Paling penting kita masih mempunyai nyawa.
Asas aqidah adalah tauhid. Aqidah adalah iman atau keyakinan. Tauhid ialah ilmu membentangkan tentang kewujudan Allah SWT.
Aqidah umpama nyawa kita dalam kehidupan. Setiap suatu perihal tindakan memerlukan aqidah dan niat yang lurus. Aqidah adalah 'nyawa' sesuatu kelakuan dan tindakan.Tanpa nyawa, badan yang sihat dan cantik tidak bermakna..
Badan mana yang tidak menerima penyakit. Begitulah dalam berorganisasi, bermasyarakat dan bernegara, penyakit-penyakit sentiasa ada hatta organisasi tadi bernuasakan 'Islam'.
Apabila yang mengurus organisasi, masyarakat dan negara itu adalah individu bernama manusia semestilah ia kaya dengan kelemahan dan kesilapan.
Organisasi atau kerajaan bernuasakan 'Islam' juga terpalit dengan kesilapan, kelemahan dan kegagalan seumpamanya kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Ini adalah penyakit yang perlu diubati. Jika gagal diubati, buanglah penyakit ini termasuk memotong bahagian yang sakit.
Kerajaan Islam, pemandunya adalah pemimpin yang bernyawakan aqidah Islam. Ia tidak boleh dijatuhkan secara sembarangan walaupun ia seorang pemimpin yang zalim.. Justeru, kepimpinan dalam Islam perlu diturunkan melalui kaedah-kaedah yang dibenarkan bukannya revolusi atau rampasan kuasa. Kita perlu banyak menasihat dan bersabar dengan kerenah pemimpin 'muslim' yang zalim.
Kita menghadapi pemimpin yang zalim tetapi arak masih tidak dibenar secara berleluasa, solat dibenarkan, institusi pendidikan Islam masih dibenarkan (sebagaimana di Universiti al Azhar dan di Damsyik Syria sebelum perang 2016 oleh rejim Hafiz dan Bashar) dan lain-lain.
Badan cantik dan sihat tetapi tidak bernyawa ialah organisasi bukan Islam yang lengkap dan terbaik tanpa sebarang masalah seperti rasuah dan penyelewengan. Ia tidak berfaedah kerana gagal menemui keredhaan Allah dan tidak beriman kepada Allah. Tanpa Islam dan iman, perbuatan yang tidak benar disisi Allah SWT adalah halal disisi mereka yang bukan Islam seperti judi, zina dan pelacuran.
Tanpa iman dan Islam, kebaikan dilakukan adalah sia-sia kerana keingkaran mereka kepada Allah SWT. Mereka menzalimi diri sendiri kerana gagal bersikap adil kepada Allah.
No comments:
Post a Comment