Bukan semua ketidak-setujuan perlu diluahkan
secara terbuka. Banyak keadaan DIAM itu lebih baik untuk mengelakkan fitnah yang
lebih besar dan mengaibkan orang lain.
Diam diri bukanlah bermakna merestui
kemungkaran, kesalahan dan kesilapan. Nasihat dan teguran dibuat secara
dalaman. Dengar atau tidak, tanggungjawab menegur dan menasihat kita sudah
selesai, semoga ia baik untuk organisasi kita.
Berulangkali kita menulis, dalam organisasi ‘malaikat’
sudah tentu tidak terlepas melihat, menghadapi dan merasai penangan ujian teman
seperjuangan yang tikam belakang, mencantas, memfitnah, mengumpat dan bagai.
Begitu juga teman-teman yang suka ambil kesempatan dan peluang. Ini tidak
termasuk dengan maksiat dan rembat duit serta harta benda organisasi. Kisah
sebalik tabir atau sisi hitam organisasi ‘malaikat’ inilah membuatkan orang
tawar hati, memberontak, merajuk, kecewa, lawan ketua, ‘progresif’ dan bagai.
Persoalannya, adakah kita dapat menyelesaikan masalah atau menambahkan beban
organisasi ‘malaikat’?
Tiada lain, ubatnya al-Quran yang mengajarkan
kita dua kepak sayap untuk kita mengapai cita-cita kita menegakkan kalimah
Allah SWT iaitu sayap istiqamah dan sayap sabar. Ingatlah setiap ujian itu
boleh menambah pahala atau dosa kita. Pilihlah untuk menambah pahala.
Keluar daripada perjuangan atau organisasi ‘malaikat’
juga tidak selesai masalah. Dimana-mana ada masalah apatah lagi organisasi yang
tidak menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan. Jalan penyelesaiannya ialah
terus bersabar atau tawaquf seketika.
No comments:
Post a Comment