosa dan kesalahan individu yang memimpin.
Jadi kita sokong apa kesalahan yang organisasi buat?
Kita sokong organisasi kerana dasar dan ramai lagi orang saleh didalamnya dan berlepas diri daripada dosa dan kesalahan individu yang memimpin.
Tentang dosa atau pahala, kita serah pada Allah.
Tentang prestasi, serah pada rakyat untuk menilai.
Tak guna 24 jam membangkitkan kesalahan dan persepsi orang yang sukar kita selesaikan.
Berpada pada mengkritik dan menyalahkan orang.
Tentang prestasi, serah pada rakyat untuk menilai.
Tak guna 24 jam membangkitkan kesalahan dan persepsi orang yang sukar kita selesaikan.
Berpada pada mengkritik dan menyalahkan orang.
Seni untuk Pengkritik (1)
Kita
boleh kritik pandangan, idea, cara fikir, cara kerja, corak kepimpinan,
prestasi, akhlak, segala penyelewengan dan kesalahan.
Tetapi jangan sampai menyentuh perihal peribadi dan memutuskan ukhwah.
Baiki cara kritikan/teguran atau sabar dengan diam dan berdoa.
Tetapi jangan sampai menyentuh perihal peribadi dan memutuskan ukhwah.
Baiki cara kritikan/teguran atau sabar dengan diam dan berdoa.
Wednesday, December 28, 2016
Pesan Sheikh Thoyyib al Makki
Sheikh Thoyyib al Makki lahir 1921, anak murid ulama terkenal Syeikh Muhammad Yasin al Fadani, ulama Mekah yang dijadikan batasan masa berakhirnya zaman kegemilangan ulama di Mekah khususnya di Masjidil Haram pada tahun 1990 melalui tahun kematiannya.
Sheikh Thoyyib al Makki hafizallahu 'anh berpesan :
1) tiap2 hari bangun pukul 1 ka dua ka..buat solat tahajjud 10 rakaat baca surah daripada al ikhlas sampai ad Dhuha..bahagi2kan..klo xhapai..ulama2 mekah kata xpa klo tengok al Quran.
2)Kemudian solat tasbih 4 rakaat..ada 300x tasbih..hadisnya sahih ..siapa2 dok buat..dosa macam pasir kat pantai pun...Allah kikih habih.
3) kemudian solat witir 11 rakaat.. ni yg nabi saw dok buat. Hadisnya sahih.
4) hampa jangan lupa selawat 1000x pagi..1000x malam..insya Allah nanti boleh jumpak Nabi...aku nak jumpak nabi..masalah apapun selesai...buat baik2.
5) Baca BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM 1000x..kat situ ada 3000 nama Allah..buat tiap2 hari...
6) Kalau hampa nak rezki melimpah ruah..malam jumaat baca surah al Waqi'ah 41x...xpayah makan gaji..hampa nak apa pun dapat.
7) Sheikh ijazahkan pada semua amalan tersebut. Sambutlah dengan kata "Qabiltu".
Kredit to : https://www.facebook.com/muhammadburhanuddin.harahahsukri

Saturday, December 03, 2016
Mendahului Aqidah Sebelum Penyelesaian Masalah
Penyakit
sentiasa ada. Ubati dengan pelbagai pendekatan. Ada anggota badan yang boleh
diubati atau ada yang terpaksa dibuang. Dibuang boleh diganti atau
dibuang terus tanpa penganti.
Asas aqidah adalah tauhid. Aqidah adalah iman atau keyakinan. Tauhid ialah ilmu membentangkan tentang kewujudan Allah SWT.
Aqidah umpama nyawa kita dalam kehidupan. Setiap suatu perihal tindakan memerlukan aqidah dan niat yang lurus. Aqidah adalah 'nyawa' sesuatu kelakuan dan tindakan.Tanpa nyawa, badan yang sihat dan cantik tidak bermakna..
Badan mana yang tidak menerima penyakit. Begitulah dalam berorganisasi, bermasyarakat dan bernegara, penyakit-penyakit sentiasa ada hatta organisasi tadi bernuasakan 'Islam'.
Apabila yang mengurus organisasi, masyarakat dan negara itu adalah individu bernama manusia semestilah ia kaya dengan kelemahan dan kesilapan.
Organisasi atau kerajaan bernuasakan 'Islam' juga terpalit dengan kesilapan, kelemahan dan kegagalan seumpamanya kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Ini adalah penyakit yang perlu diubati. Jika gagal diubati, buanglah penyakit ini termasuk memotong bahagian yang sakit.
Kerajaan Islam, pemandunya adalah pemimpin yang bernyawakan aqidah Islam. Ia tidak boleh dijatuhkan secara sembarangan walaupun ia seorang pemimpin yang zalim.. Justeru, kepimpinan dalam Islam perlu diturunkan melalui kaedah-kaedah yang dibenarkan bukannya revolusi atau rampasan kuasa. Kita perlu banyak menasihat dan bersabar dengan kerenah pemimpin 'muslim' yang zalim.
Kita menghadapi pemimpin yang zalim tetapi arak masih tidak dibenar secara berleluasa, solat dibenarkan, institusi pendidikan Islam masih dibenarkan (sebagaimana di Universiti al Azhar dan di Damsyik Syria sebelum perang 2016 oleh rejim Hafiz dan Bashar) dan lain-lain.
Badan cantik dan sihat tetapi tidak bernyawa ialah organisasi bukan Islam yang lengkap dan terbaik tanpa sebarang masalah seperti rasuah dan penyelewengan. Ia tidak berfaedah kerana gagal menemui keredhaan Allah dan tidak beriman kepada Allah. Tanpa Islam dan iman, perbuatan yang tidak benar disisi Allah SWT adalah halal disisi mereka yang bukan Islam seperti judi, zina dan pelacuran.
Tanpa iman dan Islam, kebaikan dilakukan adalah sia-sia kerana keingkaran mereka kepada Allah SWT. Mereka menzalimi diri sendiri kerana gagal bersikap adil kepada Allah.
Paling penting kita masih mempunyai nyawa.

Monday, November 28, 2016
APOKALIPS
1. 2. 3. Do. Re. Mi.
Apa nak jadi
Alif. Ba. Ta. A. B. C.
Apa nak jadi
Akan terjadi
Hujan pasti berhenti
Ada masanya aku suka berteman
Ada masanya aku suka bersendiri
Ada masanya aku suka berjalan
Ada masanya aku suka berehat
Ada masanya engkau suka berteman
Ada masanya engkau suka bersendiri
Ada masanya engkau suka berjalan
Ada masanya engkau suka apa yang ku suka
Hidup dan nasib
roller coaster
roller coaster
Susah dan senang bersilih ganti
Bila-bila boleh naik dan turun
Bila-bila boleh naik dan turun
Apokalips
Apokalips
Apokalipsapokalips
1. 2. 3. Do. Re. Mi.
Apa nak jadi
Alif. Ba. Ta. A. B. C.
Apa nak jadi
Akan terjadi
Hujan pasti berhenti
Hidup dan nasib
roller coaster
roller coaster
Susah dan senang bersilih ganti
Bila-bila boleh naik dan turun
naik dan turun
Bila-bila boleh naik dan turun
[ Apokalips lyrics found on http://lyrics.my ]
Apokalips
Apokalips
Apokalipsapokalips
1. 2. 3. Do. Re. Mi.
Apa nak jadi
Alif. Ba. Ta. A. B. C.
Apa nak jadi
Akan terjadi
Hujan pasti berhenti
Ada masanya kita suka berteman
Ada masanya kita suka bersendiri
Ada masanya kita suka berjalan
Ada masanya kita suka..
1. 2. 3. Do. Re. Mi.
Apa nak jadi
Alif. Ba. Ta. A. B. C.
Apa nak jadi
Akan terjadi
Hujan pasti berhenti
1. 2. 3. Do. Re. Mi.
Apa nak jadi
Alif. Ba. Ta. A. B. C.
Apa nak jadi
Akan terjadi
Hujan pasti berhenti
1. 2. 3. Do. Re. Mi.
Apa nak jadi
Alif. Ba. Ta. A. B. C.
Apa nak jadi
Akan terjadi
Hujan pasti berhenti
1. 2. 3. Do. Re. Mi.
Apa nak jadi
Alif. Ba. Ta. A. B. C.
Apa nak jadi
Akan terjadi
Hujan pasti berhenti
Thursday, November 24, 2016
Sahabat Gua
Sahabat Gua
M Nasir
Berapa banyak bintang di langit
Engkau hafali ya Sahibul Kahfi
Tak akan sama bintang yang satu ini
Yang kau kenali di dalam hati
Terang walaupun dia tersembunyi
Cemburukan matahari
Cahaya berseri-seri
Jika engkau kenali
Kita ditakdirkan lari
Jauh dari kezaliman
Terperangkap dalam gua ini
Hingga masa Tuhan tunjuk kebenaran
Mari ikut rentak ku
Rentak tari dulu-dulu
Lagu marhaen sederhana
Disini tiada duka
Terima saja dengan redha
Perananmu dalam dunia
Kerana pegangan
Engkau hadapi
Dugaan ini ya Sahibul Kahfi
Kamil !
Kalimah kebenaran telah zahir
Tak usah engkau ragukan
Kita datang dari dia
Kita pulang padaNya
Banyak ayat mujarobat
Bisa menawarkan luka
Namun penyakit jiwa ini
Tak bisa ditawan tanpa penyerahan...
Manifesto Diri
Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias
Kita dimatangkan oleh pengalaman dan usia kita. Mazhab
diri ialah ilmu, kasih sayang dan beradab.
1. Manusia
dinilai secara individu bukannya secara institusi. Kebenaran dan kebaikan
bergantung kepada diri seseorang. Kebenaran seseorang sangat berkaitan dengan
taqwa-iman, ilmu dan adab-akhlak seseorang. Seseorang perlu membebaskan diri
mereka daripada syirik luaran dan dalaman-hati, kemudian mengamalkan Islam
secara keseluruhan berpandukan al Quran dan al sunnah.
Kebaikan pada diri manusia berdasarkan sikap dan
tindakan semasa seseorang. Keburukan saat ini belum tentu buruk sepanjang masa.
Kebaikan pada diri manusia terdapat pada seseorang yang berada dimana-mana jua
organisasi/institusi dan kalangan bukan Islam.
Berada dalam organisasi Islam, belum tentu seseorang
itu Islamik. Perlembagaan Organisasi Islam menjaga luaran diri agar mengawasi
diri seseorang berada dalam kawalan syariat. Tetapi hakikat sebenar ialah iman
kita. Iman/keyakinan kita perlu mengikuti syariat dengan sebenar-benarnya.
Begitulah sebaliknya dalam organisasi bukan Islamik.
2. Tidak
taksub kepada individu-tokoh dan institusi, kebenaran kepada sumber ilmu.
Kehidupan bukan bergantung kepada seseorang individu dan sesebuah organisasi.
Pegangan kita adalah mazhab ilmu iaitu berpegang kepada kebenaran sumber ilmu
iaitu al Quran dan al Sunnah.
Para ulama hanya penyusun ilmu dan penyebar maklumat
tentang Islam. Kita mesti menghormati dan beradab dengan mereka. Punbegitu kita
tidak boleh taksub kepada mereka. Untuk mengelakkan ketaksuban, kita
pelbagaikan para guru kita dan pandangan muktamad adalah al Quran dan al Sunnah
bukannya kata-kata guru kita tanpa nas.
3. Menjauhi kritikan. Kritikan hanya kepada
zahir kesalahan bukannya pada orangnya. Kita jangan mengkritik atau menolak
kebaikan walaupun kebaikan itu dilakukan oleh musuh dan orang yang kita benci.
Walaupun kebaikan itu disyaki beragenda tertentu, kita
serahkan muslihat itu kepada Allah sebab hati seseorang tidak dapat dibaca.
Seseorang yang dikritik pada hari ini belum tentu
menjadi bertambah teruk. Hati manusia boleh berbolak balik imannya. Maka berdoalah untuk hidayah seseorang dan
moga hati kita ditetapkan iman oleh Allah SWT.
4. Mementingkan praktikal ilmu bukan sekadar
wacana dan diskusi ilmu sahaja. Usia 20-an cukup seronok dengan wacana dan
perbincangan. Usia 30 an, wacana dan perbincangan menjadi hambar dan hampa
tanpa amalan. Mencari ilmu untuk beramal dan bermanfaat pada diri dan
masyarakat setempat. Jadikanlah mengingati
MATI dan Hari Akhirat sebagai motivasi diri untuk beramal bukan setakat
menjadi bijak dan genius sahaja.
5. Meraikan perbezaan dengan menghormati.
Perbezaan perlu disikapi dalam konteks ilmu dan adab. Tanpa konteks ilmu dan adab, kita akan menjadi biadap.
Kita tidak mengira ketinggian ilmu dan pakaian ulama
kamu, kami mengira adab-pengamalan Islami kamu. Adab-akhlak-pengamalan Islami
pangkal hujung kepada ilmu.
6. Kebenaran mutlak adalah bersumberkan al
Quran dan al Sunnah. Jangan hanya ikut
ulama, jika tidak kita akan kecewa dengan kelemahan, kekurangan dan kesilapan
ulama. Ikut al Quran dan al Sunnah teruskan kepada kitab al Quran, kitab
hadith dan syarah para ulama muktabar. Kita mesti belajar ilmu agama Islam
untuk mendekati diri kepada Allah bukannya mengharapkan pada ulama sahaja.
7. Islam perlu diterima secara syumul atau
holistik. Kita menolak Islam diterima secara selektif atau sebahagian sahaja.
Islam bukan sekadar kebudayaan tetapi addin satu peraturan kehidupan.
Islam itu mudah dan mengikut kemampuan tetapi tidak
boleh bermudah-mudahan dengan Islam tanpa
mengetahui kaedah ilmu yang betul.
Pada akhir zaman, hukum
perundangan Islam dan pemerintahan Islam menjadi titik noktah sama ada kita
Islam secara keseluruhan atau Islam sebahagian sahaja.
8. ‘Aqal memerlukan syariat dan syariat
berhajat kepada aqal tetapi aqal tidak
boleh mengatasi syariat. Aqal dengan syariat dapat mengenal Allah. Aqal
dengan syariat membolehkan manusia lebih berdisiplin.
9. Menerima ideologi, pemikiran dan kebudayaan
bukan Islam bagaikan menolak ajaran Islam. Mencampur aduk Islam dengan
ideologi, pemikiran dan kebudayaan bukan Islam boleh menenggelamkan tujuan
Islam ke dalam lumpur kehendak akal-nafsu manusia yang batil.
Islam perlu diterima mengikut
kehendak al Quran dan al Sunnah bukannya kehendak akal-nafsu manusia.
Islam perlu dinilai berdasarkan kacamata al Quran dan
al Sunnah bukannya pandangan akal-nafsu manusia semata-mata.
10. Pada akhir zaman, perbalahan sesama Islam
berleluasa. Ulama bertembung sesama ulama. Orang awam menjadi keliru pihak mana
yang lebih benar.
Orang awam kena pertingkat iman dan ilmu Islam mereka
dalam menghadapi zaman akhir zaman. Pegang pandangan al Quran dan al Sunnah
dengan sebenar-benarnya dengan ilmu yang dipelajari, dengan akhlak terpuji dan
dengan tujuan yang benar bukan batil.
Jangan terjerumus dalam pihak yang dikatakan kelompok
perubahan yang tersilau dengan pemikiran orientalis dan kelompok agama yang
tersilau dengan material dan kekuasaan politik.
Jaga iman dan akhlak dengan ilmu yang benar.
Moga kedaifan diri dalam ilmu dan amal, kemampuan dan
iman, akhlak dan istiqamah dapat diislahkan pada akhir hidup kita.
Catatan Tiga Halaman (Catihal) : Siapa Diri Kita, Walaun atau Maha Firaun?
Oleh
Permata Dalam Cahaya
Ilmu -> Pemilihan ->Darjah Keyakinan/Keimanan à->Tindakan/Amalan/Akhlak
1. Ilmu
Kebenaran sumber ilmu sangat penting dalam menentukan
pilihan yang kita buat. Kebenaran sumber ilmu bergantung kepada
a)
Sumber ilmu yang paling benar yakni al Quran dan al Sunnah
b)
Kaedah-kaedah ilmu dalam mengambil hujah daripada sumber ilmu
c)
Tujuan dan niat yang benar bukannya batil dan sesat.
d) Guru berwibawa iaitu beriman, pengetahuan tinggi,
akhlak terpuji, ciri-ciri seorang mujtahid, bersifat rabbani, mursyid dan
murabbi
e) Ilmu pertama ialah ilmu tauhid. Ilmu mengenal
Allah.
2. Pemilihan
Seorang manusia perlu membuat pilihan atau keputusan
berdasarkan ilmu yang benar. Keputusan dan pemilihan ini perlu bersifat adil.
Keadilan terbahagi kepada dua iaitu [a] keadilan yang benar di sisi Allah dan
[2] keadilan yang baik disisi manusia. Keadilan hendaklah mengikut neraca yang
ditentukan oleh Allah bukannya kehendak akal-nafsu semata-mata.
3. Darjah Keyakinan dan Keimanan
Pemilihan yang adil menentukan darjah
keimanan/keyakinan kita terhadap sesuatu perkara. Ia menentukan kekuatan dan
keupayaan sebenar tahap keimanan/keyakinan diri seseorang.
4. Tindakan/Amalan/Akhlak
Daripada darjah keimanan/keyakinan, kita dapat
menentukan sejauhmanakah tindakan/amalan/akhlak kita mengikuti ilmu yang benar?
Dan sejauhmanakah istiqamah kita?.
5. Pentafsiran Islam
Darjah keyakinan/keimanan menentukan tahap kefahaman
seseorang manusia. Kefahaman bukannya sahaja datang daripada ilmu dan
pengalaman tetapi datang daripada TAQWA. Taqwa adalah kesan daripada darjah
keyakinan/keimanan yang tinggi dibuktikan dengan amalan yang istiqamah.
Dalam perkara yang ranting atau boleh berubah-ubah,
umat Islam dibenarkan berbeza pendapat. Perkara ini adalah rahmat kerana setiap
budaya, zaman dan tempat mempunyai perbezaan. Dalam perkara yang tetap dan
muktamad, ia wajib dilakukan tanpa kompromi. Justeru, sesetengah pihak
mengambil kesempatan ke atas waqi’ dengan
hujah maslahah, maqasid syariah dan kelainan pendekatan untuk bertujuan batil iaitu
menolak sebahagian daripada Islam. Perkara ini bertambah rumit apabila kalangan
mereka itu adalah para ulama dan lulusan pengajian agama Islam.
Walaupun mereka kalangan ulama atau lulusan pengajian
Islam, kita dapat mengesan kebatilan mereka melalui beberapa ciri-ciri iaitu
a) Pengaulan mereka bersama-sama orang soleh atau
tidak
b) Pengamalan Islam secara syumul atau
sebahagian-sebahagian
c) Bertindak dalam keadaan merugikan perjuangan Islam
dan umat Islam.
d) Beralasan dalam pelaksanaan Islam.
e) Menolak hukum syariat Islam dan Negara Islam
f) Membawa Islam mengikut kehendak Barat dan
akal-nafsu mereka bukannya berdasarkan al Quran dan al Sunnah.
g) Islam bertaraf teori dan wacana bukannya praktikal.
h) Terlarut dalam Sekularisme, Pluralisme dan
Liberalisme [SEPILIS] dalam pengamalan, pemikiran dan penghujahan mereka secara
lisan, amalan dan penulisan.
i) Mencampur aduk antara kemungkaran dan kebenaran
Islam.
Disiapkan
pada 26/5/2016 jam 10.30 Malam.
Berteman SEPILIS di Taman Perbukuan.
Oleh Aku Dalam Chermin[1]
Era ledakan maklumat melalui gajet dan internet mewujudkan tsunami yang
menganasi iman dan adab-akhlak manusia. Gajet dan internet telah menjadi agen
pembudayaan yang cukup berpengaruh dalam mengubah corak berfikir, kehidupan
masyarakat, peradaban dan kebudayaan masyarakat dunia.
Antara impak era ledakan maklumat ini ialah pengukuhan pengaruh Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme atau
SEPILIS di negara-negara Islam.
Malaysia tidak terkecuali dalam perencanaan Barat menakluki dunia dengan
kebudayaan, ekonomi, politik dan pemikiran.
Sekularisme, Pluralisme dan
Liberalisme (SEPILIS)
SEPILIS antara buah pemikiran dan ideologi ciptaan akal-nafsu manusia
yang mendominasi masyarakat dunia pada hari ini. Antara ciri buah pemikiran dan
ideologi ciptaan mengikut kehendak akal-nafsu manusia ialah
1.
Menolak
kehadiran Tuhan dalam pemikiran dan pendekatan.
2.
Bersifat
dualisme dan menolak kebenaran mutlak serta menerima kebenaran relatif.
3.
Memenuhi keseronokan
akal-nafsu
4.
Membezakan
urusan peribadi dengan masyarakat
5.
Bersikap
menyisih atau menolak peranan agama
6.
Mencampur
aduk al Quran dengan pemikiran ciptaan manusia yang jelas menyeleweng daripada
ajaran al Quran sendiri.
|
Faham
|
Huraian
Ringkas
|
|
Sekularisme
|
Pandangan Muhammad Uthman el
Muhammady
1. secara mudahnya bermaksud dunia ini.
2. tidak kaitan dengan agama
3.tidak memperdulikan pertimbangan yang timbul daripada kepercayaan
kepada tuhan, alam abadi dan alam ghaib
|
|
Pluralisme
|
1.Semua tradisi agama adalah sama merujuk kepada hakikat tertinggi
yang satu
2.Semua agama adalah sama menawar jalan kepada keselamatan
3. Kebenaran itu adalah relatif
|
|
Liberalisme
|
1. Cenderung kepada kebebasan[2]
2. Pemerintahan demokratik
3. Individualistik
4. Rasional Akal dan Pragmatis
|
La Ilaha Illa’Llah: Pandangan
Hidup Seorang Muslim
Dalam setiap aspek kehidupan sama ada dalam sosial, ekonomi dan
politik, kelurusan aqidah-tauhid menjadi perkara paling utama. Kelurusan
aqidah-tauhid secara mudahnya kita meletakkan Allah SWT mendahului semua
perkara walaupun kita dilihat rugi di sisi manusia dan pandangan kita ditolak.
‘Dari Allah, Cara Ditentukan
oleh Allah, Untuk Allah’
Slogan di atas mengambarkan setiap sesuatu yang kita lakukan MESTI yang diperintahkan oleh Allah,
dilakukan dengan cara yang ditentukan
oleh Allah dan Rasul-Nya dan bertujuan untuk Allah. Kita hamba Allah hanya
layak melakukan segala yang diperintah oleh Allah sebagai tanda aras pengabdian
kita kepada-Nya.
Dalam melayari kehidupan ini, kita perlu beransur-ansur meninggalkan
sifat kejahilan yang ada pada diri kita dengan mengapai bahtera yang ditentukan
oleh Allah SWT iaitu Islam. Semakin berusia, semakin mendekati Allah dengan
jalan yang ditentukan oleh Allah bukannya mengikut logik akal kita dan kehendak
nafsu kita. Ketundukan kita kepada Allah, itulah Islam.
Jika kita seorang sekularis, pluralis, ateis, liberalis, punker, rocker
dan sebagainya, seharusnya kita meninggalkan ‘dunia-dunia ini’ untuk berada
dalam ‘dunia’ Islam. Manusia makhluk yang lemah, lalai dan banyak melakukan
kesilapan mesti insaf dan sedar bahawa kehidupan ini hanya sementara. Kita
tidak tahu bila kita meninggal dunia dan bagaimana kita mati. Justeru, sangat
wajar peningkatan usia perlu dijadikan tanda aras untuk kita insaf dan sedar
bahawa mati itu dekat dan Islam hanya satu-satunya jalan yang dapat mendekatkan
kita kepada Allah, Tuhan Yang Hak.
Para ulama terdahulu khususnya ulama nusantara seringkali menyatakan
kepentingan ilmu tauhid kerana ilmu ini menentukan darjat keimanan seseorang
kepada Allah SWT.
Sebagai seorang muslim, kita perlu memperkasakan akhlak dan
memartabatkan aqidah-tauhid kita. Dalam Manhalush
Shafi, Syeikh Daud al Fathani menyatakan tentang martabat tauhid yang
terbahagi empat martabat iaitu:
Pertama, Tauhid Uluhiyah
iaitu menafikan ketuhanan daripada segala yang lain daripada Allah SWT dan mengitsbatkan dia kepadaNya.
Kedua, Tauhid Af’al iaitu
menafikan fi’il yang hakiki daripada
segala yang lain daripada Allah SWT dan mengitsbatkan dia kepadaNya.
Ketiga, Tauhid Shifat iaitu
menafikan segala sifat yang hakiki daripada segala yang lain daripada Allah SWT
dan mengitsbatkan dia kepadaNya.
Keempat, Tauhid Zat atau Tauhid Wujud Haqiqi iaitu menafikan
wujud yang hakiki daripada segala yang lain daripada Allah SWT dan mengitsbatkan dia kepadaNya.
Tauhid yang empat ini terkandung dalam kalimah La Ilaha Illa’Llah. Kefahaman terhadap martabat tauhid ini
meningkatkan darjat keyakinan-keimanan kita.
Setelah kita beriman kepada Allah, jangan sesekali merosakkan iman.
Jika ia rosak, tanggungjawab besar kita mengembali iman ke dalam diri kita.
Jaga iman kita daripada rosak yakni kufur.[3]
Dalam Islam, jenayah paling besar adalah riddah iaitu keluar dari Islam. Jika tidak bertaubat, seseorang itu
boleh dihukum bunuh.[4]
Muhammadur Rasulullah: Nabi
Muhammad Insan Sempurna
1. Nabi Muhammad Adalah Manusia
Biasa
Nabi Muhammad SAW adalah manusia biasa.[5]
Baginda bukan manusia luar biasa yang magis atau malaikat. Dalam Perang Uhud,
Nabi Muhammad tercedera. Baginda makan, minum, beribadah dan berkahwin. “Sesungguhnya Nabi Muhammad ialah seorang
hamba, yang memiliki bagi dirinya sendiri [kuasa] memudaratkan dan
memanfaatkan, mati dan hidup kecuali apa yang Allah dikehendaki.”[6]
Kini ada satu aliran pemikiran yang mempertikaikan kewibawaan Nabi
Muhammad SAW. Mereka mempopularkan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah manusia
biasa. Ia satu kenyataan yang benar tetapi tujuan yang jahat. Lihatlah
kenyataan kaum Nabi Nuh yang mempertikaikan Nabi Nuh.[7]
Begitu juga dengan tindakan kaum Nabi Syuaib[8].
Sememangnya para nabi dan rasul adalah manusia biasa. Cuma kita masih tidak
mendengar bahawa ada kalangan Umat Islam mengatakan baginda gila sebagaimana
dinyatakan oleh masyarakat Quraish.[9]
Antara orientalis yang menyerang keperibadian Nabi Muhammad ialah Gustav
Weil dan Alogs Spreangar. Isu yang seringkali dibangkit bahawa Nabi Muhammad
seorang histeria yang teruk dan kritikal. Tujuan mereka untuk menghina dan
menghakiskan kewibawaan dan kerasulan Nabi Muhammad SAW.
Nabi Muhammad SAW adalah manusia biasa tetapi unik dan istimewa. Unik
dan istimewa inilah yang membezakan baginda dengan manusia lain. Baginda adalah
Nabi-Rasulullah SAW yang memiliki mukjizat teragung iaitu al Quran. Bezanya dengan
manusia yang lain ialah, baginda menerima Wahyu[10]
daripada Allah SWT melalui Jibril.
Kita perlu memahami Rasulullah SAW dengan cara yang betul melalui
memahami kedudukan yang sebenar dan mengenali semua aspek kehidupannya agar
kita menyayangi dan mentaati ajarannya. Mengenali Rasulullah SAW yang paling
bagus melalui al Quran dan hadith. Menyayangi dan mentaati Rasulullah SAW
bermakna kita mentaati Allah.
Rasulullah SAW sendiri melarang pengagungan dan pemujaan melampau Umat
Islam kepada baginda sebagaimana yang dilakukan oleh Orang Nasrani terhadap
Nabi Isa AS. Nabi Muhammad SAW mengajar para sahabatnya mencintai Allah SWT.[11]
Justeru, Rasulullah SAW adalah manusia yang biasa tetapi istimewa.
Biasa kita tidak sama dengan biasa baginda. Oleh itu, marilah menjadikan
Rasulullah SAW sebagai suri tauladan kita dalam kehidupan.[12]
2. Nabi Muhammad SAW Sebagai Insan Sempurna Menurut Afzalur Rahman
Nabi Muhammad SAW merupakan manusia yang mempunyai tabiat semulajadi
seperti manusia yang lain. Tetapi baginda adalah manusia sempurna dari setiap
segi. Baginda telah membentuk satu prinsip kelakuan melalui kata-kata dan
amalan yang unik dan seterusnya menjadi contoh kepada manusia yang lain.
Nabi Muhammad SAW menerima manusia mempunyai keinginan dan kelemahan
dan menunjuk cara untuk memenuhi keinginannya disamping mengatasi kelemahan, ia
menaikkan darjat kemuliaan seeorang manusia saleh mengatasi malaikat. Nabi
Muhammad SAW sudah menampilkan contoh tauladan dalam kehidupan baginda
mentafsirkan al Quran melalui cara hidup seharian baginda. Mereka (kita semua)
perlu meneruskan kehidupan seharian tetapi hendaklah beriman kepada kekuasaan
dan keagungan Allah SWT. Manusia perlu menjadi hamba Allah yang mentaati Allah setiap masa, waktu dan
tempat.
Semua kerja seharian dan memenuhi keinginan diri merupakan satu
ketaatan dan kebaikan jika ia dilakukan berdasarkan perintah Allah SWT dan
Rasul-Nya. Dengan melakukan kerja dengan IKHLAS dan sepenuh hati kerana Allah,
seseorang akan mencapai darjat kerohanian yang tinggi dan pada masa yang sama
masih menikmati kehidupan seharian yang biasa bersama isteri dan anak-anak.
Tugas baginda terpenting ialah membetulkan kepercayaan kaumnya.
Kepercayaan paling buruk adalah syirik. Pembebasan manusia daripada syirik
adalah tugas utama para rasul.
Pada hemat penulis, Nabi Muhammad SAW adalah manusia biasa kerana
setiap amalan yang baginda lakukan adalah amalan yang mampu manusia lain
melakukannya. Baginda boleh dijadikan KPI dalam pembudayaan Islam dalam diri,
keluarga dan masyarakat. Perbezaan kita dengan Nabi Muhammad SAW ialah darjah
keimanan atau kerohanian yang tertinggi dalam kalangan manusia dan makhluk
Allah daripada kejadian Bumi sehingga Kiamat. Justeru, darjat keimanan ini
sewajibnya dibaiki dan dimunasabah akan terus meningkat sesuai dengan
peningkatan usia dan kematangan.
3. Sistem Kehidupan Yang
Ditunjuk Oleh Rasulullah
Syahadah kedua iaitu pengakuan kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad SAW
mempunyai dua rukun. Al Isbat ialah dengan mensabitkan segala bentuk ibadat
dan peraturan hidup hanyalah berdasarkan kepada apa yang dibawa oleh Rasulullah
SAW dan tiada sebarang sistem lain yang boleh berkongsi dengannya. Rukun kedua,
menafikan segala sistem yang ditunjukkan
oleh selain baginda.[13]
Kehadiran pelbagai ideologi, pemikiran dan kebudayaan yang jelas
bertentangan dengan Islam WAJIB ditolak. Jika terjerumus ke dalam lubangnya,
panjat kembali kepada Islam.
Islam yang diamalkan perlu selaras dengan al Quran dan sunnah Rasul-Nya
bukannya Islam ikut-ikutan tanpa pengetahuan yang benar. Maulana Abu’l A’la al
Maududi menegaskan, Islam adalah sebutan terhadap pengetahuan dan tindakan mempraktiskan
pengetahuan tersebut. Pengetahuan dan tindakan mempraktiskan itu dapat
diperolehi daripada al Quran, hadith dan sirah baginda serta pengalaman sahabat
baginda.
Manusia Yang Terpengaruh Dengan
SEPILIS
Umat Islam pada hari ini mempunyai pelbagai latar belakang. Latar belakang
individu banyak mempengaruhi pemikiran mereka. Antara faktor disebabkan latar
belakang tersebut ialah
1.
Berasal
daripada bukan Islam terutamanya yang berasal daripada Barat. Latar belakang
mereka yang asali banyak mempengaruhi pemikiran mereka. Ia berlaku sebagaimana
munculnya kisah israliyyat.
2.
Orientalis
Bukan Islam yang mengkaji Islam
3.
Orang
Islam yang belajar di Barat. Keterujaan terhadap pemikiran Barat dan mahu
mengubah masyarakat dengan pemikiran Barat.
4.
Minoriti
orang Islam yang tinggal di negara Barat. Mereka cuba mentafsirkan agama
sebagai kehidupan mereka di negara Barat kepada masyarakat Islam di negara
majoriti umat Islam.
5.
Guru,
institusi, organisasi, buku dan tempat belajar juga mempengaruhi pemikiran
seseorang.
6.
Pemikir
dan pejuang Islam yang terperangkap dengan agenda Barat terutamanya yang
memcampur aduk pemikiran Islam dengan Barat dan menerima dana daripada Barat[14].
7.
Kelompok al indiyyah iaitu golongan yang menerima
kebenaran yang pelbagai berdasarkan sudut pandangan yang berbeza dan kadangkala
bertentangan.
Serangan Terhadap al Quran[15]
dan Hadith
Orientalis Barat telah menyediakan tapak-tapak untuk intelektual anak
didik mereka meneruskan perjuangan mereka di tanah air masing-masing. Mereka
cuba menyerang dan menggugat dua tunjang utama sumber ilmu Islam iaitu al Quran
dan hadith.
Serangan terhadap al Quran dengan mengemukakan pandangan orientalis[16]
dan tokoh Islam bahawa al Quran perlu [1] disusun semula, [2] ditafsir semula
dan [3] kritikan terhadap ketulenan al Quran. Pandangan [1] pernah disuara oleh
tokoh-tokoh Islam seperti Agus Salim yang mahu al Quran disusun mengikut
kronologi ia diturunkan. Pandangan [2] dianuti dan dilemparkan oleh tokoh-tokoh
liberal seperti M. Amin Abdullah.[17]
Pandangan [3], kebanyakannya para orientalis Barat seperti John Pitt,[18]
Goldziher Margelot dan George Sale.
Antara orientalis terkenal dalam
yang mengkaji al-Qur’an ialah Abraham
Geiger (1874),[19] Theodor
Noldeke,[20] Friedrich
Schwally,[21] Arthur
Jeffery,[22] Gerd A.
Puin,[23]
dan Christoph Luxenberg.[24]
Anak murid dan pengekor orientalis mahu mengunakan metodelogi
pentafsiran hermeneutik dalam
mentafsirkan al Quran. Metodelogi ini digunakan digunakan oleh ahli teologi
Kristian dan Yahudi untuk memahami teks bible.Tujuan utama hermeneutik menurut Encyclopedia Britannica, edisi 15 (1995)
ialah untuk mencari nilai dan kebenaran bible. Perkara ini menunjukkan bahawa
ahli teologi Kristian dan Yahudi mempunyai masalah dengan teks-teks kitab suci
mereka.[25]
Perkara ini membezakan dengan al Quran bahawa semua orang Islam sepakat bahawa
al Quran adalah kalam Allah, diabsahkan kedudukannya dan tidak mempunyai
masalah dengannya.
Orientalis Barat yang mengkaji dan mendalami pengkajian hadith pula
ialah A. J Wensinck, A. Sprenger, I. Goldziher, J. Horovitiz, T.W Juynboll,
Edward E. Esalisbury, O.V. Hondas, L. Krehl, W.M.Watt, J. Schacht, J. Robson
dan lain-lain. Mereka mengkritik isnad, penulisan hadith, hadith dan tokoh.
Orientalis Barat mengkritik ketulenan dan autoriti hadith dan
mengkritik pengajian hadith. I. Goldziher sebagai contoh mengatakan
masyarakat Islam abad pertama ialah
1.
Masyarakat
Islam yang jahil terhadap agama, dalam praktis dan aqidah
2.
Islam
dapat disesuaikan dengan ideologi bersistem.
I.Goldziher dan A. Guilllaume meragui keabsahan hadith yang dihafaz dan
sistem pengajian hadith secara lisan lebih kurang 100 tahun.
Allah memimpin kefahaman ilmu kepada umat Islam. Islam itu adalah
sumber ilmu. Kenyataan bahawa masyarakat Islam abad pertama adalah jahil agama,
dalam praktis dan aqidah adalah satu dakwaan jahat. Wahyu pertama konsep IQRA
membuktikan bahawa ketamadunan Islam bermula dengan ilmu dan membaca.
Generasi awal Islam terkemuka dengan sifat genius, bertaqwa, berwibawa
dan kuat ingatan. Mereka juga menulis hadith-hadith Rasulullah SAW pada
lembaran-lembaran atau sahifah
peribadi. Antara sahabat Rasulullah SAW tersebut ialah Abdullah Bin Amru dengan
al Sahifah al Sadiqah dan Abu
Hurairah dengan al Sahifah al Sahihah.
Generasi awal Islam mempunyai kaedah menerima dan meriwayat hadith yang
tegas. Antara prinsip yang mereka pegang ialah [1] mengurangkan riwayat,
[2]Teliti menerima dan meriwayat hadith, [3] Menghalang sahabat yang menjadi
perawi daripada menyatakan hadith yang tidak sesuai diriwayatkan kepada
masyarakat umum, [4] Menghadkan hanya yang benar-benar berminat dan thiqah mendengar hadith, [5] Tidak
berbohong atas nama dan diri Rasulullah dan [6] hadith yang disampaikan perlu
mempunyai kesaksian sebagai bukti tidak bersendirian meriwayatkan hadith.
Pada abad pertama Hijrah, berlaku perkembangan dalam ilmu pengajian
hadith. Perkembangan bertambah rancak dan terserlah pada zaman Khalifah Umar
Abdul Aziz apabila beliau mengarahkan Abu Bakar bin Hazm mengumpul dan mencatat
hadith Rasulullah SAW mengunakan kaedah ilmu pengajian hadith tertentu.
Pengajian bersanad melalui ilmu riwayah dan dirayah banyak membantu keabsahan
dan ketulenan hadith.
Kewibawaan guru menjadi kekuatan paling besar dalam keabsahan dan ketinggian
pengajian hadith sehingga melaberak para orientalis Barat.
Menyatakan Islam dapat disesuai dengan ideologi bersistem adalah satu
dakwaan yang dangkal kerana Islam adalah addin
iaitu satu sistem peraturan hidup/cara
hidupa dan aqidah.
Ulama Bukan Pewaris Nabi
Hakikat ilmu menurut Al-Imam Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah pernah
berkata :
1.
Bukanlah ilmu itu dinilai dengan banyaknya
riwayat.
2.
Bukan
pula dengan banyak berkata-kata.
3.
Tetapi
ilmu itu adalah cahaya yang Allah letakkan di dalam hati seseorang.
4. Melalui cahaya tersebut, seseorang hamba dapat
memahami jalan kebenaran.
5. Dengan ilmu tersebut juga, seseorang itu dapat
membezakan di antara kebenaran dan
kebatilan.
"Ya Allah, kurniakanlah
kepada kami ilmu yang bermanfaat dan amal soleh yang diterima di sisi-Mu."
Pada zaman sekarang, ramai agamawan bersifat jahat atau su. Mereka juga dikenal agamawan berbaju
‘Islamis’ berjiwa ‘orientalis’. Mereka terpengaruh dengan
agenda Barat dan termakan budi seseorang, organisasi atau pemberi dana. Ada kalangan mereka bertujuan baik untuk
mengislah umat Islam tetapi mengunakan pendekatan atau pemikiran hasil kerangka
pemikiran para orientalis atau pemimpin kalangan musuh Islam. Agamawan
seumpama ini tidak memahami dengan jelas hakikat ilmu sebagaimana saranan
Al-Imam Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah di atas.
Hakikat ilmu menurut Imam al Muhasibi ialah
1.
Hendaklah
kamu bersifat benar dalam
pencarianmu, pasti engkau mewarisi ilmu yang mendalam
2.
Hendaklah
kamu mencari ilmu yang membawa engkau
kepada taufik yang suci, kejayaan orang berilmu ialah beramal dan takut
kepada Allah.
3.
Kefahaman
mengikut tahap akal dan ilmu seseorang, maka dengan tahap kefahaman itulah menunjukkan tahap taqwa
dan takutnya seseorang kepada Allah.
4.
Allah
mengurniakan akal dan menghidupkannya dengan ilmu sesudah memperolehi iman dan
ditunjukkan kepadanya keyakinan, carilah
kebaikan dalam bertaqwa dan ambillah ilmu daripada orang yang takut kepada
Allah
Menurut Imam al Muhasibi lagi, akal perlu ditemani oleh perkara di
bawah, jika tidak akal ditewaskan oleh nafsu. Perkara itu ialah:
1.
Melebihkan
TAAT daripada MAKSIAT
2.
Melebihkan
ILMU daripada KEJAHILAN
3.
Melebihkan
AGAMA daripada DUNIA
Hakikat ilmu sebenarnya membawa
akal dan diri kita kepada taqwa dan takut kepada Allah SWT. Ulama dan penuntut ilmu tidak boleh
membiarkan diri mereka tewas kepada nafsu mereka.
Menurut Imam al Ghazali, hakikat ikhlas ialah
menjadikan segala amalan kita hanya untuk Allah SWT dan hati engkau tidak
merasa senang dengan pujian manusia dan engkau tidak peduli dengan kecaman
mereka. Tanpa ikhlas, amalan adalah sia-sia.
Hakikat amal pada niatnya. Niatnya lebih baik daripada amalnya. Amalan adalah buah iman yang dibajai
oleh niat yang benar. Belum betul-betul beriman jika belum mendorong orangnya
bekerja bersungguh-sungguh untuk beramal. Iman merupakan keyakinan tentang
kebenaran sesuatu, ketenangan hati menikmatinya dan keinginan untuk berjuang
menyampaikannya kepada orang lain.
Hakikat amal
dirosakkan oleh rosaknya hati.
Menurut Imam al Muhasibi, punca rosaknya hati ialah meninggalkan muhasabah dan terpesona dengan panjang angan-angan,
maka apabila seseorang ingin kebaikan hatinya berdiri bersama iradah dan di
sisi khuatir (ilham), maka ambillah apa yang datang dari Allah SWT dan
tinggalkan yang datang dari selain-Nya, tanganilah panjang angan-angan dengan
mengingati mati. Perkara sia-sia dan angan-angan bergerak dari hati kepada
telinga, mata, lidah, tangan-kaki, makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Sesetengah ulama dan lulusan pengajian Islam yang terpengaruh dengan
SEPILIS gagal memahami hakikat ikhlas, hakikat ilmu dan amal sehingga mencari
jalan dan alasan membenarkan hujah-hujah kelompok SEPILIS. Mereka dikhayalkan
oleh pembaharuan/reformasi dan pembangunan yang menghilangkan ketakutan kepada
Allah dan mengikis akidah umat Islam. Tindakan mereka dilihat baik di sisi
manusia bukan Islam tetapi merugikan umat Islam.
Contoh, penolakan pelaksanaan perundangan Islam dengan pendekatan
maqasid syariah. Pada hari ini, kelompok SEPILIS mengunakan pendekatan 2 + 1
dimana satu pihak [1] secara keras menentang perundangan Islam. Satu pihak [2]
lagi mengunakan pendekatan sederhana dimana mereka tidak menolak tetapi
mengemukakan alasan untuk menangguhkan pelaksanaan dengan hujah-hujah Islami.
Penghujahan kelompok SEPILIS [2] telah mengelirukan umat Islam kerana
ia selari dengan pendirian kelompok Islam daripada mazhab maqasidi. Lebih sukar
apabila kedua-dua kelompok ini bersatu dengan tujuan dan kefahaman ilmu yang
sama tetapi niat yang berbeza.
Perbezaan kelompok SEPILIS [2] dengan kelompok Islamis mazhab Maqasidi
ialah
1.
Kelompok
Maqasidi masih mengakui dan berniat melaksanakan perundangan Islam tetapi waqi’ masih belum bersedia.
2.
Kelompok
Maqasidi mengamalkan Islam sebagai Addin
dalam kehidupan seharian termasuk dalam pemikiran dan gaya hidup mereka.
3.
Kelompok
Maqasidi masih berpegang kepada kesyumulan Islam berbanding kelompok SEPILIS
[2] berpegang kepada perkara yang menguntungkan kelompok mereka sahaja.
Kenapa perundangan Islam perlu dilaksanakan di Malaysia?. Persoalan ini
jelas bertentangan dengan kelompok Islamis Mazhab Maqasidi. Jawapannya ialah
1.
Pelaksanaan
perundangan Islam tertakluk kepada orang Islam sahaja. Ia dilaksanakan di
negeri Kelantan dan Terengganu dimana perundangan ini telah dimasukkan ke dalam
undang-undang negeri.
2.
Hendak
dilaksanakan di negeri majoriti umat Islam iaitu Kelantan dan Terengganu. Di
Kelantan, rakyat secara majoriti dalam sistem demokrasi telah memilih PAS dan
dasarnya yang mahu melaksanakan perundangan Islam.
3.
Perundangan
Islam adalah perjuangan yang cukup lama dari segi sejarah dan melalui kajian
yang cukup banyak.
4.
Dari segi
sejarah, perundangan Islam sudah lama bertapak dalam Kesultanan Melayu dan
dimansuhkan oleh penjajah British.
5.
Paling
tepat, ia ‘PERINTAH’ Allah SWT.
Lakukan tanpa ALASAN.
Masalah yang kebarangkalian timbul yang melambatkan pelaksanaan
perundangan Islam ialah
1.
Kemudahan
prasarana
2.
Pengetahuan
rakyat yang minima
3.
Tindak
balas kerajaan Persekutuan
4.
Permasalahan
teknikal dari segi undang-undang dalam sistem perundangan tersebut
Setiap perbezaan perlu berada dalam konteks ilmu dan adab. Kunci utama dalam konteks ilmu dan adab ini
ialah saling hormat menghormati antara
satu sama lain. Perbezaan pendapat/pandangan ulama dalam konteks ilmu
adalah rahmat buat umat Islam. Perbezaan ini bukan sepatutnya membawa ke arah
perbalahan tetapi membuka ruang lebih kepada memudahkan orang ramai dalam
beramal. Perbezaan perlu dalam konteks adab. Jika perbalahan terkeluar daripada
konteks adab, orang ramai boleh
mengambil ilmu daripada seseorang ulama tetapi menolak perbalahan dan sifat biadab ulama tersebut.
Perbalahan antara ulama perlu ditangani
dengan baik sebagaimana sifat hormat menghormati antara Imam Ibnu Taimiyyah
dengan Imam Nawawi yang hidup sezaman. Kita tidak menafikan ada permusuhan
antara ulama sehingga berlaku memperlekehkan sesama mereka. Sebagaimana contoh,
permusuhan di antara dua anak murid hebat Imam al Hafiz Ibn Hajar al Asqalani
iaitu Imam Jalaludin as Suyuti dengan Imam Sakhawi.
Kecelakaan paling besar kepada seseorang ulama ialah [1] menyeleweng
daripada aqidah Islam yang benar, [2] mencampur aduk antara kebenaran dan
kebatilan, [3] tidak berakhlak dan tidak warak, [4] mempergunakan agama Islam
untuk kepentingan diri, organisasi dan keluarga, [5] berada dalam kumpulan anti
Islam seperti kelompok SEPILIS, [6] tahu tetapi tidak beramal, beramal tetapi
tidak istiqamah dan [7] menjauhi lapangan dakwah dan masyarakat miskin dan [8]
menjadikan diri mereka sebagai ikon yang ditaksub dan popular.
Kita sebagai orang awam tidak
perlu membenci ulama kerana membenci ulama bagaikan membenci sebahagian
daripada Islam. Kita perlu
mengambil kebaikan dari segi akhlak yang baik dan ilmu yang bermanfaat daripada
para ulama dan menolak keburukan, kelemahan, kesilapan dan kelalaian para
ulama. Kita ambil kebaikan daripada Imam al Ghazali dan Imam Ibn Taimiyyah dan
menolak perbalahan antara mereka.
Ilmu Yang Bermanfaat
Percayalah, ilmu ada kekananan dan keutamaan yang perlu lebih
diutamakan. Jangan sesekali kita terperangkap dalam ‘perangkap kepalsuan elmu’ yang khayali. Ilmu tidak bertepi luasnya, ia
menyebabkan kaki kita tidak berpijak ekoran khusyuk membaca dan berwacana. Akal
merajai ilmu sehingga kita lupa bahawa Allah Memimpin Ilmu.
Tidak salah kita mempelajari ilmu-ilmu bersifat duniawi selagi kita
meletakkan Allah memimpin ilmu yang kita tekuni. Maksudnya, tujuan ilmu yang
kita pelajari adalah untuk kembali
mendekati Allah dan untuk kemajuan umat Islam. Tiga sifat utama yang perlu
ada pada penuntut ilmu ialah
1.
Tujuan
untuk pengabdian diri kepada Allah
2.
Untuk
kemajuan umat Islam
3.
Praktikal
pada diri bukan sekadar pengetahuan untuk dibaca atau diwacana sahaja.
Manfaat ilmu terasa apabila kita semakin mendekati Allah SWT,
mengamalkan Islam dengan lebih baik dan ilmu bukan lagi bualan-sembang wacana
nan kencang. Ilmu perlu berpijak kepada realiti kehidupan dan diamalkan di luar
bilik kuliah. Dalam kitab Ayyuhal Walad,
Imam al Ghazali menyatakan ilmu tanpa
amal ialah gila dan amal tanpa ilmu pula ialah sia-sia.
Berilmu bermakna kita telah memilih jalan dan pandangan/mazhab untuk
diri kita. Justeru, jangan sesekali kita mencampur adukkan pemikiran dan
kefahaman SEPILIS dengan Islam. Apatah lagi SEPILIS lebih mendominasi daripada
Islam dalam pencampuran pemikiran dan kefahaman tersebut baik dalam penulisan
dan lisan. Tiada sebahagian-sebahagian Islam melainkan
sifat orang munafik. Islam mesti diterima secara keseluruhan atau syumul
dan kita wajib menolak campur aduk antara kebenaran dengan kebatilan.[26]
Kita menolak tempelan ideologi pada Islam kerana ia lebih membawa
fitnah yang lebih besar kepada Islam walaupun kita menghormati pandangan
sesetengah sarjana atau ulama Islam menerima atas nama dakwah dan kepentingan
tertentu. Istilah seumpama Sosialisme Islam, Islam Hadhari, Muslim Moderat dan
lain-lain mewajarnya kita tolak kerana Islam difahami melalui kacamata yang
salah dan mengelirukan.
Tokoh panutan bagi seorang yang matang ialah Rasulullah SAW. Tiada
selain baginda. Pemikiran dan gaya hidup Rasulullah SAW terdapat dalam al Quran
dan al Sunnah. Seorang yang matang dalam beragama perlu menolak bertauladan
tokoh lain selain Rasulullah SAW. Tokoh seumpama Karl Marx, Che Guevara, Noam
Croamsky dan lain-lain wajar ditolak pemikiran dan budaya hidup mereka.
Tersihir Dengan Tokoh
‘Dengan Cak Nur kita mudah
tersihir dengan cungkilan pendapat intelektualisme dan retorik-pidato yang
bersemangat boleh menarik jiwa sang pendengarnya’
‘Dajal Penyihir yang menyihir
manusia mendekatinya. Berhati-hatilah’
Kita akan membicara persoalan pemikiran dan aqidah seseorang bukannya
akhlak seseorang. Ada kalangan kita akhlaknya terpuji tetapi aqidah dan
pemikirannya rosak dimamahi parasit SEPILIS. Mubaligh Kristian cukup sopan
santun dalam misinya tetapi aqidahnya rosak. Pengaulan kita dengan kelompok
SEPILIS sungguh rapat dan baik, mereka cukup terbuka dan ramah tetapi aqidah
dan pemikiran mereka telah rosak. Maka, berhati-hatilah bersahabat.
Ilmuwan dan pemimpin SEPILIS bukanlah sebarangan orang. Ilmunya tinggi,
terpelajar, genius, berakhlak terpuji dan profesional. Dr Mukti Ali, Dr Harun
Nasution, Dr Nurcholish Majdid, Ulil Abshar Abdalla dan lain-lain terkenal seorang
genius dan pandai berhujah-retorik. Hujah mereka kelihatan benar tetapi
tujuannya palsu.
Kalau kita mendengar pidato, kuliah atau ceramah pemimpin yang handal
dalam retorik, bersemangat berapi-api, kaya dengan permainan bahasa dan istilah
dan pandai menyusun lelucon, kita akan mudah terpesona dan tersihir dengan diri
pengucap tadi. Pemimpin yang handal berucap di Malaysia seperti Anwar Ibrahim,
Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu dan Siddiq Fadzil.
Begitulah jua jika kita mendengar ceramah, kuliah atau membaca tulisan
Nucholish Majdid atau Cak Nur, nescaya kita mula tersihir kagum dengan
kehebatan retorik, berbau intelektualisme dan pemilihan kata yang menarik.
Pada zaman yang mementingkan populariti, setiap aspek kehidupan
selebriti adalah ikutan walaupun aspek tersebut bertentangan dengan ilmu dan
akhlak. Pendapat popular atau daripada tokoh popular itu tidak semestinya
benar. Kepercayaan berdasarkan populariti dan materialistik menanda pra zaman
kemunculan Raja Populariti iaitu Dajal yang dilaknat oleh Allah SWT.
Berteman SEPILIS
Di Malaysia, kelompok SEPILIS terbahagi 3 kumpulan iaitu bergerak
secara NGO, berada dalam parti pemerintah atau institusi kerajaan dan sebagai
parti pembangkang. Walaupun mereka berada dalam kumpulan yang dilihat
bertentangan, tetapi hasrat dan kehendak akal-nafsu mereka adalah sama.
Mereka mempunyai dua aliran pemikiran iaitu [1] totok SEPILIS dan [2]
pembaharu jadian. Pembaharu jadian
bermaksud mereka berjuang untuk Islam tetapi membawa agenda SEPILIS secara
sedar atau tidak sedar. Mereka ingat mereka reformis, moderat dan progresif
tetapi mereka mabuk dengan pemikiran ciptaan Barat yang memcampur-adukkan
antara kebenaran dan kepalsuan, dualisme kebenaran dan kesesatan kefahaman metafizika.
Kelompok Pembaharu Jadian perlu memahami kenyataan Imam al Muhasibi
yang cukup menarik, ‘Maka sesiapa yang
Allah SWT lapangkan dadanya dengan iman dan sampai kebenaran dalam hatinya,
serta mencintai untuk mendampingi Allah, pasti dia akan melazimi jalan orang yang berakal dengan menjaga batas-batas
syariat yang terkandung dalam al Quran dan sunnah Nabi-Nya yang mulia dan apa yang disepakati
oleh orang-orang yang mendapat hidayah di kalangan imam-imam[27]
[ surah al An’am: 153]’.
Kelompok Pembaharu Jadian jangan sesekali teruja dan dicandui oleh buah
pemikiran yang dicanang oleh pihak Barat yang tidak beriman dan bersunat itu.
Apabila Barat mengemukakan konsep masyarakat sivil, kita bersorak dan berkokok
dengan dengan konsep masyarakat sivil atau masyarakat madani. Apabila Barat
memperkenalkan konsep Muslim Moderat, berkokoklah kelompok Pembaharu Jadian
dengan konsep Muslim Moderat dan Demokrat Islamis. Kelompok Pembaharu Jadian
perlu mengikuti pihak yang dicirikan oleh Imam al Muhasibi seperti di atas
iaitu:
1.
Kelompok
melazimi jalan orang berakal dengan menjaga batas-batas syariat yang terkandung
dalam al Quran dan al Sunnah.
2.
Orang
yang mendapat hidayah di kalangan imam-imam[28].
Pada hari ini, kelompok SEPILIS dalam NGO dan dalam parti politik
bersatu atas nama kemanusiaan, menghapuskan korupsi/rasuah, kronisme dan
nepotisme, menegakkan keadilan, memperjuangkan suara rakyat, menyelamatkan
Malaysia dan menumbangkan pemerintah yang korup dan zalim. Gerakan Islam mula
difitnah dengan pelbagai tohmahan dan diperangkap dalam politik
retorik/persepsi. Perang persepsi melalui media sosial dan media maya telah
banyak memburuk citra perjuangan gerakan Islam. Perjuangan Islam mula
dibandingkan dengan perjuangan yang disifatkan atas nama keadilan dan rakyat.
Keadilan dan rakyat perlu diutamakan daripada perjuangan Islam.
Perjuangan Islam adalah perjuangan rakyat dan keadilan. Perjuangan atas
nama rakyat dan keadilan belum tentu Islam.
Perjuangan rakyat pada hari ini adalah perjuangan mencari seorang pemimpin yang boleh memimpin umat Islam
dan rakyat Malaysia ke arah lebih sejahtera.
Perjuangan mencari pemimpin disebabkan oleh parasit KKN[29]
mula menyusup masuk ke semua organisasi termasuk dalam gerakan Islam. Pemimpin
yang dicari mempunyai ciri di bawah:
1.
Bertaqwa
2.
Berakhlak
3.
Berprestatif
4.
Berpengetahuan
5.
Mempunyai
keupayaan menyatukan atau aura seorang pemimpin
Pemimpin ini perlu disokong oleh permuafakatan rakyat. Muafakat Rakyat
adalah inspirasi daripada hasrat Tun Abdul Razak semasa menubuhkan Barisan
Nasional dimana beliau cuba menyatukan semua pihak ke dalam sebuah organisasi
yang bersama-sama membentuk kerajaan atau Kerajaan Tanpa Pembangkang. Cuma idea
Tun Abdul Razak gagal apabila parti-parti tertentu menyambut dingin hasrat Tun
Abdul Razak.
Politik Islam-Melayu yang menjadi teras kestabilan dan kesejahteraan
Malaysia sedang diancam dan diselamatkan oleh sistem demokrasi sendiri. Politik
Islam-Melayu diancam disebabkan oleh [1] perpecahan dalaman orang Islam dan
Melayu, [2] kemunculan sentimen wilayah dan perkauman, [3] kelemahan
pemerintah, [4] kemunculan sentimen dinasti diraja, dan [5] kelemahan
menghadapi acahan/desakkan pihak non muslim dan bangsa bukan Melayu.
Sistem demokrasi melalui pilihanraya hampir menganggu gugat kestabilan
politik teras Islam-Melayu apabila individu yang beragama Islam dan Melayu
dalam kelompok SEPILIS didalam parti politik pelbagai kaum membolehkan mereka
bertanding di kerusi majoriti orang Melayu. Walaupun orang beragama Islam dan
berbangsa Melayu, jatidiri-jiwa mereka bukan lagi Islam-Melayu tetapi SEPILIS
sama dengan orang non muslim-bukan Melayu.
Penulis bukanlah mahu bersifat rasis tetapi ingin menyatakan realiti
rakyat bawahan yang jurang perkauman semakin meluas. Tanpa kestabilan politik
teras Islam-Melayu, negara boleh terjerumus ke lembah persengketaan antara kaum
dan kewujudan kerajaan persekutuan yang lemah.
Kesimpulan
Berteman SEPILIS boleh menyebabkan kita terjerumus ke dalam lubang
SEPILIS. Kita adalah siapa sahabat kita dan apa yang kita baca. Maka,
berhati-hatilah.
Ilmu akidah menentukan arah keyakinan kita dalam Islam. Ilmu akidah
perlu membentengi dan mendepani pemikiran dan kebudayaan hidupa kita agar tidak
terpengaruhi dengan unsur-unsur yang membolehkan diri kita kufur seterusnya ke
neraka. Carilah guru yang berwibawa.
Berhati-hati dan teliti dalam menuntut ilmu. Bukan semua ilmu yang
dituntut itu boleh diamalkan kecuali ilmu itu bersumberkan al Quran dan Sunnah
Rasul-Nya. Ilmu itu adalah agama. Justeru, ilmu itu bagaikan pisau yang
menghiris memberi kita sesuap makanan atau membunuh kita. Sesuai dengan
kata-kata Ibnu Sirin;
‘Seseungguhnya ilmu ini adalah AGAMA
maka perhatikanlah daripada siapa kamu mengambil agama kamu’
Jika belajar dengan kelompok SEPILIS tanpa sedar dan tanpa iman, kita
boleh membawa diri kita ke dalam keterujaan pemikiran, keterbukaan yang
pragmatis dan kecanduan wacana sehingga menggugat iman kita.
Berhati-hatilah.
[1] Seorang penuntut ilmu dan
peminat buku. Nota ini tidak boleh dijadikan rujukan ilmiah. Nota ini sesuai
sebagai bacaan pengenalan sahaja.
[4] Mastika Hadith, Jilid
1, keluaran JAKIM. Lihat juga, Said Ibrahim, Pelaksanaan Hukuman Hudud, KL: Darul Ma’rifah, 2000.
[14] Pencampuran pemikiran ini
mengakibatkan pemikiran terpinggir dan kekeliruan dalam mencari kebenaran.
[16] Pemerhatian orientalis terhadap al-Quran bermula dengan kunjungan
Paderi Venerabilis, Ketua Gereja Cluny, ke Toledo pada abad ke-XII. Dia telah membentuk dan
membiayai suatu tim penerjemah yang ditugaskan menerjemahkan serangkaian teks
Arab yang secara keseluruhan akan merupakan usaha ilmiah bagi para missionaris
Kristian yang berurusan dengan Islam. Hasil kerja tim ini dikenali sebagai Cluniac Corpus,
yang kemudian tersebar luas, tetapi tidak digunakan secara menyeluruh, hanya bahagian-bahagian
yang memiliki manfaat langsung dan berguna dalam polemik yang dieksploitasi
serta dikutip tanpa komentar.
[18] Dia mengatakan bahawa al-Quran bukan wahyu Allah SWT, lebih berat dia
mengatakan bahawa al-Quran adalah merupakan kumpulan cerita dongeng dan legenda
palsu yang penuh dengan pertentangan dan membingungkan antara ayat satu dengan
ayat lainnya. Lebih parah lagi mereka membuat kesepakatan bahwa Nabi Muhammad
bukanlah Nabi yang menerima wahyu dari Tuhan. Lihat dalam “A true and faithful account of reliion and manner of Muhammadens”
[19] Geiger seorang pemimpin gerakan reformasi Yahudi di Jerman telah
mengemukakan teori pengaruh Yahudi terhadap al-Quran. Menurut Geiger, ajaran
Muhammad meminjam dari agama Yahudi. Kata-kata yang terdapat di dalam al-Qur’an
seperti Tabut, Taurat, Jannatu ‘Adn,
Jahannam, Ahbar, Darasa, Rabani, Sabt, Taghut, Furqan, Ma’un, Masani, Malakut
berasal dari bahasa Ibrani. Selain itu, hal-hal yang menyangkut keimanan dan
doktrin, hukum-hukum, moral, pandangan tentang kehidupan dan cerita-cerita yang
ada di dalam al-Quran, tidak terlepas dari pengaruh agama Yahudi. Mengenai
ayat-ayat di dalam al-Quran yang mengecam Yahudi, Geiger berpendapat bahwa
kecaman itu disebabkan Muhammad telah menyimpang dan salah mengerti tentang
doktrin-doktrin agama Yahudi.
[20] Pada tahun 1860, Noldeke telah menulis tentang sejarah al-Quran (Geschichte des Qorans). Dalam karya ini,
Noldeke berusaha mengubah semula sejarah al-Quran. Buku Noldeke ini kemudian
diedit dan dikaji semula secara berkumpulan oleh beberapa Orientalis terkemuka
Jerman dan dikerjakan selama 68 tahun sejak edisi pertama dan selama 40 tahun
kemudian muncul buku edisi kedua. Hasilnya sehingga hari ini buku ini menjadi
karya rujukan utama dalam masalah sejarah kritis penyusunan al-Quran bagi para
Orientalis.
[21] Anak murid Noldeke mengkritik pendapat gurunya. Menurut Schwally,
Islam lebih dipengaruhi oleh agama
Kristian bukannya agama Yahudi.
[22] Pada tahun 1937, Jeffery menngubah suai Mushaf Utsmani dan membuat
mushaf baru. Orientalis Australia ini ingin mengubah suai teks Al-Qur’an
berdasarkan Kitab al-Mashahif karya
Ibn Abi Dawud al-Sijistani yang ia anggap mengandung bacaan-bacaan tandingan
dalam mushaf (yang ia istilahkan dengan ‘rival
codices‘). Usaha Jeffery ini meneruskan usaha Gotthelf Bergstraesser dan
Otto Pretzl yang pernah bekerja keras mengumpulkan berbagai foto
lembaran-lembaran (manuskrip) Al-Quran dan berbagai sumber seperti buku-buku
tafsir, hadis, kamus Qiraat dengan tujuan membuat edisi kritis Al-Quran tetapi
gagal.
[23] Mendakwa bahawa dia telah
menemukan manuskrip lama di Yaman yang konon mengandung qira’ah yang lebih awal
dari qira’ah tujuh yang terkandung dalam Mushaf Utsmani. Manuskrip tersebut
mengandung qira’ah yang lebih banyak dari qira’ah tujuh, sepuluh, atau empat
belas.
[24] Nama sebenarnya adalah Ephraem Malki. Dia mendakwa bahawa Al-Quran
hanya boleh dimengerti kalau dibaca sesuai dengan bahasa asalnya, iaitu Syro-aramaic (bahasa Aramaic dalam
dialek Syriac).
[27] Orang yang menjadi ikutan
dikalangan para ulama yang bertaqwa dan berilmu termasuk Imam Abu Hanifah, Imam Shafie dan sebagainya.
[28] Orang berilmu, bertaqwa
dan saleh dalam Islam. Orang yang berjasa dan terbukti ketinggian darjat
Islamnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)