Kita dihebohkan
dengan kemasukan Dr Mazslee Malik, pensyarah UIA merangkap pemimpin JIM-IKRAM
menyertai PPBM pimpinan Tun Mahathir. Begitu juga mantan pimpin JIM dan PAS, YB
Ir Dato Amirudin Hamzah juga menyertai PPBM.
[1]
5 Persoalan
Persoalan ini
dikemukakan oleh seorang pakar gerakan Islam pada tahun 2010.
[a] Apakah
kehadiran mereka (IKRAM) ini akan menambah kekuatan force politik gerakan Islam
atau sebalinya melemahkannya lagi.
[b] Apakah
kehadirannya (IKRAM) akan dapat menyaingi gerakan Islam semasa dan seterusnya
dimanipulasi oleh musuh gerakan Islam bagi memecahbelahkan kebangkitan Islam
itu sendiri
[c] Apakah
kehadiran IKRAM dalam bentuk sebuah GAGASAN yang meMAYUNGI beberapa gerakan (Islam)
seperti JIM, HALUAN, ISMA dan lain-lain tidak membayangkan IKRAM lebih dominan
dari PAS yang telah pun berusaha memayungi gerakan Islam menerusi NAUNGAN
POLITIKnya.
[d] Apakah NAUNGAN
DAKWAH yang diusahakan oleh IKRAM itu lebih AMPUH dan MAMPU merentasi perBEZAan
politik antara PAS dan UMNO atau hanyalah RETORIK semata-mata kerana perbezaan
IDEOLOGI inilah yang membezakan STATUS mereka sebagai sebuah gerakan Islam atau
sebaliknya.
[e] Apakah
percubaan ini tidak dilihat sebagai ulangan cadangan penyertaan ahli-ahli IRC
ke dalam PAS dan UMNO bagi menguasai kepimpinan kedua-duanya tetapi dalam
bentuk yang lebih terbuka bagi mengelakkan prasangka.
[2]
Hala Tuju Politik
IKRAM.
Menurut pakar gerakan
Islam itu lagi (2010),
[f] “Mungkin dalam
masa 5 tahun atau setelah merasakan dirinya (IKRAM) kuat dan dikehendaki, IKRAM
boleh mengisytiharkan dirinya sebagai sebuah parti politik atau menjadi
AFILIASI politik kepada mana-mana parti politik yang hauskan IMEJ dan
pendekatan Islam yang berBEZA dengan PAS”
IKRAM diluluskan
pendaftaran pada 22 Oktober 2009. Manakala Parti Amanah Negara ditubuhkan pada
tahun 2015. Lebih kurang 6 tahun.
Kehadiran Parti
Amanah Negara sangat mendekati pandangan perkara [f]. Sebuah parti Islam kedua
ditubuhkan yang memiliki Imej dan pendekatan Islam yang berbeza dengan PAS.
Kehadiran parti Islam kedua memecah-belahkan gerakan Islam di Malaysia apabila
NAUNGAN Politik gerakan Islam melalui PAS telah dipecahkan oleh Parti Amanah.
[3]
Ramai anak muda
IKRAM sangat emosi apabila kita menyebut tentang sejarah dan pendekatan keparasitan
para pengasas mereka. Kita tidak menafikan jasa, kealiman dan kesalehan para
pengasas mereka, cuma kita tidak bersetuju dengan kefahaman dan pendekatan
tertentu yang dilakukan oleh para pengasas mereka.
Ramai anak muda
IKRAM menolak pandangan IKRAM adalah IRC, menolak adanya grand design IRC dan
menolak adanya pendekatan menumpang-penyusupan (parasit) oleh IRC. Sewajarnya,
anak muda IKRAM menyapu bersih hingusan mereka dengan membaca sejarah.
IKRAM bukan IRC.
Sudah tentu jawapannya YA Betul. Dari segi perlembagaan pertubuhan, perundangan
dan keahlian, IKRAM semestinya bukan IRC. Cuma para pengasas IKRAM adalah
otai-otai IRC.
Sebagaimana Ikhwan
Alami, keanggotaan dan keahlian secara zahir dalam sesebuah organisasi bukanlah
sesuatu yang penting kerana mereka disatukan oleh kesatuan pemikiran, satu
aspirasi, satu cita-cita dan satu kesatuan ukhwah melalui pengaulan mereka
(usrah). Pengkastaan atau pemeringkatan dalam keahlian dan jurang generasi
memisahkan generasi pengasas al Jamaah-IRC-JIM-IKRAM dengan anak muda IKRAM.
Sejarah telah
membuktikan jalur berasaskan kesatuan pemikiran ini wujud. Kemunculan IKRAM
sendiri, Parti Amanah Negara, kehadiran tokoh IKRAM dalam PKR, perpecahan PAS,
penyusupan pemimpin IRC-JIM ke dalam PKN, UMNO, PAS dan ABIM. Selepas kemasukan
DS Anwar Ibrahim ke UMNO, dua tahun Muktamar ABIM diganggu oleh pimpinan IRC
umpamanya.
[3]
Orang lama dalam
perjuangan gerakan Islam menceritakan suasana persaingan dalaman dalam gerakan
Islam tertentu secara tertutup. Cerita tentang grand design dan kaedah parasit
adalah cerita disebalik tabir dan diceritakan secara dalaman. Begitulah ‘resmi’
gerakan Islam tidak gemar memburuk-buruk gerakan Islam lain secara terbuka atau
mengeluarkan kenyataan rasmi. Ini kerana IRC sendiri adalah anak-beranak
gerakan Islam. Cuma terdapat perbezaan dari segi kefahaman dan pendekatan. Dan ada
s pemimpin gerakan Islam dipenjara dengan sifat dengki, ego dan dendam peribadi
yang menjadikan perseteruan berlanjutan.
[4]
Penulis sendiri
sebagai orang awam yang menyanjung Islam tertarik dengan konsep ummah centric.
Kita boleh menolong semua gerakan Islam yang ada. Tetapi bagi pemimpin gerakan
Islam, menyetujui konsep ummah centric boleh menyebabkan kecelaruan pemikiran,
kegoncangan kesetiaan kepada pemimpin dan jemaah Islam dan boleh menjuruskan ke
arah fitnah.
Mana mungkin kita
mempunyai dua keyakinan dan 2 kesetiaan dalam waktu yang sama. Bagaimana jika
keyakinan dan kesetiaan ini bertembung atau berkonflik antara satu sama lain,
keyakinan dan kesetiaan mana satu yang kita dambakan?.
Inilah yang berlaku
dalam kes YB Ir Saari Sungip semasa Langkah Kajang. Bagaimanakah ahli PAS boleh
wala’ kepada pemimpin parti lain? Ingat! PAS adalah sebuah gerakan Islam. Pak
Abu Urwah lebih memahami persoalan ini.
Isu wala’ sentiasa
relevan.
[5]
Parti Amanah Negara
didominasi oleh tiga jalur tarbiah iaitu jalur al-jamaah-IRC-JIM-IKRAM, Jalur
PKPIM-ABIM dan Jalur Tarbiah PAS dari UM (atau Jalur Tarbiah TG Yahya Othman).
Sewajarnya, IKRAM
mengambil ruang dan peluang memperkasakan kedudukan mereka dalam Parti Amanah.
IKRAM mesti menjadi ‘saluran darah’ membekalkan pemimpin pelapis kepada Parti
Amanah Negara. Sebaliknya apa yang berlaku, sesetengah pemimpin IRC-JIM-IKRAM
masih dieksport ke dalam parti politik lain seperti PKR dan PPBM. Ini
menunjukkan IKRAM masih mengunakan [1] kaedah parasit dan [2] mencari
keuntungan politik.
IKRAM terlampau
percaya ahli dan pemimpin mereka yang mempunyai satu pemikiran, satu aspirasi,
satu cita-cita dan satu ikatan ukhwah mampu bergerak dalam politik kepartian
dalam ikatan dan arahan jemaah. Iman boleh berbolak-balik. Kebarangkalian,
jemaah Islam gagal mengawal pemimpin dan ahli mereka boleh berlaku. Kepercayaan
ini juga memberi ruang kepada pemimpin bersifat pragmatik dan mengamalkan
politik matlamat menghalalkan cara.
No comments:
Post a Comment