Tulis Pakar Strategi itu lagi,
Tun M mentadbir-urus negara ini dengan cara
demokrasi kacukan atau demokrasi dengan kuku-besi sekaligus melahirkan sebuah
negara yang dinobatkan sebagai sebuah “Snycretic State” dalam Sains Politik.
Dalam bahasa seorang professor yang menklasifikasikan demokrasi di Malaysia sebagai
salah sebuah Negara yang mengamalkan “Electoral Authoritarianism”.
Tun M tidak pernah mempercayai bahawa demokrasi
mesti diamalkan secara menyeluruh dan penuh. Beliau percaya bahawa kerajaan
mesti “melaksanakan demokrasi dengan had dan batasnya”.
Bagi Tun M, mustahil untuk melaksanakan
‘utopia demokrasi’ yang berteraskan “kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk
rakyat” kerana akan berakhir dengan satu
kebuntuan. Demokrasi mesti ada ‘ubahsuaian’ dan rakyat ‘berkorban’ sedikit
untuk kita dapat memanfaatkan sistem
demokrasi ini.
Beliau telah ‘mencekik’ dan ‘menjerut’
demokrasi dengan segala akta-akta draconian dan ‘rimba’ yang meragut hak
kebebasan rakyat yang sebenarnya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Baru rakyat faham bahawa Tun M dan Umno-BN
memerlukan semua ‘ubahsuai’ (adjustment) dengan ‘undang-undang’ semasa mereka
berkuasa dengan 2/3 majoriti untuk ‘mentadbir negara’ dulu.
Contoh Kebebasan berpolitik dan berhimpun
diragut dengan ISA dan Akta Polis, Kebebasan menerbit-berkarya dicekik dengan
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (1984), hak kepada maklumat dengan OSA, hak
mahasiswa-akademik berpolitik dengan AUKU.
Tun M ini tetap akan buta demokrasi dan
tidak akan celik dengan erti pencerahan minda tentang demokrasi sampai keliang
lahadnya.
(Dalam bahagian ini, aku tersenyum melihat
perkataan ‘TETAP’, ‘TIDAK AKAN’ dan ‘SAMPAI
KE LIANG LAHADnya’. Bahayanya tulis-lisan kita menhujahi diri kita sendiri pada
masa akan datang)
Dengan demokrasi yang kononnya diubahsuai itulah telah berleluasa dan sarat
amalan rasuah dan salah-guna kuasa kerana rakyat tidak mendapat capaian
maklumat untuk ‘menyemak-imbang’ kerajaan yang menyalahguna kuasa.
Ini menjadikan negara hilang daya-saing dan
amalan kroni kapitalisme serta penyampaian kerajaan(Aku: dalam pengurusan
projek-projek kerajaan). Sebagai contoh Perjanjian konsesi utility mega (IPP,
Tol Lebuhraya)dirahsiakn atas nama OSA. Skandal besar seperti PKFZ yang menelan
RM 12 b makan tahun untuk dikesan berbanding kalau rakyat bermaklumat dan punya
informasi!
(Demokrasi bukannya menghalalkan pemimpin)bermaharajalela
dengan kuasa serta ‘membutakan rakyat’ dengan ‘ketakutan’ dan sedikit
‘gula-gula’ kononnya pemberian sebuah kerajaan yang ‘prihatin dan mendahulukan
rakyat.
Sah Tun M adalah seorang dictator yang
bersembunyi disebalik pakaian demokrasi yang beliau sangat membencinya! Sebab
itu Tun dan semua pimpinan Umno-BN sangat takut dengan ‘Arab Spring’ yang
merupakan kebangkitan rakyat Arab menjatuhkan pimpinan dictator dan regim
kukubesi yang telah berdekad menafikan rakyat kebebasan dan demokrasi sebenar!
Jelas
mengapa Tun M secara terang-terangan‘memandul kekebalan raja’, memecat seorang
Ketua Hakim Negara dan segala yang perbuatan zalim atas nama ‘adjustment’
kerana ‘demokrasi itu ada batasnya’ dan diktator inilah dan regim umno-BN
inilah yang menentukan batas-batas HAK yang boleh diberikan kepada rakyat!
No comments:
Post a Comment