Friday, March 10, 2017

Kalimah Syahadah dan Solat



Kita mesti kembali menyakini Islam melalui kalimah syahadah TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH.

Ilmu tauhid dan solat merupakan dua perkara yang paling adipenting dalam kehidupan. Dua perkara ini adalah tunjang pengabdian  kepada Allah SWT.

Sehebat atau seagung mana kita tetapi tidak mengenali dan mendekati Allah serta tidak solat menyebabkan amalan kita menjadi sia-sia dan tidak berguna. Dua perkara ini adalah hakikat tauhid yang perlu kita ada dalam mendepani dunia pada hari ini.

Menurut Sayyid Qutb, hakikat tauhid terbahagi dua iaitu dalam diri [iman] dan luaran iaitu perundangan Islam yang membentuk suasana tauhidik dalam masyarakat dan negara. Tauhid membersih jiwa daripada sifat keraguan dengan menambahkan darjah keyakinan bertuhan dan memperelokkan akhlak. Manakala negara dan pemerintah Islam perlu yakin sepenuhnya bahawa fungsi negara ialah mencipta suasana tauhid melalui pelbagai pendekatan termasuk kewujudan perundangan Islam.

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...