KEPENTINGAN ‘TEAM’ KEPIMPINAN DALAM GERAKAN MAHASISWA
Oleh mamat.com
tokawang_sufi@yahoo.com
Dalam menelusuri sejarah gerakan mahasiswa, kita akan menemui ‘team’ kepimpinan yang kuat jika kita mahu melihat keberkesanan sesebuah GM. Dalam konteks GM di UM kini, kita melihat saudara Azlan, Dzulkhairi, Syeikh Umar, Faisal antara team kepimpinan yang ada.
Team kepimpinan sangat penting dalam menasihati punca arahan(yakni amir kampus) agar kerja organisasi dapat dilakukan dengan lancar dan ia juga akan mempengaruhi hala tuju GM. Team kepimpinan mesti golongan yang bersifat ahlul halli wal’aqdi. Ia sangat penting dalam konteks membantu pemimpin. Walaubagaimanapun, jangan sampai anggota team kepimpinan lebih menonjol daripada pemimpin GM sendiri. Kita melihat kehebatan Tuan Guru Haji Hadi tidak menenggelami Tuan Guru Fadzil Noor, Presiden PAS semasa beliau menjawat jawatan Timbalan Presiden PAS.
Contoh, pada zaman saudara Hanif Baderun, tertonjol kehandalan dan ‘ganasnya’ Zulfaqar. Penonjolan Zulfaqar secara berlebihan boleh menenggelamkan pemimpin utama zaman tersebut. Justeru, kita melihat jika PMIUM menguasai MPPUM, kuasai pimpinan PMIUM mesti melebihi kuasa pimpinan MPPUM. Pada zaman Ustaz Faisal Abdul Rahman dan Ustaz Izwan Yusof menjadi Presiden PMIUM, pengaruh mereka lebih besar membolehkan Presiden MPPUM, Ustaz Mohd Fuad Ikhwan dan hisomuddin abu bakar mengakuri perintah pimpinan PMIUM. Pada hari ini, saudara Dzul sebagai pimpinan PMIUM dan GAMIS sedikit terdiam berbanding EXCO, saudara Azlan. Lainlah dengan Syeikh Umar yang boleh beraksi di atas kapasiti pengerusi SMM.
Pasukan Sosialis 1974, team kepimpinannya terdiri daripada Kamarulzaman Yaakob, Hishamuddin Rais, Abu Zar, Yunus Ali dan beberapa orang lagi berjaya merancang demonstrasi dengan baik. Bijak dalam propaganda dan membangkit semangat rakyat. Pasukan PBMUM dengan Aziz Deraman, Anwar Ibrahim dan Nordin Razak. PKPIM-ABIM dengan teamnya Anwar Ibrahim, Siddiq Fadil, Sidek Baba, Kamal Hasan, Kamarudin Mohd Nor dan Anuar Tahir.Ini adalah pasukan yang hebat. Berkesan dalam sektor pendidikan dan perjuangan isu rakyat.
Pada tahun 1980an, team kepimpinan yang terdiri daripada Husam Musa, Fuad Zakarsi, Takiyuddin Hasan, Mohamad Husein, Azmi Ali dan berapa yang lain telah berjaya menyisihkan pengaruh ABIM dalam PMIUM. Dalam sejarah Empayar Uthmaniyyah pula, Muhamad al Fateh mempunyai team kepimpinan tersendiri yang dianggota guru spiritualnya iaitu Shammsudin al Wali. Berjaya menakluki Istanbul.
Sewajarnya, peralihan zaman baru yakni 2008/09, team kepimpinan baru harus dipilih dengan lebih teliti. Jati diri dengan Islam, hubungan sosial yang baik, akhlak terpuji dan berani. Kita perlu kepada pimpinan PMIUM seperti Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, pengerak kebangkitan semula PMIUM pada akhir 1990an dahulu(seingat penulis bermula zamannya PMIUM telah menguasai MPPUM selama tujuh tahun). UZAR memiliki sahsiah, akademik, daya intelektual dan kepetahan berpidato dengan baik serta pintar bersiasah dan pandai cari peluang. Ia disokong dengan team kepimpinan yang berkualiti.
Penonjolan ramai pimpinan adalah sesuatu yang baik tetapi tidak boleh menenggelami pemimpin utama. Inilah yang saya nampak pada era hari ini. Saya harap saudara Dzul ambil perhatian terhadap pemilihan Presiden PMIUM dan team kepimpinan yang baru.
Bila keluar kampus nanti, saya ucapkan selamat datang ke dunia baru kepada saudara Dzul dan angkatan pejuangnya. Datanglah ke Borneo, bumi yang dahaga dakwah kalian.
Sabah, Malaysia Timur6/2/08
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sebab-Akibat
Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...
-
Parti Islah Yaman ditubuhkan pada tahun 1990 setahun selepas penyatuan Yaman Utara dengan Yaman Selatan. Kongres Rakyat Umum (GPC) dari U...
-
BAB 2: ROH PERJUANGAN GMI ‘Islam bukan agama teori dan ritual sahaja tetapi Islam adalah agama praktikal yang perlu diterjemah sebagai satu ...
-
Tak sangka, Jemaah Tabligh (JT) yang suci itu juga mengalami krisis. Itulah qada’ dan qadar yang ditentukan oleh Allah SWT yang mempunyai...
No comments:
Post a Comment