Setiap manusia
MESTI ada kepercayaan dan keyakinan dalam sesuatu perkara termasuk dalam
persoalan ketuhanan atau Kepercayaan atau agama. MESTI, walaupun seseorang itu
tidak beragama atau ateis. Itu juga suatu kepercayaan atau keyakinan.
Kemuncak pertanyaan
atau persoalan manusia ialah siapakah Tuhan?, siapakah sebelum Tuhan? dan
siapakah pencipta Tuhan?. Mustahil Tuhan ada dengan sendiri.
Dalam Islam, Zat
Allah SWT jangan difikirkan kerana ia bukanlah tahap kemampuan manusia untuk
memikirkannya. Kita hanya boleh mengenali Allah dengan mengenali Nama Allah SWT
dan Sifat-sifat Allah SWT. Mengenali Sifat Allah sendiri tidak boleh
digambarkan seperti sifat makhluk.
Banyak agama atau
kepercayaan mengambarkan kehidupan Tuhan dan Sifat-sifat Tuhan seperti makhluk.
Bersifat seperti makhluk mengambarkan kelemahan Tuhan. Tidak munasabah Tuhan
itu bersifat lemah.
Justeru, kita MESTI
mengenali Allah SWT.
Prinsip asasi
mengenali Allah ialah ‘aku dengar aku taat’. Tanpa prinsip ini manusia suka
mempersoalkan apa yang diyakini atau dipelajari.
Sebahagian ulama
mengunakan pendekatan mengenali Allah SWT melalui pendekatan Tauhid Tiga dan
pendekatan sifat 20. Sebenarnya pendekatan sains juga boleh digunakan untuk
mengenali Allah.
Dalam menghadapi
dunia pada hari ini, pendekatan Sifat 20 dan pengkajian kitab-kitab lama
(termasuk kitab ulama Melayu lama) adalah kaedah terbaik. Ia dapat membentuk
kerangka pemikiran atau pandangan alam Islam berasaskan tauhid yang mampu
menghadapi cabaran pada zaman ini.
No comments:
Post a Comment