Sesetengah pihak menolak RUU 355 disebabkan
oleh
1. Dari segi penguatkuasaan
2. Dari segi cara pengusulan atau siapa yang
mengusulkannya
3. Dari segi fiqh dakwah
4. Dari segi fiqh keutamaan
5. Bukan Hukum Hudud
Alasan atau dalih
ini dimainkan oleh kelompok sekular sepanjang zaman dan segelintir ulama yang
berpegang kepada pandangan minoriti dan pengampu. Di Malaysia, UMNO dan ABIM
ketika Dato Seri Anwar Ibrahim berkuasa mengunakan pelbagai alasan dan hujah
agama dalam menolak pelaksanaan perundangan Islam.
‘Tahu secara teori tak beramal dengan tahu untuk beramal
menunjukkan darjat ketaqwaan seseorang’
Persoalan
penguatkuasaan seringkali dikaitkan dengan individu dan prasarana. Dari segi
individu, persoalan keadilan dalam diri hakim dan pemerintah sering
dipersoalkan. Katanya, ikan bilis ditangkap dan dihukum manakala ikan jerung
terlepas.
Jadi, adakah dengan
perundangan pada hari ini, jerung tidak terlepas?
Mereka juga
berhujah, perundangan ini sudah cukup baik dan hanya memerlukan orang bertaqwa
dan adil untuk melaksanakan dan menguatkuasakannya.
Adakah sama nilai
apa yang Allah kehendaki dengan apa yang pemikiran dan kehendak manusia?
Memang benar,
mana-mana perundangan memerlukan orang adil dan bertaqwa untuk
merealisasikannya. Cuma Allah telah menyediakan bentuk hukuman yang WAJIB
pemerintah laksanakan dalam al-Quran. Adakah kita mahu menafikan apa yang Allah
tanzilkan kepada kita?. Laksanakanlah apa yang Allah kehendaki bukannya manusia
kehendaki.
Mempersoalkan siapa
yang mengusulkan dengan mengatakan ia dalam adalah perancangan UMNO untuk
menyelamatkan nyawa politik UMNO dan mengenakan PAS. Logiknya ada. Penipuan dan
muslihat jahat itu memang kerja mereka.
Punbegitu kita
bersangka baik. Biar Allah SWT membalas apa kejahatan pihak musuh terhadap
perjuangan Islam.
Fiqh keutamaan dan
fiqh dakwah melihat kepada siapa yang berhujah. Ia sekitar persoalan pendekatan
dan masa pelaksanaan.
RUU 355 bukan hukum
hudud. Itu memang benar. Tetapi ia pintu pelaksanaan hukuman hudud di dalamnya.
RUU 355 adalah ruang dan peluang untuk meletakkan hukum hudud yang terkandung
dalam al-Quran dalam perundangan negara Malaysia. Ia adalah fasa perkembangan
yang positif dalam pelaksanaan perundangan Islam.
No comments:
Post a Comment