Aku tak menulis
Aku hanya menulis kembali, menyusun dan
mengolah kembali tulisan pakar strategi
ini.
(Pakar strategi inimembicarakan tentang kefahaman seorang
Mahathir terhadap demokrasi. Tulisan ini bukan tulisan Aku.)
Faham demokrasi Mahathir Mohamad selalu
mudah: demokrasi harus ada batasannya, harus diiringi dengan tanggungjawab, dan
berfungsi untuk tujuan pembangunan.
Mahathir turut menegaskan bahawa sekiranya
mahu mengubah pemerintahan, cukuplah dengan kotak undi. Ini dapat dilakukan
lima tahun sekali. Selain itu, nilai pemimpin, bagi Mahathir, ialah idea dan
strategi yang dimilikinya. Sesuai dengan faham ini, maka Mahathir sama sekali
tidak melihat Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi liberal.
(Aku: Tidak hairanlah Tun M kembali dalam
PRU 14. Beliau kembali untuk siapa?)
Faham demokrasi Tun kabur dan mengelirukan.
Antara ciri-ciri faham demokrasi Tun M ialah
1. demokrasi mestilah difahami bersama
batasannya. Mahathir begitu bimbang
dengan kebebasan mutlak. Padahal, tidak ada siapa pun yang mempertikaikan.
Memang, kita semua tahu bahawa takkan ada kebebasan mutlak.
(Aku: Tun M menyatakan demokrasi ada
batasan dan sempadan. Cuma sempadan dan batasan itu pada ukuran pandangan
dirinya sendiri)
2. Jika Tun M berbicara tentang demokrasi,
beliau akan menyentuh persoalan tanggungjawab berbanding konsep yang lebih
besar iaitu hak. Ukuran tanggungjawab itu ditentukan oleh siapa? Adakah soal
tanggungjawab ini mengawasi dan mengawal
segala tingkah-laku dan fikiran rakyat
3. Mahathir meletakkan makna kehidupan
bernegara adalah pembangunan semata-mata. Adakah dengan melakukan pembangunan,
maka sempurnalah makna demokrasi?
4. Mahathir menekankan bahawa yang
terpenting dari kualiti pemimpin adalah kemampuannya dalam merangka strategi
dan idea untuk kemakmuran negara. Benarkah yang terpenting ialah kualiti
pemimpin, bukannya kualiti sistem (demokrasi)? Jadi, individu lebih penting
dari sistem.
5. Mahathir beranggapan bahawa cukuplah
untuk mengubah pemerintah saat pilihan raya umum. Bermakna, menurut Mahathir,
proses mengubah pemerintah hanya boleh dilakukan setiap lima tahun, lewat kotak
undi. Lalu, pertanyaannya: apakah yang warga harus lakukan di antara dua
pilihan raya, atau dalam tempoh lima tahun tersebut? Sepanjang itu rakyat hanya
patuh semua titah pemimpin?
Tulisan pakar strategi itu lagi,
Andai kata Machiavelli masih hidup
sekalipun, tentunya takkan bersependapat dengan Mahathir ini. Kerana,
Machiavelli bukanlah seorang Machiavellian, seperti Mahathir. Sebaliknya,
Machiavelli adalah seorang republikan, yang menghargai aspirasi rakyat.
Manakala, Mahathir pula dalam diam-diam
adalah seorang diktator, yang selalu mencipta pemujanya yang fanatik, sepanjang
waktu, selagi mana faham totalitarianisme terus saja bermaharajalela.
(AKU: ‘selalu mencipta pemujanya’. Inilah
kesedihan melihat pejuang-pejuang yang ketumpulan gigi. Mereka geli digelitik oleh Mahathir. Ingatlah
membersih kekotoran jangan melalui kekotoran, kelak lebih kotor. Rakyat akan
terus dikotorkan)
No comments:
Post a Comment