Tuesday, May 09, 2017

Alumni PMIUM

Foto Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya - PMIUM.  




Tahniah atas penubuhan Alumni PMIUM.

1. Kebiasaan, setiap Jemaah Islam Kampus (JIK) ada alumni yang bersifat dalaman seperti Usrah Kebajikan Profesional-UKP (UM) dan JASA (UKM). Angotanya terdiri daripada ahli yang dikader dikenali sebagai AU-Ahli Unit.

2. Sejak 12-13 tahun lepas, JIK UM kurang mesra dengan PAS dan ada cubaan memutuskan hubungan dengan PAS. Dikhabarkan setahun dua ini, hubungan mereka putus.

3. UKP sendiri produk pengkaderan PAS sehingga ia dikenali Unit Kader PAS.

4. Ada pandangan sahabat mengatakan politik kampus mengarut. Lihat pemimpin kampus pada hari ini. Di kampus syadid dan keras, sekarang bergelumang dengan sekularisme dan liberalisme. Dulu merekalah pembuli dalam tamrin, sekarang menunjukkan dia paling rasional dan toleransi. Dulu dialah PAS, sekarang dialah UMNO atau PAN bahkan DAP. Punbegitu, masing-masing ada pendirian dalam menilai politik kampus. Kebanyakan sahabat penulis yang tidak aktif dalam politik kampus dan penyokong kerajaan (MGMUM) semasa di kampus ramai memilih parti pembangkang semasa di luar kampus.

5. Dalam dunia kampus, istilah paling popular ialah 'tidak jelas fikrah'. Menariknya, yang tidak jelas fikrah ini akhirnya keluar PAS untuk bersama PAN atau DAP. Pada penulis, latarbelakang (umpamanya dididik oleh JIM atau berada dalam jemaah dalam jemaah) dan pendirian seseorang menjadikan mereka digelarkan tidak jelas fikrah.

6. Tahun pilihan raya menyebabkan sesetengah pihak sangsi akan matlamat menubuhkan alumni ini. Walaupun anggota pelbagai warna parti politik, darah doktrinnya masih sama. Ada agenda disebalik sup tulang ke?. Adakah muncul pula alumni PMIUM yang pro PAS?

*****
Apabila PMIUM memutuskan hubungan dengan PAS, mereka ada hubungan dengan siapa?. Adakah betul-betul non partisan atau bersifat neutral?. Adakah PMIUM dipengaruhi oleh PAN atau IKRAM?

*****

*KENYATAAN MEDIA*
*PENUBUHAN PERSATUAN ALUMNI PMIUM*
7 Mei 2017 M / 10 Syaaban 1438 H
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), adalah sebuah persatuan yang sangat penting dalam sejarah gerakan mahasiswa di dalam negara kita.
PMIUM, tanpa dapat dinafikan oleh sesiapa pun, adalah merupakan kilang melahirkan dan membekalkan pemimpin dalam semua sektor dalam negara kita. Tidak terkecuali pemimpin politik baik kerajaan atau pembangkang. Pemimpin masyarakat sivil, pentadbiran, pendidikan mahupun sektor korporat secara berterusan sejak 61 tahun lewat penubuhannya.
Memahami keperluan dan kewajipan menjana kepemimpinan pelapis serta memastikan peranan vital ini terus dimainkan oleh PMIUM, maka kami bekas pimpinan PMIUM serta aktivisnya bersepakatan untuk menubuhkan secara rasmi Persatuan Alumni PMIUM (ALUMNI PMIUM). Persatuan ini bergerak secara berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia bertujuan untuk:
1) mengumpulkan seramai mungkin bekas ahli dan aktivis PMIUM yang pernah bergiat aktif di kampus
2) membina jaringan yang efektif sesama bekas ahli dan aktivis demi manfaat ummah
3) memberikan pandangan bebas dan khidmat nasihat sekiranya diperlukan oleh PMIUM di kampus atau isu-isu yang menyentuh kepentingan umat Islam.
Satu Jawatankuasa telah dibentuk melalui mesyuarat pada 6 Mei 2017. Senarai Jawatankuasa bagi sesi 2017/2018 akan dimaklumkan dalam Page Rasmi Alumni Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya.
Kami di peringkat Jawatankuasa ALUMNI PMIUM ingin menyeru seramai mungkin bekas ahli PMIUM untuk kita bersama-sama supaya dengan Persatuan ini supaya objektif utama ALUMNI PMIUM berjaya dicapai.
LIKE FB- *Alumni PMIUM*
*USTAZ HAJI MOHD NASIR BIN ZAKARIA*
*Pengerusi*
*Persatuan Alumni Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (ALUMNI PMIUM)*

No comments:

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...