Oleh Abdullah al-Helmy
PAS
Putus Tahaluf Siyasi Dengan PKR
Usaha kelompok
ulama agar kajian semula terhadap tahaluf siyasi sudah lama berlaku. Dalam
Multaqa Ulama 2013, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Tuan Guru Dato Harun Taib mencadangkan
Majlis Syura Ulamak agar tahaluf siyasi dengan PKR dikaji semula.[1]
Saranan ini dibantah dan tidak dipersetujui oleh Mursyidul Aam, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.[2]
Dewan Ulama PAS
Pusat sebulat suara bersetuju usul memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan
PKR [Sinar Harian, 26 April 2017] kemudiannya diterima tanpa bahas dalam
Muktamar PAS ke 63 (2017).[3]
Muktamar PAS memberi mandat kepada MSU menentukan keputusannya.
MAJLIS Syura Ulamak
yang bersidang pada hari ini, 14 Sya’ban 1438 bersamaan 11 Mei 2017 memutuskan
bahawa:
1. Dengan merujuk
kepada begitu banyak
pelanggaran terhadap syarat-syarat Tahaluf Siyaasi menurut pertimbangan hukum
Syarak dan Akhlak Islam, maka hubungan politik Tahaaluf Siyaasi antara
PAS dan PKR telah terbatal.
Antara perlanggaran
tersebut ialah;
a. Tidak menyokong
malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa oleh PAS seperti RUU 355.
b. Melanggar
adab-adab berkerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat
tuduhan-tuduhan palsu yang merosakkan imej PAS.
c. Khianat dalam
hubungan politik dengan PAS antaranya dengan bekerjasama dengan pihak-pihak
yang mahu menjatuhkan Kerajaan Negeri Kelantan dan menentang PAS dalam
Pilihanraya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
2. Sebarang tindakan politik termasuk urusan
pentadbiran Negeri Selangor diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
dengan merujuk kepada maslahah dan kepentingan Islam dan rakyat.
Isu
Meletakkan Jawatan
Respon daripada
parti-parti lain terhadap usul tersebut semuanya menjurus kepada nasib kerajaan
Selangor. DAP, PKR dan PAN kebanyakan mendesak supaya PAS keluar dari kerajaan
Selangor. Sebaliknya PAS pula menerusi kenyataan Ketua Pemudanya, Ustaz Khalil
Abdul Hadi kelihatan masih mahu mengekalkan jawatan di Selangor kerana mendakwa
kerajaan Selangor bukan milik PKR.[4]
Setelah kelulusan
usul memutuskan hubungan tahaluf PAS
dengan DAP diluluskan oleh muktamar
sesetengah pemimpin PAS seperti bekas Timbalan Presiden PAS dan Dr.
Mujahid Yusuf telah meletakkan secara peribadi bukannya arahan parti.[5]
Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua memberi kata dua kepada YAB Dato Seri Mohamed
Azmin Ali, Menteri Besar Selangor memilih PAS atau DAP.[6]
SUA Agung, Saifuddin Nasution mengesa PAS tidak melengah-lengah keputusan
tersebut dan perlu letakkan jawatan EXCO dengan segera.[7]
Pada masa yang sama, Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail mahu menunggu
keputusan MSU.
Timbalan Presiden
PKR, Dato' Seri Azmin merangkap Menteri Besar Selangor dalam respon awalnya
menyatakan kedudukan PAS kekal dalam Kerajaan Negeri Selangor sehingga PRU 14.
Exco DAP, Dato'
Teng Chang Kim juga berpandangan bahawa tidak ada masalah untuk Exco PAS kekal
dalam Kerajaan Negeri.
Namun Pengerusi DAP
Selangor, Tony Pua dan Pengerusi PAN Selangor, Ir Izham Hashim pula mendesak
agar PAS dikeluarkan segera daripada Kerajaan Negeri Selangor.
9 Mei 2017 – PAS
sifatkan PAN tidak bermaruah kerana menyatakan kesediaan mereka mengambil alih
jawatan EXCO di Selangor.[8]
12 Mei 2017 – Azmin
Ali menzahirkan rasa kecewa dengan keputusan MSU. Keputusan Majlis Syura Ulama
PAS untuk menamatkan hubungan politik dengan PKR disifatkan sebagai tindakan
yang membelakangkan kehendak rakyat.[9]
13 Mei 2017 – Lim
Guan Eng, SUA DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang menyokong penuh agar
Azmin memecat 3 orang EXCO tersebut. Kedudukan ADUN Permatang Pasir PAS, Dato
Salleh Man masih kukuh kerana menyokong beliau sebagai Ketua Menteri.[10]
13 Mei 2017 - Menurut
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, PAS sedia melepaskan jawatan di
Selangor. Beliau berkata "Bagi PAS,
kita akur sebab pelantikan exco ini di bawah kuasa Tuanku Sultan Selangor (Sultan
Sharafudin Idris Shah). Jadi pihak PAS kita akurlah kalau (benar) ia sudah
dapat perkenan Tuanku Sultan”[11]
13 Mei 2017 -Exco
Selangor dari PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, beliau tidak menerima
sebarang arahan daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali untuk
meletakkan jawatan daripada kabinet negeri tersebut.[12]
13 Mei 2017 – Dalam
kenyataan rasmi Anwar Ibrahim, beliau menyatakan “Saya mengulangi kenyataan
Presiden KEADILAN bahawa KEADILAN tidak pernah mengkhianati prinsip tahaluf
siyasi semenjak terbentuknya muafakat politik walaupun ada pihak yang mentohmah
KEADILAN dengan tohmahan yang tidak adil dan tidak wajar”. Anwar telah
menafikan hujah MSU PAS. Kenyataan Anwar Ibrahim dijawab oleh Syed Ahmad
Fadhli, Pegawai Pusat Penyelidikan PAS dengan menyenaraikan kesalahan-kesalahan
PKR.[13]
15 Mei 17 – Mahfuz
Omar menyatakan amat tidak wajar PAS menyeret institusi istana dan mendapat
perlindungan istana dalam usaha mempertahankan ghanimah kedudukan EXCO di
Selangor. Ketua Penerangan Pemuda PAS Selangor, Mahfuz jangan menjadi wakil
parti lain. Takiyuddin Hassan, SUA PAS menegaskan hanya Sultan Selangor ada
kuasa memperkenankan smada EXCO itu meletak jawatan atau dipecat. Abdul Hadi
Awang menasihatkan agar menjadikan Langkah Kajang sebagai pengajaran (Sinar
Harian, 16.5.17)
16 Mei 17 -
Mesyuarat Biro Politik PKR malam bermesyuarat tanpa Azmin yang berada di luar
negara. Dua keputusan penting ialah [1] PKR membuat keputusan bahawa semua
lantikan politik PKR di dalam Kerajaan Negeri Kelantan diminta melepaskan
jawatan-jawatan tersebut berkuatkuasa serta merta. Perkara ini telah
disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan. [2] Kedudukan PAS
di dalam Kerajaan Negeri Selangor telah dibincangkan pada malam ini dan akan
diputuskan pimpinan PKR bersama YAB Dato’ Menteri Besar Selangor sekembalinya
beliau dari lawatan rasmi ke luar negara.
17 Mei 2017 –
Pengerusi PKR Negeri Kelantan, Ab. Aziz Ab. Kadir akur arahan keputusan
mesyuarat Biro Politik PKR dengan melepaskan 75 jawatan yang disandang
(lantikan politik) dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan. Timbalan Menteri
Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah berharap semua wakil PKR sudi
mempertimbangkan untuk kekal jawatan terbabit sehingga ke hujung tahun. Pada
masa yang sama, Pesuruh Jaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi menegaskan pihaknya
tidak akan melayani kehendak pihak yang mendesak EXCO PAS meletak jawatan
selagi tidak diputuskan oleh Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali sendiri.[14]
18 Mei 2017 -
Mesyuarat PAS Pusat telah dipengerusikan oleh Pemangku Presiden PAS[15],
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man memutuskan bahawa Exco PAS kekal dalam
Kerajaan Negeri Selangor selagimana diperkenan
oleh Sultan Selangor. Ini adalah selaras dengan Fasal 53 (7) Undang-Undang
Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.
19 Mei 2017 – Anwar
Ibrahim meminta Azmin berbincang dengan PAS dalam persoalan EXCO PAS.[16]
20 Mei 2017 – Azmin
menyatakan bahawa pihak Istana Selangor belum diberitahu tentang penamatan
tahaluf siyasi dengan PAS.[17]
20 Mei 2017 – PAS
akan menyatakan pendirian tentang peletakkan jawatan 13 ADUNnya selepas 3 EXCO
PAS dipecat. [18]
21 Mei 2017 -
Kerajaan Selangor boleh mengikut jejak langkah Pulau Pinang dalam menangani isu
hubungannya dengan PAS, kata Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Pulau
Pinang, Dr Afif Bahardin. Afif yang juga timbalan ketua pemuda PKR menimbulkan
pandangan tersebut ketika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali kini
perlu memutuskan kedudukan tiga exco PAS di negeri itu."(Mengenai) tahaluf
siyasi, saya nak cerita sikit kami di Pulau Pinang putus lebih awal dari
Selangor. Di Pulau Pinang kita ada seorang ADUN dari parti PAS”[19]
Menteri Besar Selangor masih menegaskan bahawa 3 EXCO PAS masih kekal dalam
kerajaan.[20]
22 Mei 17 - Kerajaan
negeri Kelantan sudah melantik 39 wakil dari PKR sebagai ahli majlis di seluruh
pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini supaya mereka dapat bersama menyumbang
demi kebaikan rakyat. Empat anggota PKR menolak tawaran pelantikan di Majlis
Daerah Pasir Puteh.[21]
23 Mei 2017 - Biro
Politik KEADILAN mengambil maklum penjelasan yang diberikan YAB Dato' Menteri
Besar Selangor bahawa, walaupun mereka bukan sebahagian dari Pakatan Harapan,
kesemua 13 Ahli Dewan Negeri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
dari PAS telah bersetuju untuk terus menyokong dasar bersama Kerajaan Negeri
Selangor berasaskan Buku Jingga, dan meneruskan keyakinan terhadap kepimpinan
Dato' Menteri Besar Selangor YAB Dato' Seri Azmin Ali. Biro Politik KEADILAN
turut bersetuju dengan pendekatan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor untuk
menjamin kestabilan Kerajaan Negeri menjelang PRU 14 dan meneruskan usaha
membangunkan Negeri Selangor selaras dengan mandat besar rakyat pada PRU 13.[22]
23 Mei 2017 - Timbalan
Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata terpulang kepada kerajaan
negeri Kelantan untuk mengambil tindakan berhubung isu peletakan jawatan
lantikan politik PKR di negeri itu. Ini susulan keputusan PKR pada 16 Mei lepas
yang mengarahkan semua lantikan politik daripada parti itu dalam kerajaan
negeri Kelantan melepaskan jawatan mereka serta-merta berikutan keputusan PAS
membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR. "Saya tidak pernah mencampuri
urusan pentadbiran kerajaan negeri Kelantan dan percaya perkara ini (peletakan
jawatan) boleh diselesaikan secara baik antara kerajaan negeri dan pimpinan PKR
Kelantan,"[23]
25 Mei 2017 – Pihak
Istana Selangor telah memperkenankan hasrat Menteri Besar Selangor mengekalkan
ketiga-tiga EXCO PAS dalam kerajaan Selangor.[24]
PAS Selangor menjunjung kasih atas kepercayaan Tuanku Sultan kepada EXCO PAS.[25]
Dengan kenyataan Tuanku
Sultan Selangor, krisis Selangor boleh dikatakan selesai buat sementara waktu.
Krisis
Selangor: Pentingnya Sebuah Parti Sebagai ‘King Maker’ [PAS Sebagai ‘King
Maker’]
DAP dan PAN
mendakwa mustahil DAP memerintah Malaysia dengan jumlah kerusi yang DAP
tandingi. Bagaimanakah DAP boleh menguasai Malaysia? [1] Melalui proksi, boneka
atau khadam mereka yang wujud sebagai sebuah parti atau individu dalam parti
tertentu. [2] DAP sebagai king maker
atau kuasa penentu yang berpengaruh dalam sesebuah kerajaan.
Ancaman sebenar
bukanlah daripada DAP. DAP hanyalah wasilah kecil sahaja. Musuh sebenarnya
kelompok Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme (SEPILIS) serta kelompok
kristian yang melata dalam pelbagai organisasi termasuk dalam kerajaan sendiri.
Ia bukanlah organisasi atau individu tetapi pandangan alam atau pemikiran
seseorang. Mereka boleh bersatu atas pandangan alam walaupun berbeza
organisasi. Di Malaysia, mereka berkubu di Majlis Peguam Malaysia. Dalam politik kepartian, mereka berkumpul
dalam PKR dan DAP.
Dalam parti
pembangkang, PKR merupakan parti paling besar jumlah pencalonannya di kerusi
Parlimen. PKR bertanding di 99 kerusi Parlimen, PAS sebanyak 73 kerusi manakala
DAP cuma 51 kerusi (atau 23% kerus) sahaja daripada 222 kerusi Parlimen. Dalam
pembentukan kerajaan negeri pula, DAP hanya bertanding di 103 kerusi Dewan
Undangan Negeri (DUN) di seluruh Malaysia berbanding PAS sebanyak 236 kerusi
dan PKR 172 kerusi.
TGHH menegaskan
bahawa tahaluf siyasi bersama DAP dan PKR hampir berjaya menjatuhkan Umno dan
BN dengan mencapai peratus tinggi undi popular iaitu 89 kerusi pembangkang dan
132 kerusi kerajaan. Namun begitu, wujud keadaan tidak seimbang pada kedudukan
politik dan jumlah kerusi Islam menyebabkan PAS melakukan muraja'ah semula terhadap tahaluf
siyasi. Dari 89 kerusi pembangkang itu PAS 21 kerusi, PKR 30 kerusi, DAP 38
kerusi. Dari 89 kerusi itu juga, wakil Islam hanya 39 kerusi dan 50 kerusi bukan
Islam. Dari segi kekuatan jentera PAS 25 peratus, parti lain bahagi-bahagi,
(tapi) kerusi PAS begitu kedudukannya. Dengan mengambil 30 lagi kerusi bukan
Islam dari BN, maka kerajaan boleh dijatuhkan, sekaligus terbentuk kerajaan
baharu yang berkedudukan Islam 39 kerusi dan bukan Islam 80 kerusi.
Siapa yang menjadi King Maker, parti itulah yang
berpengaruh dalam kerajaan tersebut. PAS juga sedar bahawa mereka sukar
berkuasa jika bertanding bersendirian, sebab itulah mereka menubuhkan pakatan
politik baru dikenali Gagasan Sejahtera
yang dianggotai oleh PAS, IKATAN dan BERJASA. Pada masa yang sama PAS
mengadakan pendekatan serampang dua mata iaitu pendekatan Budaya Politik Matang
dan Sejahtera yang ‘mesra’ UMNO-BN dan NGO. Dengan NGO, PAS bekerjasama dalam
Kongres Rakyat. Untuk menjadi king maker,
PAS mensasarkan 40 kerusi Parlimen daripada 80 kerusi yang ditandingi dan
memenangi 4 buah negeri.[26]
Oleh sebab itu PAS
menganggap mereka sebagai king maker
atau kuasa penentu yang berpengaruh dalam sesebuah kerajaan. PAS bertanding
sebanyak 80 kerusi untuk menjadi king
maker. King maker sangat
bersesuai dengan konsep pengkongsian kuasa sebagaimana disarankan oleh Rashid
Ghannousshi.
Datangnya anak
murid Ghannousshi dalam PAN mahu menumbangkan UMNO-BN sehingga mencetuskan
konflik berterusan antara umat Islam. Mereka cuba membangkitkan juga isu aqidah
melalui Amanat Haji Hadi dan menghidupkan kembali isu takfir. Lebih malang
mereka mengkhawarijkan PAS.
Perang isu aqidah
seperti takfir semakin berkurangan setelah UMNO dan rakyat mendapat pencerahan
tentang Islam. UMNO dibawah pimpinan Tun
Mahathir telah mengisytiharkan Malaysia sebuah negara Islam. Tun Abdullah
Ahmad Badawi dengan Islam Hadhari. Begitu syiar Islam semakin subur memekar.
Dan UMNO sendiri mula menerima syariat Islam dengan kelulusan Enakmen Jenayah Syariah
Kelantan. Terkini UMNO dan kerajaan memberi ruang dan laluan kepada
pembentangan usul Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah 355. Ini adalah
perubahan yang perlu dicakna dan ditangani oleh PAS. Fasa politik matang dan
sejahtera sangat bersuaian dengan proses keinsafan dan kesedaran Islam dalam
UMNO dan kerajaan.
Apabila TGHH mahu
menyarankan politik perpaduan dan damai, mereka menghina dan mengkritik kerana
TGHH dan PAS cuba berbaik-baik dengan UMNO dan merestui dosa-dosa serta
kezaliman UMNO. PAS mengamalkan serampang dua mata, menasihati pada masa yang
sama mengkritik dan membuat teguran. ‘Dalam
kelembutan nasihat ada bisanya’. Kedinamikan politik Haji Hadi sukar
diterima oleh PAS berbanding usaha Ustaz Fadzil Noor, TG Nik Aziz Nik Mat dan
Anwar Ibrahim.
Dalam kerajaan
Selangor sehingga ke hari ini (10.5.17) peranan PAS sebagai king maker menonjolkan apabila PAS
memainkan peranan penting dalam kerajaan bukannya menguasai kerajaan Selangor.
PAS sebagai king maker sangat
berpengaruh dalam kestabilan kerajaan Selangor. Justeru, PAS sebagai king maker dalam Kerajaan Persekutuan
sama ada ia dipimpin oleh Barisan Nasional atau Pakatan Harapan.
Model
Sebuah Kerajaan Perpaduan dan Kerajaan Campuran
Pendirian PAS untuk
terus berada dalam kerajaan sememangnya boleh dijangka. Bukan kerana mereka
sayangkan jawatan. Ini boleh dilihat apabila mereka sanggup memberikan laluan
kepada PKR untuk menjadi MB sebanyak dua kali walaupun jumlah kerusi mereka di
Selangor lebih banyak dari PKR. Tetapi mereka mempertahankan jawatan kerana memikirkan kuasa politik orang
Islam.
Untuk membentuk
kerajaan, 29 kerusi DUN diperlukan sebagai majoriti mudah. Jika dihitung jumlah
kerusi DAP, PKR dan PAN sekarang, 17 daripadanya bukan Islam manakala Islam
hanya 12 orang. Sudah tentu kerajaan yang bakal terbentuk selepas PAS keluar
daripada kerajaan dibarisi oleh majoriti pemimpin bukan Islam. Berdasarkan
sikap parti-parti komponen PH terhadap Islam kebelakangan ini, penguasaan bukan
Islam tentu sekali boleh mengancam kedudukan Islam dalam negeri tersebut. PAS
yang berjuang untuk memastikan Islam berkuasa pasti tidak akan bersetuju dengan
kedudukan tersebut.[27]
Seperkara lagi yang
perlu dirisaukan adalah mengenai kestabilan politik dalaman negeri. Perubahan pentadbiran akan
menyebabkan krisis kestabilan politik bukan sahaja pada jawatan-jawatan yang
disandang PAS, malah ia akan turut mengancam jawatan MB. Umum mengetahui bahawa
Azmin Ali dan kartelnya tidak sebulu dengan Presidennya Wan Azizah dan beberapa
pemimpin lain seperti Rafizi dan Saifudin. Sekarang sudah kedengaran
desas-desus empat ADUN PKR mahu lompat parti. Tanpa PAS yang menjadi tongkat
untuk Azmin mempertahankan kedudukannya, besar kemungkinan projek gila seperti
Langkah Kajang yang mengheret campur tangan istana akan berlaku sekali lagi.
PAS telah
menunjukkan sikapnya yang menolak ancaman terhadap kestabilan politik baik di
peringkat nasional mahupun negeri dalam beberapa peristiwa sebelum ini. PAS
menolak untuk menyertai kempen tolak Najib, projek genius Anwar Ibrahim ’16
September”, menolak untuk membuat undi
tidak percaya dan tidak menolak bajet yang dibentang atas alasan yang sama,
menghormati government of the day dan
menjaga kestabilan politik supaya
tidak mahu menyusahkan rakyat. Alasan yang sama juga dipakai dalam isu
Langkah Kajang. Ketika krisis kepimpinan Umno Terengganu yang menyebabkan bekas
Menteri Besarnya Dato Seri Ahmad Said keluar parti, PAS tidak mengambil peluang
untuk mengajak beliau menyertai mereka untuk membentuk kerajaan baharu, juga
atas alasan sedemikian. Maka mustahil PAS akan membiarkan Selangor dalam
keadaan tidak stabil selepas ini.[28]
Sebenarnya tiada
apa yang pelik jika PAS masih dalam kerajaan walaupun tidak bergabung dengan
PKR atau DAP. Model kerajaan seperti ini disebut Kerajaan Campuran. Malah Azmin
juga boleh meminjam idea yang pernah dikemukakan sebelum ini, iaitu model
Kerajaan Perpaduan atau Unity Government
(UG), sebuah kerajaan tanpa parti pembangkang. Model ini pernah dipopularkan oleh
Dato Seri Abdul Hadi di zaman Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi dahulu. Iaitu
semua parti politik berada dalam kerajaan di posisi-posisi tertentu mengikut
nisbah penguasaan kerusi di parlimen. Model Kerajaan Campuran ini telah
dilakukan di UK dan Tunisia, manakala model UG pernah diamalkan oleh pemerintah
Palestin. Walaupun setiap parti saling bersaing setiap kali pilihanraya, tetapi
demi kestabilan politik mereka bersepakat membentuk kerajaan bersama
berdasarkan komposisi sokongan rakyat terhadap mereka.[29]
Bentuk pemerintahan
UG adalah sangat baik kerana ia tidak lagi berasaskan kepada satu pihak sahaja.
Semua jentera kerajaan bebas untuk menilai antara satu sama lain tanpa terikat
dengan disiplin parti tersendiri. Setiap parti akan berusaha melaksanakan
amanah dengan sebaik mungkin supaya tidak diserang oleh parti lain yang turut
berada dalam kerajaan. Ini sudah tentu akan mewujudkan suasana check and balance yang amat baik untuk
negeri dan rakyat.
PAS juga
menitik-berat hubungan baik antara kerajaan negeri dengan pihak istana. Pihak
istana tidak boleh diabaikan dalam pemerintahan. Setiap perubahan pucuk
pimpinan mesti mendapat restu Sultan Selangor sebagai Ketua Negeri Selangor.
[4] http://www.sinarharian.com.my/politik/exco-pas-tak-perlu-letak-jawatan-kerajaan-selangor-1.666901
[13] Sebahagian kenyataan Syed Fadhli. Antara perlanggaran tersebut ialah;
a. Tidak menyokong malah menentang
sebahagian agenda Islam yang dibawa oleh PAS seperti RUU 355.
b. Melanggar adab-adab berkerjasama
dalam politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat tuduhan-tuduhan palsu
yang merosakkan imej PAS.
c. Khianat dalam hubungan politik dengan
PAS antaranya dengan bekerjasama dengan pihak-pihak yang mahu menjatuhkan
kerajaan Negeri Kelantan dan menentang PAS dalam Pilihanraya Kecil Sungai Besar
dan Kuala Kangsar.
Selepas pada itu, hubungan PKR dengan
PAS kian renggang apatah lagi apabila PKR memilih untuk bersama DAP dan PAN
membentuk pula Pakatan Harapan pada 22 September 2015.
11. Terdapat 3 sebab yang dinyatakan
oleh Majlis Syura Ulamak PAS. Mari kita hurai satu-persatu agar PKR dapat faham
dan terima hakikat.
a) Tidak menyokong malah menentang
sebahagian agenda Islam yang dibawa oleh PAS seperti RUU 355;
- Adakah Anwar tidak tahu bahawa
precouncil Ahli Parlimen PKR pada pagi sebelum pembentangan RUU 355 sudah
memutuskan untuk menolak RUU 355.?
Ia didedahkan sendiri oleh YB PKR Kelana
Jaya di FB nya.
- Adakah Anwar tidak tahu antara yang
bangun di dalam Dewan mempertikai dan menentang pembentangan RUU 355 ialah Ahli
Parlimen PKR Gopeng dan Alor Setar.?
- Adakah Anwar tidak tahu bahawa YB
Rafizi menjadi penganjur sidang Parlimen olok-olok bagi membahaskan RUU 355
yang disiar di FB secara live.? Rakyat dapat menyaksikan sendiri pendirian Ahli
Parlimen PH yang menentang dan memperlekeh RUU 355.
- Kenyataan rasmi Anwar berkenaan RUU
355 tidak diendahkan oleh pimpinan PKR sendiri. Ini hakikatnya.
b. Melanggar adab-adab berkerjasama
dalam politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat tuduhan-tuduhan palsu
yang merosakkan imej PAS.
- Adakah Anwar tidak tahu bahawa
pemimpin PKR khususnya YB Rafizi dan Saifuddin si Penasihat Ketua Menteri Lim
Guan Eng itu saban hari menyerang dan memfitnah PAS kononnya PAS berpakat
dengan UMNO dan menjadi pembela PM Najib.?
- Adakah Anwar tidak tahu si YB Rafizi
yang memfitnah PAS menerima dana 1 MDB sehingga sekarang tidak tampil
mengemukakan bukti.? Hanya pandai memfitnah dan mendesak orang menyamannya.
c. Khianat dalam hubungan politik dengan
PAS antaranya dengan bekerjasama dengan pihak-pihak yang mahu menjatuhkan
kerajaan Negeri Kelantan dan menentang PAS dalam Pilihanraya Kecil Sungai Besar
dan Kuala Kangsar.
- Adakah Anwar tidak tahu adanya
pemimpin PKR yang datang berceramah di Kelantan dan berikrar bersama PAN untuk
jatuhkan Kerajaan PAS di Kelantan.?
- Adakah Anwar tidak tahu bahawa kerusi
Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar itu telah pun ditandingi PAS dalam PRU
ke 13 yang lalu. PAS bertanding menentang UMNO.
Jadi, mengapa apabila PAS bertanding di
kerusi tradisinya dituduh sebagai pengacau sedangkan PAN yang baru lahir itu
yang datang menyibuk.?
[17] http://www.astroawani.com/berita-politik/istana-selangor-belum-dimaklum-penamatan-tahaluf-siyasi-pkr-pas-azmin-143383
[25] Sejak dari awal mandat rakyat ini diperolehi melalui Kerajaan Pakatan
Rakyat mei 2013, PAS Selangor begitu TEGUH DAN SETIA bersama-sama dengan semua
Menteri Besar yang diperkenankan oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor.
Sama ada ketika Selangor dipimpin oleh
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim apatah lagi dengan Menteri Besar Selangor
sekarang, Dato’ Seri Mohammad Azmin Ali. PAS Selangor percaya bahawa
KESETIAAN dan KEYAKINAN terhadap
pemimpin yang diperkenankan oleh DYMM Tuanku Sultan adalah asas penting untuk
mempastikan KESTABILAN POLITIK dapat dipelihara dengan baik dan waktu yang sama
KEPERCAYAAN RAKYAT dapat dilaksanakan dengan jayanya.
PAS Selangor telah mempertegaskan
sebelum ini bahawa keputusan untuk putus Tahaluf Politik adalah yang berkaitan
dengan persediaan menghadapai pilihanraya yang akan datang dan tidak berkait
dengan urustadbir kerajaan negeri.
PAS Selangor juga mengambil pendirian
bahawa putus tahaluf bukan bermakna putus silaturrahim, putus setiakawan, putus
hubungan kerjasama dalam melakukan kebaikan (Taawun). Bahkan akan terus
memperkukuhkannya. – Sebahagian daripada kenyataan akhbar PAS Selangor.
Harakahdaily, 25.5.2017.
[27]http://www.malaysia-today.net/pas-bertanggungjawab-pastikan-islam-memerintah/dan
https://www.malaysiakini.com/news/271392
[28]
http://www.sinarharian.com.my/politik/tolak-najib-pas-tetap-mahu-guna-pru-1.494029
http://www.agendadaily.com/Politik/pas-tolak-kerjasama-dengan-mat-said-guling-mb-terengganu.html
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/06/20/langkah-kajang-pelantikan-azmin-punca-perpecahan-pr-1200/
[29]
https://en.wikipedia.org/wiki/United_Kingdom_coalition_government
https://www.opendemocracy.net/arab-awakening/anouar-jamaoui/impact-of-coalition-on-ennahda-and-nidaa-tounes
https://en.wikipedi.org/wiki/Palestinian_Unity_Government_of_June_2014
No comments:
Post a Comment