1. Kisah disebalik tabir atau sisi gelap dalam
organisasi, mesyuarat, menguruskan program dan aktiviti boleh membuat ramai
terkedu dan terperanjat disebalik keindahan atau kejayaan. Tidak hairanlah,
ramai yang merajuk, menangis, keluar, memberontak, melawan, tawaquf dan
khianat. Yang bertahan dengan sabar dan istiqamah, memang kental dan terpuji.
2. Kisah disebalik
tabir dan sisi gelap, bukanlah kita menyembunyikan kesalahan, kesilapan, dosa
dan kelemahan individu dan kelompok tertentu. Ia juga bukan menandakan kita
bersubahat atau menghalalkan kesalahan. Ia tidak didedahkan demi menjaga
keaiban seseorang, menjaga maruah-imej Islam (organisasi Islam), mengelakkan
fitnah dan menjauhkan berlakunya mudharat yang lebih besar. Kaedah penyelesaian
melalui nasihat dan menegur serta meminggirkan mereka sehingga ada yang keluar
dan tawaquf.
3.
Pertemuan/perundingan PAS-UMNO pasca PRU 2008 umpamanya tidak perlu didedahkan kepada
orang ramai. Pertemuan dan perundingan adalah perkara biasa dalam politik. Cuma
pendedahan kepada ramai orang telah menimbulkan fitnah, buruk sangka dan
persepsi sehingga menimbulkan label-melabel, caci-mencaci dan kutuk mengutuk
sesama sendiri. Secara tak langsung mencetuskan perbalahan dalaman.
4.Mana-mana
organisasi yang berusia merasai kewujudan kumpulan dalam kumpulan dan mesyuarat
dalam mesyuarat. Pada pandangan kita, ia hanya persaingan antara kem-kem
bertentangan berdasarkan persamaan dan kesatuan pemikiran-pandangan disamping
dengan pengaulan. Sesiapa yang terlibat dengan alumni sekolah dan universiti
merasai semangat ke-MAFIA-an mengikut pengaulan ini yang banyak mempengaruhi
perjalanan sesebuah organisasi. Masih ingatkah lagi tentang ‘mafia’ MCKK,
KISAS, Maktab Mahmud, Maahad Muhammadi dan SMAP Kajang dalam mendominasi tampuk
kepimpinan persatuan-persatuan di universiti. Tidak hairanlah muncul kumpulan
UM, Kumpulan UIA, JASA, UKP, Grup I, Tora Bora, RTI, MT, IRC , Tanjung Mas dan
bagai dalam parti politik. Saluran sebenar mereka ialah gelanggang pemilihan.
Kemudian kembali bersatu dengan satu kalimah demi menegakkan Islam. Bukannya
cantas mencantas, label melabel dan pulau memulau antara satu sama lain. Buang
sifat DENGKI dan mahu keuntungan sesuatu, insya Allah selamat.
5. Kita, menilai-lah
apa yang tahu, yang jelas-sahih, yang zahir dan yang nampak. Yang sebalik
tabir, kita serahkan kepada Allah untuk menghukum dan menilai mereka. Berjuang,
harapkan redha Allah bukannya mencari suatu untuk habuan dunia.
No comments:
Post a Comment