Friday, February 27, 2009

Beza Pengetahuan dan Fikrah

Selasa, 2009 Februari 24
Beza Pengetahuan & Fikrah

Pandangan 2 > Aktivis dakwah:


Ketika saya beberapa orang berhalaqah (di Malaysia disebut usrah), ustaz bertanya pada kami apa yang antum faham tentang ‘Fikrah’. Maka, pelbagai ‘ikhtilaf’ antara kami dalam mendefinisikan apa itu Fikrah.

“Baiklah, antum lihat tak berapa ramai orang yang tahu solat itu wajib, sebaik-baik solat adalah berjama’ah dan sebaik-baik jama’ah itu adalah dimasjid. Mereka pergi atau tidak?” begitulah bentuk lontaran soalan pada kami.


“Ya, ramai sangat yang tahu tentang kewajipan itu ust” kami mengiyakan.


“Orang yang mendengar azan, dia tahu solat itu wajib, dan dia pun solat selepas itu, sebenarnya orang itu hanya sebatas individu berpengetahuan sahaja. Tapi jika kalian dengar azan atau lebih awal lagi sebelum azan, bergegas bangun, tinggalkan urusan lain dan terus berjama’ah dimasjid dan merasai bahawa berjama’ah itu wajib, maka antum individu yang berfikrah! “


Emm..maknanya kalau sudah melalui proses tarbiah yang panjang (tak tau panjang mana..), tapi masih gagal soal ini, kita kena sama muhasabah sih..


“Jika sekadar tahu kewajipan, tetapi tidak menyahut secara bersungguh panggilan itu, maka kalian hanya manusia yang berpengetahuan, bukan berfikrah. Itulah bezanya”.


“ooo..gitu ya ustaz. Kalau gitu, ramailah yang hari ini sekadar menjadi individu ‘brpengetahuan, tetapi tidak mahu bantu gerak kerja Islam baik dalam Negara, dikampus…dan lain-lain. Tahu Umno jahat, sekadar maklumat sahajalah, tetapi ajak ke mesyuarat dan bagi tugasan untuk lawan umno, tak berminat. Emmm..berpengetahuan je lah ya orang begini”.


Baiklah, mari kita berubah dari manusia yang sekadar berpengetahuan selangkah kedepan menjadi manusia yang berfikrah pula. Di kampus, terlalu ramai mahasiswa yang pernah mengenali dakwah disekolah menengah lagi, tapi sampai ke kampus lintang pukang menyembunyikan diri takut dengan perkataan ‘aktivis dakwah’..adusss..insyaAllah, kita bentuk diri kita dan pelapis-pelapis dibawah menjadi orang berfikrah dari tahap orang berpengetahuan ya..Allahu Akbar!!!

sumber:http://arruhuljadid86.blogspot.com/2009/02/beza-pengetahuan-fikrah.html

No comments:

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...