Sunday, February 17, 2008

KEMARUK CINTA DAN MAHASISWA

KEMARUK CINTA DAN MAHASISWA: PILIH JALAN YANG BENAR (PESAN DAN MEMOIR CINTA SEORANG ABANG)
Oleh mamat.com
tokawang_sufi@yahoo.com
Isu mahasiswa

Bila membaca blog saudara Dzul, Presiden PMIUM dan GAMIS, ada dua-tiga artikel yang membuatkan benak fikiran penulis terfikir-fikir seakan saudara dzul sedang kemaruk cinta. Kebetulan juga penulis baru bergelumang dengan novel Ayat-ayat Cinta karya Habiburahman el Shirazy baru-baru ini. Jiwang juga pak alim kita ini(senyum). Saya tak pasti sama ada tulisan itu milik saudara dzul atau SU beliau. Jiwang atau romantis tidak bertentangan dengan hidup para ulama. Bahkan Hamka, ulama besar nusantara digelar ulama romantis.

Bagi saya cinta adalah satu tusukan jarum yang menjentik jiwa membawa akal dan badan ke dunia khayali yang mengasyikkan. Dalam tasawuf, cinta sangat penting sehingga menghilangkan hijab di antara Tuhan dengan WaliNya.

Di kampus, cinta terbahagi dua. Cinta memenuhi nafsu dan seronok-seronok. Satu lagi cinta ke arah perkahwinan. Pilihlah salah satu.

Antara dilema mahasiswa tahun tiga adalah ketiadaan pasangan dan apa pekerjaan selepas kampus nanti. Perempuan terutamanya terdesak-desak nak kahwin, bimbang tiada pasangan yang baik. Betul itu, jika kalian tak mencari di kampus. Alamak sukarlah nasib kalian semasa keluar kampus nanti. Apapun jodoh kita tidak ketahui. Seingat penulis ramai pimpinan PMI berkahwin semasa belajar dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Jika tidak silap penulis, Ustaz Izwan Yusof, pimpinan PMIUM 2002/03 berkahwin semasa belajar. Kini sudah ada M.A dan berjawatan tinggi dalam JAKIM. Isterinya pula bertugas sebagai guru. Ini rezeki bagi orang berkahwin dan berjuang.

Kita juga perlu berhati-hati ketika memilih cinta. Cinta itu indah, manusia yang mengotorkannya. Satu kisah tentang seorang gadis PMIUM dan PMKUM yang taat dan baik. “aku tak biasa dengan cinta seorang lelaki.Dari sekolah menengah agama hingga ke university, aku bergelumang dengan wadah Islam. Jalan pun tunduk ke bumi. Mana boleh bercinta sebarang. Bercakap pun di sebalik tabir. Satu hari selepas bergelar seorang ustazah, bertugas di pendalaman Sarawak. Aku dikejutkan dengan SMS seorang ustaz lulusan maktab. Wah, seorang ustaz. SMS demi SMS. Aku terpikat dengan kemanisan kata. Kan ustaz yang beri SMS, aku tak biasa dengan cinta seorang lelaki. Jadi kalah dengan ulikan kata seorang ustaz

Aku berkahwin dengan si ustaz. Barulah aku tahu rencam hidup. Karipapku buat dikatakan keras, dicampak ke dinding, solat tiada dibuat oleh suamiku, pergi ke bandar dibawa budak kampung dan diriku ditinggalkan seorang diri di rumah. Kereta suamiku, aku yang bayar. Aku tak biasa dengan cinta lelaki.”[1] Nasib baik ustazah itu tiada anak(baru kahwin lagi), terus bercerai fasakh kerana suami tidak beri nafkah batin dan zahir. Itu antara sebab kita berhati-hati dengan cinta. Cinta yang membunuh.

Kebetulan, masa di kolej 10 penulis tinggal bersama bekas Presiden Persatuan Kauseling UM, wak Mat Noh, orang Klang.[2] Dia ada cerita, 3 kali sahaja ustazah API dipujuk rayu oleh Pakwenya terus berjaya dibogelkan dan terkulailah maruahnya. Sebagai abang yang ada adik perempuan, moga Allah melindungi ahli keluarga kita daripada perkara sebegini.

Orang sehebat saudara Dzul mestilah cepat-cepat berkahwin. Anda boleh mendidik gadis menjadi lebih baik. Jika nak cari kesempurnaan, agar sukar untuk zaman ini tapi tiada mustahil. Saya sendiri tidak pernah bercinta dan hanya bercinta lepas kahwin. Minat terhadap perempuan ada juga tetapi tahan.[3] Secara ikhlas cinta saya hasil daripada doa dan solat istkharah dan solat hajat. Akhirnya saya mendapat isteri yang baik dan saya berdoa agar saya dan dia menjadi insan soleh-solehah.[4] Saya yakin orang yang baik akan mendapat pasangan baik. Gadis agak segan dengan orang hebat seperti saudara dzul. Pimpinan mesti mulakan dulu.

Insan dipanggil umi yang duduk ditampuk kepimpinan tertinggi PMI akhirnya berkahwin dengan saya yang berpendidikan sekular, peminat sufisme, mahathirisme dan sosialisme ini. Dijentik hati semasa bertemu di Muktamar Sanawi ketika penyerahan tampuk pimpinan kepada Ustaz Ramadan Fitri. Saya pendam di hati dengan serangkap doa yang tiba-tiba terlintas dalam hati agar ditemui jodoh dengannya. Maklumlah amirah di podium, ahli pasif[5] di bawah di Dewan Kuliah, Fakulti Undang2 UM. Bagai pipit dengan burung kenyalang tarafnya. Rezekinya, bertemu kembali di maktab. Tanpa bercakap pun di maktab(setahun di maktab, tiada aktiviti bersama kelas PA), saya jumpa ibu beliau untuk melamar pada hari terakhir di maktab(hari terakhir habis kursus Diploma Pendidikan dan masing-masing nak balik kampung). Ibunya menyuruh saya membawa keluarga ke rumahnya. Jalan dipermudah oleh Allah SWT .

Cinta adalah fitrah manusia. Kitalah yang mengendalikannya untuk nafsu atau berkahwin. Perkahwinan sangat diperlukan bagi seorang pejuang sebagaimana pentingnya Khatijah bersama Rasulullah SAW. Jom, mari kita memeriah dunia ini dengan perkahwinan. Pak Lah al tidori pun cari isteri baru. Ayuh saudara Dzul al kelantani al hafiz!!

Dari seorang abang...
Sandakan, Sabah
1/2/08
[1] Semoga uztazah bahagia setelah berpindah ke Johor. Terima kasih atas layanan baik ustazah sepanjang saya berada di pendalaman Sarawak. Moga Allah memberkati hidup ustazah. Amin.
[2] Apa khabar wak mat Noh Saiman? Moga sihat bersama isteri. Rindu akan suasana persahabatan. Kenangan indah bersama sahabat. Ingat makan KFC di atas bukit jiwang, kita pekik sama-sama. Sekarang, Hidup sebagai dewasa dalam alam keluarga.
[3] Untuk menolak minat kepada seorang gadis semasa zaman sekolah, guru saya cakap kita mesti ingat muka masa gadis itu ‘menerang’ nak berak atau muka gadis semasa bangun tidur. Mujarab pesan guru ini. Terima kasih cikgu abdul rahman. Moga cikgu dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Sememangnya saya antiwanita semasa zaman sekolah.
[4] Abang doakan Sayang dan anak-anak sebagai insane soleh-solehah yang menyejuk mata dan hati abang. Dan abang menjadi pemimpin bagi orang yang bertaqwa terutama dalam keluarga kita. Amin.
[5] Merangkap pemerhati dan pengkritik PMI. Kata Tuan Guru Nik Aziz marah seorang ayah terhadap anaknya. Itulah sifat penulis. Marah dan kritik bukan kerana benci tetapi kerana sayang.

No comments:

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...