Wednesday, May 03, 2017

Seimbas Ciri-ciri Muslim Demokrat



Asas Pemikiran Anti-Islam
Pada tahun 1970an, sarjana-sarjana Islam dan aktivis gerakan Islam mula cuba mendekatkan Islam dengan Barat. Pada tahun 1977, Islamisasi ilmu pengetahuan dipopularkan di persidangan pendidikan Islam di Makkah. Penggagas utama Islamisasi ialah Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas dan Dr. Ismail Raji al- Faruqi.
Dalam proses Islamisasi ilmu, menurut al-Attas melibatkan dua langkah utama. Pertama ialah proses mengasingkan unsur-unsur dan konsep-konsep utama Barat dari ilmu tersebut. Langkah kedua ialah menyerapkan unsur-unsur dan konsep-konsep utama Islam ke dalamnya. Dalam hal ini Al-Attas mengambil pendekatan Imam Ghazali dalam aspek jiwa, di mana ia menyarankan supaya sifat yang keji dibuang dahulu sebelum jiwa dihiasi dengan sifat yang terpuji. (http://www.kompasiana.com/luqman1990/islamisasi-ilmu-menurut-al-attas-dan-al-faruqi_550add3d813311cf14b1e230)
Berbeda dengan Al-Attas yang menggunakan pendekatan Imam Ghazali, iaitu mengunakan kaedah pembersihan sebelum dilakukan penghiasan, al-Faruqi menawarkan 12 langkah yang harus dilalui dalam proses Islamisasi ilmu. Proses itu adalah: 1. Penguasaan disiplin moden-prinsip metodologi, masalah, tema dan perkembangannya 2. Peninjauan disiplin 3. Penguasaan ilmu warisan Islam (antologi) 4. Penguasaan ilmu warisan Islam (analisis) 5. Penentuan relevansi Islam yang tertentu kepada suatu disiplin 6. Penilaian secara kritis disiplin moden-memperjelaskan kedudukan disiplin dari sudut Islam dan memberi panduan terhadap langkah yang harus diambil untuk menjadikannya Islami 7. Penilaian secara kritis ilmu warisan Islam-kefahaman terhadap Al-Quran dan Sunnah, perlu dilakukan pembetulan terhadap kesalah-fahaman 8. Kajian masalah utama umat Islam 9. Kajian masalah manusia sejagat 10. Analisis dan sintesis kreatif 11. Pengacuan kembali disiplin dalam kerangka Islam: buku teks universiti, dan 12. Penyebar-luas ilmu yang sudah diislamkan.

Perbedaan lainnya dalam pendekatan mereka berdua ialah melibatkan ruang lingkup ilmu pengetahuan yang ingin diislamisasikan. Al-Attas membatasi ilmu yang ingin diislamisasikan adalah pengetahuan kontemporari (yang telah ter-Baratkan). Akan tetapi Al-Faruqi memandang bahawa proses Islamisasi patut juga dilakukan ilmu turats islamyy (ilmu-ilmu keislaman yang tidak ter-Baratkan).
Menurut Dr. Muhammad Atiullah Othman, ilmu Islam melalui cara pemikiran mazhab-mazhab dalam Islam. Antara pendekatan ulama terdahulu terhadap ilmu adalah:
1. Berteraskan syarak, dan akal adalah susulan. Kaedah ini adalah kaedah diguna pakai oleh al-Salafiyyah.
2. Syarak dan akal bersamasama menjadi teras tetapi meletakkan ketinggian nas. Ini kaedah diguna pakai oleh ulama Kalam seperti al-Asha’irah dan al-Maturidiyyah.
3. Akal adalah teras, dan syarak adalah susulan. Kaedah ini merupakan kaedah diguna pakai oleh Muktazilah.
Oleh kerana itu, ilmu dalam Islam adalah syarak dan akal.
Islamisasi pengetahuan ala al Faruqi memberi peluang kepada Barat mempengaruhi pemikiran pemimpin dan sarjana Islam. Kebanyakan tokoh IIIT yang cuba mendekati Barat menjadi penyumbang utama kepada perancangan Barat membentuk semula dunia Islam mengikut kehendak mereka (Barat).
Gagasan Muslim Demokrat sendiri dikatakan berakar-umbikan daripada IIIT dan senior Ikhwanul Muslimin yang pro-Barat iaitu pro-berdialog dengan Barat.

Memerangi Pengganas Islam
Peristiwa 11 September 2001 yang menyebabkan bangunan WTC runtuh menjadi modal kerajaan Amerika Syarikat mengisytiharkan Perang Terhadap Keganasan. Akibatnya, Afghanistan dan Iraq menjadi mangsa diserang oleh Amerika Syarikat dan Tentera Bersekutu.
Watak Osama Ben Laden dan al-Qaeda dicipta bagi mengambarkan kejahatan yang dilakukan oleh mereka. Ini semua adalah modal-modal matlamat menghalalkan cara. Disamping watak jahat, Barat juga mencipta watak hero atau penyelamat. Bagi kes Afghanistan, watak hero mereka ialah Hamid Karzai. Di Malaysia, ada atau tidak watak seumpama ini?.
Pada tahun 2002, Presiden Bush melaungkan slogan“Freedom Agenda” sebagai ‘grand strategy’ untuk ‘Global War on Terorism’. Penganas bukan sahaja dimaknai dengan kelompok penganas dan ekstremis tetapi  dimasukkan juga kelompok fundamentalis Islam.
Para intelektual Barat dan orientalis yang berpusat di universiti-universiti di Barat mula berbincang menyusun agenda. Ia dibantu oleh intelektual dan aktivis-pemimpin muslim yang pro Barat. Kelompok orientalis ini mendapat sumber kewangan dari badan-badan kerajaan Amerika Syarikat, termasuklah RAND Corporation, Center on Islam, Democracy & the Future of the Muslim World,  Hudson Institute, The Washington Institute for Near East Policy, US Commission on International Religious Freedom, Freedom House, United States Institute of Peace, Center for the Study of Islam & Democracy dan Council on Foreign Relations (CFR).
Di Barat, kerajaan, pemimpin dan NGO mereka akan mengikut gagasan pemikiran dan saranan badan pemikir, para intelektual dan orientalis. Para intelektual, orientalis dan badan pemikir menyediakan laporan-laporan yang mengandungi gagasan pemikiran, pandangan dan cadangan yang perlu dilakukan oleh kerajaan, pemimpin dan NGO. Kemunculan gagasan pemikiran Islam Liberal sebagai contoh berasal daripada pemikiran Fazlur Rahman, Leonard Binder dan Charles Kurzman. Kemudian pemikiran Islam Liberal dieksport ke negara-negara Islam melalui intelektual Muslim yang belajar di Barat dan aktivis-NGO.
Barat menubuhkan NED untuk mengeksport demokrasi ke negara-negara yang ditentukan oleh Amerika Syarikat. NED menyediakan bantuan dana kewangan kepada NGO-NGO tertentu untuk melaksanakan program-program demokrasi.
Selain menaja dana kewangan, terdapat yayasan-yayasan dan NGO Barat yang telibat dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan sosial di negara-negara tertentu. Walaupun kelihatan bermanfaat dan memberi kebaikan, mereka mempunyai agenda tersirat untuk menusuk pemikiran penduduk tempatan.
Sekali imbas, program-program The Asia Foundation yang memberi buku-buku secara percuma dan menyediakan tajaan biasiswa kepada anak tempatan adalah baik tetapi disebalik itu, jarum halus pemikiran orientalis dicucuk ke dalam pemikiran rakyat tempatan.

RAND Corporation, “Civil Democratic Islam’ dan “Building Muslim Moderate Networks”
RAND Corporation adalah badan pemikir dan kajian strategi tentang Islam yang dibiayai oleh Smith Richardson Foundation. Sebelum itu, RAND Corp terlibat dalam urusan jual-beli senjata Douglas Aircraft Company. RAND menjadi badan pemikir yang utama kepada PENTAGON dalam usaha Amerika dan Barat mengatasi keganasan.
Antara laporan yang menarik yang disediakan oleh RAND ialah
1.      The Muslim Brotherhood in the West
2.      The Rise of Political Islam in Turkey
3.      Civil Democratic Islam – Partners, Resources and Strategies
4.      Building Muslim Moderate Networks
Building Muslim Moderate Networks” dizahirkan pada tahun 2007. Ia dikatakan dikaji dan diteliti oleh beberapa kelompok.
Pertama, pihak RAND Corporation; Angel Rabasa, Cheryl Benard, Lowell H. Schwartz & Peter Sickle .
Kedua pemikir Yahudi; Daniel Pipes, Stephen Schwartz dan Michael Whine.
Ketiga, Badan-badan  kerajaan Amerika; Hillel Fradkin (Center on Islam, Democracy & the Future of the Muslim World/ Hudson Institute), Dennis Ross dan Robert Satloff ( The Washington Institute for Near East Policy) Joseph Crapa, Tad Stahnke, Dwight Bashir & Scott Flipse (US Commission on International Religious Freedom) Paul Paul Marshall (Freedom House),  Abdeslam Maghraoui & Mona Yacoubian (United States Institute of Peace), Radwan Masmoudi (Center for the Study of Islam & Democracy). Steven Cook(Council on Foreign Relations)
 Keempat, pemikir orientalis; John Esposito (Universiti Georgetown)
Manakala pihak kelima adalah golongan Islam yang terdiri daripada kumpulan moderat/liberal dan murtad. Mereka termasuklah; Anwar Ibrahim (Malaysia), Azyumardi Azra, Abdurrahman Wahid (Gus Dur) & Ulil Abshar Abdalla (Indonesia), Amina Rasul-Bernardo (Filipina) dan Suzaina Kadir (Singapura).
Intipati “Building Muslim Moderate Networks” mengenal-pasti musuh atau sahabat dalam kalangan umat Islam; membina atau mewujudkan kelompok Islam yang disenangi dan mengikut kehendak Barat; dan memecah belah umat Islam berdasarkan kehendak Barat.
Dalam ‘Civil Democratic Islam’, Cheryl Bernard menyatakan kelompok Islam dibahagikan kepada beberapa kelompok.
•          Pertama: kelompok fundamentalis, iaitu kelompok yang dinilai menolak nilai-nilai demokrasi dan budaya Barat serta menginginkan sebuah negara autoritarian murni yang akan dapat menerapkan  hukum perundangan Islam.
•          Kedua: kelompok tradisionalis, iaitu kelompok yang menginginkan suatu masyarakat yang konservatif. Curiga terhadap pemodenan, inovasi dan perubahan.
•          Ketiga: kelompok  modenis,  iaitu kelompok yang menginginkan Dunia Islam menjadi sebahagian daripada pemodenan global. Mereka juga ingin memodenkan dan mereformasi Islam dan menyesuaikan Islam dengan perkembangan zaman.
•          Keempat: kelompok sekular, iaitu kelompok yang menginginkan Dunia Islam dapat menerima faham sekular dengan cara seperti yang dilakukan negara-negara Barat dimana agama dibatasi pada lingkup peribadi sahaja.
Saranan Cheryl Bernard ialah
•          Pertama: menyokong kelompok modenis dengan mengembangkan visi mereka tentang Islam sehingga mengungguli kelompok tradisionalis. Caranya dengan memberikan ruang yang luas agar mereka dapat menyebarkan pandangan mereka. Mereka harus dididik dan diangkat ke tengah-tengah masyarakat untuk mewakili wajah Islam kontemporari.
•          Kedua: menyokong kelompok tradisionalis untuk mengarahkan mereka agar berlawanan dengan kelompok fundamentalis dan untuk mencegah pertalian yang erat di antara mereka; menerbitkan kritik kaum tradisionalis atas kekerasan dan ekstremisme yang dilakukan kaum fundamentalis; mendorong perbezaan antara kelompok tradisionalis dan fundamentalis; mendorong kerjasama antara kaum modenis dan kaum tradisionalis yang lebih dekat dengan kaum modenis; juga mendorong populariti dan penerimaan atas sufisme.
•          Ketiga: menyokong kelompok sekularis mendorong pengakuan fundamentalisme sebagai suatu musuh bersama; mendorong idea bahawa agama dan negara mesti dipisahkan, dan hal ini tidak membahayakan keimanan tetapi malah akan memperkuatnya.
•          Keempat:  musuhi kelompok fundamentalis dengan menunjukkan kelemahan pandangan keislaman mereka; mendorong para wartawan untuk mengeksplotasi isu-isu korupsi, kemunafikan dan tidak bermoralnya kaum fundamentalis, pelaksanaan Islam yang salah dan ketidakmampuan mereka dalam memimpin dan memerintah.  Posisikan mereka sebagai pengacau dan pengecut, bukan sebagai pahlawan, serta dorong perpecahan antara kaum fundamentalis.
Cheryl Bernard telah mengemukakan rekomendasinya iaitu
a. Menghancurkan monopoli fundamentalis dan tradisionalis dalam mendefinisikan, menjelaskan dan mentafsirkan Islam
b. Memberi tunjuk ajar kepada sarjana modenis membuat laman web dengan menjawab persoalan hukum Islam kaum modenis.
c. Menyokong sarjana modenis menulis buku
d. Memberi bantuan dana dalam penerbitan buku-buku kepada sarjana modenis
e. Memanfaatkan kemudahan media.
Langkah-langkah strategi yang disarankan oleh Cheryl ialah
a. Membangunkan kepimpinan modenis
        i.            Mewujudkan role model dan pemimpin.
      ii.            Menyokong kewujudan Masyarakat Sivil
    iii.            Mengembangkan gagasan Islam mengikut kehendak aspirasi Barat: Islam Amerika, Islam Jerman, Islam Liberal dan lain-lain.
b. Meneruskan serangan terhadap fundamentalis
        i.            Melakukan pembunuhan karekter individu dan kedudukan kelompok ektremis Islam.
      ii.            Menyokong wartawan dan media popular
c. Promosi nilai-nilai modeniti demokrasi Barat secara agresif
        i.            Mewujudkan dan mempropagandakan suatu model Islam yang moderat
      ii.            Mengkritik kesalahan tradisionalis
    iii.            Menyokong kemunculan kelompok yang pentingkan sufisme dan tareqat
     iv.            Memberi fokus pada pendidikan dan remaja
Langkah-langkah praktis ialah
a. Menyokong kelompok modenis dan sekularis
        i.            menerbit dan menyebarkan karya-karya mereka
      ii.            mendorong mereka menulis secara khusus untuk orang awam dan orang muda
    iii.            memperkenalkan pandangan mereka dalam kurikulum pendidikan Islam
     iv.            memberi ruang awam kepada mereka
       v.            menyebarkan pandangan kepada orang awam melalui laman web, penerbitan, sekolah dan lain-lain
     vi.            memposisikan modenisme sebagai pilihan remaja Islam
   vii.            memberi kemudahan dan menyokong kesedaran tentang sejarah dan kebudayaan sebelum kedatangan Islam dan bukan Islam.
 viii.            mewujudkan NGO sekular dan awam.
b. Menyokong kelompok tradisionalis melawan kelompok fundamentalis
        i.            menerbitkan kritikan tradisionalis terhadap kekerasan dan ekstrimisme fundamentalis
      ii.            mencegah perpaduan diantara kelompok fundamentalis dan tradisionalis
    iii.            Mendorong kerjasama kelompok tradisionalis dengan modenis
     iv.            Membezakan pemikiran yang ada dalam kelompok tradisionalis
       v.            Menggalakkan pertembungan antara mazhab
     vi.            menyokong penerimaan sufisme dan tareqat.
c. Menghadapi dan menentang kelompok fundamentalis
        i.            Menolak pentafsiran kelompok fundamentalis
      ii.            Membongkar aktiviti kelompok fundamentalis yang bersifat bawah tanah
    iii.            Membongkar kesan perilaku kejahatan mereka
     iv.            Menunjukkan ketidakmampuan kelompok fundamentalis memerintah negara
       v.            Menonjolkan kelebihan tertentu yang perlu dilakukan oleh kelompok fundamentalis seperti kesalehan kelompok tradisionalis, hak wanita, kemahuan anak muda
     vi.            Mendorong wartawan menyiasat isu-isu korupsi yang dilakukan oleh kelompok fundamentalis
   vii.            Menghilangkan rasa hormat masyarakat terhadap kelompok fundamentalis dengan menuduh mereka sebagai pemimpin dan kelompok yang jahat, radikal dan ektrem.
d. Mendokong sekularis dengan selektif
        i.            mendorong pengakuan bahawa fundamentalis adalah musuh bersama
      ii.            mencegas perpaduan sekularis dengan kelompok anti Amerika
    iii.            Mendokong idea Islam dan negara dipisahkan.
Kelompok moderat adalah paling bersahabat dengan nilai-nilai dan jiwa masyarakat demokratik moden. Modenisme dan bukan tradisionalisme adalah pembantu Barat. Misi kelompok ini ialah menyimpang, memodifikasi dan mengesampingkan secara selektif elemen-elemen doktrin keagamaan yang tulen.
Jika kita meneliti dengan jujur, kita dapati perancangan RAND sedang berlaku di negara-negara umat Islam. Pemimpin palsu dan sarjana pro Barat serta ulama jahat/palsu bermaharajalela dalam setiap inci negara umat Islam. Pemimpin palsu dan sarjana pro Barat menceduk pemikiran orientalis tanpa kritik, mengangkat istilah-konsep Barat secara berlebihan dan membabi-buta. Maka muncul pelbagai istilah-konsep Islam seperti Islam Liberal, Islam Plural, Islam Sivil, Islam Amerika dan Islam Hadhari. Terbaru Islam Demokrat atau Muslim Demokrat.
Pengelompokkan umat Islam ini memecah-belahkan masyarakat dalam sesebuah negara umat Islam. Konflik antara puak, kaum, mazhab, kelompok dan parti seringkali berlaku. Paling teruk berlaku rusuhan, pembunuhan dan peperangan sesama sendiri. Perkara ini menghalang usaha penyatuan umat Islam dalam menghadapi musuh Islam yang sebenar iaitu Barat.
Memecah-belah Negara Umat Islam
Description: C:\Users\SAMSUNG\Pictures\index.jpgBarat cuba memecah-belah negara-negara umat Islam mengikut selera mereka. Ia adalah rancangan jangka panjang mereka. Israel sendiri mempunyai Yinon Plan dalam membentuk wilayah mereka yang lebih besar.



Antara perancangan pemetaan dunia Islam ialah melalui Perjanjian Sykes-Picot. Perjanjian Sykes-Picot pada Mei 1916 merupakan satu perjanjian rahsia yang telah dibuat oleh dua orang diplomat iaitu Sir Mark Sykes dan Picot Georges yang mewakili negara British dan Perancis semasa Perang Dunia Pertama. Sykes dan Picot telah merancang untuk membahagikan Empayar Uthmaniyyah apabila berakhirnya Perang Dunia Pertama.
Perjanjian ini telah membahagikan wilayah milik umat Islam di Syria, Lubnan dan Turki Cilicia untuk diletakkan dibawah ‘kawalan’ kerajaan Perancis manakala Palestin, Jordan dan kawasan sekitar Teluk Parsi dan Baghdad adalah dibawah ‘kawalan’ kerajaan British.
Description: C:\Users\SAMSUNG\Pictures\how-5-countries-in-the-middle-east-could-become-14-graphic-nytimes-com-2013-09-29-22-07-30-655x577.png



Antara perancangan yang lain ialah New Middle East. Istilah ‘New Middle East’ (NME) diperkenalkan oleh Setiausaha US, Condoleezza Rice pada Jun 2006 di Tel Aviv.
Description: C:\Users\SAMSUNG\Pictures\peta indonesia pecah.jpgPerang Iraq, kemunculan ISIS dan Arab Springs juga dilihat antara kaedah untuk memetakan kembali Timur Tengah. Libya dan Iraq sebagai contoh akan dipecahkan kepada tiga wilayah besar. Di Indonesia, 11 hingga 17 buah negara baru boleh diwujudkan.
Bagaimana dengan Malaysia?. Malaysia boleh dipecahkan kepada 3 hingga 4 buah negara baru iaitu Negara Sabah, Negara Sarawak, Negara Tanah Melayu dan Negara Johor.
Pembahagian wilayah ini berdasarkan kaum (semangat nasionalisme) dan mazhab. Semangat nasionalisme yang sempit dan kejumudan bermazhab antara penghalang utama kemunculan Daulah Islamiyyah-Khalifah Islam. Sepatutnya, negara Islam disatukan oleh Al-Quran, As-Sunnah dan sifat Persaudaraan Islam tetapi dihalang oleh semangat nasionalisme dan bermazhab. Semangat nasionalisme dan mazhab mewujudkan pertelingkahan dan peperangan sesama umat Islam.
Memahami Khalid Jaafar
Kata sesetengah pihak, ‘jika mahu mengenali Anwar Ibrahim, kenali dahulu Khalid Jaafar’. Ini mengambarkan betapa besarnya pengaruh Khalid Jaafar terhadap pemikiran Anwar Ibrahim. Jika nak tahu pemikiran Khalid Jaafar, lihat apa bahan bacaan beliau dan dengan siapa beliau bergaul. Khalid Jaafar sendiri mempunyai tim pemikiran dan menjalin hubungan baik dengan para pemikir di luar negara.
“sejak akhir-akhir ini, mereka (IKD) lebih menganjurkan satu konsep Islam yang berfikiran terbuka. Khalid Jaafar, Pengarah IKD, menamakannya sebagai ‘kesedaran Islam’, Islam Tanwiri. Saya fikir ianya satu konsep yang sangat menarik kerana menyokong pluralisme(semua agama sama). Jadi, kami menyokong perkara tersebut. Dan juga penerbitan, terutamanya terjemahan buku – buku Islam yang berorientasikan perubahan supaya (bangsa) Melayu dapat membaca buku-buku tersebut, sebagai contoh, seperti buku ini (mengambil sebuah buku Islam yang diterjemahkan “Islam & Dasar Pemerintahan”) oleh Ali (Abdul) Raziq yang berkaitan dengan hubungan di antara agama dan politik, negara dan agama
Pemikiran Khalid Jaafar dapat disimpulkan kepada beberapa perkara dibawah:
+ Demokrasi. Muslim Demokrasi dan Islam Demokratik.

+ Islam Tanwiri
+ Mengutamakan Peranan Akal
+ Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme (SEPILIS)

Fenomena Gerakan Islam Generasi Kedua (G 2.0)
Parti Islam (Islamisme) mengalami transisi Kepada Pasca Islamisme. Pasca Islamisme menjadi lanjutan kepada konsep masyarakat Sivil atau Madani. Terbaru, Muslim Demokrat dan Gerakan Islam Generasi Kedua diwar-warkan sebagai titik perubahan kepada gerakan Islam.
Dalam satu wawancara antara Khalid Jaafar dengan Ummahonline, Khalid Jaafar menyatakan ‘Mungkin kita boleh namakannya sebagai muslim demokrasi, Islamik demokrasi’. Dua istilah yang asing dalam konteks Malaysia pada awal tahun 2000.
Harakah keluaran 1-15 April 2005 bertajuk Gerakan Islam dan Kuasa ditulis oleh Dr Dzulkefli Ahmad mengutarakan idea-idea Olivier Roy, penulis buku The Failure of Political Islam.
Seorang sarjana lepasan Fletcher School, Turf University bernama Erica Miller pernah menulis tesis sarjananya yang berjudul “Democratic Islamist? A Case Study on the PAS” pada 2006 yang mengkaji perubahan pemikiran pimpinan baru PAS kepada pendekatan yang lebih demokrasi.
Dr. Dzulkefly Ahmad adalah pengarah Dewan Penyelidikan PAS Pusat banyak membawa pemikiran baru dalam PAS yang mendekati pendekatan ala orientalis Barat.












[sumber: FB Forum Kajian Strategi dan Pemikiran Gerakan Islam Malaysia ]

Fenomena Gerakan Islam Generasi 2.0 memisahkan antara Islam dengan Politik telah menjadikan parti politik bernuasakan Sekularisme yakni satu fahaman yang sesat disisi Islam.

Membendung Fahaman Pelampau
Demokrat Islam boleh menjadi penyelesaian kepada membendung fahaman pelampau di seluruh dunia kerana mereka membawa pendekatan sederhana dalam dunia masa kini menerusi peti undi.
Dr Maszlee Malik menyatakan,
Idea mengenai Demokrat Islam wujud sejak sekian lama. Kumpulan radikal muncul kerana mereka mendapati tiadanya harapan bagi umat Islam untuk menikmati keadilan, hak asasi manusia dan tadbir urus yang baik,”
Demokrat Islam meghadapi masalah untuk menyeimbangkan antara menjadi demokratik dan menegakkan nilai-nilai Islam sebenar dalam usaha menjadi relevan dalam negara yang pelbagai seperti Malaysia.
 Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan,
“Parti Demokrat Islam perlu tampil dengan cadangan universal yang boleh menyakinkan rakyat, iaitu orang Islam dan bukan Islam. Oleh itu, ia perlu melibatkan diri dengan orang awam, membenarkan adanya forum perbezaan dan kurang membuat pertimbangan,”
Anggota Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa Parti Keadilan dan Pembangunan (PJD) Maghribi, Dr Driss Bouanou, pula membangkitkan mengenai kejayaan Demokrat Islam di negara itu kerana Maghribi mengamalkan demokrasi sejak penubuhannya.
Kita berjaya menjalinkan kerjasama baik dengan pemerintahan beraja dan musuh politik kami untuk mengekalkan kemakmuran Maghribi
[sumber: FBForum Kajian Strategi dan Pemikiran Gerakan Islam Malaysia  ]
Umumnya, gerakan Islam bukanlah pelampau. Ikhwanul Muslimin, Jamaat Islami dan PAS bukanlah kelompok pelampau. PAS sendiri mengunakan pendekatan penyertaan dalam pilihanraya untuk menasihati kerajaan dan memerintah negara. Penyertaan PAS dalam pilihanraya sangat lama. Ia menandakan satu usaha positif penerapan nilai-nilai Islam dalam politik Malaysia sekaligus tidak bertentangan dengan demokrasi.
Kesimpulan: Kegagalan Muslim Demokrat
Gagasan Muslim Demokrat bukanlah gagasan pemikiran majoriti umat Islam. Ia hanya idea sebahagian elitis dan sarjana-sarjana moden. Gagasan Muslim Demokrat hasil daripada sekularisasi Islam yang akhirnya membentuk ‘agama baru’.
Dalam perjuangan politik Islam, perundangan Islam, menegak Khalifah dan kewujudan semula Daulah Islam merupakan kemuncak kepada politik Islam. Gagasan Muslim Demokrat tidak boleh menghindari ketiga-tiga kemuncak ini. Jika gagasan Muslim Demokrat mengabaikan ketiga-tiga kemuncak ini, ia menunjukkan politik Islam bawaan Muslim Demokrat adalah politik Islam yang palsu.
Politik kepartian memecah-belahkan umat Islam pada hari ini. Islam dan kebenaran telah dibuta-tulikan oleh politik kepartian yang kaya sentimen dan dendam itu. Begitu juga sistem pendidikan yang tidak mendekatkan diri manusia kepada Allah SWT. Kedua-dua ini adalah bala petaka kepada umat Islam pada hari ini.





























           


























No comments:

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...