Friday, May 05, 2017

Krisis Dalaman Jemaah Tabligh Dunia

Tak sangka, Jemaah Tabligh (JT) yang suci itu juga mengalami krisis. Itulah qada’ dan qadar yang ditentukan oleh Allah SWT yang mempunyai hikmah dan rahsia tersirat serta ujian para pendokong JT. Suka atau tidak, setiap organisasi yang mempunyai struktur organisasi walaupun bersifat longgar seperti JT mempunyai ruang mengalami krisis dan konflik.
Organisasi Jemaah Tabligh
Mazkas Jemaah Tabligh dunia terletak di Nizamuddin, India. Antara Markaz berpengaruh ialah Raiwind, Pakistan dan di  Kakrail.
Kemudian setiap negara juga mempunyai markas pusat peringkat nasional, dari markas pusat dibahagi markas-markas kawasan/daerah. Kemudian dibahagi lagi menjadi ratusan markas kecil yang disebut Halaqah berpusat di masjid-masjid dan mushalla-mushalla. Kegiatan di Halaqah dapat dibahagi atas kegiatan harian, mingguan dan bulanan. Kegiatan ini bertujuan untuk meramaikan orang ramai ke masjid dan mengajak kembali ummat ini agar mencintai masjid. Kegiatan harian antara lain adalah musyawarah harian, taklim harian, zikir pagi petang dan amalan silaturrahmi.
Kegiatan mingguan dapat berupa joula atau mengunjungi sesama muslim dan berbincang tentang pentingnya iman dan amal, pentingnya berusaha atas iman dan mempersiapkan diri untuk kehidupan akhirat.
Kegiatan bulanan dapat berupa khuruj selama tiga hari. Khuruj adalah meluangkan waktu untuk secara tuntasnya berdakwah memperbaiki diri sendiri dan mengajak orang lain agar berusaha atas iman, yang biasanya dilakukan dari masjid ke masjid dan dipimpin oleh seorang Amir. Selama khuruj ada 4 hal yang diperbanyak, iaitu dakwah Illallah, taklim wataklum, zikir dan ibadah, dan khidmat (melayani sesama muslim). Ada lagi 4 hal yang dikurangi, waktu tidur dan makan, keluar masjid dan boros. Tapi jika keluar masjid dengan izin Amir Jamaah misalnya untuk para pekerja diperbolehkan tetap bekerja, dan langsung mengikuti kegiatan sepulang kerja, diperbolehkan.
Sewaktu khuruj, kegiatan diisi dengan ta'lim (membaca hadits atau kisah sahabat, biasanya dari kitab Fadhail Amal karya Maulana Zakaria dan kitab muntakhob ahadits ), jaulah (mengunjungi rumah-rumah di sekitar masjid tempat khuruj dengan tujuan mengajak kembali pada Islam yang kaffah), bayan, mudzakarah (menghafal) 6 sifat sahabat, karkuzari (memberi laporan harian pada amir), dan musyawarah. Selama masa khuruj, mereka i'tikaf di masjid.
Setelah pulang dari khuruj 3 hari,40 hari dan 4 bulan setiap jamaah dianjurkan untuk hidupkan 5 amalan masjid iaitu [1] musyawarah harian di masjid/mahala di kampung mereka, [2] ta'lim harian di masjid bersama jamaah dan di rumah bersama keluaarga. [3] silaturahmi 2 hingga 5 jam di lingkungan masjid setiap hari, [4] jaula 1 di masjid sendiri dan jaula 2 di masjid tetangga desa. ]5] khuruj 3 hari setiap bulan di masjid tetanggga desa.

Aktiviti di Markas kawasan adalah sama, khuruj, namun biasanya hanya khuruj dalam jangka waktu 40 hari atau 4 bulan saja. Selain itu mereka juga mengadakan malam Ijtima' (berkumpul), dimana dalam Ijtima' akan diisi dengan Bayan (ceramah agama) oleh para ulama atau tamu dari luar negeri yang sedang khuruj disana, dan juga ta'lim wa ta'alum.
Setahun sekali, digelar Ijtima' umum di markas peringkat nasional pusat, yang biasanya dihadiri oleh puluhan ribu umat muslim dari seluruh pelosok daerah. Bagi umat muslim yang mampu, mereka diharapkan untuk khuruj ke markas pusat (India-Pakistan-Bangladesh/IPB) untuk melihat suasana keagamaan yang kuat yang mempertebal iman mereka.

Asas 6 Sifat[1]
1. Yakin terhadap kalimat Thoyyibah Laa ilaaha ilallah Muhammadur rasulullah.
2. Shalat khusyu' dan khudu'.
3. Ilmu ma'adz dzikr
4. Ikramul Muslimin
5. Tashihun Niyah
6. Dakwah dan tabligh

Asas-asas Usaha Dakwah[2]
Ustadz Muhammad Qosim At-Timori menukilkan asas-asas usaha dakwah seperti yang terdapat di dalam buku Panduan Khuruj Fi Sabilillah; Jahabersa cetakan pertama 2003.
Asas Usaha Dakwah ini ialah:
1. Usaha melalui individu atau usaha berjamaah dan bukan usaha ijtima besar-besaran. Usaha dakwah ini tidak mengandalkan bayan atau ceramah atau kefasihan dalam berbicara akan tetapi kerja, zuhud. Inilah usaha yang mesti dikerjakan oleh setiap individu, atau mesti dilakukan dalam berjemaah.
2. Usaha melalui hati dan bukan fikiran. Sejauh mana hatimu menangis, sejauh mana hatimu risau atau sejauh mana terbakarnya hati, atau sejauh mana risau runsingnya hati bukan bagaimana pemikiranmu bekerja, atau bagaimana pemikiranmu membuat rancangan, atau bukan bagaimana pemikiranmu membuat rencana atau bukan bagaimana pemikiran filosofi yang tinggi-tinggi untuk mendapatkan gagasan-gagasan.
3. Usaha melalui qadam dan bukan kalam. Asas usaha ini adalah pergerakan kaki dan bukan penamu. Sejauhmana kakimu bergerak, sejauh mana anda bergerak melalui kaki-kakimu. Sebab anda mesti pergi kepada khalayak ramai. Mereka yang sudah datang ke mesjid mereka mencintai agama. Sedangkan mereka yang belum datang ke mesjid belum mencintai agama. Oleh karena itu maksud dakwah adalah untuk orang-orang ini. Jamaah yang sudah datang ke mesjid kita beri ta'lim. Usaha ta'lim dengan duduk dalam majlis. Akan tetapi dakwah dengan terjun ke bawah, kita datang dari orang ke orang, dari toko ke toko, maksudnya sejauh mana anda bergerak dengan kaki-kakimu, karena kerja ini bukanlah kerja 'sastrawan'. Anda harus berenang dalam lautan manusia, menyelam dalam laut dan mendapatkan mutiara-mutiara. Kita berusaha mendapatkan sedemikian orang yang dapat menerima fikir iman dan amal.
4. Usaha melalui Jan dan bukan Mal, usaha melalui diri bukan harta. Mal (harta) adalah keperluan bagi kita, mal untuk kesenangan kita. Sebagai umpama: jika anda hendak menghafalkan surat Fathihah, apakah anda mesti membelanjakan ratusan ribu atau jutaan rupiah untuk menghafal? Tentu tidak! yang diperlukan adalah masa dan kesungguhan. Karena itu tasykil (ajakan) kita adalah orangnya bukan uangnya atau hartanya. Apabila anda hendak mentasykil, seseorang katakan bahwa "kami memerlukan diri anda dan bukan wang anda".
5. Usaha dengan tawadhu dan bukan aninah. Asas usaha dakwah adalah merendah diri dan bukan sombong atau membanggakan diri. Sombong adalah sifat syaitan. Kita mesti merasa tidak ada apa-apanya. Saya ini kecil. Kita mesti merendah. Sebagaimana pohon apabila sarat dengan buahnya maka ia merunduk. Atau seperti timba apabila hendak menimba air, maka harus dicemlungkan. Demikian pula apabila anda hendak merunduk hatinya maka anda akan dapat buat usaha dalam semua kalangan masyarakat, jika tidak anda akan mengalami berbagai kesulitan.
6. Usaha dakwah dengan damai dan bukan perang (bermusuhan). Anda mesti berdamai dengan semua orang baru anda akan dapat buat usaha.
7. Usaha melalui ittihad dan bukan ikhtilaf. Asas usaha dakwah adalah kesatuan dan bukan perbedaan-perbedaan. Anda berusaha menjauhi perbedaan-perbedaan. Banyak perkara yang dapat kita cari yang membawa pada persatuan. Jikalau anda hendak menyatukan umat, maka sedapat mungkin menjauhkan hal-hal yang membawa kepada perpecahan.
8. Usaha melalui musyawarah dan bukan melalui kediktatoran. Musyawarah adalah mengambil usulan (cadangan) atau pendapat sebelum membuat keputusan. Apabila sudah diambil keputusan maka semua bersifat sami'na waatho'na. Tetapi seorang diktator tidak memerlukan musyawarah, tidak memerlukan pendapat orang lain. Dalam perkara-perkara kolektif yang menyangkut ummat, maka musyawarah adalah sangat penting.
9. Usaha melalui amru bil ma'ruf dan bukan nahi anil munkar. Asas usaha dakwah kita adalah yad'una ilakhoir, menyeru kepada yang baik. Sebagaimana enam sifat kita semua ma'ruf. Apabila gelap maka adakanlah lampu. Apabila amal yang baik hidup maka amal-amal buruk akan pergi. Ketika muadzin melaungkan adzan, apa yang ia serukan? Ia tidak membuat larangan-larangan atau jangan buat ini atau itu. Dengan demikian usaha dakwah kita yaitu mengajak manusia: Hai saudara! marilah ke mesjid, mari duduk ta'lim, mari hadir dalam mesyuwarah, mari duduk dalam majlis, mari ikut jaulah, mari ikut keluar khuruj di jalan Allah, inilah dakwah kita. Bayi yang baru lahir memerlukan ASI (Air Susu Ibu) yang segar dari ibunya bukan daging dan buah-buahan.
10. Usul dan bukan Furu. Asas usaha dakwah kita adalah usaha atas akar dan bukan cabang-cabangnya.
11. Asas usaha dakwah kita adalah Qulyah dan bukan Juz'iyah. Hal-hal yang bersifat universal, hukum-hukum yang umum akan diterima oleh semua orang, tetapi hati-hati karena diantaranya terdapat banyak masalah yang membawa kepada khilafiah. Sebagai contoh: mengajak kepada shalat dapat diterima oleh semua orang, tetapi bahasan shalat secara detail terdapat masalah masail.
12. Asas usaha dakwah kita adalah Ijmal dan bukan Tafshil. Ijmal ertinya singkat, tepat, pendek dan bukan tafsir artinya uraian-uraian secara panjang lebar, penjelasan, argumentasi secara mendetail. Usaha dakwah adalah deklarasi (keterangan atau maklumat), karena itu mesti pendek, tepat dan ringkas.
13. Asas usaha kita adalah Tamsir bukan Tanfir. Tamsir artinya kabar gembira dan bukan tanfir artinya kabar buruk, kebencian. Dalam usaha dakwah ini kita sampaikan kabar gembira. Memberitahukan keutamaan-keutamaan, pahala-pahala, fadhilah-fadhilah, menyampaikan perkara-perkara yang manis, supaya semua orang dapat menerimanya. Jangan kita mengkritik, menyakiti perasaan orang lain dan kita mencerca atau melukai.
14. Asas usaha dakwah kita adalah Istidar dan bukan Ishtihar. Istidar maknanya secara senyap-senyap dan bukan Ishtihar artinya propaganda dengan publikasi untuk pamer kehebatan. Maulana Ilyas rah.a berkata: "Sekiranya usaha ini telah berjalan 1000km tetapi kita mesti merasa masih pendek." Usaha ini adalah kerja kerohanian yang berkaitan dengan iman yakin, dan ikhlas. Sifat-sifat ini ada di dalam hati dan bukan untuk kemasyhuran.
15. Asas usaha dakwah kita adalah Akhirat dan bukan Dunia. Setiap orang berfikir untuk memperbaiki kehidupan dunia mereka, kebalikan dari ini dimana semua nabi memberitahu manusia tentang kesenangan akhirat. Setiap orang berfikir bagaimana dunia saya dapat lebih baik, kebalikan dari ini, Da'i berfikir bagaimana akhirat saya menjadi lebih baik.





 Beberapa Istilah Dalam Usaha Dakwah dan Tabligh
Beberapa istilah yang terdapat di dalam usaha dakwah dan tabligh.  Sumber nukilan oleh Ustaz Muhammad Qosim At-Timori di buku bersaiz poket, 'Panduan Khuruj Fi Sabilillah'.
Beberapa istilah ini untuk memudahkan rangka kerja usaha dakwah kerana aktivis daripada pelbagai latar belakang yang berlainan terutamanya negara dan bahasa yang berbeza. Seseorang tidak pernah diwajibkan untuk mengingati istilah-istilah ini, sebaliknya akan mudah difahami dan diingati sesuai dengan masa dan pengalaman bersama jemaah. Alim ulama juga menasihatkan supaya tidak menggunakan istilah-istilah ini di khalayak umum sebaliknya menggunakan bahasa yang mudah difahami seperti 'bayan' disebut sebagai 'perbincangan/ muzakarah iman dan amal', 'karkun' kepada 'rakan seusaha', 'rahaba' kepada 'penunjuk jalan'.
Istilah yang dinyatakan;
Amir:  Pimpinan yang diangkat untuk suatu tempat. Juga pimpinan yang diangkat untuk suatu jamaah keluar di jalan Allah. Tugas Amir adalah berkhidmat kepada jamaah, bukan sebagai diktator.
Bayan: Majlis Penerangan untuk menerangkan maksud dan tujuan usaha tabligh. Bayan biasanya berkisar untuk membicarakan enam sifat utama yang perlu diusahakan. (a) Keyakinan kepada kekuasaan Allah Swt dan keyakinan yang teguh kepada sunnah Rasulullah Saw. sebagai sumber kejayaan yang hakiki. Inilah anjuran dari kalimah Tayyibah: Laailaaha illallah Muhammadur rasulullah. (b) Memperbaiki shalat supaya menjadi shalat yang ampuh untuk mendapatkan pertolongan Allah. Shalat diusahakan supaya mirip dengan shalatnya Rasulullah Saw. (c) Ilmu dan dzikir, keduanya saling berkaitan. Sebagai alat untuk mengingat Allah dan mendekati Allah. (d) Ikramul Muslimin, yaitu menghormati dan menjaga hak-hak orang Islam. (e) Memperbaiki niat (tasyhih niat), yaitu menjaga niatnya semata-mata karena Allah,bukan untuk tujuan lain. (f) Dakwah dan tabligh yaitu: Suatu usaha yang perlu dilakukan untuk menerapkan pentingnya usaha dakwah dan tabligh di kalangan umat yang menjadi teras umat yang terbaik. Di akhir bayan dilakukan tasykil untuk mengajak orang banyak agar dapat meluangkan waktunya untuk keluar di jalan Allah.
Bayan Hidayah: Bayan untuk menerangkan ushul-ushul tabligh di jalan Allah. Kerangka kerja luar di jalan Allah. (*nasihat-nasihat terhadap jemaah yang telah dibentuk sebelum berangkat khuruj, perkara terpenting ialah mengikuti tertib-tertib yang telah diberikan dalam usaha dakwah dan tabligh).
Bayan Wafsi: Bayan untuk mereka yang baru pulang dari keluar di jalan Allah. Kerangka kerja tempatan juga diterangkan kepada mereka. (*nasihat-nasihat yang diberikan setelah jemaah kembali dari khuruj, perkara yang terpenting ialah menjalankan kerja-kerja dakwah di tempat sendiri. Disebut juga sebagai bayan tangguh. Ada juga menyatakan istilah yang sepatutnya adalah bayan hidayah amal maqami.)
Buzruq: Orang alim atau ulama serta orang-orang yang telah lama mengikuti usaha tabligh serta mempunyai kefahaman cukup luas di bidang usaha tabligh.

Cillah: Satu jangka waktu (sekitar 40 hari) yang dijalani oleh ahli-ahli tabligh (karkun) untuk berusaha memperbaiki diri dari segi iman, amal, akhlak dan lain-lain. Untuk hal ini, para ahli tabligh hendaknya menyempurnakan cillahnya sekurang-kurangnya satu kali dalam setahun. Dan paling sedikit meluangkan waktunya 3 cillah (4 bulan) seumur hidup. (*tahapan cillah senantiasa meningkat, sekarang dikehendaki memenuhi 3 cillah setiap tahun.)
Dzihin: Membentuk pikir supaya senantiasa risau dengan keadaan agama. Juga membentuk pikir supaya senantiasa berghairah untuk berusaha ke arah iman dan pikir umat.
Ghast: Ziarah dari rumah ke rumah atas maksud iman. (Jaulah) usaha yang mirip dengan yang dilakukan Rasulullah Saw. ketika pergi berjumpai setiap orang di Makkah. (*disebut juga sebagai dakwah umumi. Ghast ini dilakukan sebelum maghrib atau selepas solat maghrib dengan dimulai muzakarah adab ziarah. Program harian semasa keluar di jalan Allah dan program mingguan semasa berada di tempat tinggal atau maqami. Sekurang-kurangnya 45 minit masa yang dikehendaki.)
Hadhatji/ Hadratji: Amir bagi seluruh dakwah tabligh di seluruh dunia.
Halaqah: Dalam setiap markas, dibagi menjadi beberapa kawasan yang disebut halaqah. Halaqah terdiri dari beberapa sub halaqah dan sub halaqah dibagi lagi menjadi mohalla-mohalla. (*turutan kurang lebih Markas dunia (Nizamuddin) > Markas Negara > Sub Markas (markas-markas dalam negara) > Halaqah > Sub Halaqah > Mohalla (masjid/ surau di kampung atau taman perumahan.)
I'tikaf: Bermalam atau duduk di masjid dalam jangka waktu tertentu sambil melakukan beberapa amalan masjid.
Ijtima: Satu perhimpunan tahunan yang diadakan untuk menghimpun orang banyak untuk keluar di jalan Allah. ( *Perhimpunan usaha dakwah dan tabligh di satu-satu negara sama ada akan dibuat setiap tahun, dua tahun atau tiada penetapan tertentu berpandukan mesyuarat dunia di Nizamuddin.)
Ijtima'i: Usaha secara bersama-sama. (*aktiviti/ amalan yang dilakukan secara berjemaah seperti ghast, taklim, bayan, muzakarah; amalan ijtima'i ini diutamakan daripada amalan yang dilakukan secara bersendirian.)
Ikhtilat dan tafakud: Memilih dan mempertemukan mereka yang layak untuk dibentuk ke dalam jamaah yang akan keluar di jalan Allah.
Ikram: Memuliakan.
Infiradi: Usaha secara perseorangan. (*aktiviti/ amalan individu seperti berzikir, solat sunat, rehat dan lain-lain. Apabila waktu bersamaan dengan amalan ijtima'i, dinasihatkan bersegera meninggalkan apa jua aktiviti/ amalan infiradi)
Intizam: Pekerjaan pengurusan, pengendalian dan pengelolaan untuk menyelenggarakan perhimpunan (jord, ijtima' dan sebagainya.)
Islah: Memperbaiki diri dalam usaha jamaah tabligh. Program-program tertentu dibuat untuk pengislahan melalui usaha dakwah, ta'lim, ibadah dan dzikir serta khidmat.
Israf: Berlebihan.
Istiqbal: Penyambutan tamu yang menyambut tamu-tamu yang datang untuk menghadiri majelis perhimpunan atau majelis bayan dan sebagainya. (*dalam perhimpunan besar seperti ijtima', akan dibentuk jemaah istiqbal dan disediakan ruangan khusus dan merupakan bahagian terpenting dalam kerja pendataan ijtima'. Selain itu, di tiap markas negara juga ada jemaah khusus istiqbal bertujuan pendataan jemaah yang keluar masuk ke markas.)
Jamaah: Sekelompok orang yang memiliki pikir yang sama dan maksud serta usaha yang sama pula.
Jaulah: Berkeliling menjumpai manusia untuk mengajak taat kepada Allah. (*sinonim ghast, ziarah)
Jazbah: Semangat atau keghairahan dan perasaan cinta seseorang terhadap usaha agama dan yang berkaitan dengan itu.
Jord: Perhimpunan untuk mendapatkan nasehat serta memperbaharui tekat untuk azam, juga untuk mempererat hubungan antara ahli. Jamaah-jamaah juga dibentuk di sini untuk dikirim ke seluruh dunia. (*perhimpunan yang diadakan lebih kecil berbanding dengan ijtima', sama ada peringkat markas, negeri atau wilayah.)
Josh: Perasaan berkobar-kobar yang luar biasa yang kadang-kadang melewati batas kewajaran karena terlalu suka atau terlalu marah.
Kalamullah: Firman Allah.
Karkun: Rekan-rekan satu usaha dalam dakwah dan tabligh. (* di Indo-Pak disebut sebagai 'saathi' manakala di Yaman, 'shahibuddakwah'. Ulama dakwah & tabligh tidak pernah menganjurkan istilah ini kerana kekhuatiran sifat ekslusif, kerja dakwah bukan untuk selain karkun atau menimbulkan semangat assobiyyah.)
Khadim: Orang yang bertugas melayani.
Khidmat: Pelayanan atau melayani.
Khuruj Fi Sabilillah: Keluar ke jalan Allah, yaitu keluar dari tempat kediaman bergerak di jalan Allah dari satu tempat ke tempat lain, dari satu masjid ke masjid lain di seluruh dunia untuk menjalin silaturahmi dan berdakwah atau tabligh.
Korban: Maksudnya adalah mengorbankan waktu, harta dan tenaga. Tanpa pengorbanan itu, usaha jemaah tidak akan tercapai.
Mahabbah: Kecintaan.
Maqami: Kerja dakwah di tempat sendiri.
Markas atau Subguzari: Tempat perhimpunan atau tempat pertemuan untuk menyelaraskan kerja-kerja dakwah dan tabligh, membentuk jamaah serta mengeluarkan jamaah di jalan Allah. Juga bermalam di setiap pekan (minggu) yang dikenal sebagai malam Subguzari.
Mohalla: Tempat tinggal para aktivis tabligh di tempat medan usahanya di tengah-tengah masyarakat setempat. Di sinilah dihidupkan ghast atau usaha dakwah tempatan.
Mu'amalah: Hubungan yang berkaitan dengan transaksi atau perniagaan.
Mua'syarah: Hubungan dalam pergaulan sosial.
Mudzakarah: Saling mengingatkan.
Mujahadah: Bekerja keras melawan kehendak hawa nafsu yang rendah serta tabah menghadapi berbagai ujian baik lahiriah maupun batiniah atau perasaan.
Musaffah: Berjabat tangan atau salam. Biasanya dalam jamaah, musaffah dilakukan dengan orang lama atau alim ulama sebelum jamaah keluar di jalan Allah.
Mutakallim: Juru bicara, yakni orang yang ditugaskan untuk berbicara ketika berjumpa dengan orang-orang yang ditemui pada waktu membuat ghast (jaulah).
Purdah: Sejenis kain yang menutupi wajah wanita.
Rahaba: Petunjuk jalan yang akan mempertemukan orang yang akan dijumpai dengan mutakallim.
Routes: Tempat atau rangkaian tempat yang akan dikunjungi jamaah dalam usahanya. (*contohnya, Jemaah jalan kaki akan keluar selama 2 bulan di Kelantan dan Terengganu. Jemaah 4 bulan negara jauh akan ke Germany.)
Ta'lim: Mengajar atau mempelajari.
Takazah: Kehendak, keperluan dan tuntutan yang dibentangkan untuk disambut dan dipenuhi karkun-karkun tabligh dalam usaha agama. (*Takazah akan dibentangkan di dalam mesyuarat yang diadakan sama ada dalam peringkat markas, halaqah atau di mohalla-mohalla tempatan (masjid/ surau). Contohnya, i) Jord pelajar akan diadakan, setiap halaqah diberi tugasan untuk menyediakan sama ada khidmat minuman, makanan dan pembersihan. ii) Target ijtima' mengeluarkan 700 jemaah 4 bulan, maka di setiap markas, tasykil 4 bulan sebanyak-banyaknya perlu dibuat sebelum ijtima'. iii) 7 jemaah dari Arab akan tiba pada bulan hadapan, takazahnya adalah menyediakan beberapa ustaz/ pelajar untuk menyertai jemaah ini sebagai penterjemah bahasa Arab, maka di setiap mohalla dan halaqah akan melakukan tasykil.)
Taqrir: Pembicaraan mengenai iman dan amal saleh untuk lebih menguatkan dan menumbuhkan semangat, juga menghadirkan hati dan pikiran sehingga dapat ditasykil untuk keluar di jalan Allah. Biasanya dilakukan di masjid ketika rombongan jaulah sedang berkeliling ke rumah-rumah. Atau pada hari (malam) Ijtima' markas yang dilakukan pada sore (petang) hari.
Targhib: Memberi perkataan (ucapan) kepada orang lain/ dorongan untuk membangkitkan rasa suka.
Tarhib: Kata-kata untuk memperingatkan diri sendiri.
Tasykil: Usaha memujuk atau mengajak orang banyak dengan memberikan ajakan-ajakan dan keterangan-keterangan agar dapat meluangkan waktu di jalan Allah.
Tawajjuh: Memusatkan perhatian kepada sesuatu.
Tilawah: Membaca. Biasanya digunakan sebagai istilah dalam membaca Al- Quran.
Ushul-Ushul: (atau adab dan usul); Tata tertib; Tertib-tertib jama'ah yang perlu diperhatikan ketika sedang menjalankan usaha tabligh. (*boleh lihat di Tertib: Usul Dakwah dan Tabligh.)
Zon: Pembahagian kawasan menurut rangka usaha tabligh. Kawasan-kawasan ini tidak dibatasi oleh zon politik.
Zumidar/ Zumindar: Orang yang bertanggungjawab dalam suatu tugas dalam rangka usaha jama'ah ketika amir tidak ada.
Bairuni atau Intiqoli: Merujuk kepada keluar di jalan Allah. Contoh, usaha maqami (tempatan) dan usaha bairuni (luar).
Bayan Ta'ruf: Majlis penerangan untuk memperkenalkan jemaah setelah tiba di tempat tujuan. Lazimnya dilkukan setelah melakukan solat fardhu zuhur.
Bayan Subuh: Penerangan berkenaan 6 perkara atau sifat utama yang ada pada sahabat Rasulullah Saw.
Bayan Asar: Penerangan mengenai kepentingan dakwah. Bertujuan targhib dan menyediakan jemaah masjid/ surau untuk melakukan ghast (jaulah).
Bayan Maghrib: Penerangan berkisar dalam 6 perkara dan bertujuan mengajak jemaah masjid/ surau meluangkan waktu untuk khuruj di jalan Allah.
Bazaar: Kedai atau gerai perniagaan yang ada di sekitar markaz.
Chai/ Garam Chai: Minuman teh susu (pekat), ditambah dengan sedikit garam.
DTI: Singkatan kepada dakwah, taklim dan istiqbal. Usaha ziarah dilakukan seperti ghast (jaulah), tiada majlis penerangan/ bayan.
Faisala: Pembuat keputusan dalam mesyuarat halaqah atau markaz.
IPB: Singkatan kepada India, Bangladesh dan Pakistan. Aktivis diisyaratkan untuk khuruj ke negara ini terlebih dahulu sebelum ke negara-negara lain bertujuan mendengar nasihat-nasihat alim ulama dan mempelajari cara kerja usaha dakwah dan tabligh mengikut tertib yang betul.
Karguzari: Laporan atau natijah/ hasil usaha dakwah tabligh yang telah dilakukan. Akan dibentangkan dalam mesyuarat yang akan diadakan sama ada di peringkat markas, halaqah atau mohalla.
Khususi: Usaha ziarah yang dilakukan terhadap golongan-golongan tertentu. Contohnya; ziarah kepada penanggungjawab masjid/ surau, ustaz atau alim ulama, karkun/ rakan seusaha yang 'berehat' dan sebagainya. 
Malfuzat: Kata-kata atau ucapan. Kumpulan malfuzat-malfuzat Maulana Ilyas rah.a yang dinukilkan oleh Maulana Manzoor Numani, baca atau muat turun di Malfoozaat - Discourses Of Maulana Ilyas Rah.a (Eng)
Masturoh/ Masturat: Wanita. Wanita juga khuruj di jalan Allah bersama-sama dengan mahramnya yang dipanggil jemaah Masturat. Ada program khusus seperti bayan dan taklim masturat mingguan. Maklumat program, usaha atau tertib masturat boleh mencarinya melalui laman-laman bermanfaat di internet.
Masyaikh atau Eldest: Alim ulama atau orang lama/awwalin dalam usaha dakwah.
Mesyuwarah/ Mesyuarat: Perbincangan untuk mencapai kata putus dalam rangka kerja penyelarasan dan agihan tugasan usaha dakwah. Lazimnya dimulai dengan dzihin/ targhib dan penerangan adab-adab mesyuarat. Karguzari dan takazah merupakan perkara penting dalam mesyuarat. Mesyuarat dilakukan di pelbagai peringkat; mesyuarat harian di setiap mohalla, mesyuarat mingguan untuk setiap halaqoh dan markas serta mesyuarat bulanan di setiap markas.
Mutarjim: Penterjemah bahasa.
Muzakkir atau Zakirin: Seseorang yang diberi tanggungjawab untuk berzikir dan berdoa memohon pertolongan dan hidayah Allah di dalam program ghast (jaulah).
Nisob/ nisab:  Jangka masa khuruj Fi Sabilillah yang perlu dipenuhi oleh aktivis iaitu 3 hari atau 10 hari setiap bulan dan 40 hari atau 4 bulan setiap tahun. Tahapan nisab ini senantiasa meningkat bersesuaian kemajuan usaha. Apa yang dikehendaki, aktivis bersedia keluar khuruj pada bila-bila masa dan keadaan mengikut takazah.
Nusrah/ Nusroh: Bantuan atau kerjasama.
Syura/ Syuro: Penanggungjawab di satu-satu markaz. Beberapa syura akan dilantik bagi setiap markaz.
Ta'am / To'am: Makanan. Khidmat ta'am merujuk kepada khidmat menyediakan makanan kepada jemaah.
Tamsil/ Tamthil: Perumpamaan; analogi; perbandingan.
Beberapa panggilan jemaah: Jemaah Pelajar, Jemaah Ulama, Jemaah Santri, Jemaah Khawas (orang-orang kaya atau berpangkat), Jemaah Hafiz, Jemaah Jalan Kaki, Jemaah Masturat (wanita/ pasangan mahram), Jemaah Cikgu (atau profesion kerja), Jemaah Awam (orang awam), Jemaah Foreign/ Afrika (atau nama-nama tempat/ negara), Jemaah 4 bulan (atau tempoh-tempoh khuruj), Jemaah Runcit (ahli-ahli jemaah berlatar belakang negara/ tempat/ bahasa yang berbeza-beza).

Antara Amir Jemaah VS Syura Alami[3]
“Apa yang sebenarnya berlaku; sebelum meninggalnya Hazat Maulana Inamul Hassan, di Mekah, Hazratji telah memilih 10 orang untuk menjadi ahli syura yang akan bermesyuarat bagaimana usaha yang mulia ini harus dijalankan apabila beliau meninggal dunia. Apabila Hazratji meninggal dunia pada tahun 1995, semua 10 ahli syura ini telah bermesyuarat dan mereka sebulat suara telah bersetuju bahawa usaha yang mulia akan berjalan melalui mesyuarat ijtimai dengan melantik seorang dari antara mereka menjadi amir mesyuarat. Mereka juga sebulat suara bersetuju bahawa selepas Hazrat Inamul Hassan tidak akan ada Hazratji dan tidak akan ada Bai'ah.
“Mereka juga telah melantik 3 orang diantara mereka untuk menjadi syura Nizammudin dan akan bergilir gilir menjadi amir mesyuarat selama 3 hari. Syura Nizammuddin ini dilantik untuk hanya menguruskan amalan yang berjalan di Masjid Banglawali di Nizammuddin dan bukan untuk bergilir gilir menjadi Hazratji.Jika untuk bergilir gilir menjadi Hazratji maka tidak akan dipileh 3 orang untuk bergilir gilir menjadi amir mesyurat di nizammuddin tetapi akan dipileh hanya seorang untuk menjadi amir mesyuarat di nizammuddin dan apabila mereka berkumpul di Tongi, Raiwin dan di Mecca yang menjadi amir mesyuarat di nizammuddin tentulah akan menjadi amir mesyuarat ketika mereka bermesyuarat di Tongi Mecca dan di Raiwind.”
“Apa yang berlaku,ketika mereka berkumpul di Tongi, Raiwind dan di Mecca yang menjadi amir mesyuarat adakala Mufti Zainal Abidin dan adakala Bhai Abdul Wahab dan bukan salah seorang dari mereka yang diputuskan untuk menjadi syurah Nizammuddin. Ini membuktikan Maulana Saad, Maulana Zubir dan Maulana Izhar tidak dilantik oleh eldest kita untuk menjadi Hazratji bergilir gilir tetapi untuk menjadi syurah Nizammuddin.”
“ Apabila 8 dari 10 yang dilantik untuk menjadi syurah alami telah meninggal dunia maka Bhai Abdul Wahab mahu meneruskan apa yang telah dibuat oleh Hazraji Maulana Inamul Hassan ia itu dengan menambah jumlah syurah alami dan syurah Nizammddin. Setelah Bhai Abdul Wahab bermesyuarat dengan semua eldest termasuk Maulana Saad, mereka secara ijtimai bersetuju untuk menambah seramai 13 orang untuk menjadi syura alami dan seramai 4 orang untuk menjadi syura Nizammuddin.Ia menjadi masalah dan krisis apabila Maulana Saad tidak bersetuju dengan keputusan itu.”
“Maulana Saad tidak mahu syura alami dan beliau pulang ke Nizammuddin dan beliau melantik syura Nizammudin yang amir mesyuaratnya hanya beliau dan beliau juga menambah beberapa orang lagi termasuk anak beliau untuk menjadi syurah Nizammuddin.Akibat daripada itu, Maulana Saad berkeras untuk menjadi Hazratji dan tidak mahu taat pada keputusan ijtimai eldest yang lain. Dengan dibantu oleh orang Mewat yang memang mahu Maulana Saad untuk menjadi Hazratji, maka berlakulah pergaduhan besar di Nizammuddin pada bulan puasa yang lepas yang mengakibatkan hampir 14 orang cedera parah dan polis mengawal Masjid dan masjid ditutup untuk beberapa hari. Ijtima Raiwind yang lepas semua elders kecuali Maulana Saad hadir dan pada Tonggi yang lepas semua elders tidak hadir kecuali Maulana Saad.” [4]
 BAYAN MAULANA SYAMIN[5]
Selepas Maulana Ilyas wafat, Maulana Yusuf menjadi hadraji. Selepas Maulana Yusuf meninggal, dilantik Maulana Inaamul Hasan. Pelantikan Maulana Yusuf dan Maulana Inaamul Hasan diputuskan oleh Maulana Zakariyya kerana Maulana Zakariyya dianggap sebagai penaung kepada usaha ini.
Sewaktu Maulana Inaamul Hasan dilantik, ada dalam kalangan buzruq yang tidak setuju kerana mereka merasakan bahawa mereka lebih layak. Jadi, golongan yang tidak setuju ini telah keluar dari markaz dan meninggalkan usaha. Apa yang berlaku, apabila seseorang itu memisahkan diri daripada usaha, maka kemuliaan dan penghormatan yang sebelum ini diterima asbab kerja dakwahnya, hilang daripada dirinya. Jika dulu orang takjub mendengar bayannya, percakapannya ada rohaniat, orang berebut bersalaman dengannya, tapi selepas mereka memisahkan diri daripada jemaah, semua itu tidak ada lagi.
Maulana Yusuf terkenal sebagai orang yang suka bayan dan bayannya memang berkesan. Ada majmak yang pengsan mendengar bayannya. Ada orang yang mengoyak-ngoyak bajunya lalu berlari masuk ke hutan selepas mendengar bayan Maulana Yusuf. Maulana Syamim kata, selain Syaikh Abdul Qadir Jailani, orang yang paling banyak meninggalkan kesan dalam Tauhid ialah Maulana Yusuf.
Tapi, Hadraji Maulana Inaamul Hasan, beliau bukan seorang yang pandai bayan. Seumur hidup, beliau tidak pernah beri bayan panjang-panjang. Tapi Allah nak tunjuk, walaupun amir tu tak pandai cakap, pada zaman beliau usaha berkembang ke seluruh dunia lebih daripada zaman sebelumnya.
Hadraji Maulana Inaamul Hasan meninggal dunia tanpa melantik pengganti. Beliau hanya melantik Meiji Mihrab sebagai amir mesyuarat. Jadi, semasa bermesyuarat di Nizamuddin, ahli mesyuarat telah membuat keputusan: Apabila Maulana Inaamul Hasan meninggal, dilantik 10 orang syura. Daripada 10 orang syura tu, 5 orang dari Nizamuddin. Daripada 5 orang syura itu, 3 orang saja jadi faisalat. 7 yang lain sekadar ahli syura, bukan faisalat. 3 faisalat itu ialah Maulana Izhar, Maulana Zubair dan Maulana Saad. Dalam masa yang tidak lama, syura-syura ini dijemput kembali ke rahmatullah. Semasa Maulana Zubir masih hidup, beliau bersama-sama Maulana Saad membuat keputusan dalam mesyuarat. Maulana Syamim kata, sehinggakan kami tidak tahu siapakah sebenarnya yang buat keputusan (kerana mereka mencapai kata sepakat dalam memutuskan sesuatu). Urusan mesyuarat berjalan dengan lancar.
Sekarang, daripada 10 orang syura, yang tinggal 2 orang saja: Maulana Saad dan Haji Abd Wahab. Manakala dari 3 faisalat: yang tinggal 1 orang saja iaitu Hazratjee Maulana Saad db.
 Sepatutnya tak timbul isu ada syura dunia selain daripada Maulana Saad dan Hj Abd Wahab. Hanya ada dua nama ini sahaja yang telah dilantik semasa hadraji masih hidup. Jika mereka berdua bersepakat atas satu keputusan, maka jadilah keputusan.
 Di Nizamuddin ada syura sendiri. Di Raiwind pun ada syura sendiri. Begitu juga di Kakrail. Setiap kali Nizamuddin bermesyuarat, mereka akan hantar salinan mesyuarat kepada Raiwind dan Kakrail. Tidak pernah mereka hantar apa-apa dalam bentuk Whatsapp atau guna Internet.
Segala keputusan dalam usaha ini, adalah perlu rujuk kepada Nizamuddin. Inilah markaz dunia. Di sinilah usaha ini dimulakan.

Syura Alami Malaysia
Antara orang kuat Syura Alami JT Malaysia ialah Haji Arshad Syura Malaysia, Dr Nasoha Saibin, Maulana Ibrahim, Maulana Yakkub dan Syeikh Maidin. Dr. Nasoha merupakan Syura Malaysia yang dipecat ekoran melanggari arahan Syura Nizamuddin dan Sri Petaling menyampaikan dakwah kepada non muslim.
Antara Keputusan Mesyuarat Raiwind ialah:
a) Ketaatan dlm usaha agama adalah kepada Syura 'Alami yakni Hj Abd Wahhab sab, Maulana Ibrahim Db, Maulana Yakkub dan lain-lain yang berpegang kepada manhaj 3 Hadzratji yakni Maulana Ilyas Rah., Maulana Yusuf Rah., dan Maulana In'amul Hassan Rah..
b)Maulana Saad adalah diantara Syura alami juga,dan bukan lah ianya telah dilantik sebagai Hadraji..
Dan setiap perkara hendaklah diputus dalam mesyuarat bersama Syuro alami yang diputuskan asal oleh Hadraji M.Inammul Hassan dan disempurnakan syuro alami itu oleh Mutaram  Abdul Wahab Sab. 13 orang termasuk Maulana Ahmad Lat, M.Ibrahim, M.Saad dan lain-lain iaitu 5 dari Nizamuddin, 5 Pakistan Dan 3 dari Kakril
c) Semasa keluar jemaah tidak ada 'amalan DTI @ Amalan Memakmurkan Masjid kerana tertib ini tidak ada di zaman 3 Hadzratji..
d) Kitab Muntakhab Ahadith hanya boleh dibaca secara infradi, bukan semasa majlis ta'alim ijtima'e..
e) Tidak ada 5 'amal rumah kerana ini tidak ada di zaman 3 Hadzratji, yang ada hanya Taklim kitabi dan muzakarah 6 sifat..
Syura Alami menjadikan di Surau Taman Indah, Kepong, Kuala Lumpur sebagai Markaz peringkat nasional. Mesyuarat mingguan pada setiap hari Sabtu lepas Maghrib.
Sri Petaling[6] Berdiri Teguh Dibelakang Amir Jemaah Dunia, Maulana Saad
USAHA DAKWAH dan TABLIGH dihidupkan semula oleh Maulana Muhammad Ilyas Rahmatullahi 'alaih, pusat usaha dan punca rujukan ialah di Nizamuddin.
Begitulah kedudukan yang telah diterima dan diamalkan dalam zaman kepimpinan Maulana Muhammad Yusuf Rahmatullahi 'alaih dan Maulana In'aamul Hasan Rahmatullahi 'alaih.
Sebelum wafatnya Maulana In'aamul Hasan pada tahun 1995, beliau telah melantik satu Jemaah Perlantikan Amir seramai 10 orang.
Selepas wafatnya beliau, Jemaah Perlantikan Amir telah memilih tiga orang bagi memimpin usaha ini, iaitu Maulana Izhar, Maulana Zubair dan Maulana Muhammad Saad.
Dengan wafatnya Maulana Izhar pada tahun 1997, kepimpinan usaha ini terletak kepada kedua-dua Maulana Zubair dan Maulana Saad.
Selanjutnya dengan wafatnya Maulana Zubair pada tahun 2014 kepimpinan usaha ini terletak kepada Maulana Muhammad Saad.
Pada ijtimak Tongi 2017, kesemua orang tanggungjawab usaha ini dari 110 NEGARA telah mengisytiharkan penerimaan mereka ke atas Nizamuddin sebagai pusat usaha dan punca rujukan.
Mereka menyatakan penerimaan, sokongan dan ketaatan mereka kepada Maulana Muhammad Saad sebagai PEMIMPIN atau AMIR usaha dakwah dan tabligh sedunia.
Sehubungan itu, kami Syura Malaysia telah mengambil keputusan yang sama iaitu menerima Nizamuddin sebagai pusat usaha dan punca rujukan serta menerima MAULANA MUHAMMAD SAAD sebagai AMIR.
[Penulisan di atas sengaja bersifat Copy&Paste dan hanya mengambarkan pendirian kedua-dua pihak yang bertelagah ]

Rumusan
Setelah membaca kedua-dua artikel, penulis merumuskan:
1. Setiap organisasi dakwah mempunyai konflik dan krisis dalaman yang tersendiri. Ia adalah ujian ketaatan dan ujian pada diri seseorang.
2. Organisasi bersifat antarabangsa dan alami haruslah bersifat longgar bukannya mengikat organisasi tempatan yang mempunyai kearifan tempatan yang tersendiri. Penulis menolak konsep ‘Alami’ mana-mana jemaah Islam kecuali bersifat penyelarasan, kerjasama longgar atau solidariti dalam suatu isu dan program.
3. Pihak yang keluar jemaah Islam bukanlah pengkhianat perjuangan. Keluar jemaah sebagaimana cerai adalah kaedah penyelesaian walaupun ia pahit dan mengguriskan. Pengkhianat hanya kepada orang yang merampas sesuatu dan tidak mengembalikan suatu yang hak orang lain.
4. Penglibatan anggota IRC dalam mana-mana organisasi seharusnya ditanggapi dengan sifat waspada. Sifat jemaah dalam jemaah yang menjadi darah daging kepada anggota IRC banyak merosakkan organisasi dakwah yang disertai oleh mereka.
5. Jemaah Tabligh diramalkan berterusan berpecah ekoran kekuatan dan pengaruh kedua-dua pihak yeng berpusat di Nizamuddin (Amir Jemaah-Maulana Saad) dan Raiwind (Syura Alami-Bhai Abdul Wahab). Syura Alami dikatakan berpengaruh di negara-negara baru yang diterokai oleh JT seperti benua Afrika, Amerika Selatan, Amerika dan Eropah. Manakala pro-Amir Jemaah di negara-negara Asia.




[1] https://id.wikipedia.org/wiki/Jamaah_Tabligh
[2] http://karkuzaridakwahiman.blogspot.my/2010/06/asas-asas-usaha-dakwah_07.html#.WP09ZmmGPIU
[3] Sumber tidak rasmi di FB.
[4] Sumber tidak rasmi di FB.
[5] KHULASAH DARIPADA BAYAN MAULANA SYAMIN 7/12/2016 - Sri Petaling.
[6] MESYUARAT RABU KUALA LUMPUR, TARIKH : 8 - 02 – 2017. FAISALA : HJ ARSHAD/USTAZ ABDUL HAMID

25 comments:

jose said...

Assalamualaikum penulis, IRC tu apa ye?

Mens Formula Biotropics said...

Dan akan terus berpecah menjadi kumpulan2 penentang dan pro

Unknown said...

Bebai. Ahli sayur cerita pasal emas. Copy paste.

Unknown said...

inti nya..tingkatkan pengorbanan dengan sungguh sungguh...dengan mujahadah...insya allah..allah akan tunjukkan jalannya yg benar...salam ahbab sedunia..

Unknown said...

inti nya..tingkatkan pengorbanan dengan sungguh sungguh...dengan mujahadah...insya allah..allah akan tunjukkan jalannya yg benar...salam ahbab sedunia..

Unknown said...

berapa abad buat thesis ni bro?

Unknown said...

berapa abad buat thesis ni bro?

Unknown said...

Tuan2.. mari sama2 kita fikir, bagaimana semua manusia di muka bumi ini bisa sama2 masuk surga nya Allah SWT.. Kita datangi semua manusia utk kenal dengan Allah SWT.. sampai tidak ada lagi satu pun pintu di muka bumi ini yg belum kita ketuk & datangi....

Semua bersedia InsyaAllah!!

Unknown said...

Apa yg x btul?

Unknown said...

Knapa brtanya bgini?

Unknown said...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ilayaumilqiamah.

Jgn taksub kpd usaha, taksub lah kpd tuan empunya usaha.

Allah hu.

aaA said...

kenapa berlaku perpecahan? sila dengarkan video ini:

https://www.youtube.com/watch?v=xw3Jn79BBeQ&t=3s

more videos at
https://www.youtube.com/c/TheHardTruth-Nasoha

Unknown said...

Tolonglah...statement jangan action macam dah paham agama...

zolkefli hasan said...

Shura Alami dlm 10% aje...biarlah dia buat dakwah cara dia...kita jgn marah...asalkan Allah tak marah dia keluar dari jemaah induk...ameen

Norman said...

Kalau tesis PhD dah lama fail ni...kihkihkih..
Langsung tak sentuh tentang fatwa yg telah dikeluarkan oleh institusi disegani di dunia, darul ifta' Deoband. ke atas Maulana Saad. Itu antara sebab utama akabirin JT tidak lagi bersama M.Saad...sehingga dia kembali kpd nehej asal dan ruju'nya diterima oleh darul ifta' Deoband.
Walaubagaimanapun usaha penulis ni boleh dipuji walaupun tidak komorehensif dan konklusif. Wallahu'alam

Unknown said...

Fatwa Ulama Deoband tidak valid bukan kerana ulama tersebut tetapi kaedah yg sampai kpd kita iaitu media sosial. Boleh berlaku perubahan.. edit ..tambahan yg tidak sepatutnya. MAKA ADA KERAGUAN DAN TIDAK SAH UTK DI JADIKAN BUKTI.

Norman said...

Kalau dah taksub tu turun dari langit pun kau kata tak valid.....hehe:)

Unknown said...

Insyaallah Tuan

Unknown said...

Masyaikh saja bisa di tipu sama iblis lewat nafsu apalagi kita

Unknown said...

Masyaikh saja bisa di tipu sama iblis lewat nafsu apalagi kita

Anonymous said...

Orang yang hebat hebat ikut jamaah surau alami.biarlah kami yang lemah lemah menjadi jamaah masjid saja dah.namun masing masing bagian memiliki fungsi sendiri.ibarat telur ada kulit menyelubungi inti putih dan kuning

salleha said...

Yang menjadi masalah besar dalam perbalahan ini, adalah kafir-mengkafir dan bathil membathil. Dalam sejarah Islam perbedaan pendapat itu lumrah. Ulama ulama terdahulu shj banyak berbeda pendapat dalam bab cabang agama, tetapi mereka saling menghormati antara satu sama lain. Tetapi jauh berbeza dgn jemaah tabligh yg selama ini termasyhur dengan sifat ikramusliminnya. Pihak yg menyokong keamiran Maulana Saad atau Nizamuddin begitu mudah terpengaruh dengan bayan atau ucapan masyaikh mereka membathil dan menyesatkan mereka yg tidak ikut amir dan Nizamuddin. Hingga yg menjadi mangsa karkun karkun yg baru bertaubat dari kejahilan langsung sahaja terima arahan utk.mengusir, menghalang, memulau jemaah Syura Alami dari membuat dakwah. Malahan sanggup membunuh dan mencederakan orang beriman spt.yang berlaku di Bangladesh awal Dis.2018

Unknown said...

Ana ikut syuro alami. Titik

amba said...

tetiba teringat lagu Keroncong Untuk Ana..sedap didengar lagu tu

Umarsaidredza said...

Boleh cari di deoband website

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...