Saturday, November 21, 2009

Falsafah yang Melemaskan

Imam al Ghazali pernah tenggelam dalam dunia falsafah dan material sehingga akhirnya beliau kembali mencari Tuhan.

Perbincangan persoalan falsafah dan fahaman tertentu selalu diadakan oleh PKPIM dan mahasiswa aliran kiri. Pada zaman saya, mahasiswa aliran kiri(anataranya mahasiswa sosialis, nak jadi marxis-komunis) mereka bertapak di Bangsar Utama di bawah payung Universiti Bangsar Utama dimentori oleh Hishamuddin Rais. Manakala PKPIM lebih menyukai idea kupasan intelektual muslim seperti Syed Muhammad Naquib al Attas dan Dr Yusof Qaradhawi. Perbincangan seronok, mengerakkan akal dan dapat idea baru tetapi sampai bila kita nak bercengkerama dalam bilik kuliah sahaja.

Kebaikan mengkaji falsafah atau fahaman inii ialah ia dapat membentuk ‘akar-tiang’ sesuatu gerakan. Dengan akar-tiang ini kita bangkit membentuk pendekatan. Kesatuan melalui resolusi pemikiran yang dibina kita akan laksanakan. Persoalan yang timbul, berapa keratkah resolusi pemikiran yang telah diseminarkan, dikuliahkan dan berada dalam buku itu dipraktikalkan?.

Maknanya, perbincangan tersebut hanya untuk memuaskan nafsu keseronokan minda dan bermegah-bijak sahaja.

Ya, untuk melawan falsafah dan fahaman kafirin seperti sekular dan Islam Liberal, kita harus mempelajari falsafah. Tidak semua orang perlu mempelajarinya. Boleh belajar, jangan sampai lemas didalamnya.

Imam Hassan al Banna hanya mengambil resolusi pemikiran daripada al Quran dan hadith sahaja dan laksanakannya. Sebab itu kita mengatakan Imam Hassan al Banna, TG Haji Hadi dan TG Nik Aziz tiada idea bernas sebagaimana kita membaca idea Anwar Ibrahim, Khalid Jaafar dan saudara Yusmadi kerana idea pimpinan-ulama Islam dicedok terus daripada al Quran dan hadith bukannya idea pemikir-pemikir Barat dan Timur.
Ilmu penting, tetapi aksi orang berilmu lagi penting...

Saturday, October 24, 2009

NASIHAT UNTUK MAHASISWA 2


Para sahabat MAHASISWA,

Dalam meniti perjuangan, kalian haruslah mempunyai:

1. Jangan fanatik terhadap tokoh, kumpulan atau ideologi tertentu

2. Perluaskan jaringan persahabatan

3. Aktif dalam pelbagai persatuan

4. Kerap Menyertai majlis ilmu dan seminar

5. Utamakan tarbiyyah bukannya pengkaderan siasah

6. Mesti belajar, bukan seratus peratus berpersatuan.

Fanatik

Fanatik merupakan penyakit yang paling bahaya untuk akal kita. Fanatik dan taksub ini membawa kita kepada kejumudan dan gelap mata kepada kepelbagaian aliran.

Kepelbagaian aliran pemikiran merupakan satu wasilah untuk kita menggerakkan gagasan baru atau membina hujah. Mengkaji aliran pemikiran lain tidak semestinya kita menerima aliran tersebut.

Jaringan Persahabatan/Pengaruh

Berjumpa dan bersahabat dengan orang hebat akan melahirkan jiwa besar. Pengaruh juga akan tersebar. Paling menguntungkan ia adalah asas ukhwah kepada kerjaya dan perjuangan masa depan.

Aktif Dalam Persatuan

Aktiflah dalam teras gerakan mahasiswa Islam seperti PMIUM, Kelab Maaruf atau PKPIM. Selain daripada itu aktif juga dalam persatuan fakulti dan persatuan lain. Konteks UIA ialah Kelab Penulisan atau Kelab Pemikir.

Dengan berPersatuan, kita dapat menambah kenalan, ilmu dan menyerah diri untuk ditarbiyyah. Cuma proses pengkaderan dalaman perlu lebih pro kebenaran bukannya pro parti atau tokoh tertentu. Sayang dengan taksub harus dibezakan dengan tepat.

Majlis Ilmu/Seminar

Mahasiswa harus sertai majlis ilmu dan seminar. Wajibkan diri kalian. Jangan disibukkan dengan siasah sehingga meninggalkan aktiviti keilmuan.

Tarbiyyah Bukan hanya siasah

Ada orang mabuk siasah meninggalkan tarbiyyah. Akibatnya, politik menghalalkan cara untuk mencapai matlamat tertentu. Di kampus, utamakan tarbiyyah.

Belajar, Jangan Sibuk berpersatuan sahaja

Belajar adalah tugas asasi. Cemerlang berpersatuan, Cemerlang Akademik. Ini insan GM yang berkualiti. Jika pointer semakin lemah, sila bercuti berpersatuan(siasah bukan tarbiyyah) dan tumpu kepada tugas asasi. Jangan memalukan GMI.

Ustaz Ramadhan Fitri dan Ustaz Izwan serta Ir Mukhtar Suhaili antara pimpinan mahasiswa yang hebat berpersatuan, hebat akdemiknya.

JANGAN TAKUT DENGAN UGUTAN.


Jangan takut dengan ugutan

Jangan takut dengan AUKU

Atasinya dengan bijaksana dan bermuslihat

Terima nasihat HEP

Terima pemberian mereka

Guna dengan bijaksana dan bermuslihat

Wahai sahabat mahasiswa,

Jangan takut dengan ugutan kerana ia bersifat sementara. Jangan takut dengan pekeliling kerana kita adalah pelakunya, manusia yang bijaksana. Guna kemudahan dan kelebihan untuk mengangkat agama, itu adalah kebijaksanaan dalam berdakwah.

Lihat ratusan pimpinan mahasiswa yang diugut, akhirnya diterima juga bekerja dengan kerajaan. Sama ada kerajaan nak menutup suara mereka atau nak menggunakan karisma mereka, itu soal lain. Pentingnya mereka diiktiraf oleh kerajaan. Ramai pimpinan kampus berkerjaya cukup hebat seperti PTD dan Jurutera petroleum. Jangan kisah sangat dengan ugutan. Uruskan dengan bijaksana.

Cuma pimpinan seperti Ustaz ramadhan fitri berjaya mereka cantas semasa beliau dapat SLAB.

Tapi rezeki milik Allah SWT. Ustaz ramadhan sambung MA dan berjaya menjadi pegawai syariah di sebuah bank. Rezeki milik Allah bukannya kerajaan.

Dapat biasiswa JPA, ambil. Dapat bantuan zakat, ambil. Jadilah aktivis mahasiswa yang bijaksana dan bermuslihat.

Perjuangan adalah muslihat. Orang mempunyai muslihat, mereka akan berjaya.

Wednesday, October 21, 2009

AGENDA MAHASISWA DAN TAHI AYAM

Dewasa ini, kelihatan gerakan mahasiswa keliru terhadap isu-isu semasa yang lebih utama harus ditangani. Isu yang dilihat popular disantuni. Mahu popular dirikah sahabat mahasiswa atau cuba bermain-main retorik dengan isu-isu itu?.

Agenda mahasiswa mestilah isu rakyat yang tidak semestinya politik atau isu popular. Isu rakyat walaupun terceruk berada di Kalabakan , Sabah atau nun jauh di Belaga, Sarawak. Isu rakyat mesti dekat di hati para aktivis mahasiswa.

Jangan jadikan agenda mahasiswa seperti tahi ayam. Najis yang kehangatan panasnya seketika sahaja. Apabila Dato Seri Najib berpekik 1Malaysia, 1malaysialah kita. Lihat agenda najis penubuhan Kelab 1 Malaysia. Apa ke jadah agenda penubuhan kelab ini?. Tak cukup najiskah Kelab Islam Hadhari yang tak berberita di UM itu. Begitu juga dengan penubuhan Kelab Kartika, si gadis nak bersebat oleh puak GMI khabarnya. Macam tahi ayam dengarnya. Sebab agenda seumpama ini hanya bersifat populis sahaja. Kita sokong undang-undang syariah celupan sekular bukannya yang haq milik Allah SWT.

Berjuanglah dengan isu rakyat. Saya sangat bersetuju dengan GAMIS apabila mereka menubuh SPIN. Tapi isu pendidikan Islam ini nampak layu kerana ia tidak popular. Begitu juga STIGMA GAMIS harus ada isu nak diperjuangkan dalam jangka masa panjang. Contoh Dasar Wanita Islam. GM haruslah mencontoh NGO tertentu seperti UNGGAS(NGO menangani gejala sosial), API (sayap muda Persatuan Ulama Pulau Pinang), CAP, SAM, TERAS dan SPAQ dalam beraksi.

Sahabat mahasiswa, kalian bukan tahi ayam tapi jangan nampak bersemangat tahi ayam..

21/10/09

Wednesday, October 14, 2009

TURKIMANIA..

Saya bersyukur kerana masih ada yang meminati sejarah dan 'kekuatan makna' yang dimilikinya sama ada yang tersurat atau tersirat. Kehadiran anggota GPTD dan beberapa pimpinan-pemikir mahasiswa yang meminati sejarah dan perkembangan Islam di Turki amat dialu-alukan.Al Fateh, Erbakan,nursi, Erdogan dan Gulen menjadi bualan mahasiswa di kampus. Keghairahan ini saya namakan 'TURKI MANIA". terima kasih.

Cuma dalam keghairahan menelusuri turkimania ini, saya mencadangkan agar beberapa elemen tamadun Islam di India turut dikaji.

Kita boleh mengkaji bagaimana Islam Mahmud Ghazni dapat mengalahkan puak 'pergunungan' Pashtun dalam usaha memperluaskan empayar Islam. Puak Pashtun diIslamkan. Kita harus ingat, Parsi, Iskandar Zulkarnain, British dan Rusia gagal menewaskan puak pashtun tetapi Islam berjaya melembutkan hati puak ini. Apakah rahsianya?

Kita juga boleh mengkaji kekuatan Sultan Mughal seperti aurangzeb.

Dan dalam menuju Malaysia sebagai sebuah negara Islam, kita harus mengkaji bagaimana kesultanan Moghul yang bersifat minoriti berjaya memerintah puak majoriti yang terdiri daripada masyarakat hindu.

di sini juga lahir Shah waliyullah dan maulana ilyas

Sekian..

Tuesday, October 13, 2009

Doa Untuk Nur Fatimah


Pembaca yang dihormati,

Dengan rendah hati, kami memohon pertolongan sahabat-sahabat untuk solat hajat dan berdoa agar anak sahabat kami saudara Mohd Ramadhan Fitri dan Khatijah, Nur fatimah sembuh daripada penyakitnya.

Moga Allah SWT menyembuhmu, nur fatimah dan memberi kesabaran kepada sahabat kami..

(ramadhan fitri ialah mantan presiden pmium dan pimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat)
chegu Ridhwan
13/10/09
Hotel Dinasty Tang
Kota Kinabalu

Saturday, October 10, 2009

Ubat Dari Tong Tahi..

SIS adalah tong tahi.
Jika dimasuki
lemas dengan tahi

Jika SIS nak ubati umat islam
busuklah Islam
berbau tahi

SIS adalah tong tahi
mahukah kita pada tong tahi?

11/10/09

Masuk SIS untuk mengIslamisasikan SIS seperti Anwar Ibrahim masuk UMNO. Harapkan SIS mengIslamisasikan umat seperti harapkan UMNO. UMNO dan SIS adalah tong tahi.

Untuk tegakkan Islam bukan dengan cara yang bathil walaupun dalam kebathilan itu terdapat seciput cahaya. nahas bagi kita kerana kebathilan itu bakal melemaskan kita. Masuklah gerakan Islam sama ada ABIM, PKPIM, JIM, ISMA, PAS, HALUAN atau tabilgh. Tapi jangan gerakan sekular...

"jangan basuh kencing dengan air kencing"

Thursday, October 08, 2009

POLITIK VS INTELEKTUAL: CONTOHI ANWAR..


KEM POLITIK VS KEM INTELEKTUAL...

Pemusnah bagi golongan siasah di kampus ialah sifat fanatik, ketergesaan dan kurang membaca. Membaca pun bersifat tempelan dan tertumpu kepada satu arah pemikiran sahaja. Jika kita perhatikan di seminar-seminar atau perpustakaan, kurang manusia siasah ini. Tidak tahulah dimana mereka tersangkut. Mungkin mencari cinta..

Begitu juga manusia yang lemas dalam dunia keintelektualan. Hidup mereka hanya berdebat, berteori dan berseminar. Akhirnya, sampai mati pun masih berseminar. Jadi, kem mana pilihan kita?.

Hiduplah secara kebersamaan dan seiring. Waktu berseminar, kita berseminar. Waktu berdemonstrasi kita berdemonstrasi. Pimpinan agung mahasiswa seperti Anwar Ibrahim mempunyai elemen siasah, aktivisisme dan intelektual yang terjalin. Bahkan beliau sendiri memimpin demonstrasi dan seorang pembaca yang baik.

Contoh agung bagi warga kampus yang wajar menjadi ikutan adalah Anwar Ibrahim. Islamic, aktivis, budayawan, intelektual dan pimpinan siasah. Cuma saya lebih sudi menyayangi Anwar Ibrahim yang berwatak ‘PKPIM-ABIM-PBMUM-PMIUM’ berbanding Anwar Ibrahim sekarang yang berPKR.

Mahasiswa harus contohi Anwar alam kampus dan belia...

Ingat!! Anwar Ibrahim bukan Hishamuddin Rais pada zaman itu..

................................................................

Ilmu, kalau terlebih ia memabukkan

Mabuk jangan sampai meninggal amalan

Ilmu perlu disertakan iman dan amal

Barulah ilmu hidup dan mematangkan

8/10/09

Sandakan

Monday, September 14, 2009

Mahasiswa dan Politik Kepartian

Politik dan mahasiswa tidak boleh dipisahkan. Mahasiswa wajib berpolitik agar melahirkan sikap kebersamaan dengan masyarakat. Persoalan yang timbul, perlukah mahasiswa memasuki dunia politik kepartian?.

Jawapannya subjektif. Bergantung kepada siapa yang ditanya, masa, suasana semasa dan tempat.

Secara semulajadi, kelompok mahasiswa ada aspirasinya. contoh, kelab sosialis UM menyedut aspirasi daripada parti sosialis dan buruh. ada juga mahasiswa yang amat menyukai aspirasi NGO atau ikon tertentu seperti che guevara, anwar ibrahim atau Prof Muhammad Naquib al Attas. Status mahasiswa itu sendiri mereka memerlukan aspirasi. Sejauh mana kelompok mahasiswa cuba membina aspirasi dan ideologi sendiri, setakat ini masih gagal. Mereka masih memerlukan aspirasi.

ikhwanul muslimin Mesir mempunyai sayap mahasiswa di kampus. PAS dan UMNO mempunyai sayap pun ada sayap kampus sama ada rasmi atau tidak. Secara tak langsung, mahasiswa berkesedaran politik terlibat dalam politik kepartian.

Konklusi, mahasiswa perlu menyertai politik kepartian. Tetapi berkadar.....

Saturday, September 12, 2009

‘Student Power’: Satu Pemaknaan

Bagi saya definisi ‘student power’ dari segi bahasa bukannlah sesuatu yang penting. Paling penting pemaknaan terhadap istilah ini.

Kuasa mahasiswa atau kuasa pelajar yang selalu disebut orang dengan istilah ‘student power’ membawa satu pemaknaan yang cukup mendalam. Ini boleh difahami sebagai satu slogan yang mempunyai gagasan tertentu yang digerakkan oleh sekelompok yang bermanifestasi status seorang anak muda (baca:mahasiswa) mengarahkan kepada gerak idea-praktis dalam berinteraksi dengan khalayaknya. Ia bukanlah slogan kosong. Ia merupakan slogan yang penuh bersinergi dan perlu diisi dengan gerak praktis. Dalam usaha menghidupkan slogan inilah, para mahasiswa terpaksa bertembung dengan khalayaknya seperti pihak kerajaan dan HEP.

Chegu Ridhwan
Sandakan
12/9/09

Thursday, September 03, 2009

NASIHAT UNTUK MAHASISWA 1

Oleh WAN Ziarahsufi

Sungguh lama saya tidak berbicara tentang mahasiswa. Saya kembali menyuarakan isu mahasiswa ekoran adanya seorang adik yang selalu berceloteh tentang minatnya tentang alam mahasiswa. Saya bukanlah insan yang layak untuk menasihati para mahasiswa yang bijaksana. Lagipun saya bukanlah pimpinan atau aktivis mahasiswa. Saya hanya peneliti gerakan mahasiswa.

Bagi saya, mahasiswa harus memperkemaskan kembali fundamental aktivis gerakan mahasiswa. Di bawah ini adalah teras kepada pemikiran mahasiswa.

1. Al Quran dan hadith

Al Quran dan hadith perlu menjadi ‘wirid’ harian para mahasiswa. Mahasiswa harus membaca al quran dengan kaedah luar biasa. Hentikanlah pembacaan cara lama yang kaku dan tidak bercambah. Baca dengan faham dan berfikir-renung. Paling bagus, mahasiswa membaca al Quran dengan tafsirnya, paling lekeh dengan terjemahan sahaja. Carilah kitab tafsir sama ada membeli atau fotostat. Hadith juga harus ditekuni. Paling kurang, satu hadith, satu hari. Kitab hadith yang wajib ada pada mahasiswa ialah Kitab hadith Sahih Bukhari dan Muslim.

Saya menyatakan kepentingan al Quran dan haditih kerana ia adalah sumber kekuatan idealisme kita. Ulama/cerdik-pandai dahulu merenungi ayat-ayat al Quran sehingga mengeluarkan idea-idea baru. Al Quran jika difikir-renung akan menelurkan idea baru dan ia akan terus hidup dengan idea baru jika kita mengkaji-dalamkannya. Sebab itu kita dapat melahirkan tokoh-tokoh Islam sepanjang zaman dengan idea baru.

Wahai adik mahasiswa!

Jangan sesekali kalian menjadikan idea tokoh-tokoh tertentu terutamanya daripada kalangan cendikiawan kafir sebagai teras pemikiranmu.

2. Ulama Haraki

Sumber kedua bagi pemikiran kita ialah ulama haraki. Siapa ulama haraki? Ulama haraki ialah ulama yang beramal dengan ilmunya, berdakwah, memimpin dan Islam sebagai cara hidupnya sama ada dalam politik, sosial dan ekonomi. Ulama haraki hanya berpegang kepada al Quran dan hadith.

Ulama yang kita boleh rujuk ialah Ustaz Hassan al Banna, Syed Qutb,Ustaz Fathi Yakan, Ustaz Muhammad al Ghazali, Sayyid Sabiq dan lain-lain. Ulama Haraki ini berpengalaman dalam perjuangan dan tinggi ilmunya haruslah kita santuni.

3. Pemikir Islam

Idea pemikir Islam juga harus kita kaji dan bahaskan dalam forum dan usrah kita. Pemikir Islam seperti Iqbal, Syed Muhammad Naquib al attas, Bennabi, Ismail al Faruqi dan lain-lain perlu dijadikan sumber kajian dan perbahasan.

4. Pemikir Pro Rakyat

Kajian ini penting bagi mendekatkan hati mahasiswa dengan rakyat. Antara tokoh yang boleh dikaji pemikiran ialah SM Mohamed Idris dan Ali Shariati.

5. Pemikir Bukan Islam

Selepas kita menghadami teras pemikiran mahasiswa Islam(1-4) barulah kita mengkaji pemikiran tokoh daripada kalangan bukan Islam sama ada dari Barat atau Timur
Apa yang perlu Mahasiswa lakukan?

Saya sangat menghormati dan meraikan walaupun bersifat pro-kontra terhadap faham perubahan yang diinginkan oleh saudara Dzulkairi, Presiden GAMIS dalam persoalan pengislahan sistem tarbiyah dan saudara Sosialis Kanan dalam persoalan falsafah. Idea mereka menarik.

Faham perubahan ini yang kita perlu lakukan berlandaskan kajian 5 perkara di atas(dengan terlebih dahulu menghadami 4 perkara). Cuma kita perlu berhati-hati agar kita tidak mabuk dengan faham perubahan yang dicanang.

Saya mengkagumi Mazhab pemikiran al Attas. Mazhab ini penting bagi menjernihkan kembali imej Islam dalam kalangan cendikiawan Barat, sekaligus berupaya mengIslamkan cendekiawan tersebut serta ilmunya. Dalam kalangan elitis politik, elitis ekonomi dan elitis ilmu, mazhab pemikiran al Attas harus ditanam agar kuasa yang mereka ada dikemudikan oleh Islam. Cuma berupayakah mazhab pemikiran al attas mengatasi fahaman waham yang mendominasi pemikiran elitis dan rakyat di negara kita?. Kalau berjaya, apakah peratusannya?.

Sebenarnya, untuk berjaya kita memerlukan politik-kuasa sama ada dalam kepimpinan negara atau organisasi. Revolusi pemikiran perlukan politik-kekuasaan. Ya, betul jika mengatakan aspek pendidikan memainkan peranan penting dalam revolusi pemikiran tetapi aspek pendidikan selalu dicantas oleh politikus berfahaman waham tadi. Contoh, apa yang berlaku pada ISTAC, kubu prof al Attas sendiri. Tanpa politik-kekuasaan, kita akan disepak.

Wahai mahasiswa!

Fahaman Perubahan yang kalian canangkan haruslah pro rakyat. Jernihkan pemikiran rakyat dan berkebajikan. Jangan mabuk dengan falsafah yang menyejuk-bekukan kita di dalam bilik kuliah atau mesyuarat. Berfalsafah atau berbahas bagus tetapi jika ia tiada kesudahan, kita telah merugikan masa. Sifat ilmu ialah beramal dan praktikal. Ilmu diajarkan oleh Rasulullah SAW ialah ilmu praktikal dan untuk rakyat. Bukan untuk sebahagian manusia. Jangan kita berfalsafah yang melalai tanggungjawab kita dalam menyedarkan rakyat.

Kata Imam al ghazali, ilmu tanpa amal ialah gila dan amal tanpa ilmu adalah sia-sia. Ilmu yang dicari perlu mendorong kita taat pada Allah dan kita mendorong orang lain untuk taat kepada Allah.

Ingat!! tanggungjawab kita ialah menyedarkan rakyat. Mahasiswa harus menjadi pemikir celik , berfaham perubahan dan sedar tanggungjawab sosialnya. Ali Shariati menyatakan golongan celik bertanggungjawab memberi kesedaran kepada masyarakat umum serta memberi kepimpinan intelektual dan sosial kepada mereka.

Wahai Mahasiswa!

Anda sepatutnya menjadi golongan celik tersebut

Wednesday, March 18, 2009

Assalamulaikum

Penziarah yang dikasihi....

dengan rasmi blog mahasiswamenggugat akan menjadi sebuah arkib

Segala terlajak harap dimaafkan.. yang baik boleh diambil dan dikongsi

blog baru nanti hanya coretan pengembaraan dan pendapat penulis..

Dan blog ini http://madrasahikhwan81.blogspot.com/search?q=

yang bakal memaparkan analisis terhadap gerakan Islam

jumpa lagi....

Tuesday, March 17, 2009

Haramkan PMIUM: Antara tunggul kayu atau semut api..

1. Penulis setuju benar PMIUM diharamkan.. dari dulu duk cabar nak haram. haramkan. mudah cerita.

2. kalau tunggul kayu, biasa kita nampak agar kita tak tersepak. manakala jika semut api mengigit, terasa pedih baru kita sedari. PMIUM secara organisasi mudah dihadapi berbanding WUFI yang mempunyai ahlinya bertebaran dalam kelab atau persatuan di UIA terutamanya Kelab Ma'aruf dan Persatuan Undang2.

3. Jadi, HEP haramkan PMIUM. Agar ia jadi hantu yang menakutkan...

Kenapalah PMIUM...

1. kelakar, PMIUM cari nahas jemput Anwar Ibrahim.

2.Sepatutnya PMIUM mencari politik damai dengan penguasa kampus.

3. nak lawan mesti bijaksana, tak perlu jemput orang politik. Dr Siddiq Fadzil, Dr. Hasbullah dll boleh dijemput.

4. Tapi jika konflik pilihan PMIUM, teruskan.. zaman ini milikmu

bergerak dengan bijaksana, jangan sampai sejarah mengetawakan kalian........

Banyak Pengetahuan atau beramal?

di sebalik banyak buku yang dibaca..

Mac 2, 2009 in buku, sejarah, tazkirah, umno, wa zakkir | 22 comments

Salam Kamunting,

Mengapa kita sukar memperolehi jawaban yang menenangkan? Atau kita asyik salah membuat kesimpulan? Atau kita terpinga - pinga dan keliru apabila berdepan isu dan persoalan yang melanda di depan mata? Atau paling malang, mengapa kita menyalahkan sesuatu yang sememangnya betul?

Ramai ulama memberikan jawaban bahawa ia sebenarnya berpunca daripada dua faktor yang bertentangan. Pertama, kita tidak atau kurang membaca. Kedua, kita terlalu banyak membaca!

Anda tidak membaca anda jahil. Itu jawaban untuk manusia hari ini. Dunia kini bergerak sepantas ilmu yang dikuasai manusia. Oleh kerana ilmu adalah dengan membaca, anda akan terperuk di belakang dalam kotak jahil jika anda gagal untuk membaca . Anda hanya mengharap jawaban daripada angin yang lalu.

Akhirnya anda hidup tertipu. Ditipu oleh diri sendiri yang buta atau oleh orang lain yang suka mengambil kesempatan memangsakan anda. Pendek kata, tiada yang positif daripada kalimah jahil.

Ubat jahil adalah dengan membaca atau berkawan dengan orang yang membaca. Perhatikan berapa ramai orang yang tidak membaca dan dia pula suka berkawan dengan orang yang juga tidak membaca. Perhatikan juga betapa orang yang membaca tidak gemar berkawan dengan orang yang tidak membaca. Jadi, jika anda ingin berkawan dengan orang alim, anda kenalah juga jadi alim dengan membaca. Jika tidak, anda mungkin hanya boleh mendekatinya tetapi dia tidak pun mendekati anda.

Justeru, anda kekal sebagai murid sampai tua. Jika guru anda itu alim yang baik, anda selamat menumpang ilmunya. Jika dia alim yang jahat, anda tak mungkin selamat. Bagaimana anda yang jahil nak selamat jika anda tak tahu pun dia jahat? Hanya yang berilmu tahu gurunya baik atau tidak.

Itu jika si jahil itu mahu jadi murid. Bagaimana jika dia enggan? Tidakkah hanya orang yang mencintai ilmu sahaja yang suka menjadi murid?

Begitulah kesukaran mengubat kejahilan. Justeru adalah tidak sukar untuk mengatakan bahawa orang yang jahil sentiasa sukar memperolehi jawaban yang benar dalam kehidupan dunianya, apatah untuk akhiratnya.

Tetapi, anda perlulah juga sedar bahawa antara faktor sukarnya memperolehi jawaban yang benar adalah kerana terlalu banyak membaca!

Banyak membaca adalah baik. Tetapi jika anda membaca apa sahaja sedang anda gagal membina asas binaan diri yang kukuh, bacaan anda itu pasti akan memberati anda lalu ia menindih atau menggelincirkan anda sama sekali.

Anda membaca itu dan ini, pandangan itu dan ini, jawaban itu dan ini. Akhirnya kepala anda jadi berat dan bersilang - silang. Anda gagal memilih mana satu pilihan yang tepat. Sebabnya anda tak tahu siapa anda sebenarnya. Anda belum membina diri sendiri sebelum menduduki binaan orang lain.

Apa yang anda baca hari ini?

Ya, Allah berfirman, “Bacalah.” Tetapi tidakkah Dia juga menambah, “Dengan nama tuhanMu.” Ertinya, sebagai seorang muslim, anda perlu membina diri dengan sebagai seorang muslim yang tunduk pada kekuasaan dan keesaaanNya. Jika tidak, anda akan melampaui batas!

Ilmu mencipta keegoan melampau jika ia tidak menundukkan. Anda samada tunduk dan tawadu’ atau jadi sombong takbur kerana banyak membaca. Anda enggan kecuali hanya tunduk pada nafsu sendiri yang merasa tahu dan serba tahu.

Dalam surah yang sama ( al Alaq ), Allah berfirman, “Ketahuilah, sesungguhnya manusia itu pasti melampaui batas tatkala mendapati dirinya cukup!”

Orang alim yang banyak membaca egonya hebat. Dia rasa dia tahu itu dan ini. Soalnya, adakah itu yang Allah mahu daripada arahanNya agar hambaNya membaca? Tidakkan?

Membaca hendaklah dengan nama Allah, keranaNya dan untukNya. Allah berfirman lagi selepas itu, “Sesungguhnya kepada tuhanMulah tempat kembali.” Ubat mengelak takbur adalah menginsafi bahawa kepadaNyalah tempat kembali. KepadaNya kembali segala perkara.

Kebanyakan kita membaca sesuka hati mengikut kehendak dan keseronokan diri. Ini tidak banyak membantu walaupun ia baik.

RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam tidak tahu membaca. Apabila baginda disuruh membaca, baginda membaca dan bacaan awal dan akhirnya adalah al Quran. Baginda kemudian dikurniakan ilmu dan hikmat.

Al Quran penuh ilmu. Malangnya kebanyakan manusia seronok menimba ilmu yang bukan dari al Quran atau bersumberkan al Quran. Dia membaca tetapi dia jauh daripada al Quran. Apakah keyakinannya bahawa dia akan selamat daripada ego nafsunya nanti? Dia mungkin berilmu tetapi ilmunya tidak bermanfaat bahkan merosakkannya.

Al Quran hidup di dada orang berilmu yang bertaqwa. Malangnya kita menjauhi buku - buku karangan ulama yang bertaqwa dan leka pula dengan buku - buku yang penulisnya tiada bukti dan petunjuk taqwa. Kepala dan otak kita dipenuhi pandangan dan jawaban daripada mereka yang kering keinsafan dan kontang rasa takut pada tuhan mereka.

Akhirnya kita gagal memperolehi jawaban yang benar yang menenangkan hati kita yang ingin tunduk pada kebenaran sebagai seorang muslim.

Membina diri hendaklah bermula dengan akidah yang benar. Anda perlu melumati ilmu akidah. Dengannya anda akan rasa tenang sungguh untuk berjalan di bumi ini sebab anda akan memandang secara tepat dan tajam. Anda tidak keliru lagi dengan simpang siur di depan.

Membina diri hendaklah bersumberkan al Quran dan al Sunnah. Anda pula mestilah mendapatkannya melalui jalan yang betul untuk mengenal sesuatu itu adalah benar daripada Allah dan rasulNya. Anda perlu sedar bahawa penafsiran kedua - dua sumber itu dipenuhi kekaburan dan kerumitan kerana jauhnya kita daripada guru pertama iaitu RasuluLlah, juga murid - muridnya yang diredhai tuhan, iaitu para sahabat ridhwanuLlahi alaihim.

Ada talian emas yang menghubungi kita kepada ar Rasul. Ia bersanad dengan kekuatan para ulama muktabar yang lahir sepanjang zaman. Ia sehingga mencipta darjah ‘mutawatir‘ yang kesepakatan antara mereka adalah akidah yang tidak boleh ditinggalkan lagi.

Ia ilmu khas Islam dan tidak mungkin wujud kecuali dalam Islam. Ia ilmu ciptaan sifat amanah dan benar.

Anda perlu memahami betapa sumber ilmu yang anda baca mestilah memakai talian emas ini dan mengambil inspirasi ilmu ini. Jika tidak, kita tidak memperolehi apa - apa kecuali padangan otak manusia yang macam kita juga. Lebih kita hanya pada ilmu. Lebih ilmu hanya pada taqwanya.

Perhatikan, orang menyokong mazhab UMNO yang sekular, kebangsaan dan liberal kerana kekuasaannya, keramaiannya, keduitannya atau mungkin keilmuannya. Jika mereka membaca dan memahami al Quran secara betul, mudah sahaja untuk menolak UMNO dengan kesesatannya. Tetapi, bagaimana mereka menbaca? Atau, adakah mereka membaca?

Perhatikan juga orang yang menyokong aliran yang menghina para sahabat RasuluLlah dan keluarganya. Mereka membaca sejarah tetapi mereka gagal menilai bahawa sejarah memerlukan fakta yang tepat. Sejarah adalah cerita dan sirah. Bayangkan sukarnya kita memfaktakan cerita dan khabar hari ini. Bagaimana dengan cerita dan khabar seribu tahun dulu??

Talian emas Islam menolak sekerasnya aliran yang membunuh karektor para sahabat al Rasul dengan tuduhan sebagai pengkhianat. Ia dibuktikan penuh dengan kebatilan, penipuan dan kekhayalan.

Tetapi dek membaca tanpa panduan yang dimestikan, anda mungkin seronok melihat perayaan Karbala yang penuh cerita batil semata - mata anda ingin menunjuk simpati dengan keluarga Al Rasul. Anda akhirnya menangisi cerita karut sebagaimana anda menangisi filem epik.

Manakan sama antara menangisi filem Hisdustan dan filem Gaza!? Fakta Karbala takkan boleh diadun dengan epik Karbala. Fahami ini jika anda ingin selamat dan diredhaiNya.

Saya nyatakan contoh yang sedikit sedangkan di hadapan kita kesalahan dan kegelinciran yang banyak dek kejahilan dan kecelaruan daripada sumber ilmu yang lemah dan lintang pukang.

Kembalilah membaca al Quran, memahaminya dan dekatilah buku - buku yang muktabar penulisnya dan jernih ilmunya. Kelak kita akan mudah membuat kesimpulan daripada pelbagai jawaban yang dibentangkan di hadapan.

oleh Nik Abduh Nik Aziz

Sunday, March 15, 2009

Fikrah Merentasi Jamaah

FIKRAH MERENTASI JAMAAH
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله، نحمده ونستعينه، ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا، ومن سيئات أعمالنا، من يهده اللهُ فلا مُضِلَّ له، ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، أما بعد:

Tuan Pengerusi, hadirin dan hadirat sekelian,

Tidak ada siapa yang dapat menafikan sumbangan gerakan Islam dalam memberikan kesedaran umat dalam bidang-bidang yang mereka fokuskan. Sumbangan itu tidak hanya bersumberkan sebuah gerakan tertentu semata. Bahkan ia datang dari keperbagaian gerakan, organisasi dan jamaah. Tidak wajar mana-mana jamaah atau organisasi mendakwa hanya mereka yang berfungsi menyedarkan umat dan penyelesai segala krisis, lantas menafikan peranan gerakan atau jamaah yang lain.

Arus tajdid berterima kasih kepada semua gerakan yang menyelusuri perjalanan mereka bermanhajkan al-Quran dan al-Sunnah dan bersendikan kefahaman al-Salaf al-Saleh. Arus tajdid wajar menghargai apa yang telah mereka sumbangkan selama ini, selagi mana sumbangan itu positif untuk umat. Arus tajdid menolak sikap ekstrimis yang hanya menganggap jamaah dan kumpulan mereka sahaja yang syar’I, manakala selain mereka secara langsung atau tidak, dianggap tertolak. Jamaah atau organisasi yang ditubuhkan hanyalah wasilah (jalan) bukan ghayah (matlamat) bagi Islam itu sendiri. Matlamat Islam lebih agung dan syumul dari sebarang jamaah atau harakah. Fikrah Islam yang tulen merentasi kesempitan jamaah. Melebar luas menyeberangi pagar sebarang organisasi.

Arus tajdid juga harus berterima kasih kepada individu-individu yang memberikan sumbangan kepada kesedaran Islam; sama ada mereka terlibat dengan mana-mana jamaah, orginasasi atau tidak terlibat. Bukan syarat sah sesuatu amalan saleh atau dakwah kepada al-Kitab dan al-Sunnah seseorang mesti terlibat dengan organisasi atau jamaah tertentu. Bahkan amalan saleh itu sah apabila memenuhi rukun dan syarat seperti yang dijelaskan oleh nas-nas Islam iaitu; aqidah yang murni, niat yang ikhlas dan menepati petunjuk al-Sunnah dalam mempraktikkan amalan tersebut. Maka dakwaan sesetengah kelompok yang menganggap sesiapa yang tidak menyertai organisasi atau jamaah dengan istilah ‘tidak masuk jamaah’ sebagai tidak berpendirian dan tidak diiktiraf, adalah perlambangan suatu sikap ghulu atau melampau.

Hadirin & Hadirat!

Terima kasih ini merangkumi individu atau tokoh yang berada di setiap pelusuk dan penjuru, yang bergerak menyumbang kepada umat ini. Sama ada mereka berada di dalam organisasi kerajaan atau di luar dari daerah percaturan politik. Selagi mereka menyumbang kepada umat ini dan memperlihatkan kejujuran mereka, maka mereka berada dalam perjuangan umat. Dakwaan yang menganggap golongan agama yang mendekati pemerintah kesemuanya mencari kepentingan dunia adalah dakwaan yang tidak seimbang dan bersikap tidak adil. Walaupun ramai bersikap demikian, tapi bukan kesemuanya. Menghukum mereka secara keseluruhan bercanggahan dengan sikap yang ditunjukkan oleh RasululLah s.a.w terhadap Najasyi, Raja Habsyah yang menganut Islam pada zaman baginda. Baginda percaya kepada keadilannya dan menghantar para sahabah berhijrah ke negaranya.

Apabila Najasyi menganut Islam, Nabi s.a.w tidak memerintahkan Najasyi meninggalkan kedudukannya sebagai Raja Habsyah, sekalipun kerajaan yang dipimpinnya bukan kerajaan Islam dan beliau tidak berhijrah mendapatkan RasululLah s.a.w. Namun RasululLah s.a.w pula tidak memerintahkan hal itu kepadanya. Kedudukan Najasyi sebagai raja membolehkan dia melindungi para sahabah yang berhijrah ke negara dan melaksanakan keadilan dengan ruang kemampuan yang dimilikinya. Apabila Najasyi meninggal, RasululLah s.a.w bersabda:

عَنْ جَابِرٍ رَضِي اللَّه عَنْه قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ مَاتَ النَّجَاشِيُّ مَاتَ الْيَوْمَ رَجُلٌ صَالِحٌ فَقُومُوا فَصَلُّوا عَلَى أَخِيكُمْ أَصْحَمَةَ
Daripada Jabir r.a: Nabi s.a.w bersabda -ketika kematian Najasyi-: Telah mati pada hari ini seorang lelaki soleh. Bangunlah dan bersolatlah ke atas saudara kamu Ashamah (nama Najasyi)”.

Baginda menyifatkan Najasyi sebagai seorang yang soleh. Baginda menyebut ungkapan ‘akhukum’ (saudara kamu) yang bermaksud saudara seislam kamu. Bahkan baginda menyuruh para sahabah mengadakan solat ghaib untuk jenazah tanda persaudaraan sekalipun berjauhan. Baginda tidak mengatakan Najasyi berkepentingan atau enggan menyertai gerakan Islam, atau tidak berprinsip. Bahkan baginda menghargainya kerana telah zahir dari dirinya iman, keikhlasan dan keadilan sikap.

Maka kita wajar mencontohi hal ini. Sesiapa yang menyatakan pendirian menyokong usaha kembali kepada al-Kitab dan al-Sunnah seperti yang difahami oleh generasi awal Islam, kurun-kurun yang diberkati, golongan al-salaf al-salih serta berusaha memperbaharui pendekatan al-din dalam wajah kemodenan yang ada bertunjangkan prinsip salaf maka kita menganggapnya berjuang bersama dengan arus tajdid ini. Sama ada dia berada dalam kerajaan atau pembangkang, sama ada dia berjamaah atau bersendirian.

Arus dengan ini menyeru dijauhi sikap ghulu atau melampaui batasan dalam beragama termasuk dalam urusan dakwah. Firman ALLAH:

(maksudnya): Katakanlah: “Wahai ahli Kitab! janganlah kamu melampau dalam ugama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia, dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan Yang betul”

Dalam sebuah hadith:

عَنْ ابْنُ عَبَّاسٍ: قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم غَدَاةَ الْعَقَبَةِ وَهُوَ عَلَى رَاحِلَتِهِ هَاتِ الْقُطْ لِي فَلَقَطْتُ لَهُ حَصَيَاتٍ هُنَّ حَصَى الْخَذْفِ فَلَمَّا وَضَعْتُهُنَّ فِي يَدِهِ قَالَ بِأَمْثَالِ هَؤُلَاءِ وَإِيَّاكُمْ وَالْغُلُوَّ فِي الدِّينِ فَإِنَّمَا أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمُ الْغُلُوُّ فِي الدِّينِ

Daripada Ibn `Abbas, katanya: Pada pagi Hari ‘Aqabah (musim haji) Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku ketika baginda berada di atas kenderaannya: Kutipkan untukku (batu-batu kecil untuk melontar jamrah al-`Aqabah). Aku pun mengutip batu-batu kecil untuk baginda yang kesemuanya sebesar biji kacang. Apabila aku meletaknya ke dalam tangan baginda, baginda pun bersabda: “(Ya) sebesar ini! Jauhilah kamu melampau dalam agama (al-Ghulu), kerana sesungguhnya al-Ghulu telah membinasakan mereka yang sebelum kamu.

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah (m. 728H) berkata: “Sesungguhnya agama ALLAH ini adalah pertengahan antara yang melampau dan yang meninggalkannya. ALLAH Ta`ala tidak memerintahkan hamba-hamba-NYA sesuatu melainkan syaitan akan mengganggunya dengan dua cara. Syaitan tidak kisah yang mana satu dia berjaya. Iaitu sama ada secara ifrat إفراط (melampaui batasan yang sepatutnya dalam beragama) atau tafrit تفريط (cuai terhadap agama). Justeru, Islam adalah agama ALLAH yang tidak boleh diambil ajarannya daripada sesiapapun selain-NYA. Maka syaitan mengganggu kebanyakan mereka yang mengaku mengikut ajaran Islam. Sehingga syaitan berjaya mengeluarkan mereka daripada syariat. Bahkan syaitan berjaya mengeluarkan banyak puak umat ini yang terdiri daripada mereka yang kuat beribadah dan warak. Sehingga menjadikan mereka keluar daripada agama seperti mana melurunya anak panah daripada busarnya.”

Penyalahgunaan Nama Salafi
Maka Arus Tajdid wajar membantah kelompok yang menyalahgunakan nama ‘salafi’ sedangkan dalam masa yang sama kerja mereka ialah mencerca secara tidak seimbang tokoh-tokoh penyumbang kepada kebangkitan tajdid; seperti Hasan al-Banna, Sayyid Qutb, al-Qaradawi, Salman ‘Audah dan berbagai lagi. Kita tidak menganggap kemaksuman tokoh-tokoh tersebut, namun mengfokus aktiviti untuk menyerangkan tokoh-tokoh berkenaan dengan cara yang menyimpang dari metodologi ilmiah adalah sesuatu yang tidak dapat diterima. Cara sebegini mendekati manhaj khawarij melebihi manhaj Ahl al-Sunnah.

Al-Syeikh Ibn Jibrin salah seorang tokoh salafi semasa Arab Saudi ketika ditanya hal ini menjawab: Sesungguhnya Sayyid Qutb dan Hasan al-Banna adalah dari kalangan ulama kaum Muslimin dan ahli dakwah. Sesungguhnya Allah telah memanfaatkan dengan mereka berdua dan memberi petunjuk dengan dakwah mereka ramai manusia. Bagi mereka berdua ada sumbangan yang tidak dapat dinafikan. Kerana itu, ketika keputusan hukuman mati dikenakan ke atas Sayyid Qutb dibuat, al-Syeikh Abdul Aziz bin Baz memohon diberi pengampunan kepadanya dan beliau merayu dalam pemohonan itu. Namun ia tidak diterima oleh Presiden Jamal (Abdul Naser). Allah akan menghukum Jamal apa layak untuknya. Ketika mana keduanya (Sayyid Qutb dan al-Banna) dibunuh, keduanya digelar syahid, kerana mereka berdua dibunuh secara zalim. Dan syahid itu ada yang khas dan yang ‘am. Tersebar perkara ini (syahidnya mereka berdua) di dalam akhbar dan buku-buku tanpa ada orang yang mengingkarinya. Kemudian para ulama menerima buku-buku mereka, dan Allah memberi manfaat kepada mereka dengan buku-buku tersebut, tiada seorang yang mencela mereka berdua semenjak lebih 20 tahun yang lalu. Jika ada pada mereka berdua kesilapan yang sedikit pada takwilan atau yang seumpama dengannya, perkara itu tidak sampai kepada tahap untuk dikafirkan mereka. Sesungguhnya para ulama yang awal juga ada kesilapan seperti itu juga, seperti al-Nawawi, al-Suyuthi, Ibn Jauzi, Ibn ‘Atiyyah, al-Khattabi, al-Qastalani dan ramai yang lain”.

Ancaman Hizbiyyah

Dengan menyedari hakikat yang disebutkan tadi, maka kita menghargai setiap organisasi dan individu serta tidak menghalang individu muslim untuk menyertai mana-mana organisasi atau jamaah. Namun, dalam masa yang sama Arus Tajdid menyeru agar dihapuskan sebarang sikap hizbiyyah yang dilarang oleh agama. Sikap hizbiyyah ialah sikap kepuakan atau kepartian yang menilai sesuatu amal islami atau perjuangan berbakti kepada al-din dengan penilaian kumpulan, atau jamaah atau organisasi yang didokong. Sikap hizbiyyah ini mengukur betul atau salah sesuatu perkara dengan pandangan jamaah atau organisasi, bukan dengan al-Kitab dan al-Sunnah. Dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah akan ditafsirkan agar seiras dengan kehendak organisasi. Mana-mana dalil yang menyanggahi jamaah dan organisasi akan diulas agar seiras dengan tafsiran jamaah, bukan tafsiran ‘ilmiyyah. Hal ini pernah dibidas oleh Al-Imam Ibn Qaiyyim al-Jauziyyah (w. 751H) terhadap golongan ektremis mazhab dengan katanya: “Yang lebih pelik dari semua itu ialah sikap kamu wahai golongan taklid!. Kamu ini jika mendapati ayat al-Quran yang bersesuai dengan mazhab kamu, maka kamu akan terima apa yang jelas dari ayat itu dan berpegang kepadanya. Teras kamu dalam perkara berkenaan ialah pendapat mazhab kamu, bukan ayat tersebut. Jika kamu dapati ayat lain yang setanding dengannya menyanggahi pendapat mazhab kamu, kamu tidak akan menerimanya. Kamu akan cuba membuat berbagai takwilan dan mengeluarkannya dari maksudnya yang jelas, kerana tidak bersesuaian dengan mazhab kamu. Inilah juga yang kamu lakukan kepada nas-nas al-Sunnah. Jika kamu dapati satu hadith yang sahih bersesuaian dengan mazhab kamu, kamu menerimanya. Kamu kata “kami ada sabda Nabi s.a.w. begini dan begitu”. Jika kamu dapati seratus atau lebih hadith sahih yang berbeza dengan mazhab kamu, kamu tidak pandang kepadanya, walaupun satu hadith..” .

Maka ada sesetengah individu dalam jamaah tertentu menentang slogan kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah dalam ibadah khususiah, dan mereka juga membantah penentangan terhadap unsur syirik, tahyul, khurafat dan kebodohan dalam cara beragama, atas alasan ia menyebabkan perpecahan umat. Walaupun mereka dalam masa yang sama sanggup berbalahan sesama umat ketika berkempen kepada soal-soal ekonomi, atau politik yang mereka sifatkan sebagai lebih islamik. Mereka menghalalkan untuk mereka dan mengharamkan untuk orang lain. Apakah ibadah khususiah, akidah dan kejelasan fikrah itu lebih lekeh dari ekonomi dan politik gagasan mereka?!!

Sikap hizbiyyah juga menjadikan seseorang individu membutakan mata ketika melihat kesalahan kelompoknya dan berkeras menghukum jika perkara yang sama dilakukan oleh kelompok lain. Ini jelas dalam sikap kelompok yang menghukum sebahagian masalah sebagai masalah khilafiyyah tetapi dalam masa yang sama dia membantah pihak yang berbeza dengannya.

Hizbiyyah ini menjadikan seseorang taksub kepada jamaah sehingga tidak mahu menilai sesuatu keputusan yang dikeluarkan oleh jamaahnya, betul atau salah dengan nas-nas agama. Hanya bersandarkan falsafah ‘keputusan jamaah’ atau ‘keputusan syura’ , sekalipun menyanggahi nas, diterima juga.

Ini sikap hizbiyyah atau ‘asabiyyah yang dicela. Di sebut dalam hadith:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَنْ خَرَجَ مِنَ الطَّاعَةِ وَفَارَقَ الْجَمَاعَةَ فَمَاتَ مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً وَمَنْ قَاتَلَ تَحْتَ رَايَةٍ عِمِيَّةٍ يَغْضَبُ لِعَصَبَةٍ أَوْ يَدْعُو إِلَى عَصَبَةٍ أَوْ يَنْصُرُ عَصَبَةً فَقُتِلَ فَقِتْلَةٌ جَاهِلِيَّةٌ ُ

(maksudnya) Sesiapa keluar daripada ketaatan (terhadap pemerintah) dan memisahkan diri daripada al-jama‘ah lalu dia mati, maka dia mati jahiliyyah. Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah.

Kata al-Sindi (meninggal 1138H) dalam mensyarahkan hadith-hadith Sunan Ibn Majah: “Lafaz رَايَةٍ عِمِّيَّةٍ (bendera kebutaan) ialah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil” .

Dalam riwayat Abu Daud:
عَنْ جُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ عَلَى عَصَبِيَّة ٍ
Daripada Jubair bin Mut‘im: Bahawa RasululLah s.a.w bersabda: “Bukan di kalangan kami sesiapa yang menyeru kepada ‘asabiyyah, bukan sesiapa yang berperang atas ‘asabiyyah, dan bukan di kalangan kami sesiapa yang mati atas ‘asabiyyah.

Dalam menjelaskan maksud ‘asabiyyah, Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh Wathilah bin al-Asqa’:
يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الْعَصَبِيَّةُ قَالَ أَنْ تُعِينَ قَوْمَكَ عَلَى الظُّلْم ِ
(maksudnya): Wahai RasululLah! Apakah al-‘asabiyyat? Sabda baginda: “Kamu menolong kaummu atas kezaliman”

Maka sikap hizbiyyah akan menjadikan seseorang memandang lekeh atau cacat individu yang tidak terlibat dengan jamaah atau organisasi yang dia sertai. Dia akan menganggap tidak mencukupi syarat perjuangan. Sekalipun individu berkenaan kelihatan telah melaksanakan tanggungjawab dan tuntutan Islam. Sikap hizbiyyah melebelkannya sebagai ‘wala tidak jelas’, tidak berani berjuang, ada kepentingan dan seumpamanya.

Firman Allah:
(maksudnya) 10. Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. 11. Wahai orang-orang yang beriman! janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. dan (ingatlah), sesiapa Yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

Sikap inilah yang menyelewengkan banyak pihak dari berdakwah kepada inti al-Quran dan al-Sunnah, bertukar menjadi dakwah menyertai jamaah. Golongan yang terkena angin hizbiyyah sukar menerima amal islami yang tidak di bawah arahan jamaahnya. Inilah yang telah menyebabkan sekian lama organisasi-organisasi Islam berbalah merebut mad’u atau kerusi pilihanraya kampus. Padahal jika difikirkan secara lurus, apa perlunya kita berebut mad’u?! Tidakkah jika sudah ada yang berdakwah maka tugasan kita menjadi ringan?! Tidakkah jika sudah ada yang ingin memikul amanah, maka kita lebih selamat. Apa yang penting adalah misi dakwah iaitu kembalinya umat kepada Islam yang tulen, tanpa mengambil pusing siapa pun yang melaksanakannya. Kata al-Nawawi (meninggal 676H): “Sesungguhnya al-Amr bi al-Ma’ruf Dan al-Nahy ‘an al-Munkar adalah fardu kifayah. Jika dilaksanakan oleh sebahagian manusia, gugur kesalahan dari yang lain. Jika semua meninggalkannya, maka berdosalah setiap yang mampu melakukannya dengan tanpa sebarang keuzuran dan ketakutan. Kemudian, ia mungkin menjadi fardu ain ke atas seseorang. Ini seperti di tempat yang tiada siapa yang tahu melainkan dia, atau tiada siapa yang mampu mencegahnya melainkan dia. Seperti seseorang yang melihat isteri atau anaknya atau hambanya melakukan munkar atau mengurangi makruf” .

Namun sikap hizbiyyah menjadikan sebahagian manusia lebih mementingkan lebel dan jenama kumpulan lebih dari isi kandungan seruan Islam yang dibawa. Tahap ukhuwwah islamiyyah diukur dengan jenama berkenaan, apabila berbeza jemaah maka berbezalah tahap ukhuwwah. Sehingga ada yang bermasam muka kerana berbeza jamaah atau kumpulan.

Bah hingga ada yang sanggup menyelewengkan maksud hadith:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَنْ خَرَجَ مِنَ الطَّاعَةِ وَفَارَقَ الْجَمَاعَةَ فَمَاتَ مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً
“Sesiapa yang keluar dari ketaatan, dan memisahkan diri dari jamaah, mati dalam jahiliyyah”

juga hadith-hadith yang menunjukkan mereka yang meninggalkan jamaah diperangi, dihukum menanggalkan Islam dan seumpamanya, lantas mereka merasakan jamaah yang dimaksudkan dalam hadith-hadith tersebut ialah jamaah mereka lalu mereka berfikir negatif terhadap sesiapa yang bukan ahli mereka.

Dukacita golongan ini tidak membawa ulasan para ulama terhadap maksud sebenar jamaah yang terkandung dalam hadith-hadith tersebut. Maka, atas ketaksuban kumpulan atau aliran perkataan jamaah ini telah disalahgunakan. Saya bersetuju dengan perkataan tokoh al-Ikhwan al-Muslimin, Jordan, iaitu Dr. Muhammad ‘Abd al-Qadir Abu Faris dalam bukunya Mafahim Islamiyyah. Kata beliau: “Sesungguhnya istilah Jamaah al-Muslimin adalah istilah islami. Rasulullah s.a.w telah menggunakannya. Ia termaktub dalam kitab-kitab hadith dan sunnah. Para penghurai hadith membincangkannya. Ulama dan fuqaha muslimin menggunakan istilah ini sejak dahulu dengan penggunaan yang teliti. Istilah ini masih disebut oleh kebanyakan ulama semasa dan para pendakwah yang beramal. Ia masih dibincangkan dalam buku-buku ulama kurun kedua puluh. Bahkan, kadang-kala ia dibincangkan oleh orang yang kurang bekalan fekahnya. Dari kalangan mereka yang tidak berkemampuan memahami agama dan tidak mengambil berat menuntut dan memperolehi ilmu syarak tergopoh gapah menggunakan istilah ini secara salah. Tujuannya untuk mencapai natijah yang mereka kehendaki iaitu menganggap diri mereka ialah jamaah yang syar’I, sementara jamaah-jamaah lain dipertikaikan kesyar’iannya dan perlu ditentang…sebenarnya, maksud ‘jamaah al-muslimin’yang diperkatakan oleh al-Sunnah ialah jamaah yang .beriman dengan Islam sebagai akidah, syariat, peraturan hidup dan mengakui hukum-hakamnya. Ia melaksanakan syariat ALLAH dalam kehidupan. Memiliki kekuasaan politik yang berasingan. Ia dipimpin oleh khalifah yang menjaga agama dan mentadbir dunia dengan agama. Ini semua berlaku apabila muslimin memiliki daulah islamiyyah yang menghimpunkan dan menyatukan mereka. Ditegakkan dalamnya hukum-hukum Islam. Maka, istilah ‘jamaah al-muslimin’ di sini bermaksud masyarakat Islami yang dipimpin oleh hukum Islam dan terbentuk semua badan kekuasaannya di atas petunjuk al-Quran dan al-Sunnah…adapun sekiranya tiada daulah islamiyyah yang menyatupadukan orang Islam…tidak mungkin mana-mana jamaah mendakwa dirinya sebagai jamaah al-muslimin. Samada mereka itu Ikhwan, atau tabligh, atau salafiyyah, atau sufiah, atau jamaat islami Pakistan dan selainnya. Ini kerana dakwaan tersebut bererti menghukum gerakan-gerakan lain sebagai murtad atau sesat atau kufur, dan menuduh mereka dengan jenayah yang memboleh dijatuhkan hukuman yang keras..” .

Maka, arus tajdid menyeru agar dipecahkan benteng-benteng hizbiyyah ini dan mengukurkan muslim dengan kadar pegangan serta fikrahnya dalam memahami al-Quran dan al-Sunnah tanpa mengira dari mana organisasi atau jamaah pun dia. Arus tajdid menyeru semua pihak berpegang kepada fikrah sahihah lebih utama dari jamaah. Seseorang boleh memilih mana-mana jamaah selagi tidak menyanggahi al-Kitab dan al-Sunnah. Jamaah hanyalah alat, bukan matlamat. Bahkan seseorang mungkin sahaja untuk tidak menyertai mana-mana jamaah berdaftar, sebaliknya bersama kaum muslimin secara keseluruhan, tolong-menolong dalam urusan agama. Penyertaan ke dalam mana-mana jamaah hanya soal ijtihad. Tiada sebarang dalil sarih tentang kewajipan menyertai jamaah tertentu. Entah berapa ramai para ulama besar pada zaman ini pun, tidak menyertai mana-mana jamaah. Namun sumbangan mereka lebih besar dari sebarang jamaah dan umat berada di balakang mereka.

Mungkin ada benarnya rumusan seorang penulis Syria, al-Buti yang menulis tentang الفرق بين الحركة الإسلامية والدعوة إلى الله (Perbezaan antara gerakan Islam dan dakwah kepada ALLAH), antaranya beliau menyebut: “sesungguhnya dakwah yang difahami dan diamalkan oleh kebanyakan jemaah islamiah hari ini tidak lebih dari sekadar aktiviti yang berkisar sekadar anggota kumpulan mereka semata” .

Seruan Tajdid

Arus Tajdid mengajak penyertaan saudara-saudari ke dalam satu gerak kerja yang lebih besar daripada sebarang jamaah dan organisasi. Penyertaan ke dalam arus ini tidak menuntut untuk saudara-saudari meninggalkan jamaah atau organisasi yang telah disertai. Saudara-saudari boleh kekal dalam organisasi masing-masing, dengan syarat organisasi itu tidak menyanggahi al-Quran dan al-Sunnah, serta saudara-saudari pula bekerja ke tajdid dan islah, PEMBAHARUAN DAN PEMBAIKIAN.

Pembaharuan itu ialah dengan kembali melihat keserasian segala pegangan dan amalan Islam berdasarkan fakta al-Quran dan al-Sunnah, lantas mengeluarkan umat dari daerah kejumudan, agama rekaan, khurafat, kebodohan fikiran dan kesempitan mazhab dan hukum kepada kemudahan dan keluasannya. Ini bersesuaian dengan ruh Islam tulen dan tuntutan zaman. Seru atau dakwah setiap muslim ke arah ini di mana sahaja saudara-saudari berada. Tidak menjadi syarat menyertai aliran tajdid berdaftar atau berkenalan dengan mereka yang aktif. Fahami fikrah tajdid, dan serulah kepadanya di mana sahaja saudara berada.

Ini selaras dengan tanggungjawab yang al-Rasul letakkan di atas bahu golongan terpilih, dengan sabda baginda:
يَحْمِلُ هَذَا الْعِلمَ مِنْ كُلِّ خَلَفٍ عُدُوْلُه: يَنْفَوْنَ عَنْهُ تَحْرِيْفَ الْغَالِيْنَ، وَانْتِحَالَ الْمُبْطِلِيْنَ، وَتَأْوِيْلَ الْجَاهِلِيْنَ
Maksudnya:Sentiasa membawa ilmu ini mereka yang adil dari para penyambung (dari setiap generasi). Mereka menafikan (menentang) penyelewengan golongan yang melampaui batas, dakwaan bohong golongan yang bathil (sesat) dan takwilan golongan jahil.
Inilah tiga tanggungjawab tajdid dan islah yang mesti dipikul dalam usaha kembali membawa Islam yang tulen dan tepat. Arus Tajdid mengajak saudara-saudari menyokong usaha ini. Al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani r.h pernah menyebut: “Bilamana menjadi sesuatu yang putus bahawa “Sesungguhnya al-Din di sisi Allah ialah Islam”, maka sesungguhnya tidak mungkin dapat difahami apa yang dikehendaki Allah melainkan dengan perantaraan RasululLah. Sesungguhnya tiada jalan kita sampai kepada baginda melainkan melalui pengetahuan mengenai sunnah baginda. Pula tiada jalan kepada sunnah baginda melainkan dengan ilmu hadith. Justeru itu menjadi kewajipan ke atas kaum muslimin, samada pemerintah atau rakyat, pendakwah atau yang didakwah, beriman bersama kita bahawa tiada jalan terlaksananya apa yang kita seru kepadanya iaitu perlaksanaan keadilan dan keamanan, menegakkan hukum Allah di atas muka bumi kecuali dengan berdakwah kepada sunnah dan mengamalkannya, juga mentarbiah kaum muslimin dengannya. Bukan dengan hukum-hakam dunia, undang-undang ciptaan manusia, pandangan-pandangan individu dan pegangan-pegangan kepartian. Itu semua menjadikan umat semakin berpecah dan jauh dari matlamat yang dituju” .

Semoga ALLAH merahmati kita dan membantu usah ini. Pengerusi dan hadirin terima kasih atas kesudian menyertai.

sumber: Dr MAZA