Saturday, March 04, 2017

Kenapa Tak Bekerjasama dengan Parti Amanah Negara dan DAP?


‘Masih bersama PAS, simpati pada PAN dan mengundi bergantung kepada siapa calon PAS’

Antara sifat ahli-ahli yang diri mereka masih berkeahlian PAS tetapi hati mereka bersama Parti Amanah.

Dalam PAS, ada sebilangan pemimpin atau anggota yang masih bernostalgia kenangan lama dengan pemimpin-pemimpin yang lari mengkhianati PAS. Tiada masalah mengekalkan ukhwah, cuma perjuangan bukanlah berasaskan pengaulan dan kenangan lama.

Jangan sifat simpati kita melampaui ketaatan dan kesetiaan kepada jemaah atau parti. Ikut arahan jemaah atau pemimpin utama bukannya ingkar bagaikan mahu diri dipecat.

Kesalahan besar yang sukar dimaafkan dan dimaafkan dengan mengambil masa yang lama disamping memberi pengajaran kepada para pengkhianati jemaah Islam ialah keluar daripada jemaah Islam dengan membawa kerusi-kerusi wakil rakyat.

DAP pula bersikap anti-Islam yakni menolak Konsep Negara Islam dan Perundangan Islam yang menjadi teras perjuangan PAS sejak dahulu. Punbegitu PAS masih boleh bekerjasama dengan mereka atas kepentingan rakyat. Cuma perkara yang tidak boleh dimaafkan dan mengambil masa untuk dimaafkan ialah campurtangan DAP dalam pemilihan PAS dan penolakan secara terbuka DAP terhadap Presiden PAS. Ia suatu perbuatan yang tidak beretika dan tidak bermoral dalam sesebuah pakatan politik.

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...