Followers

Friday, March 10, 2017

Keraguan



Manusia Memerlukan Keyakinan

Manusia mempunyai sifat keraguan, kesangsian dan suka mencipta persepsi terutamanya dalam persoalan ketuhanan. Walaupun mereka percaya adanya Tuhan tetapi hati mereka masih tidak tenang sebagaimana diucapkan oleh Nabi Ibrahim AS, ‘Ya (aku percaya) akan tetapi agar hatiku menjadi tenang’[Surah al Baqarah: 260].

Jika kita melihat sirah Rasulullah SAW, saat awal Rasulullah SAW menerima wahyu dan tempoh terhenti seketika wahyu menyebabkan Rasulullah mengalami 'jiwa kacau', keraguan melampau dan kekeliruan sehingga beberapa cubaan terjun daripada bukit tetapi dihalang oleh malaikat.

Keraguan ubatnya keyakinan. Keyakinan pada Allah SWT dan Rasul-Nya serta al-Quran dan as Sunnah adalah ubat paling mujarab bagi penyakit keraguan. Genggam sekuatnya. Jangan campuri dengan ideologi dan pemikiran yang lain.

 



No comments:

Nota Diri

Nama: Mohamad Ridhwan Bin Alias

Pendidikan

+ Mendapat pendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (Major: Sejarah, Minor: Antropologi dan Sosiologi)

+ Diploma Pendidikan, MPTAA

Fokus Penulisan

+ Sejarah dan politik terutamanya di Malaysia, Timur Tengah, Gerakan Islam dan Gerakan Mahasiswa/Anak Muda.

Penafian

+ Penulis bukan ustaz
+ Penulis bukan pakar
+Segala pembacaan perlu dibuat lebih lanjut untuk pemurnian fakta.
+ Segala penulisan adalah pendapat peribadi.