Saturday, March 04, 2017

Hukum Hudud itu Gagal?

Ulama mesti menghidupkan Islam bukannya mematikan Islam dalam kehidupan bernegara. Ada kalangan ulama yang mengatakan hukum hudud adalah produk gagal terutamanya yang dilaksanakan di Negara Umat Islam pada zaman moden. Bagaimana pula dengan perundangan pada hari ini?. Adakah undang-undang berhukum tali gantung boleh mencegah pengedaran dadah atau penyeludupan senjata? Kenapa kita tidak menamakan perundangan ini gagal kerana gagal mencegahkan jenayah ini bahkan jenayah lebih berleluasa?. Jika hukum hudud gagal sama dengan juga dengan solat. Solat adalah alat mencegah mungkar. Tetapi orang yang bersolat masih melakukan jenayah atau kesalahan. Kenapa orang masih bersolat sedangkan kita tahu solat gagal mencegah jenayah?. Kenapa dengan perundangan sekarang, perut rakyat masih tidak kenyang?. Bahkan memberi subsidi sekalipun, perut rakyat tidak kenyang. Pemikiran mereka disaluti oleh sekularisme yakni memisahkan politik dengan Islam dan memisahkan Islam daripada kehidupan duniawi. Sekularisme menjadikan pemikiran umat Islam keliru dan iman menjadi haru-biru sehingga menghakis taqwa dalam diri. Pokok pangkal kejayaan dalam kehidupan beragama ialah kembali kepada TAQWA. Tanpa taqwa, perundangan Islam atau solat sendiri gagal dihayati dalam kehidupan. Suntikan taqwa melibatkan ibubapa, pemimpin, suasana, sistem pendidikan, perundangan dan lain-lain ke dalam diri seseorang individu. Ia datang secara syumul dan kaffah. Gagal atau berjayanya Islam bergantung kepada darjat ketaqwaan individu yang berada dalam sktruktur masyarakat. Bertaqwalah! [sumber idea: kuliah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat]

No comments:

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...