Friday, March 10, 2017

Kejernihan Pandangan Alam Dan Lampu Tanzil



‘Telah aku tinggalkan untuk kamu semua dua perkara, kamu tidak akan sesat (buat selama-lamanya) selama kamu berpegang teguh dengan kedua-duanya iaitu al Quran dan Sunnah Rasul-Nya’ [Riwayat Muwatta’ Imam Malik]
 
Tanpa Lampu Tanzil para Rasul, kita akan gagal mengenal Allah, kita hilang keyakinan dan menambah keraguan dan kekeliruan. Wan Mohd Nor Wan Daud menyatakan, ‘tanzil menyinari Sifat dan kaitan-Nya dengan ciptaan’ dalam mengenal Allah.

Sebagamana solat, setiap aspek kehidupan manusia mesti dimulai dengan kalimah Allah dan diakhiri dengan kalimah Allah. Dengan Allah, caranya ialah mengikut al Quran dan Rasul-Nya. 

Al Quran ditanzilkan untuk menyinari kehidupan manusia yang penuh keraguan dalam bertuhan. Dengan al Quran dan Rasul-Nya, barulah kita dapat mengenal Allah. 

Pemahaman terhadap al Quran dilakukan secara holistik bukannya selektif berdasarkan kepentingan dan pandangan yang menyokong hujah kita sahaja. Al Quran perlu diterima tanpa sedikitpun penolakkan terhadapnya.

No comments:

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...