Sunday, February 17, 2008

KJ TANPA LAH

KJ TANPA PAK LAH
Oleh Lintah Online(LO)
Isu Politik

Peningkatan maharaja KJ dalam politik cukup mendadak tinggi. Sifatnya sebagai menantu PM mengerunkan pemimpin yang lain sehingga rela memberi ruang untuk maharaja KJ berkuasa. Perkara ini berlaku semasa pemilihan Naib Ketua Pemuda UMNO. Jika maharaja KJ akan merangkul Ketua Pemuda dengan mudah, tumpuan jawatan pada masa akan datang ialah Naib Presiden UMNO. Mungkin berlaku pecutan melangkaui jawatan anggota Majlis Tertinggi UMNO bagi mengejar usia Pak Lah al tidori yang semakin senja.

Maharaja KJ memang merancang dengan baik kerjaya politiknya. Bermula pertemuan dengan Nori, bekerja di tingkat empat Jabatan Perdana Menteri dan berjawatan Naib Presiden. Mendatang adalah jawatan Ketua Pemuda UMNO dan ahli parlimen atau ADUN. Inilah proses pendakian piramid kuasa. Jika dahulu, pendakian kuasa Anwar Ibrahim dibantu oleh Dr. Mahathir, sekarang maharaja KJ dibantu oleh Pak Lah. Pendakian dan strateginya hampir sama. Jika Anwar menarik masuk orang ABIM ke dalam UMNO, maharaja KJ menarik masuk intelektual-kapitalis muda ke dalam UMNO.

Lonjakan kuasa maharaja KJ dapat dihalang jika Pak Lah kalah dalam perebutan jawatan Presiden UMNO. Nampak mustahil jika melihat keadaan pengampu-pengampu dalam UMNO tapi tidak mustahil jika sudah terdesak, tercabar dan hilang sabar. Pemimpin yang layak mencabar Pak Lah ialah Najib Razak. Mungkin Najib beregu dengan Hishamudin meneruskan tradisi Dinasti Razak-Husein Onn-Noah dalam kepimpinan UMNO. Jika Najib Razak menyembunyi telurnya, hilang jantannya dan rela menjadi pengampu dan gurkha Pak Lah, kuasa maharaja KJ tidak terhalang kecuali tiba-tiba Pak Lah meninggal dunia.

Maharaja KJ mesti tahu ramai pimpinan UMNO terutamanya golongan veteran tidak menyukainya. Jika beliau tidak sempat menyusun teamnya pada posisi penting dalam parti dan kerajaan, golongan antiKJ akan membantai habis-habisan setelah ketiadaan Pak Lah. Maharaja KJ mudah naik, mudah jatuh. Beginilah nasib orang bergantung tuah sokongan pimpinan.

Kita akan lihat sejauh mana hebatnya permainan politik maharaja KJ. Sejauh manakah kemaraan penyokong-penyokong Singapura dalam kancah politik, ekonomi dan sosial negara ini. Semua ini atas kuasa maharaja KJ yang menentukannya. Semoga berjaya maharaja KJ.

9/2/08

1 comment:

Shahrul Ishak said...

Saudara,

Tanpa Pak Lah yang kuat tidur, KJ sememangnya bukanlah sesiapa. Peningkatannya naik dalam arena politik sebanrnya ada agenda terselindung yang bertujuan untuk menguatkan suaranya sendiri.

Paling menggegar kepala pengamal media ialah cadangannya menggabungkan semua media akhbar sebagai satu entiti syarikat supaya suara-suara yang mempersendanya dapat dikawal.

Masih ingat dengan cadangan menggabungkan Utusan dengan NST pada awal tahun lepas? Walaupun Utusan itu media yang membawa mesej kerajaan, tetapi sebenarnya Utusan kerap menegur kerajaan. Lebih lagi menegur tindak tanduk KJ itu sendiri.

Kesannya, dia selalu panas punggung dengan berita-berita Utusan yang memanaskan kerusi yang didudukinya.

Bagi kerajaan, jika media lain menegur, ia bukanlah satu masalah besar. Tapi jika Utusan yang menegur, ia masalah besar kerana media yang ditatang itu sendiri telah mula menyuarakan rasa tidak puas hati.

Dan KJ antara yang paling kerap ditegur.

Peningkatan naiknya dalam parti ada terselindung banyak 'rahsia' kepentingannya sendiri.

Pengamal media tidak pernah jemu mengorek rahsia yang dipekung KJ.

Dia kerap dikritik melalui media dengan tindak tanduknya yang sukar difahami. Tiketnya hanya sebagai menantu PM, tapi cita-cita politiknya nampaknya seperti mahu menidurkan mentuanya yang sedang mengantuk.

Lebih dahsyat, mahu meneggelamkan semua pemimpin veteran dan menubuhkan dinasti sendiri yang boleh dianggap bakal jadi kuku besi.

Wallahualam.

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...