Saturday, March 04, 2017

Politik Penyatuan Ummah



Ada pihak menyatakan PAS cuba bekerjasama atau ingin menyertai atau bergabung dengan UMNO. Isu ini berlegar sekian lama [dari tahun 2008]. Status bertaraf ‘fitnah’ atau ramalan yang meleset.

Bekerjasama dalam isu-isu yang memerlukan kebersamaan atau kepentingan ummah adalah suatu usaha yang positif dalam usaha penyatuan politik ummah. Pada masa yang sama, PAS juga menentang dan mengkritik kerakusan kuasa dan kesalahan UMNO-BN.

Dulu, ramai penyokong ABIM dan pencinta Islam menyokong kemasukan Dato Seri Anwar Ibrahim ke dalam UMNO atas dasar  untuk Islamisasi UMNO dan misi penyatuan ummah antara UMNO dengan PAS setelah Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Itu tujuan asasi yang dipercayai oleh ramai orang.

Teras kemakmuran dan kesejahteraan negara Malaysia adalah kestabilan politik Orang Melayu. Jika politik orang Melayu tidak stabil, keamanan negara akan tergugat.

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...